redsentra posted on 16-4-2013 11:24 AM
Lempang 2b2b shirah ni kang
Walaupun niat syirah tu baik nasihtkn jiha...tp stres gak ngan kata2 syirah nih...aku di tempt jiha pon naik berpnar2 kepala otak...maklumlah x tau citer sebenar....nak hadam citer syirah separuh, sidir lili separuh...terkebil2 terheran2....yg alkisah cicak kobeng lagi ler haru...huhu...
Aku merebahkan badan ke atas katil dan menangis semahuku. Kalau tadi tangis yang terhambur kerana Fahmi, berjaya diredakan Rahul. Kini kerana Rahul, air mataku kembali terhambur. Siapakah yang akan menyekanya sekarang?
Fikiranku benar-benar bercelaru. Walaupun aku cuba menidakkan tuduhan Kak Syirah, tapi jauh di sudut hatiku membenarkan segala ceritanya. Tak mungkin Kak Syirah mahu menipuku. Kalau dia sendiri sudah mengaku bahawa dia adalah mangsa Rahul, perlukah aku mempercayai lelaki itu lagi? Antara Rahul dan Kak Syirah, apakah aku mahu memilih untuk mempercayai lelaki musyrik? Tepuk dada tanyalah iman, Jiha!
“Kenapa kau lemah sangat Jiha? Kenapa mudah sangat kau tergoda?” Aku memarahi diri sendiri. Telah berkali-kali perasaan aku dicuitnya tapi aku berjaya menangkis. Namun apa yang telah dia lakukan kepada aku hari ini benar-benar membuatkan hati aku tersentuh. Dan... dalam kereta tadi... Perasaan aku benar-benar terbuai. Nasiblah iman aku masih tebal. Memang dia lelaki kasanova. Pandai memancing hati dan perasaan orang. Semakin laju air mata aku turun. Sakitnya!
Dalam tangis yang belum terhenti, aku capai telefon bimbitku apabila ada bunyi mesej masuk.
Are you ok, honey?
Mesej dari Rahul aku baca.
Hope everything goes well.
Satu lagi mesej darinya masuk. Betapa prihatinnya dia. Begitulah lagak seorang kasanova. Selagi belum dapat, bukan main gigih berusaha untuk memikat.
“But everything went to hell already, liar!” Aku tak ingin membalasnya. Kolam mataku melimpah lagi, dan aku kembali beremosi.....
Tidurnya tak mampu lena. Mana taknya, berkali-kali panggilan yang dibuat kepada Najiha tidak berjawab. Mesej pesanan ringkas pun tak berbalas juga. Dia amat risaukan Najiha. Bimbang hatinya kalau berlaku pergaduhan antara Najiha dengan Lili. Faham sangat dia dengan sikap Najiha yang mudah mengalah.
Kemudian fikirannya melayang kepada Eddie. “Selepas gagal untuk mempengaruhi Dona, Eddie nampaknya cuba merapatkan dirinya dengan Jiha. Apa motifnya?”
“Dia nak pengaruhi Jiha supaya Dona membatalkan niatnya mengahwini Fahmi?” Rahul termenung sejenak sambil mindanya ligat berputar. Dia cuba memproses tujuan sebenar Eddie.
Cicak Kobeng! It's a nickname... And it can be a user name, too. Mindanya memproses lagi.
Laptop atas meja dibukanya. Laman web pertama yang dilayarinya adalah Forum Bicara Kita. Pantas aksara-aksara atas papan kunci ditekan bagi membentuk nama CicakKobeng. Dengan menggunakan fungsi Search yang disediakan, nama CicakKobeng terpapar. Senyuman pada bibirnya terlakar.
Dengan kepakaran yang dia ada, mudah sahaja alamat protokol internet Cicak Kobeng dapat dikesan. Dari situ dia mengetahui di mana lokasi Eddie. Mudah baginya mengesan pergerakan lelaki itu. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati dengan klien Jiha yang seorang ini.
Misi seterusnya adalah untuk mengetahui apa nama pengguna Fahmi. Hatinya kuat mengatakan Fahmi juga salah seorang forumer Forum Bicara Kita. “Emm! Hmm... nama yang bermula dengan huruf M?” Jari-jemarinya mengetuk meja. Berdasarkan perwatakan Fahmi yang dikenalinya secara luaran... mindanya pantas menemukan jawapan. Bod Bicara Muslim dibukanya. Kali ini alamat protokol internett Mujahid pula mahu dijejakinya. Dia masih tidak mengenali Fahmi. Bukanlah dia tidak mahu menerima niat Fahmi yang ingin berubah, tapi sejauh mana kejujuran Fahmi menerima Dona masih belum terbukti. Sejauh mana hubungan Fahmi dengan Eddie masih belum diketahui.
“Got it!” Ternyata alamat protokol internet keduanya hampir sama. Mereka tinggal di kawasan yang sama. Atau mungkinkah mereka serumah?
"Kalau Fahmi seorang lelaki gay secara semulajadi, perkara akan lebih mudah. Tapi bagaimana kalau dia sememangnya pernah mempunyai hubungan dengan Eddie?" Entah kenapa hatinya pula meragui Fahmi. Nafasnya dihela berat.
Terjaga dari tidur, aku dapati pakaianku masih tak bersalin. Tudung pastel juga masih tersarung di kepala. Aku reling jam tangan. Sudah pukul 2.00 pagi rupanya. Ternyata aku tertidur akibat letih menangis dan memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa secara mendadak.
Aku cuba bangun. Kepala aku terasa berat dan sakit. Mata aku pula terasa sembab dan susah hendak dibuka. Aku gagahkan juga untuk bangun kerana aku masih belum melakukan solat isya.
Usai menunaikan solat isya, aku melakukan solat tahajud. Aku mahu bermunajat kepada Allah sambil mengadukan segala masalah yang sedang aku hadapi pada ketika ini.
Baru sahaja aku menasihati Eddie supaya tidak jemu berdoa dan mencari pertolongan dengan solat dan sabar. Nampaknya sekarang Allah mahu menguji diri aku pula. Sejauh mana aku melaksanakan apa yang aku katakan.
**********
Solat tahajud sudah aku sempurnakan. Fikiran aku kembali menerawang. Benarkah apa yang dikatakan oleh Kak Syirah? Walau pun aku berusaha keras untuk tidak jatuh hati kepada Rahul kerana pegangan agama kami yang berbeza, namun aku tewas jua. Aku akui aku sudah pun mula dibuai perasaan. Bukan sahaja Rahul pandai membuai rasa melalui kata-katanya yang menggoda, tapi dia telah membuktikan dengan sikapnya yang prihatin dan budiman. Ini antara ciri-ciri lelaki gred A yang aku mahukan.
Ah! Sekali lagi bunga cintaku yang baru berputik telah gugur sebelum sempat ia memekar....
“Ya Allah! Kau berilah aku kekuatan. Jika benar kehadirannya untuk menggugat iman, Kau jauhkanlah aku darinya. Jika cinta yang telah hadir, bukan atas jalan-Mu, maka Kau cabutlah ia dari hatiku. Tak akan aku gadai agama jika cintanya tak bermakna. Tak akan aku perjudikan iman jika keprihatinannya adalah lakonan.”
Sapu tangannya yang lama tersimpan dalam almari aku renung lama. Sapu tangan yang kini berada di atas tapak tangan, aku gunakan untuk menyeka air mata.
“You may need it one day... Who knows.” Kata-kata yang pernah dituturkan Rahul dahulu seakan terdengar di cuping telinga.
“Kau memang sudah tahu... Kau sudah rancangkan semua ini... Tapi kenapa aku yang kau pilih untuk menjadi mangsamu?” Kubiarkan sahaja pipiku basah dihujani air mata yang terus melimpah...
Gagal mendapatkan Najiha di talian telefon bimbitnya, Rahul cuba menghubungi di talian pejabat pula. Namun pekerja yang menyambut panggilannya mengatakan Najiha cuti kecemasan. Mukanya diraup perlahan.
Hatinya semakin bimbangkan gadis itu. Hilang penumpuan kerjanya selagi dia tak dapat berhubung dengan Najiha dan bertanyakan sendiri kepada gadis itu apa yang telah terjadi. Najiha bukan sekadar tidak mahu menjawab panggilannya, malah telefon bimbitnya dimatikan terus. Apabila dimatikan, sukar baginya mengesan lokasi Najiha.
Gosshh! What happened? Where are you, silly girl? Hatinya terus bermonolog. Rambutnya disuakkan kebelakang. Kemudian dia bersandar pada kerusi kerjanya. Kepalanya dipanggung. Lama dia termenung.
Tingkah lakunya tanpa disedari mengundang perhatian teman sekerja, Dali. “Apa hal kau ni? Macam orang putus cinta?”
Rahul hanya membalas dengan sengihan terpaksa.
“Semalam kau tergesa-gesa nak balik. Hari ni kau termenung sana, termenung sini. Ada maslah dengan cikaro, ya?” Masih lagi tak dijawabnya pertanyaan-pertanyaan Dali.
“Kau ada awek, tak bagi tahu aku, ya? Siapa? Cikaro Melayu atau Chindian? Tak pun Minah Saleh Amerika?” Dali berterusan mengusik.
“Kau rasa taste aku yang macam mana?” Sengaja dia bermain tarik-tali dengan Dali.
“Mamat macho dari Amerika... Taste pun mesti Amerika!”
Tawanya pecah. “That means, you don't know me yet.”
Tercengang-cengang Dali mendengar jawapan dari rakan sekerjanya itu. Memang dia masih belum mengenali Rahul sepenuhnya kerana belum pun dua bulan Rahul bertugas di syarikat di mana mereka bekerja.
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 04:24 PM
watak ni penting youuu.... Utk melengkapi tajuk gitu...
Red pun bosan dgn shirah tu, apa kata buat si shirah tu jumpa lelaki yg ala ala ustaz don ke, baru best dia kena tarbiyah. Ni tak bebalik dia je betul semua org salah.....shirah kena jumpa org yg lagi tinggi ilmu agama dari dia baru dia nak menurut