CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V136'

 Close [Copy link]
Post time 3-3-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 2-3-2022 12:45 PM
patut pun matt rasa kekurangan hari ni
rupanya tak ada morning wish dari Nov...

Matt ni nov tgk kategori mulut manis gak ni. Jgn slh guna nnt ade yg tewas

Td nay update hr ni pun msh x bole tepek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 2-3-2022 12:46 PM
Nov dah keluar lunch?
atau pergi tapaw saje?

Semlm mkn bihun grg beli pg je. Hr ni nov dah tapau ns utk lunch tp ade org nk banjer ns arab pulak. Jdnya ns nov beli bwk blk buat dinner la kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:11 PM
owh ok noted. i-akaun tu rasanya boleh check bila2 tp asb hanya waktu office hour. sabtu ahad pun  ...

Ye tepat sekali. Kaka ade tgk asb ms weekend ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:13 PM
owh patutlah.

nov, good luck eh utkk anak nov. arini dah start exam spm.

Tq kaka. Sorry br smpt beklog. Semlm paper BM. Hr ni English. Nov beli jam baru bg dia semangat sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:15 PM
owh pak ngah nov tu duduk mana sebelum ni. mak nov sendiri ok tak dgn SIL dia sb jarang2 jumpa kan ...

Arwah pak ngah mmg dibsrkan dkt jeram oleh mak dia lps parents divorce.

Kira mak dgn pak ngah lain mak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:17 PM
klu mcm tu biarlah derang nov. masa yg akan menentukan semuanya. in shaa Allah klu umur nov panjan ...

Hrp dpt la tgk pengakhiran ksh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:19 PM
mmg banjir kali ni pelik nov. sb berlaku di luar musim tengkujuh.
kaka risau dua tiga tahun menda ...

Ha kan nov pun pelik sbb bln feb. Mcm prnh bc yg kpm nk revise start sek bln feb sbb nk elakkan sesi sek bermula ms musim tengkujuh. Mcm2 dah jd kat msia skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:34 PM
kaka tengah mereply noti. nti abis kt sini kaka reply kt bod nov.

Kaka dah reply nov pulak br nk reply noti semlm rmh pasemboq ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:36 PM
ada yg simpan pun nov derang simpan lauk, mcm sambal udang, sotong. tp takat simpan sehari lps tu d ...

Ok la mcm tu sbb nk kekalkan pelanggan x kan nk jual lauk perangat. Ade 1 kedai melayu ns kuning dia jual. Lauk sdp tp nov perasan kuah dia perangat. Nov kata dlm hati x lm berniaga mcm ni. Mmg x lama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:43 PM
kaka pun tengok mcm tu nov. taxi byk yg keta lama. ada yg charge mahal. tmpt dekat pun nk charge r ...

Klu kaka nk tau taxi charge mahal sbb diorg charge utk 2 hala. Pegi balik. Sbb tu mhl. Mcm e hailing diorg charge sehala sbb tu murah. Lps tu e hailing kete br sbb tu passenger pilih e hailing sbb pick up smpi dpn pintu rmh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnt klu nov teringat ms buka lappy nov cari yg taxi driver sengaja langgar e hailing dkt airport
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:52 PM
ntahlah nov. kaka pun dah konpius.

X pe kita create je topic lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:53 PM
klu GM nov tu balik negara dia ada tak sesapa yg kirim beli brg mcm coklat ke apa.

X de rsnya. Dia blk pun x bgtau. Diam2 je. Selalu diorg ckp dia g biz trip
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:55 PM
tp eloklah cancel nov. waktu skrg tak sesuai nk buat kenduri.

Nsb nov smpt mkn 2 ns kenduri thn ni. Ade mbr nov C. Dia pny teringin mkn ns kenduri smpi ns beriani pun dia pggl ns kenduri. Pttnya esk open order tp pg ni dia swab +ve la pulak. Kenduri yg mn org proceed gak mmg pggl x ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 2-3-2022 02:58 PM
ingat nk tepek guna phone. ada snap pic tp tak boleh lps. pg ni pun nk tepek pic tak dpt.

Jgn kata smlm hr ni pun x bole lg kaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 12:38 PM | Show all posts
62.9 peratus populasi dewasa sudah terima dos penggalak

Mac 3, 2022 @ 12:18pm



NSTP/MOHD FADLI HAMZAH



KUALA LUMPUR: Seramai 14,810,832 individu atau 62.9 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat semalam.

Berdasarkan data dalam laman web COVIDNOW, seramai 22,951,398 (97.5 peratus) populasi itu telah lengkap vaksinasi, manakala 23,231,225 (98.7 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, seramai 929,733 individu (26.2 peratus) sudah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Seramai 2,802,265 (90.1 peratus) populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula telah lengkap vaksinasi, dan 2,898,437 (93.2 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 97,534 dos vaksin COVID-19 diberikan meliputi 26,923 dos pertama, dos kedua (1,389) dan dos penggalak (69,222).

Ia menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mencecah 67,416,313.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), 115 kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan, semalam, yang menyaksikan Johor mencatat angka tertinggi dengan 25 kes.

Ia diikuti Sabah dengan 24 kes; Selangor (18); Kedah dan Negeri Sembilan (masing-masing lapan); Perak (tujuh); Pahang dan Kuala Lumpur (masing-masing enam); serta Kelantan (empat).

Seterusnya, Pulau Pinang (tiga), Melaka dan Perlis (masing-masing dua); serta dan Sarawak dan Terengganu (masing-masing satu). – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:40 PM | Show all posts
COVID-19: 27,500 jangkitan, 115 kematian baharu semalam

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Mac 3, 2022 @ 11:29am[email protected]







PUTRAJAYA: Sebanyak 27,500 jangkitan baharu COVID-19 dan 115 kematian lagi akibat virus itu direkodkan, semalam.

Pada masa sama, sebanyak 27,557 kes sembuh turut dilaporkan, semalam, membawa kepada jumlahnya 3,169,669 (90.7 peratus), setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkitan baharu itu meliputi 27,072 penularan tempatan membabitkan 25,904 warganegara dan 1,168 bukan warganegara, serta 428 kes import terdiri daripada 389 rakyat Malaysia dan 39 warga asing.

Katanya, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 3,496,090 kes.

Beliau berkata, jangkitan baharu itu meliputi 189 kes (0.69 peratus) Kategori 3, 4 dan 5, manakala 27,311 lagi (99.31 peratus) Kategori 1 dan 2.

"Ia membabitkan 9,292 kes (33.79 peratus) Kategori 1; 18,019 kes (65.52 peratus) Kategori 2; 71 kes (0.26 peratus) Kategori 3; 38 kes (0.14 peratus) Kategori 4 dan 80 kes (0.29 peratus) Kategori 5," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan daripada jangkitan baharu Kategori 3, 4, dan 5 itu, 53 kes (28.04 peratus) membabitkan individu tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi COVID-19; 86 kes (45.50 peratus) telah disuntik dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak; dan 50 kes (26.46 peratus) sudah menerima dos penggalak.

Beliau berkata, seramai 108 pesakit (57.14 peratus) dalam ketiga-tiga kategori itu berusia 60 tahun dan ke atas, serta 48 kes (25.40 peratus) mempunyai komorbid.

Dalam pada itu, katanya, korban baharu COVID-19 yang dilaporkan meliputi 36 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), membawa kepada jumlah 32,942 kematian termasuk 6,780 kes BID, setakat ini.

Seterusnya, Dr Noor Hisham berkata, 360 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 139 disahkan COVID-19 dan 221 lagi disyaki, berkemungkinan, serta kes dalam siasatan.

"Sebanyak 194 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, iaitu 77 disahkan COVID-19 dan 117 disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sembilan kluster baharu COVID-19, semalam.

Ketika ini, sebanyak 293,479 kes masih aktif, dengan 281,512 individu menjalani kuarantin di rumah; 3,425 berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC); dan 8,182 pesakit lagi menjalani rawatan di hospital.





Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:41 PM | Show all posts
banyak juga 115 kematian smlm.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 12:42 PM | Show all posts
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 turun kepada 1.0

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Mac 3, 2022 @ 10:21am[email protected]




Gambar hiasan - NSTP/FAIZ ANUAR




PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di negara ini turun kepada 1.0, semalam, berbanding 1.02 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang kongsikan data itu dalam media sosial, berkata Sarawak melaporkan Rt tertinggi pada kadar 1.43, diikuti Perak (1.28).

Terengganu pula merekodkan nilai Rt 1.18; Perlis (1.15); Labuan dan Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11); dan Kuala Lumpur (1.10).

Seterusnya, Pulau Pinang dan Selangor (1.09); Putrajaya (1.06); Kedah (1.05); dan Kelantan serta Melaka (1.04).


Dua negeri mencatat nilai Rt bawah 1.0, iaitu Johor pada kadar 0.97 dan Sabah (0.96).





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.197839 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list