|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
http://img97.imageshack.us/img97/1743/cartoonbird2.jpg
atai Post at 24-12-2009 15:34 
hehehe..
mana lah kau jumpe gambar bangau ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aquaman tak sehat2 lagik kaa..nak gak tgk rembatan padu maut yg slalu dia buat masa kat Roma dulu2 tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
lwn tim yg main 10 org pun mcm payah jer nak menang... |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool atasi Wolves
LIVERPOOL: Steven Gerrard dan Yossi Benayoun menjaringkan gol pada separuh masa kedua ketika Liverpool berhempas pula untuk menang 2-0 ke atas Wolves yang beraksi dengan 10 pemain di Anfield.
Liverpool yang membariskan Alberto Aquilani untuk pertama kali dalam kesebelasan utama, mendominasi permainan pada babak awal tetapi gagal menyempurnakan beberapa peluang awal.
The Reds dikecewakan kekebalan pertahanan pasukan Mick McCarthy sehinggalah pengadil Andre Marriner mengarah Stephen Ward keluar padang lima minit selepas permainan bersambung.
Sepuluh minit kemudian, Gerrard menjaringkan gol pertama beliau dalam hampir dua bulan dan yang kelima dalam saingan liga, untuk meletakkan Liverpool di depan.
Pemain pertahanan Liverpool, Emiliano Insua, meluru menembusi benteng lawan di sebelah kiri sebelum melambung bola ke depan gawang untuk Gerrard menewaskan penjaga gol Wolves, Marcus Hahnemann.
Benayoun turut menemui gawang untuk memberi Liverpool yang hanya menang empat daripada 17 perlawanan lalu, kemenangan selesa walaupun bermain hambar.
Dengan masa berbaki 20 minit, Benayoun menyambut hantaran Fabio Aurelio ke dalam kotak penalti dengan rembatan kencang yag terkena George Elokobi lalu menembusi gawang. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Steven Gerrard of Liverpool celebrates scoring the opening goal
Match Stats | | Liverpool | Wolverhampton Wanderers | Shots (on Goal) | 18(8) | 5(1) | Fouls | 9 | 10 | Corner Kicks | 7 | 1 | Offsides | 3 | 0 | Time of Possession | 68% | 33% | Yellow Cards | 0 | 0 | Red Cards | 0 | 1 | Saves | 1 | 6 |
Match Information | Stadium: Anfield, England
Attendance: 41,956
Match Time: 17:30 UK
Official(s):
A Marriner (Referee)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..
tunggu lwn astong villa dulu baru blh komen..
rasa mcm payah jer nak menang kalau tgk prestasi semasa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp bile menang dgn vila rapa jendul tuka statment....
"kami masih dlm kelompok perebutan trophy BPL" :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Gerrard yakin Liverpool bangkit
| Kapten Liverpool, Steven Gerrard (kiri) melompat mengatasi dua pemain Wolverhampton untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana England, kelmarin. Liverpool menang 2-0. – REUTERS
|
LIVERPOOL – Steven Gerrard yakin Liverpool akan kembali bangkit dalam dua perlawanan penting bagi menghidupkan peluang The Reds untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolves di gelanggang sendiri, kelmarin Liverpool dijadualkan bertemu Aston Villa serta Tottenham Hotspurs pada 29 Disember dan 10 Januari depan.
Pada perlawanan menentang Wolves, Gerrard kembali menunjukkan taring apabila menjaringkan gol untuk Liverpool setelah kali terakhir berbuat demikian ketika bertemu Birmingham pada 9 November lalu yang menyaksikan permainan berkesudahan seri 2-2.
Pemain tengah England itu juga yakin Liverpool yang telah pun kalah tujuh perlawanan dalam saingan Liga Perdana mampu untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.
‘‘Apabila anda tidak memperoleh keputusan yang diharapkan ia pastinya akan menjejaskan keyakinan dan kami ingin kembali ke landasan yang betul.
‘‘Semua pemain tertekan dengan situasi ini tetapi kami akan tetap berusaha dan yakin nasib kami akan berubah.
‘‘Dengan corak permainan yang kami tunjukkan (menentang Wolves), kami secara perlahan-lahan akan bergerak memperbaiki kedudukan,’’ katanya.
Sementara itu, Pengurus Liverpool, Rafael Benitez gembira ketua pasukan Liverpool itu kembali mendapatkan sentuhan golnya.
Pengurus kelahiran Sepanyol itu juga yakin Liverpool mampu kembali ke landasan asal dan sekali gus menempatkan diri dalam empat pasukan terbaik.
‘‘Penting untuk melihat Gerrard kembali menjaringkan gol kerana ia akan meningkatkan keyakinan pasukan.
‘‘Liverpool perlu menang ke atas Wolves dan kami sudah pun melakukannya dengan menjaringkan dua gol,’’ ujarnya.
Menurut Benitez, penting bagi Liverpool mengutip tiga mata penuh dan bagi merapatkan jurang, pasukannya perlu menewaskan Aston Villa untuk perlawanan berikutnya.
‘‘Perjalanan masih jauh, penting untuk kami mencatatkan kemenangan berturut-turut bagi meningkatkan keyakinan pemain,’’ jelasnya.
Benitez turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh Alberto Aquilani yang membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana England sejak pemain Itali itu sampai ke Liverpool lima bulan lalu bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Xabi Alonso.
‘‘Saya dapat lihat dia berusaha untuk memain peranan dalam pasukan dengan menerima dan membuat hantaran bola. Malah tahap kecergasannya juga meningkat.
‘‘Lama kelamaan dia akan dapat menyesuaikan diri dengan kancah persaingan Liga Perdana ini,’’ katanya.
Dalam pada itu, tindakan pengadil yang mengarahkan Stephen Ward keluar padang telah membangkitkan kemarahan Pengurus Wolves, Mick McCarthy.
Ward yang sebelum itu mengasari Yossi Benayoun dan kemudiannya mengulangi kesilapan sama dengan menjatuhkan Lucas telah menyebabkan dia menerima dua kad kuning dan sekali gus dilayangkan kad merah.
Bagaimanapun, pengadil, Andre Marriner telah tersilap melayangkan kad kuning ke atas pemain, Christophe Berra sebelum membuat pembetulan dengan menghantar Ward keluar padang. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
team ni aku rasa leh overhaul celsi ..  |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sangat la 12 point tu. Lepas ni chelsea draw lagi 12 kali. 
HarizAzhari Post at 28-12-2009 14:17 
tim ni plak kalah berkali kali.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|