|
Rindu dkat bong soo.. Layan blik RM yg dia dtg.. Memang character bong soo sama je in real life... |
|
|
|
|
|
|
|
baca je ler....tk menarik pun le ichi...
ichi dh buat review ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat baca.. apa cer? |
|
|
|
|
|
|
|
jap ek nak kene cari balik... hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
dah bace... simple je kak ayu buat..
mood tak sampai lagik kak ayu nak wat review
|
|
|
|
|
|
|
|
ahaks...kak ayu tkder idea sgt sebenarnya..
lately ni ...sejak ada yg option 2..kak ayu jadi malas nk menulis...
|
|
|
|
|
|
|
|
hensemnyaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
senang, masuk & tulis jah
|
|
|
|
|
|
|
|
tau tk per....
tp klu tkder option 2 tu..
nampaknya kak ayu akan sedaya upaya buat juga
|
|
|
|
|
|
|
|
lama tk nonton korea sejak sambung belajar ni
skang ngah cuti sempat marathon drama healer ni
pastu cari drama lama oppa moon ho.. star's lover
dlm drama ni oppa belum sehensem skang
hensem lg dalam drama healer ni |
|
|
|
|
|
|
|
suke dgn moonho sejak maraton SL...
lama dh kan citer tuh...
cc @wonto nak upkan tak umh SL..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru nk layan cite nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tuna_sandwic at 31-8-2015 12:06 AM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....
Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5 + 4 = (7.975/10)
1. Cerita (8.5/10)
Drama aksi lasak ini memaparkan kisah seorang perisik upahan yang dipanggil Healer menjalankan pelbagai tugasan risikan sehingga akhirnya membongkar satu persatu sejarah silam kehidupannya. Banyak aksi dan teknologi seperti di dalam siri CSI dan NCIS digunakan di dalam drama ini.
Pemilihan pelakon kacak dan cantik merupakan strategi penting di dalam drama ini yang membuatkan hati terpaut untuk menonton.
Healer/Park Boong Soo/Seo Jun Hoo: Sebagai perisik upahan, beliau menerima apa saja tugas asalkan mendapatkan bayaran yang banyak bagi mencapai impiannya untuk membeli sebuah pulau setelah bersara. Namun satu tugasan membawanya menemui kisah silam keluarga yang telah disembunyikan lebih 20 tahun. Healer jatuh cinta dengan CYS dan tidak disangka rupanya CYS adalah teman sepermainan sewaktu mereka kecil dahulu.
Chae Young Shin/Oh Ji Ahn (CYS): Gadis wartawan berpewatakan ceria ini rupanya memiliki kisah silam yang amat memedihkan. CYS hilang sewaktu berumur 5 tahun dan diisytiharkan mati oleh bapa tirinya. Kehidupan yang perit penuh dengan pelbagai seksaan dan penderitaan sehingga akhirnya diambil sebagai anak angkat oleh Chae Chi Soo yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. CYS tidak dapat mengingati siapakah keluarganya berikutan dia hilang sewaktu masih terlalu kecil.
Ahjumma/Jo Min Joo (A): Adalah rakan sekerja yang tidak pernah dikenali Healer yang banyak menjadi tulang belakang di dalam setiap operasi yang dijalankan. Beliau adalah bekas polis yang menjadi hacker terhebat selepas bersara menjadi polis akibat kecewa dengan ketidak adilan undang-undang.
Kim Moon Hoo (KMH): Adik kepada Kim Moon Shik (KMS) pemilik Jaeil News yang tidak sehaluan pendapat dengan abangnya. Berikutan KMS banyak melakukan penipuan dan korupsi. Termasuklah beberapa siri pembunuhan yang tidak dapat dikenalpasti. KMH selaku wartawan terkenal telah membantu memberi peluang kepada CYS untuk menjadi wartawan terlatih.
Drama ini dimulakan dengan tugas risikan Healer mencari DNA CYS. Tugasan ini diarahkan oleh KMH dan akhirnya membawa kepada beberapa siri pembunuhan yang mengaitkan nama Healer. Healer mengambil keputusan untuk menyamar sebagai Park Bong Soo dan bekerja sebagai wartawan pelatih di tempat yang sama dengan CYS.
Rupa-rupanya CYS adalah anak kepada Choi Myung Hee (Noona) yang hilang sewaktu kecil dahulu dan diisytiharkan mati oleh KMS. Beberapa insiden cemas berlaku sehingga menyebabkan Healer mencari kisah sebenar kematian ayahnya. Disebabkan perkara tersebut, mak Healer terpaksa melarikan diri dan membiarkan Healer membesar seorang diri seperti anak yatim sehingga dia dilatih oleh kawan bapanya menjadi seorang perisik yang hebat dalam martial arts dan pelbagai aksi lasak.
Terlalu banyak unsur flashback bagi menerangkan apa yang berlaku. Ia agak mengelirukan jika anda tidak menonton dengan lengkap.
Penulis memberi jawapan terbuka untuk penutup drama ini. Di antaranya:
1. Tidak dinyatakan samada mak CYS benar-benar mengenali CYS.
2. Tiada hukuman terhadap Setiausaha Oh yang terang-terangan telah melakukan pembunuhan dan pelbagai cubaan membunuh. Agak tidak difahami kerana watak tersebut dimatikan begitu saja dengan menunjukkan scene KMS mabuk dan mengalami kemurungan akibat ditinggalkan oleh isterinya.
3. Watak mak Healer turut dimatikan begitu saja. Sekurang-kurangnya boleh ditunjukkan Healer gembira.
4. Tidak juga ditunjukkan apa yang terjadi terhadap Elder dan siapakah golongan Farmer tersebut.
Namun, ia merupakan sebuah cerita yang menarik untuk ditonton.
2.Keberkesanan Lakonan (8.9/10)
Drama ini memiliki padanan lengkap hero, heroin serta para pelakon pembantu yang sangat kuat. Setiap pelakon memainkan peranan penting dan memberikan persembahan hebat dengan menguasai watak masing-masing. Tidak cukup rasanya menulis untuk beberapa watak saja. Rasanya nak tulis semua, tapi terlalu banyak pelakon berwatak hebat dalam drama ini.
Semua pelakon memberikan impak maksima dalam menyampaikan watak mereka. Terutamanya Setiausaha Oh yang meniru mimik muka dan lakonan seperti minime melalui siri Austin Powers. Kim Moon Shik, Choi Myung Hee, Chae Chi Soo, Elder dan ramai lagi.
Ji Chang Wook [Pencalonan Best Actor]
Penampilan awal dengan watak jejaka misteri. Aksi lasak yang dilakonkan tampak seolah-olah pakar. Tidak pasti samada mereka menggunakan stuntman atau sememangnya JCW melakonkan sendiri aksi lagak ngeri tersebut. Teringin untuk melihat sisi lakonan lain dari JCW.
Park Min Young
Penampilan PMY sebagai Chae Young Shin agak biasa saja. Tiada faktor wow di dalam lakonannya. Ketara sangat seolah-olah beliau tidak fokus di dalam menyampaikan wataknya. Beruntungnya, watak gadis ceria dengan wajah yang cute dapat menyembunyikan kelemahan tersebut.
Kim Mi Kyung [Pencalonan Supporting Actress]
Tidak pernah lagi melihat seorang hacker ditampilkan sebagai seorang wanita veteran. KMK berjaya membawa watak hacker dengan berkesan. Aksinya menekan papan kekunci membuat mata tak berkelip. Ia dibuat dengan sangat berkesan sekali dan tidak sekadar menekan membabi buta seperti yang biasa di dilihat di dalam drama lain. Tidak puas rasanya melihat beliau dengan aksi rambut yang sangat trendy. Tabik spring!!! Satu pilihan watak yang hebat! Tidaklah sekadar mak-mak atau tukang sapu. Sangat Wow!!!
Pencalonan:
• Ji Chang Wook – Pencalonan Best Actor
• Kim Mi Kyung – Pencalonan Supporting Actress
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
Drama aksi lasak ini banyak memaparkan adegan pergaduhan. Ia banyak menggabungkan elemen yang terdapat di dalam siri NCIS dan CSI.
Setiap perpindahan plot digarap agak berterabur. Namun dengan adanya beberapa elemen flashback sedikit sebanyak membantu pemahaman. Penggunaan terlalu banyak pelakon berbeza untuk satu watak yang sama mengakibatkan penonton boleh hilang fokus dan tidak faham siapakah setiap watak itu.
Drama ini mempunyai kelemahan ketara di dalam skrip dan penghayatan emosi. Ada ketikanya kelihatan pelakon seolah dalam keadaan pause yang tiada melakukan apa-apa. Kelemahan ini ditutup dengan sinematografi dan sudut pandang yang cantik.
Elemen Flashback sangat menarik dengan mainan warna sephia. Penonton sangat tertarik untuk mengetahui siapakah setiap watak di dalam tahun tersebut.
4. Skor muzik (3.5/5)
Semua background music/OST yang sangat best. Cukup serasi dengan plot dan jalan cerita. Namun begitu, tiada yang boleh membuatkan teringat-ingat.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Mungkin akan tonton semula. Namun begitu jalan cerita yang agak kelam kabut dan memerlukan untuk berfikir banyak kali sedikit membantutkan usaha tontonan semula.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by milanhawkin at 29-11-2015 11:41 PM
Rating Keseluruhan Drama (9.37/10)
1. Cerita (9.5/10)
Satu lagi drama favorite I. Ditambah lg dgn casting yg hot and juicy, bersama dgn plot yg interesting, definitely a recommended drama to watch. I love everything about Healer, Dari plot cerita, the castings and of course the OST. Walaupun drama ni dh lama tamat, tapi until now I can still remember the feelings that I got from watching it. That is how much Healer had stolen my heart. I xde high expectations for Healer in the beginning sbb the only reason I tgk drama ni is because of Ji Chang Wook. So I’m gonna be really2 biased here. 
Genre: Action Romance.
General plot: Cerita ni berkisarkan pada 3 individu yg masing2 mempunyai sejarah silam yg menyedihkan dan meninggalkan kesan yg mendalam pada mereka. Seorang lelaki misteri yg handal berlawan & punya instinct yg kuat, seorang wartawan hiburan di akhbar online yg takutkan keganasan/act of violence dan seorang wartawan terkenal yg sentiasa berjuang utk keadilan. Mereka bergabung tenaga dlm mendedahkan misteri di sebalik 1 incident yg berlaku bertahun2 yg lalu yg mana akan membuka sebuah rahsia yg membabitkan mereka ber3. Key item dlm cerita ni adalah gambar 5 sekawan dan hubungan mereka.
Characters:
• Seo Jung Hoo – the best in his field, Jung Hoo is a night courier that goes by the codename Healer. Sangat detail, otak yg cepat tangkas dan a fighter, Basically Jung Hoo akan buat apa2 je yg client mintak asalkan dibayar dgn harga yg tinggi. Dia bercita2 utk membeli sebuah pulau di South Pacific Ocean di mana dia boleh hidup seorang diri. Human contact? Not needed. Dari awal lagi dh ditunjukkan yg Jung Hoo ni a lone ranger. Tak biasa dgn human contact. Semuanya dia buat sorang2, jauh dari masyarakat. Xde communication langsung dgn org luar. Because of that la xde org tau siapa Healer sebenarnya. Tapi hidupnya mula berubah bila dia berkenalan dgn Young Shin.
• Chae Young Shin – wartawan hiburan untuk sebuah tabloid online. Anak angkat kepada seorang lawyer yg mempunyai sebuah café. Cute, bubbly, berani (at times) dan takutkan keganasan. Bercita2 utk menjadi seorang wartawan hebat seperti idolanya, Kim Moon Ho. Mula tertarik hati pada Healer yg telah menyelamatkannya beberapa kali.
• Kim Moon Ho – wartawan terkenal dari sebuah stesen tv terkemuka di Korea. Sgt mengutamakan integrity dan keadilan. Misi hidupnya adalah untuk membuka rahsia di sebalik incident yg berlaku bertahun2 dulu, dan mencari seseorang.
• Jo Min Ja – Healer’s partner, a pro hacker. Jo Min Ja ni la yg menjadi org tgh di antara clients dgn Healer. Being a hacker, Min Ja mmg work behind the scene je dan Healer sendiri x pernah jumpa Min Ja ni.
• Kim Moon Shik – abang kpd Kim Moon Hoo dan juga pemilik syarikat media terbesar di Korea. A pitiful character indeed. Seorang lelaki yg terlalu cintakan seorang wanita hingga sanggup lakukan apa saja utk dptkan wanita tu, walaupun terpaksa mengorbankan sahabat2nya.
• Choi Myung Hee – wanita yg dicintai Kim Moon Shik. Trajedi yg berlaku dlm hidupnya adalah kunci pada semua persoalan yg mereka cari.
Memorable scenes:
• Scene lps Young Shin tgk movie sorang2, nak balik and then Healer pegang tangan dia di balik pintu cinema. Melting…
• Scene Young Shin dtg tempat Healer masa Jung Hoo sakit. Bapak romantic masa ni. Seram I nengok hihihi.
• Scene flashback masa derang main pondok2 dlm rumah, and that time Moon Ho tgh jaga derang.
• First kiss scene dgn mata tertutup oleh snow cap.
• Scene masa ayah angkat Young Shin, Chae Chi Soo baru jumpa Young Shin yg traumatized dan dok pujuk2 Young Shin dgn jadi robot. Tabah sungguh pakcik ni.
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
• Ji Chang Wook as Seo Jung Hoo/Park Bong Soo/Healer [Nomination: Best Actor]
What’s not to love about Ji Chang Wook? Hot, sexy, and oh god, the smile! How can someone be so perfect (in my eyes)? Berdarah hidung nak2 time dia shirtless. Plus lagi dgn bakat lakonan yg cukup terserlah dlm Healer. I rasa those actors/actresses with theater background mmg cukup talented (to name a few – Kim Soo Hyun, Kang Ha Neul, Seo In Guk). Mmg menjadi sgt bila jadi clumsy as Park Bong Soo. And sgt gagah bila jadi Healer. Sgt lonely bila jadi Jung Hoo. My heart melts for all 3 characters.
• Park Min Young as Chae Young Shin/Oh Ji An [Nomination: Best Actress]
Park Min Young is sooo adorable as Chae Young Shin. Sebelum ni I rasa acting dia just on average level jah. But in Healer, dia agak memukau. Berbanding masa dia berlakon dlm Sungkyukwan Scandal & City Hunter which is for me just so-so.
• Yoo Tae Ji as Kim Moon Ho [Nomination: Best Supporting Actor]
Heard that ini drama comeback dia lps dh lama x berlakon. And I suppose dia mmg pelakon hebat? Nevertheless, lakonan dia as Kim Moon Ho is superb and amazing. Hati I ni meronta2 nk tenangkan Moon Ho yg asyik dibelenggu rasa bersalah dia tu. Huhuhu…
• Kim Mi Kyung as Jo Min Ja [Nomination: Best Supporting Actress]
This Ahjumma is seriously amazing. A veteran who is really experienced in catching viewers’ attention. Tak tau la dh berapa byk drama dia ada tp this one is definitely an outstanding character yg dia bawak. Just love her in Healer.
3. Aspek Teknik (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (9/10)
Producer: Mo Wan Il, Yoon Jae Hyuk
Director: Lee Jung Sub, Kim Jin Woo
Writer: Song Ji Na [Nomination: Best Scriptwriting/Screenplay]
Boleh tak I cakap yg everything about Healer is almost PERFECT? Of course flaw tu ada tp can I overlook it? This drama is too awesome. Takde plot yg tersangkut atau fall flat. All the flashbacks were right on time & necessary to answer questions while raising new ones. The fighting scenes tak nampak choreographed sgt. Romance scenes definitely buat I melting while the leads chemistry is like OTT.
The writer is the one who also wrote Faith – which I love so much! Script utk Healer ni mmg top notch for me. Almost perfect and deserve some awards here. Writer mmg tau apa yg nk ditunjuk, dan mcm mana nk attract viewers’ attention.
View xyah citer la. View dr atas bumbung bangunan, pergh… lawa ok. Nak2 time mlm dgn lampu berkelipan. Since drama ni berkenaan Healer yg selalu buat kerja mlm2 je, jadi bykla scenery memalam dgn atas bumbung.
p/s: I nak letak gambar tp Firefox x kasi. Blerghhh…
4. Skor Muzik (4.5/5)
My favorites: Eternal Love (MLTR), You (Ben), I Will Protect You (Ji Chang Wook), Because of You (Just), When You Hold Me Tight (Yael Meyer)
Semuanya best2 and memorable, especially bila dgr lagu Eternal Love tu mesti terbayang citer Healer ni.
5. Kebarangkalian untuk Tontonan Semula (5/5)
Demi Ji Chang Wook, akan kutonton berulang kali.
Reason: Review Submission
@dauswq @eddlisa_uyuk @nzhass79
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CARI 2015 K Drama Awards
[KBS] Healer
tercalon:
Terbaik (5) :
*Best Cinematography*
*Best Actor*
*Best Supporting Actress*
*Best Album Production*
*Song of The Year*
Popular :
*Couple of The Year*
*Popular Ahjumma*
*Best Kissing Scene*
Undian akhir: http://mforum.cari.com.my/forum. ... 8149&extra=page%3D1
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru habis layan cite ni....
macam mana aku terlepas pandang drama best macam ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
baru lps abes tgk drama ni smlm.. haha
tgk cerita ni lps abes layan Backstreet Rookie.. semata2 sbb JCW.
BEST Healer ni cuma i rasa ep akhir mcm rushing and ada persoalan mcm x terjwb.
tp overall mmg best walau ada flaw sikit here n there. |
|
|
|
|
|
|
| |
|