CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2026 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 03:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:44 PM | Show all posts
PETRONAS dan kerajaan negeri iktiraf vendor tempatan
Februari 13, 2026, Jumaat - 11:56am



SERAH: Rashidah (tiga kiri) menyampaikan anugerah VDP kepada salah seorang penerima, sambil disaksikan Mohd Ishak (dua kanan) dan Bacho (kanan) pada majlis itu.

KOTA KINABALU: PETRONAS bersama kerajaan negeri baru-baru ini mengiktiraf vendor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) berpangkalan di Sabah atas pencapaian mereka dalam memperkukuh ekosistem industri tempatan yang mampan dan berdaya saing.

Sejumlah 98 vendor telah menerima pengiktirafan atas keupayaan dan rekod prestasi mereka dalam memperoleh kontrak, mencerminkan pertumbuhan konsisten sejak Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) Sabah pada 2021.

Jumlah kontrak yang diraih meningkat daripada 133 pada 2021 kepada 499 pada 2025, menunjukkan kematangan dan keupayaan industri tempatan yang berkembang pesat.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Datuk Ayub, mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Pengiktirafan berkenaan disampaikan oleh Naib Presiden Perolehan Kumpulan PETRONAS, Rashidah Alias.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS, Datuk Bacho Pilong.

Dalam ucapannya, Bacho menekankan landskap tenaga global yang dinamik dan peranan  penting sektor OGSE kepada ekonomi Malaysia.

"Sektor OGSE terus menjadi tunjang ekonomi negara. Dengan sokongan dan kerjasama berterusan bersama Kerajaan Negeri Sabah.

"Kita mampu membina rantaian bekalan OGSE yang lebih berdaya tahan serta meletakkan Sabah sebagai destinasi pelaburan pilihan," katanya.

Vendor-vendor yang menerima pengiktirafan merangkumi skop kerja sederhana hingga kompleks, termasuk penyelenggaraan turbin gas, perkhidmatan Kapal Sokongan Pengeluaran bagi operasi penggerudian laut dalam, penyelenggaraan kepala telaga, terminal, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian, serta operasi marin.

Mereka turut memperkukuh kerjasama industri melalui kontrak usahasama bagi penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir serta kerja-kerja sambungan dan pentauliahan.

Pada majlis sama, dua syarikat Sabah diumumkan sebagai peserta baharu Program Pembangunan Vendor (VDP), iaitu Seascape Synergy Services Sdn Bhd bagi penyelenggaraan rakit dan bot penyelamat dan GMB Dynamic Sdn Bhd bagi penyelenggaraan jentera bomba.

Penyertaan mereka mencerminkan peningkatan standard keupayaan vendor tempatan dari segi keselamatan, kualiti, dan kecemerlangan operasi.

PETRONAS dan kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, persatuan industri dan vendor atas komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem OGSE Sabah.

Kedua-dua pihak kekal komited untuk membangunkan industri yang mampan, inklusif dan berdaya saing demi masa depan yang lebih kukuh.



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2026 04:46 PM | Show all posts
SK Kimanis laksana program Peluncuran Program Ihya’ Ramadan
Februari 13, 2026, Jumaat - 12:13pm



MENDENGAR: Perkongsian sedikit pengisian, peringatan selamat datang Ramadan kepada para murid.

KIMANIS: Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis telah melaksanakan program Peluncuran Program Ihya’ Ramadan 1447H bersamaan 2026M, sebagai permulaan pengisian bulan penuh keberkatan ini.

Program yang dilaksanakan itu bertujuan menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan murid dan warga sekolah melalui pengisian rohani seperti bacaan Yasin, tahlil, doa serta aktiviti-aktiviti kerohanian dan kebajikan.

Seiring dengan itu, Pelancaran Tabung Infak Ramadan turut diadakan sebagai wadah menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga SK Kimanis.



PROGRAM: Guru Besar SK Kimanis, Zaini Ag Jair melancarkan tabung infak Ramadan sempena program itu.

Tabung terbabit akan dimanfaatkan bagi membantu murid-murid yang memerlukan serta menyokong aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadan.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, staf, ibu bapa serta para penyumbang yang sentiasa memberi sokongan padu dalam menjayakan program yang dirancang.

Mudahan segala usaha dan sumbangan yang diberikan, mendapat berkat Allah SWT sekali gus menjadi amal jariah yang berpanjangan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:50 PM | Show all posts
ECoS rampas kelengkapan elektrik lebih RM300,000 di Kota Kinabalu
Februari 13, 2026, Jumaat - 1:35pm



PERIKSA: Kakitangan ECoS memeriksa barangan yang disita semasa operasi dijalankan.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) merampas dan menyita barangan kelengkapan elektrik tanpa label keselamatan SIRIM bernilai lebih RM300,000 dalam serbuan di dua premis sekitar bandar raya ini pada 11 Februari lalu.

Operasi julung kali itu membabitkan 23 pegawai ECoS dengan kerjasama empat pegawai SIRIM Berhad selaku badan penilaian pematuhan yang diiktiraf.

Ketua Pegawai Operasi ECoS, Ridwan Saham berkata, tindakan penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan semua kelengkapan elektrik mematuhi keperluan perundangan mengikut Peraturan 107, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024 (PPBE 2024).

“Operasi dilaksanakan susulan pengeluaran Notis Larangan pada Disember 2025.

“Bagaimanapun beberapa premis masih didapati ingkar mematuhi notis itu dan terus menjual kelengkapan elektrik yang tidak mematuhi kehendak perundangan,” katanya dalam kenyataan media.



RAMPAS: Sebahagian barangan yang dirampas ECoS dalam operasi ini.

Menurutnya, mengikut subperaturan 110(2) PPBE 2024, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan menjual kelengkapan elektrik pengguna yang tidak mematuhi kehendak perundangan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Ridwan berkata, ECoS akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

“Tindakan ini penting bagi memastikan semua pihak mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Sabah serta mengelakkan penggunaan kelengkapan elektrik yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2026 04:51 PM | Show all posts
HKM MPI PETRONAS 2025 catat penyertaan tertinggi
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:01pm

CYBERJAYA: Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan telah menerima sebanyak 603 penyertaan daripada 61 pertubuhan media bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2025 (HKM 2025), sekali gus merekodkan penyertaan tertinggi sejak pertandingan ini mula dianjurkan pada 1980.

Pertandingan ini menampilkan karya-karya kewartawanan yang diterbitkan sepanjang 2025, dengan peserta bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM450,000 yang ditaja oleh PETRONAS sebagai penaja utama.

Jumlah penyertaan turut mencatat peningkatan sebanyak 53 entri berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan 550 penyertaan, sekali gus menunjukkan sambutan yang semakin memberangsangkan dalam kalangan pengamal media tempatan.

Kategori Berita Video Terbaik antara kategori yang menerima penyertaan tertinggi dengan 61 karya bagi edisi 2025, diikuti 55 karya diterima daripada kategori Dokumentari Video Terbaik berbanding tahun sebelumnya sebanyak 36.

Sebaliknya, kategori Kewartawanan Foto Terbaik mencatat penurunan ketara daripada 79 penyertaan kepada 38 penyertaan pada edisi 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail berkata, Anugerah HKM penting sebagai penanda aras kecemerlangan kewartawanan kerana mengiktiraf karya media yang berkualiti, beretika dan berimpak kepada masyarakat.

"Pengiktirafan ini meningkatkan kredibiliti serta reputasi profesional wartawan, di samping mendorong persaingan sihat dan peningkatan mutu
pelaporan.

"Sokongan PETRONAS sebagai penaja utama memperkukuh kelangsungan dan prestij anugerah, manakala MPI berperanan menyelaras platform secara telus dan profesional serta menghubungkannya dengan agenda pembangunan dan latihan industri media negara," katanya.

Beliau berkata, HKM bukan sekadar platform pemberian pengiktirafan, malah berperanan sebagai pemangkin inspirasi kepada wartawan untuk terus menghasilkan karya yang berimpak tinggi berteraskan inovasi, integriti, dedikasi dan pematuhan teguh terhadap etika kewartawanan.

Katanya, dengan sokongan strategik dan berterusan daripada PETRONAS, MPI komited memperkukuh standard profesionalisme media, merangsang kreativiti dalam penyampaian berita serta memastikan suara media tempatan kekal relevan, berwibawa dan berpengaruh.

"HKM juga menjadi mercu tanda kecemerlangan industri media negara, sekali gus menegaskan kepada masyarakat kepentingan penyampaian maklumat yang sahih, tepat dan berkualiti demi kepentingan awam," katanya.

Sementara itu katanya, MPI turut mengumumkan pencalonan kategori Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media Negara dan Anugerah Khas kini dibuka sehingga 31 Mac 2026 ini.

Borang dan syarat penyertaan boleh didapati melalui pautan ini https://www.mpi.my/award/hkm-2025.

Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) ialah anugerah nasional berprestij yang berperanan memartabatkan karya kewartawanan terbaik serta mengiktiraf keunggulan kreativiti pengamal media tempatan.

Sejak penubuhannya, HKM menjadi platform utama untuk menonjolkan standard profesionalisme yang tinggi melalui pelaporan yang berintegriti, berinovasi dan berimpak besar, sekali gus memperkukuh mutu serta kredibiliti industri kewartawanan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:52 PM | Show all posts
150 kepala singa disumbangkan kepada kumpulan tarian singa
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:03pm



ALBUM: Yee (tengah) merakamkan gambar bersama dengan para pemimpim masyarakat Cina yang hadir pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah menyumbangkan 150 kepala singa kepada kumpulan tarian singa di seluruh Sabah.

Ia merupakan tanda sokongan terhadap pemeliharaan kebudayaan dan sambutan masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina 2026.

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yiew berkata, sebanyak 103 kepala singa telah diserahkan pada fasa pertama di Kota Kinabalu.

Penyerahan itu memberi manfaat kepada pasukan dari kawasan Sepanggar, Tuaran, Beaufort, Papar, Sipitang, Kudat, Kota Marudu, Keningau, Ranau dan Tenom.

Baki kepala singa akan diserahkan kepada kumpulan di Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Bercakap selepas merasmikan penyerahan bagi pihak Ketua Menteri, Yiew berkata, sumbangan itu akan membantu mengatasi kekurangan peralatan, membolehkan pasukan terus aktif membuat persembahan sambil mengekalkan operasi mereka.

“Sumbangan ini merupakan bantuan bermakna kepada persatuan kebudayaan di peringkat akar umbi dan dijangka memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk turut serta dalam usaha memelihara tradisi bernilai ini.

“Tarian singa adalah simbol kebudayaan yang penting dan menyumbang kepada semangat perayaan dalam acara masyarakat,” katanya.

Yiew berkata, Hajiji tetap komited menyokong warisan pelbagai etnik Sabah sekali gus memperkukuh perpaduan melalui sumbangan berterusan dalam kebudayaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:53 PM | Show all posts
Tumpuan kepada piawaian pelancongan dan hospitaliti
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:16pm



SESI DIALOG: Jafry (tengah) bersama tetamu kehormat lain semasa dalam sesi libat urus itu.

SEMPORNA: Sabah terus memberi tumpuan kepada usaha memperkasa piawaian pelancongan dan hospitaliti.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia penting dalam usaha menjadikan Sabah sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, Jafry telah bertemu dengan penggiat industri pelancongan di kawasan utama seperti Tawau dan Semporna, bagi mendapatkan maklum balas serta menangani cabaran operasi secara langsung.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Mary Malangking.

Dalam sesi libat urus di Semporna pada Khamis lepas, Jafry menekankan bahawa pengalaman pelancong bukan sahaja bergantung kepada tarikan semula jadi Sabah, tetapi juga kepada pengurusan profesional dan sistem sokongan industri yang kukuh.

“Pelawat datang kerana keindahan dan budaya kita, tetapi cara mereka merasai perkhidmatan kita adalah sama pentingnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Semporna, bersama destinasi utama lain di Sabah, kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pelancongan negeri.

Dengan jumlah pelawat yang semakin meningkat, Jafry menggalakkan pengusaha untuk meningkatkan piawaian perkhidmatan, mengekalkan amalan telus dan memastikan pengalaman yang ditawarkan benar-benar memberi nilai kepada pelancong.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memperkukuh program latihan, menggalakkan amalan terbaik, serta mempromosikan pengurusan pelancongan yang bertanggungjawab dan lestari.

“Sebagai sebahagian daripada Visit Malaysia 2026, inisiatif ini memberi tumpuan kepada peningkatan yang boleh diperbaiki, daripada kualiti perkhidmatan sehingga pengurusan pusat pelancongan yang bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum itu, pada Rabu lepas, Jafry telah bertemu penggiat industri di Tawau sebagai sebahagian daripada usaha libat urus dengan pemain pelancongan di Pantai Timur.

Sesi libat urus di Semporna dan Tawau turut dihadiri wakil Pejabat Daerah masing-masing, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

STB turut mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sabah serta Labuan pada 11 Feb bagi merapatkan dialog mengenai cabaran industri, jangkaan perkhidmatan, dan usaha meningkatkan piawaian hospitaliti di seluruh negeri.

Jafry sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya dan STB komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menyokong perkhidmatan berkualiti tinggi serta pelancongan lestari di Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:54 PM | Show all posts
Sabah mengalu-alukan pelabur Jepun meneroka Ekonomi Biru
Februari 13, 2026, Jumaat - 4:23pm



SERAH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Shikata.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalualukan pelabur Jepun ke Sabah, khususnya dalam sektor Ekonomi Biru.

Dalam pertemuan bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki, di Sri Gaya  

hari ini.

Ketua Menteri berkata Ekonomi Biru menawarkan pelbagai peluang pelaburan.

Beliau berkata dasar mesra pelabur Kerajaan Negeri turut membuka ruang kepada pelabur untuk meneroka pelbagai sektor ekonomi.

Shikata berada di Sabah untuk lawatan rasmi selama tiga hari, termasuk melawat  Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta mempromosikan Green×Expo 2027 yang akan diadakan di Yokohama, Jepun.

Duta Besar itu turut diiringi Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito, serta pegawai-pegawai Kedutaan Jepun ke Malaysia.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:55 PM | Show all posts
Jauhi kawasan runtuhan bangunan, masih tidak stabil: MPS
Februari 13, 2026, Jumaat - 11:38am



Tiang (kiri) menemani Tiang ketika meninjau keadaan di sekitar kawasan runtuhan pagi tadi.

SIBU: Orang ramai diingatkan agar tidak menghampiri kawasan runtuhan bangunan kedai di Jalan Pelawan terutama sekali kawasan yang ditanda dengan garisan kuning berikutan struktur bangunan yang masih bergerak dan belum selamat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting berkata, insiden itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi apabila keseluruhan blok bangunan yang menempatkan lapan unit kedai mendap kira-kira tiga kaki.

Pasukan bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut segera dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kawasan dan memastikan keselamatan orang ramai.

Menurut Ting, keadaan masih tidak stabil dan orang ramai diminta menjauhi kawasan berkenaan kerana terdapat serpihan yang masih jatuh.

“Keselamatan awam adalah keutamaan. Kami berharap orang ramai sentiasa berwaspada demi keselamatan mereka sendiri,” katanya ketika ditemui di lokasi pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera,” tambahnya.

Selain itu, restoran dan dapur terbuka di kawasan berhampiran telah diarahkan tutup serta-merta, dan notis penutupan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Turut hadir di lokasi ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang, bersama pihak polis, bomba, CIDB dan pejabat residen.



Tiang (tiga kanan) berada di lokasi untuk melihat sendiri kawasan kejadian.
Menurut Ting, satu mesyuarat tergempar akan diadakan di MPS pada jam 2.30 petang ini bersama semua agensi berkaitan bagi menentukan tindakan susulan.

Beliau menegaskan bahawa keseluruhan blok bangunan berkenaan tidak lagi selamat dan siasatan segera akan dijalankan.

“Kita perlu bergerak pantas untuk memastikan kawasan ini kembali selamat,” ujarnya.

Mengenai bangunan bersebelahan dan rumah berhampiran, beliau berkata pihak berkuasa teknikal akan menjalankan siasatan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pemilik bangunan kedai turut diminta melaporkan diri kepada MPS untuk urusan lanjut.

“Penyewa akan ditangani oleh pemilik bangunan, namun kita perlu mengenal pasti semua pemilik terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menekankan bahawa kerjasama orang awam amat penting dalam memastikan keselamatan bersama.

“Kami mohon orang ramai tidak melintasi garisan keselamatan kerana risiko masih tinggi,” jelasnya.

Keseluruhan kawasan kini dikawal rapi oleh pihak berkuasa, dan siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:57 PM | Show all posts
Usaha SJK Siong Boon hasilkan ramai modal insan cemerlang dihargai
Februari 13, 2026, Jumaat - 1:49pm



Pang (belakang tengah) bersama-sama pihak pengurusan sekolah dan kumpulan persembahan gendang 24 musim sejurus tiba bagi menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2026 di SJK Siong Boon hari ini.

BINTULU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siong Boon digesa agar mengekalkan prestasi cemerlang dalam pendidikan bagi memastikan ramai lagi murid-murid mereka berjaya dalam pelajaran, kerjaya mahupun kehidupan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, sejak dari dulu lagi sekolah tersebut mencatatkan rekod kecemerlangan tersendiri yang bukan sahaja harus dikekalkan, malah dipertingkat dari masa ke masa.

"Ini bagi memastikan sekolah ini terus menghasilkan lebih ramai golongan cendekiawan serta berjaya di masa hadapan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2026 anjuran SJK Siong Boon di sini, hari ini.

Jelasnya, beliau menghadiri majlis ini bersama-sama para guru, murid dan ibu bapa sebagai tanda kegembiraan menyambut ketibaan Tahun Kuda yang penuh makna dan berkat ini.

"Sebaik melangkah masuk ke kawasan sekolah, rombongan kami disambut dengan meriah sekali dengan dentuman mercun, tarian singa dan persembahan gendang 24 musim yang penuh semangat," jelasnya.

Menurutnya, melihat anak-anak mengenakan pakaian tahun baharu dengan wajah penuh ceria dan senyuman yang berseri-seri, jelas terasa kemeriahan suasana sambutan perayaan serta semangat dan harapan buat semua warga sekolah.

Katanya, selama bertahun-tahun SJK Siong Boon telah berjaya melahirkan generasi demi generasi pelajar cemerlang yang merupakan hasil usaha gigih para guru dan pentadbiran sekolah secara keseluruhannya.

"Usaha yang penuh komited khususnya para guru ini jelas sekali amat membantu bagi memartabatkan pendidikan sehingga berjaya menghasilkan ramai golongan cendekiawan yang mana amat membanggakan serta harus menerima pengiktirafan," ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang menjadi ADUN Tanjong Batu banyak bantuan sudah disalurkan bagi membantu sekolah berkenaan yang dilaksanakan menerusi peruntukan geran Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ini jelas Pang, merangkumi pelaksanaan pelbagai projek penambahbaikan kemudahan termasuk mengecat pagar, pembinaan bumbung tambahan dewan dan penggantian lantai koridor berbumbung.

Terbaharu katanya, adalah projek pembinaan pintu gerbang sekolah yang akan dimulakan tidak lama lagi.

"Saya memberikan jaminan akan meneruskan kerjasama dengan pihak pengurusan dari masa ke masa dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkualiti, kondusif dan selamat," tambahnya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:58 PM | Show all posts
ASADIA buka semula kelas kebudayaan bagi 2026 bermula Ahad pertama Mac
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:33pm



Peserta kelas tarian ngajat Iban (lelaki) ASADIA bagi siri sebelumnya tahun 2025.

KUCHING: Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) akan meneruskan usahanya memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Dayak menerusi penganjuran kelas kebudayaan.

Bagi tujuan itu, ASADIA kata Ketuanya Mabong Unggang akan membuka semula kelas kebudayaannya bagi tahun 2026 bermula Ahad pertama bulan Mac ini.

Kelas kebudayaan tersebut katanya akan dibuka di Pusat Kebudayaan ASADIA di Kota Sentosa di sini, selain di Siburan.

“Seperti kelas-kelas sebelum ini, tujuan ASADIA menganjurkan kelas kebudayaan ini adalah sebagai platform untuk anak-anak muda mempelajari dan mendalami seni warisan budaya masyarakat kita Dayak seperti tarian ngajat Iban, kuntau (seni mempertahankan diri Iban) dan banyak lagi.

“Menerusi usaha seperti ini kita berharap seni warisan budaya kita akan terus terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta dimartabatkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.



Ketua ASADIA, Mabong Unggang

Tambah Mabong, sejak dimulakan pada tahun 2013, ASADIA telah berjaya melatih dan melahirkan ramai bakat-bakat baharu dalam seni warisan Dayak.

Sebab itu katanya, untuk tahun 2026 ini, ASADIA akan membuka satu lagi kelas kebudayaan iaitu kelas membuat Engkerurai, iaitu satu alat muzik Iban yang hampir pupus.

“Saya berharap ibu bapa akan memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk menyertai kelas kebudayaan ASADIA,” katanya menambah sokongan ibu bapa amat penting dalam usaha memelihara dan memartabatkan seni warisan budaya masyarakat Dayak.

Mereka yang berminat untuk menyertai kelas kebudayaan ASADIA bagi tahun 2026 boleh berhubung terus dengan Mabong (012-6925562).



Ahli-ahli ASADIA turut berpeluang menyertai acara-acara pertunjukan kebudayaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 04:59 PM | Show all posts
KBS teruskan program sedia ada, inisiatif baharu Program Kembara Rakan Muda
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:52pm



Mordi ketika menjawab pertanyaan media semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Abdul Karim di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan semua program sedia ada termasuk inisiatif baharu Program Kembara Rakan Muda dengan beberapa suntikan penambahbaikan bagi menepati keperluan khusus di Sabah dan Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata, secara keseluruhan pelaksanaan program tidak mengalami perubahan besar kecuali penyesuaian terhadap program K-JOM.

“Di bawah KBS sebenarnya terdapat banyak program dan kita akan teruskan seperti biasa. Program masih sama, cuma ada tambahan Program Kembara Rakan Muda dengan melakukan sedikit penyesuaian menepati keperluan kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalannya Dato Gerald Rentap Jabu serta Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027 Datuk Abdul Rashid Yaakub dan para delegasi KBS yang lain.

Ketika menjawab pertanyaan media berkenaan penganjuran Hari Belia, Mordi berkata beliau dimaklumkan bahawa acara itu akan diadakan di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, berhubung cadangan perubahan had umur bagi penyertaan dalam Sukan Para SUKMA 2027, Mordi berkata perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

“Perkara ini masih dibincangkan, jadi saya serahkan kepada pihak jawatankuasa untuk mencari kata putus,” katanya.

Terdahulu, Abdul Karim yang turut mengulas isu sama berkata, cadangan masih di peringkat awal dan berkemungkinan melibatkan penurunan had umur peserta.

“Ini masih cadangan... mungkin ada perubahan untuk Para SUKMA dari segi umur, ada cadangan untuk diturunkan kerana jumlah atlet orang kurang upaya tidak ramai. Ketika ini, had umur bagi Para SUKMA boleh melebihi 21 tahun,” katanya.

Menurut Abdul Karim, sebarang keputusan perlu melibatkan perbincangan lanjut dengan persatuan berkaitan sebelum dimuktamadkan dalam dasar di peringkat kebangsaan.

“Perlu ada perbincangan dengan persatuan terlebih dahulu sebelum dijadikan dasar nasional,” katanya.

Mordi turut menjelaskan bahawa di Sarawak, pengurusan sukan para berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

“Di Sarawak, urusan sukan para tidak berada di bawah KBS, tetapi di bawah Kementerian Wanita. Sebab itu saya akan bertemu dengan Yang Berhormat Fatimah (Dato Sri Fatimah Abdullah) untuk berbincang lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Abdul Karim pula menambah bahawa terdapat pembahagian tugas secara hibrid antara kementerian di peringkat negeri.

“Untuk makluman di Sarawak, urusan para di dalam negeri dikendalikan oleh Dato Sri Fatimah. Namun jika atlet para dari Sarawak bertanding di luar negara, ia berada di bawah kami (MYSED) dan sistemnya agak hibrid,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2026 05:00 PM | Show all posts
PDP Simanggang jemput ahli hadiri Mesyuarat Agung Tritahunan 8 Mac
Februari 13, 2026, Jumaat - 2:55pm
  

SIMANGGANG: Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian N.32 Simanggang menjemput ahli dari seluruh Simanggang untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tritahunan PDP Simanggang.

Pengerusi PDP Bahagian N32 Simanggang, Sia Bik Jiu dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo berkata, mesyuarat itu akan diadakan pada Ahad, 8 Mac ini.

"Untuk makluman bersama, mesyuarat bermula jam 10 pagi di Dewan Sri Lemanak, Jalan Stawang, Sri Aman.

"Sehubungan itu, saya menyeru kehadiran semua ahli PDP Bahagian Simanggang hadir ke mesyuarat tritahunan kali ini," katanya.

Antara pengisian mesyuarat ialah membentangkan minit mesyuarat serta pemilihan stuktur baharu parti PDP peringkat bahagian Simanggang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 05:02 PM | Show all posts
Rebut peluang tingkatkan kompetensi diri agar terus relevan: Cassidy
Februari 13, 2026, Jumaat - 3:02pm



Cassidy (duduk tengah) bersama pengurusan kanan dan zon utara JKR Sarawak menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina pada Majlis Makan Malam sempena Majlis Bersama Jabatan Zon Utara 2026. - Gambar JKR Sarawak

BINTULU: Semua pegawai perlu merebut peluang untuk meningkatkan kompetensi diri melalui latihan, pendedahan baharu dan pengalaman kerja bagi memastikan jabatan yang diwakili terus kekal relevan, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Datu Dr Cassidy Morris berkata, kemahiran bercakap dan berkomunikasi merupakan keupayaan penting yang perlu dikuasai oleh semua pegawai.

Menurutnya, ia selari dengan peranan masing-masing sebagai penjawat awam dan wakil jabatan dalam urusan rasmi bersama pihak berkepentingan.

"Aspek etika berpakaian perlu diberi penekanan sebagai cerminan profesionalisme, imej jabatan serta disiplin diri dalam perkhidmatan awam," katanya berucap pada Majlis Makan Malam sempena Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/2026 Zon Utara di sebuah hotel di sini, semalam.

Katanya, beliau menghargai perubahan positif ditunjukkan jurutera bahagian khususnya keberanian untuk bersuara menyampaikan pandangan serta terlibat secara aktif dalam perbincangan berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan tugas jabatan.

Justeru katanya, majlis bersama jabatan merupakan mekanisme rasmi yang berperanan sebagai saluran perbincangan dan libat urus antara pihak pengurusan dan wakil pekerja.

Ujarnya, ia membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan, perkhidmatan serta penambahbaikan pengurusan organisasi secara berhemah dan konstruktif.

"Ia mencerminkan komitmen berterusan JKR Sarawak dalam memupuk budaya kerja yang inklusif, profesional dan berteraskan pembangunan modal insan," tambahnya.

Jelasnya, ini merupakan platform untuk memperkukuh hubungan kerja, komunikasi dua hala serta semangat kebersamaan antara pihak pengurusan dan warga JKR Sarawak di Zon Utara.



Cassidy (tengah) bersama pengurusan kanan dan zon utara JKR Sarawak menggaul 'yee sang' sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba pada Majlis Makan Malam sempena Majlis Bersama Jabatan Zon Utara 2026. - Gambar JKR Sarawak


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 05:03 PM | Show all posts
Program Masyarakat Penyayang ringankan beban penduduk Flat KMC sempena TBC
Februari 13, 2026, Jumaat - 3:03pm



Wee (tengah) sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penghuni Flat KMC hari ini sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

KUCHING:Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terus komited menyantuni masyarakat menerusi penganjuran Program Masyarakat Penyayang sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) yang berlangsung di Flat KMC, hari ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng berkata, walaupun program tersebut dilaksanakan secara sederhana tetapi ia membawa mesej yang amat bermakna iaitu keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam komuniti.

“Setiap tahun sempena Tahun Baharu Cina, MBKS melaksanakan Program Masyarakat Penyayang. Kita mahu memastikan setiap isi rumah di Flat KMC dapat meraikan perayaan ini dengan lebih bermakna.

“Tahun Baharu Cina adalah mengenai pertemuan semula keluarga, khususnya ketika makan besar atau ‘tuan nian fan’. Melalui program ini, setiap isi rumah menerima seekor ayam dan baucar RM10 yang ditaja oleh CCK.

“Walaupun sumbangan ini kelihatan sederhana, kita berharap ia dapat membantu persiapan makan besar dan membawa keceriaan ke setiap rumah,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, program tahunan itu bukan sekadar inisiatif pengagihan sumbangan, malah menjadi simbol kasih sayang, perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan setiap keluarga dapat menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan dan bermaruah.

Beliau turut menegaskan pembangunan bandar bukan hanya tertumpu kepada pembinaan fizikal dan infrastruktur, tetapi juga merangkumi kesejahteraan rakyat.

“Bandar yang prihatin adalah bandar yang menjaga komuniti, khususnya keluarga yang memerlukan sokongan. Komitmen MBKS jelas tiada siapa yang akan dipinggirkan,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan penghargaan kepada rakan strategik MBKS, CCK Consolidated Holdings Berhad atas sokongan berterusan dalam menjayakan program komuniti.

Katanya kerjasama erat antara sektor awam dan swasta membuktikan bahawa sinergi tersebut mampu membawa impak positif yang nyata kepada masyarakat.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar MBKS Dato Dr Zaiedi Suhaili ahli-ahli majlis MBKS serta penduduk Flat KMC.

Pada masa sama, Wee berharap sumbangan kecil itu dapat membawa kegembiraan kepada setiap keluarga dan mendoakan agar Tahun Baharu Cina kali ini membawa kesihatan, keharmonian serta kemakmuran kepada semua.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 05:03 PM | Show all posts
Amalkan pemanduan berhemah, kurangkan risiko kemalangan menjelang perayaan
Februari 13, 2026, Jumaat - 3:30pm



Pang mengagihkan buah limau mandarin dan cenderamata kepada penunggang motosikal dalam kempen keselamatan berkenaan, hari ini.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu menasihatkan orang awam khususnya yabg balik bercuti ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang tinggal beberapa hari lagi supaya mempraktikkan amalan pemanduan secara berhemah.

Jelasnya, empat langkah keselamatan harus dipatuhi bagi pemanduan yang selamat sekali gus mengurangkan kemalangan yang boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan keluarga dan juga pengguna jalan yang lain.

"Pertama, pastikan anda melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan sebelum bergerak dan yang kedua sentiasa mematuhi undang-undang di jalan raya dengan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan selain mengikuti arahan penanda aras jalan di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi masing-masing, " jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya TBC 2026 di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini, hari ini.

Menurutnya, faktor lain yang harus diambil kira oleh pengguna jalan raya terutamanya pemandu kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh adalah jangan memotong secara berbahaya dan jangan meneruskan pemanduan sekiranya berasa letih atau mengantuk.

"Sebaik-baiknya, sekiranya anda (pemandu) berasa mengantuk, anda harus berhenti seketika di kawasan yang selamat dan sesuai sama ada untuk berehat atau tidur sebentar bagi membuang rasa mengantuk," jelasnya.

Apa yang lebih penting ujar Pang, adalah mengamalkan sikap sabar dan memandu secara berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengagihkan buah limau mandarin dan cenderamata kepada penunggang motosikal serta pemandu kenderaan yang lalu di sepanjang jalan berkenaan.

"Walaupun ringkas namun ia penuh makna buat semua sebagai tanda ingatan penting supaya orang awam lebih berhati-hati semasa berada di jalan raya," ujarnya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuu78765bhatt ji
Views : 101 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YDBHATT JI
Views : 1212 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 1415 Replies : 0
BHATT JI
AKKU78YBHATT JI
Views : 1820 Replies : 0
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 11855 Replies : 12
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31772 Replies : 24
Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,000 akibat pelaburan tidak wujud
ultra78Peniaga putih mata, rugi hampir RM280,00
Views : 24568 Replies : 2
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 27220 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44366 Replies : 627
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 19672 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.561931 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list