Shark duduk membatu di atas kerusi. Sudah beberapa batang rokok di hisap, bersambung dari sebatang ke sebatang. Otaknya ligat berfikir tentang kejadian di serbu oleh pihak polis beberapa hari lepas. Sepatutnya Jack, Lando dan Boon mengambil bekalan ‘barang-barang’di Puchong untuk tujuan pengedaran di bahagian Selangor. Tetapi, entah bagaimana pihak polis sudah mendapat maklumat bahawa akan ada penghantaran berlaku malam itu. Dan Shark sendiri tidak dapat menjangka pihak polis akan bertindak. Operasi besar-besaran telah di lakukan oleh pihak polis hingga tiada ruang untuk orang-orangnya melarikan diri.
Malang, memang malang. Shark merengus.
Sekarang, dia dan Zidan terpaksa bersembunyi di hotel murah ini buat sementara waktu. Mulai saat ini, dia perlu berjaga-jaga. Bukan saja dengan pihak polis, tetapi juga dengan Jedi dan kuncu-kuncunya. Dia yakin, Jedi telah mula menjalankan misi untuk memburunya. Kerugian yang di alami bukan sedikit. Keseluruhan barang-barang yang di rampas di anggarkan bernilai hampir RM8 Juta. Sudah pasti Jedi benar-benar mengamuk kali ini.
Macam mana polis boleh tahu?! Dahinya berkerut. Sejak Ajak mati, soalan itu seringkali bermain di fikirannya. Benarkah Ajak yang bertanggungjawab? Atau ada orang lain yang menjadi dalang pihak polis dalam kumpulan mereka? Tapi siapa? Kalau dia dapat dalang di sebalik semua ini, memang mati orang itu dikerjakan! Di sebabkan dalang ini, bukan saja dia telah menjadi menjadi buruan, kemewahan yang dikecapi juga hilang sekelip mata. Shark mengetap bibir sambil hatinya menyumpah sepuas hati.
Pandangannya di alihkan ke pintu apabila pintu terbuka secara tiba-tiba. Zidan masuk, tidak berkata apa-apa padanya. Meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Selepas itu, terus menuju ke tingkap, memerhatikan keadaan di luar.
“Clear buat masa ni…” Tiba-tiba Zidan berkata lalu bergerak dan terus duduk di atas katil. Sempat mencapai alat kawalan jauh lalu terus menekan butang untuk menghidupkan televisyen bersaiz 14 inci. Berkali-kali dia menekan butang mencari siaran yang menarik untuk di tonton. Apa lagi yang boleh di tonton? Duduk pun hotel murah lalu siarannya juga murah - siaran percuma tanpa bayaran. Zidan menghembuskan nafas kasar.
Tak mungkin Zidan? Kalau Zidan yang bertanggungjawab, kenapa dia masih ada di sini? Kening Shark berkerut.
“Lu pergi mana?” Shark bertanya.
“Cari makanlah, lapar” Zidan menjawab, suaranya mendatar.
“Mee goreng mamak. Itu je yang ada. Kalu lu nak, lu telan…” Senyap.
“Zidan”
“Apa?”
“Lu rasa, macam mana polis boleh dapat tahu?”
“Mana gua tahu...” Zidan menjawab kasar. Sudah malas dia mahu menjawab pertanyaan yang sama dari Shark.
“Betul lu tak tahu?” Zidan memalingkan muka ke arah Shark, menunjukkan muka tidak puas hati. Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 09:55 AM
“Lu apahal Shark?” Suara Zidan agak tinggi. Soalan dari Shark kali ini berbaur provokasi
“Kita tak pernah kantoi teruk sampai macam ni” Zidan menghela nafas lalu di hembus kasar.
“Susah nak cakap, dowh. Kerja macam ni, memang banyak risiko. Lu ingat, polis bodoh sangat ke?”
“Kalau tak ada yang pecah rahsia, polis takkan tahu pasal ni kan?”
“Lu cakap biar terang, Shark. Lu nak apa sekarang? Lu nak tuduh gua yang jadi anjing polis?” Zidan berkata, keras nadanya. Shark memandang Zidan tajam, namun tidak berkata apa-apa lagi.
Zidan kembali berpaling mengadap televisyen. Tapi, tumpuannya sudah hilang. Sama seperti Shark, dia juga perlu berhati-hati saat ini, lebih-lebih lagi dengan Shark sendiri. Shark telah mengesyaki yang dia menjadi tali barut polis. Zidan menarik nafas. Secara diam-diam, dia memeriksa pistolnya yang memang sentiasa tersisip di belakang pinggang, sekadar berwaspada.
Shark tetap mendiamkan diri. Walaupun rasa kesangsian pada Zidan sudah pun menguasai separuh dari fikiran, Shark masih tidak dapat mencari di mana logiknya tuduhan itu. Dia tidak dapat mengaitkan Zidan dengan pihak polis. Selama ini Zidan cukup setia dengannya. Malah, Zidan sudah dianggap lebih dari orang suruhan. Zidan adalah sahabat. Tak mungkin Zidan sanggup menikamnya dari belakang. Shark merengus untuk kesekian kali.
Kring. Loceng pintu bilik di bunyikan. Shark dan Zidan saling berpandangan. Zidan mengisyaratkan Shark supaya mendiamkan diri lalu dia bangun, mengintai di sebalik lubang kecil yang ada di pintu. Kelihatan seorang lelaki cina berpakaian seragam hitam putih berdiri di situ tidak bergerak, hanya menantikan pintu itu di buka.
Kring. Loceng berbunyi lagi. Zidan memandang sekilas pada Shark yang sudah bersedia dengan pistol di tangan. Perlahan-lahan, Zidan membuka sedikit pintu bilik. Rantai kunci masih dibiarkan tersangkut.
“Encik” Pelayan itu menyapa, juga seperti takut-takut.
“Ada apa?”
“Ada…ada massage”
“Massage? Apa massage? Gua tak mahu massage dengan lu lah”
“Bukan massage lah encik. Itu…aiya…message”
“Cakaplah message, Cakap pun tak betul. Apa message?”
“Ini message untuk Mr. Shark” Pekerja itu berkata sambil menunjukkan satu sampul surat berwarna coklat di tangan.
“Siapa yang bagi?”
“Saya tak tau. Tadi, ada satu orang datang, suruh saya bagi ini message untuk Mr. Shark” Pekerja itu menjawab dengan panjang lebar.
“Bagi sini” Zidan memberi arahan. Sampul surat di hulurkan. Sampul surat itu hanya muat-muat memasuki pintu. Zidan mengangukkan kepala sebagai tanda terima kasih, tidak peduli sama ada pekerja itu memahami maksudnya atau tidak. Setelah itu, pintu di tutup secepat kilat. Pekerja itu hanya menggelengkan kepala lalu segera berlalu. Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 01:52 PM
“Hoi” Sampul surat itu di campakkan kepada Shark. Shark sempat menyambut.
“Apa ni?” Zidan hanya mengangkat bahu. Selepas di goncang sekali dua, isi sampul surat itu di keluarkan.
“Handphone?” Dahi Shark berkerut.Dia lalu mengangkat muka memandang Zidan, yang juga memandangnya dengan kening yang berkerut, penuh tanda tanya.
“Jedi?” Pantas Zidan meneka. Shark tidak berkata apa-apa. Dia pun terfikir kemungkinan itu. Telefon bimbit di belek-belek.
Shark menarik nafas. Memang ini yang cuba di elakkan, mengelak daripada di jumpai Jedi. Tapi nampaknya, Jedi lebih cekap. Tidak sampai seminit kemudian, telefon bimbit yang baru di terima itu berdering. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Tanpa menunggu lama, Shark menekan butang ‘answer call’.
“Shark!” Terdengar suara garau di hujung talian. Shark mendiamkan diri.
“Kau ingat kau boleh lari?” Suara itu menyoal sinis.
“Kau mahu datang jumpa aku, ataupun kau mahu aku yang datang pada kau?” Dalam berkias, soalan yang di ajukan agak keras. Shark merengus.
“Mana-mana pilihan aku sekalipun, maksudnya tetap samakan?” Shark juga berkias dalam menjawab.
“Kalau kau datang jumpa aku, mungkin kita boleh tengok sama ada nyawa kau masih bernilai atau tidak. Tapi kalau aku yang datang pada kau, maksudnya kau akan MATI”
“Bangsat. Kau ugut aku?” Hanya ketawa sinis yang kedengaran.
“Mana kau nak larii? Orang-orang aku ada di mana-mana. Aku bagi dua pilihan. Kau datang jumpa aku dan kita berbincang, ataupun kau mati dengan sia-sia” Shark terdiam seketika.
"Pilihan di tangan kau"
“Kat mana nak jumpa kau?”
“Tokong Bao Gong” Shark menelan air liur.
“Aku tahu kau masih ingat tempat tu. Tempat kau bersumpah untuk berkhidmat pada aku sampai mati!” Shark diam.
“Aku tunggu kau malam ni. Kau mesti datang dan kau kena ingat, Shark. Dalam lubang cacing sekalipun, kau takkan dapat bersembunyi” Talian di matikan.
“Sial!” Shark menyumpah. Telefon bimbit itu di hempas ke lantai. Shark kembali memandang Zidan.
“Apahal?’ Zidan menyoal, wajahnya penuh dengan tanda tanya.
“Shark!” Zidan memanggil dengan suara yang agak kuat.
“Kita kena pergi” Kening Zidan kembali berkerut mendengar kata-kata Shark.
“Jumpa Jedi” Kening Zidan terangkat.
***************************************************** Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 08:00 AM
Shark menghentikan kereta yang di pandu tidak jauh dari satu lorong kecil. Di dalam kawasan yang dikelilingi ladang dan hutan ini terdapat sebuah tokong lama berusia hampir 60 tahun. Tapi, apa yang Shark tahu, ini bukanlah satu-satunya markas Jedi. Tempat ini hanya di jadikan tempat untuk ahli-ahli kumpulan Jedi mengangkat sumpah kepada ketua mereka. Malah, dia juga pernah melakukan upacara angkat sumpah pada Jedi. Sumpah untuk taat setia walau nyawa menjadi taruhan.
Taat setia? Shark menghembuskan nafas kasar. Dia bukan bodoh untuk menyerahkan saja nyawanya pada Jedi. Dia melakukan semuanya semata-mata mahu mendapat kemewahan dengan cara yang mudah.
“Dah sampai” Shark berkata pendek lalu keluar dari kereta. Zidan juga turut keluar dari kereta dengan kening berkerut. Sesekali menoleh ke belakang dan sekeliling, memerhatikan kawasan ini. Dia kemudian mengikuti langkah Shark, memasuki perkarangan Tokong yang di kelilingi pagar batu.
“Berhenti” Terdengar seseorang memberi arahan. Langkah Shark dan Zidan terhenti lalu mereka mengangkat muka memandang kepada yang bersuara.
“Wong” Shark menyapa. Lelaki yang di panggil Wong hanya memandang sebelum merengus.
“Ah Sung! Gan!” Lelaki yang di panggil Wong itu berteriak. Tidak sampai beberapa saat, mereka yang di panggil datang. Wong mengarahkan sesuatu dalam bahasa kantonis kepada mereka.
“Hoi!” Shark mula naik angin apabila bahunya di tolak.
“Diam! Diam!” Wong berkata keras. Shark terpaksa membiarkan Ah Sung memeriksa badannya. Pistolnya di rampas menyebabkan Shark semakin panas hati. Tapi, saat ini dia tidak boleh melawan.
“Yang ini” Wong berkata sambil menunjukkan ke arah Zidan. Zidan cuba melawan daripada badannya di periksa tetapi Shark memberi amaran supaya membiarkan saja. Zidan diam apabila pistolnya turut di rampas tapi agak lega bila pemeriksaan yang di lakukan tidak lama.
“Bawa dia jumpa ketua” Sekali lagi arahan di beri.
“Jalan” Shark dan Zidan di tolak ke depan, di suruh masuk ke dalam tokong.
Shark hanya memerhatikan ke tiga-tiga orang lelaki di hadapannya. Kesemua mereka berpakaian serupa. Jaket dan seluar hitam, bertopi dan turut berkaca mata hitam. Penutup kepala pada jaket di sarungkan atas kepala membuatkan sukar untuk mengecam wajah mereka. Tapi, Shark yakin, yang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh di hadapannya adalah Jedi. Sebelah Jedi pastinya Sony, orang Jedi yang paling dipercayai. Tidak berapa jauh di sebelah kiri adalah Fred, juga orang kuat Jedi. Dua orang di belakang mereka tidak Shark kenali tetapi mereka sentiasa ada setiap kali dia datang berjumpa Jedi.
Zidan juga turut memandang sambil berwaspada. Ini kali pertama dia hadir di markas Jedi, setelah sekian lama berkhidmat dengan ketua yang dia tidak pernah kenal. Benar cakap Shark. Jedi tidak pernah menunjukkan muka sebenar dan ‘ketuanya’ itu juga masih bersembunyi di balik bayangan walaupun sudah berhadapan.
Pengecut! Zidan merengus sambil hatinya menyumpah. Inikah ketua yang Shark selalu agung-agungkan? Hanya berselindung di balik bayang hitam. Kenapa tidak mahu menunujukkan muka? Hodohkah? Atau cacatkah?
“Kau lalai Shark!” Keras lelaki yang sedang berpeluk tubuh itu bersuara. Shark mendiamkan diri. Sesekali menjeling pandang ke sekeliling.
“Aku sudah beri amaran, tapi nampaknya kau langsung tak ambil peduli. Anjing macam kau tak patut di simpan lagi. Menyusahkan saja”
“Kurang ajar! Kalau aku anjing, kau apa? Kau kena ingat! Atas jasa aku juga kau dapat habuannya. Semua ini hasil kerja aku. Kau cuma tahu memberi arahan!” Shark membalas keras.
“Wah! Kau sudah berani bersuara sekarang? Dulu kau hanya anjing baik yang menurut kata tuannya”
“Hell you! Celaka” Shark memaki dengan pelbagai kata kesat.
“Hei Shark! Kau dah lupa? Sebelum ni kau yang datang merayu pada aku untuk menyertai kumpulan ini. Kau yang cakap kau sudah tak sanggup hidup seperti pengemis! Kau mahukan wang, harta dan kuasa. Kau sendiri telah bersumpah yang kau akan melakukan apa saja untuk kumpulan ini, walaupun nyawa kau terancam” Lelaki itu membentak.
“Aku tak pernah menjanjikan nyawa aku. Nyawa aku bukan hak kau!”
“Kau telah bersumpah Shark! Kau telah bersumpah atas nama Dewa Perang yang kau akan melakukan kerja untuk Jedi! Kau bersumpah atas nama Dewa Perang yang nyawa kau adalah milik Jedi. Dan kau sendiri telah bersumpah yang kau sanggup mati untuk Jedi. Sekarang, kau mahu mempertikaikan sumpah yang kau buat sendiri?”
Shark merengus. Matanya tajam memandang ke hadapan.
“Jadi, apa kau mahu? Bunuh aku?” Shark bersuara garang. Lelaki itu ketawa.
“Ya, memang aku mahu bunuh kau. Sebagai amaran kepada orang-orang lain supaya tidak lalai!” Sepucuk pistol di hala ke kepalanya. Shark mengangkat muka. Nafasnya tertahan, menantikan tindakan Jedi seterusnya. Tetapi, lelaki itu tidak bertindak apa-apa. Tiba-tiba dia menjatuhkan tangannya.
“Kau tahu, kenapa polis dapat cari kau?” Setelah terdiam beberapa ketika, lelaki itu tiba-tiba mengajukan soalan. Kening Shark berkerut, tidak menjawab.
“Kau memang bodoh! Selama ni, ada tali barut polis dalam kumpulan kau tapi kau langsung tak tahu!”
“Apa maksud kau?”
“Kalau kau nak tahu, sahabat baik kau ini yang jadi tali barut polis!” Pistol di halakan pula kepada Zidan. Zidan menarik nafas.
“Kau jangan tuduh sembarangan Jedi! Zidan setia pada aku! Tak mungkin Zidan yang jadi barua polis!” Shark menafikan. Matanya juga turut beralih kepada Zidan. Zidan pula hanya berdiri tegak, tanpa sebarang riak. Sesekali matanya mereling ke sekeliling.
“Zidan!” Shark memanggil dengan nada keras.
“Lu percaya cakap setan ni?” Zidan bersuara garang. Hatinya mula panas.
“Kalau bukan kau, siapa lagi?” Jedi bertanya kembali.
“Mana aku tahu!”
“Kenapa kau masih lepas sedangkan orang-orang lain sudah di tahan?”
“Sebab aku tak bodoh macam dia oranglah!” Zidan menjawab sinis.
“Bijak. Kau memang bijak, tapi kau tak boleh di percayai. Jadi…” Lelaki itu ketawa. Pandangannya di alihkan kepada Shark.
“Aku beri kau pilihan. Kau akan ku biarkan hidup, kalau anjing ini kau bunuh” Kata dua di berikan. Shark menelan air liur. Zidan pula tergamam.
“Kau kena pilih Shark! Nyawa kau, atau nyawa dia” Shark menarik nafas. Pandangannya di halakan kepada Zidan.
“Ambil ini” Pistol di tangan di hulurkan kepada Shark. Shark masih mendiamkan diri.
“Cepat. Aku tak ada masa nak bermain dengan anjing” Shark merengus mendengar kata-kata Jedi. Hatinya menyumpah lagi. Perlahan-lahan, dia maju ke depan. Pistol di tangan Jedi di ambil.
“Shark!” Zidan bersuara. Shark masih mendiamkan diri, membelek-belek pistol di tangannya.
“Lu nak bunuh gua?” Sekali lagi Zidan bersuara, bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
“Betul ke lu jadi anjing polis?” Shark bertanya, suaranya mendatar.
“Lu rasa?” Zidan menjawab dengan soalan. Shark menghembuskan nafas kasar. Matanya tajam memandang Zidan. Mereka saling memandang beberapa ketika.
“Sorry” Pistol di acukan tepat ke dada. Last edited by Nicki_Meow on 25-9-2012 08:40 AM