|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by serihartatie at 30-5-2006 02:35 PM
ana sedih kalau dapat ex student macam hang ni...tapi apa nak buat...itulah hakikat pendidikan universiti masa kini yg tidak dapat melahirkan MODAL INSAN yg sebenar...
Hehehehe...makcik ni lahir daripada universiti mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 30-5-2006 03:01 PM
Hehehehe...makcik ni lahir daripada universiti mana??
tak penting lahir dari U mana sekalipun...dan setakat mana tahap akademik ana..tapi kalaulah ada ex student ana yg sombong sebab rasa dah byk ilmu sebab grad dari U dan perlekehkan org lain yg tk pernah masuk U, ana pun rasa ndak picit2 depa tu...buat memalukan U tempat belajar ajer..
[ Last edited by serihartatie at 30-5-2006 03:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
AKSES TERKINI KPD HIMPUNAN TARBIAH USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
MAJLIS PELANCARAN MULTIMEDIA BOOK
Tarikh: 4 Jun 2006 (Ahad)
Masa: 9 - 11.30 pagi
Tempat: A-2-2, Pelangi Square, Persiaran Surian Damansara, Petaling
Jaya
Anjuran: Spectral Multimedia
Aturcara:
9.00 pagi: Kehadiran peserta
9.15 : Aluan Pengerusi
9.30 : Persembahan Mawaddah
9.45 : Ucapan wakil Rufaqa'
10.00 : Ucapan perasmian dan pelancaran M-Book
10.20 : Pembentangan M-Book
10.45 : Sesi dialog
11.15 : Jamuan dan Persembahan Mawaddah
Kehadiran: PERCUMA
Sebarang Pertanyaan dan untuk pengesahan kehadiran , sila hubungi:
Puan Siti Saudah 016-2378044,
Dr Nor Aini Abd Rahman 019-3141074
==========================================
MINDA MULTIMEDIA MOBILE (M-Book)
Kini Dalam bentuk DIGITAL & MULTIMEDIA
AUDIO,VIDEO & ANIMASI INTERAKTIF
Merupakan Kompilasi Ilmu Ustaz Haji Ashaari Muhammad yang mengajak manusia Cinta dan Takutkan Tuhan dalam pelbagai bentuk - BUKU,SAJAK dan NASYID.
Terkandung di dalamnya:
20 buah Buku....
100 buah Nasyid...
1500 buah Sajak....
Dilengkapi search engine untuk memudahkan pencarian topik dengan mudah,tepat dan cepat.
Dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian Macromedia Flash
Ideal untuk semua golongan...KORPORAT, PROFESIONAL, PELAJAR, INDIVIDU &
etc.......
Terbitan Bersama:
Spectral Multimedia
TOCREATE SDN BHD
[ Last edited by serihartatie at 30-5-2006 03:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku jawab post anak hingusan abnormal..
jangan la kita dok canang nak dok suruh orang buat baik tapi diri sendiri tu dok main game metal gear solid kat umah ...
aku balas
1. main game nih HARAM ker?
kalo yer aku minta hadis atau ayat quran, nak tgk sejauh mana pandainya macai2 arseari nih
tiu bukan pernyataan, itu pertanyaan. tolong pahamkan dah jawab. mudah jer soalan tuh. even org tak abis belajar u pon sebab ikut cult boleh jawab.
tapi aku teringat kata cikgu english aku ... orang yang main game kat rumah ni taraf pemikiran dia akan keanak-anakan macam budak² tak boleh nak matang... tu kata cikgu aku... ada gak kawan aku sorang ni umur masuk 25 tahun... cakap macam budak² pasal dok kat umah dok main PS... kami tanya dia ... awat perangai ang macam budak²? dia marah...
kau ngan cikgu english kau SAMA jer :lol kalo budak2 jer main game, kau tgk sekarang nih cam ner standard game di buat..kalo kau kluar gua nanti rajin2 pi KL yer..budak2 tak leh main game2 yg aku main..nanti brainfreeze.. :lol
apa yang aku kata man game ni melalaikan kadang² boleh lupa Tuhan...
itu maknanya game tuh yg main hang, bukan hang yg main dia :lol aku main lek jer, setakat nih takder la masuk apa2 cult atau percaya sajak2 ngarrrut atau daulah pikedolah :lol
sebab tu aku tanya makBapak ang tak larang ka hang main game..
dan aku pon menjawab ngn jayanya:
2. mak bapak aku tak larang
sebab..
sebab AKU BELI DGN DUIT AKU SENDIRI. kerja keras. bukan dgn mengemis atau mintak derma ikhlas. lg satu sebab aku DAH ANTA MEREKA BERDUA PI HAJI ngan duit aku. KAU ..kau apa ada? baru nak kenal dunia jgn byk cakap. kalo zakat fitrah pon mak abah bayar jgn bising2
pernah tak kau belajar atas sesuatu perkara ada sebab musabab?
baru la lengkap jawapan.
bukan bila tanya :
eh kata abuya tersayang nak jadik PM lepas arwah tuh ghappar,
lepas tuh dijawab
diam diam, tak dapat syafaat nanti, kalo ko sakit sapa nak screen dan amik alih sakit kau tuh
:lol
aku tak rasa sia2 sebab aku main dgn bini aku, adik2 aku, ipar duai aku..eratkan kekeluargaan..kurang dema tak la masuk mana2 cult dan menderhaka pada mak bapak nanti. sebab ikatan dah kuat. berhibur pon kat umah..so pengaruh ajaran sesat dan songsang susah skit nak masuk. fahim ta? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 30-5-2006 03:08 PM
tak penting lahir dari U mana sekalipun...dan setakat mana tahap akademik ana..tapi kalaulah ada ex student ana yg sombong sebab rasa dah byk ilmu sebab grad dari U dan perlekehkan org lain yg ...
Snipersnake tu ex-student Ente ker ya habibi?? Wuiyoo...hebatnya... |
|
|
|
|
|
|
|
memang ana tak pernah masuk arqampun...arqam diharamkan ana masih mengaji lagik..jadi TAK ADE KAITAN LANGSUNG FITNAH HANG TERHADAP ANA ITU...ITU SEMATA-MATA FITNAH HANG SAHAJA...
arqam= rufaqa..sama jer..satu lembu satu kerbau. nama jer lain
hang cuba bagi fakta statistik yang sahih pasal student yg fail sebab join arqam tu...tapi hang ni dah ketinggalan zaman, sekarang zaman rufaqa dan yg berada di dalam rufaqa tu bukan semua org arqam, ada yg join era rufaqa.
tau pon yg baru nih satu habuk pon tak tau apa2. kau nak tau, tanya bekas pengikut2 kat sini. baru tau..oh lupa plaks,,mereka PEJUANG TERSARING :lol lawak2.. kalo arseari betul la, ramai ulama2 malaysia ikut. nih, a bunch of school dropouts jer.. :lol
ada faham???....hang ni kena ajar sikit, hang ni melampau, anggap semua org tk educated, hang sorang ajer yg educated.
kenapa pergi sampai education nih? rasa diri kurang pandai ka :lol
ana sedih kalau dapat ex student macam hang ni...tapi apa nak buat...itulah hakikat pendidikan universiti masa kini yg tidak dapat melahirkan MODAL INSAN yg sebenar.
jgn riso, aku pun tak HINGIN bergurukan kau :lol dibayar pon taknak.
org yg betul2 pandai ialah org yg dapatmenilai penipuAN dan kebenaran. dan juga org yg dapat memahami maksud perkataan PEMUDA..al rijal...yg ia bukan bererti seorang yg agak lanjut usianya yg sudah tak mampu berdiri dan mengelap airliurnya sendiri.
berbahagialah kepada mereka yg taat pada ibu bapanya ke jalan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 30-5-2006 04:03 PM
Snipersnake tu ex-student Ente ker ya habibi?? Wuiyoo...hebatnya...
:lol kau nih grave, kalo aku student dia dah tentu aku campak mak bapak aku jauh2 semata2 nak ikut org tua tuh :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 30-5-2006 04:11 PM
:lol kau nih grave, kalo aku student dia dah tentu aku campak mak bapak aku jauh2 semata2 nak ikut org tua tuh :lol
Heheheee...dia terperasan agaknya kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 30-5-2006 04:03 PM
Snipersnake tu ex-student Ente ker ya habibi?? Wuiyoo...hebatnya...
laaa...kesian pulak kat engkau org ni, cakap bahasa yg terang lagi bersuluhpun tak faham...cuba baca balik apa yg ana tulis tu, dan digest betul2..
apa2 pun, sian kat U yg kau org berdua belajar dulu, sebab ana dah boleh nilai tahap pendidikan yg U depa dapat hasilkan sebg graduate... |
|
|
|
|
|
|
|
ni ha pengalaman anak didik arseari
sebelum sesiapa memberi komen pada geng rufaqa ini, minta syeikh hanggukkau atau syeikh al-zauq beri komentar anda terhadap ceramah oleh Mejar (B) ni dulu.. saya yang terbatas ilmu2 macam geng rufaqa ni ada, tak mampu la nak beri apa2 komen...
harap syeikh dapat komen satu persatu, dari a) hingga r) apa yang disalin balik oleh alin81 ni.. adakah penyataan mereka boleh diterima pakai... mana yang boleh, mana yang perlu ditolak... itu lebih baik bagi anda... daripada orang lain yang menghukum terlebih dahulu...
pada penyataan q), saya sekeluarga sudah beberapa kali bersama majlis ust asaari.. yang terakhir semasa anak dia Miqdad berkahwin isteri kedua.. pada saya, saya tak nampak mana datangnya pahala yang melebihi 40 tahun bersolat bila bersama dia atau majlis kuliahnya. Apa yang saya nampak, mereka cuma mengagung2kan abuya, itu saje..
alin81 wrote:
n) jika ada org2 jemaah dh sampai ajal, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya Allah, mati tu dlm keadaan baik (husnul khatimah) atau buruk.. jika dlm keadaan baik, maka boleh cabut nyawa.. jika org tu x ready lg, maka ashaari minta ajal org tersebut ditangguhkan.. minta Allah cabut nyawa pengikut2 lain yg dah ready, atau cabut nyawa org2 di luar jemaah.. penceramah juga ada sebut bbrp nama yg dijadikan contoh..
ini lebih kepada nak mengagungkan ust asaari, bilamana driver dia telah mendapat kemalangan maut. Driver tersebut dalam perjalanan ke Rawang utk mengambil Mejar (B) Abu Zar.. lalu ust Asaari mengeluarkan kenyataan bahawa dia berbincang dengan Allah untuk menangguhkan kematian mejar (B), lalu digantikan dengan driver tersebut... dengan alasan, mejar (B) adalah orang penting untuk daulah yang dah nak dekat ni..
alin81 wrote:
m) jika ada org2 jemaah yg jatuh sakit, ashaari dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya pd Allah, sakit yg mcm mana.. jika ok, maka ashaari izinkan.. jika lihat pengikut tu x cukup kuat utk terima musibah (iman x kuat), maka ashaari minta Allah turunkan sakit tu separuh jer.. separuh lg beri pd ashaari
semua orang tahu ust asaari kini sakit tenat.. tapi ada orang rufaqa cakap "sakit abuya tu sebab pengikut. Dia sanggup tanggung kerana tak nak pengikut dia menderita"... lagi satu, masa berbual dengan sorang geng rufaqa ni, dia kata "Abuya tu nampak je macam tu, tapi doktor sahkan yang jantung dia masih kuat, sekuat atlit 30 tahun"....
rasanya tak perlulah komen banyak2, makin nampak pelik nanti... utk pengetahuan al-zauq, diorang still dengan pemahaman yang lama... cuma sekarang agak jauh sikit.. masa kitorang arqam dulu, takde laaa selalu sangat jumpa Rasulullah.. sekarang dah selalu pulak... sebab daulah dah nak dekat...
kahkahkah1 nak tergelak aku..especially pasal berbincang ngan Allah tuh :lol
nabi musa nak jumpa Allah cuma dpt tgk gunung hancur berkecai..nih kan pulan arseari :lol
lawak2..
http://al-ahkam.net/home/modules ... p;highlight=ashaari |
|
|
|
|
|
|
|
MALAYSIA TANAH AIRKU, IBU PERTIWI YANG TERCINTA
11/06/2006
[quote]Open letter to Tun Dr Mahathir
By Rehman Rashid NST 9 June 2006
WHY, Tun?
That抯 what we |
|
|
|
|
|
|
|
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RSAW, KELUARGA DAN SAHABAT2NYA
14.06.2006 - 01
7.15 pagi
Nabi Muhammad SAW itu cahaya segala cahaya,
Maksud yang tersirat, Nabi Muhammad SAW itu
Saluran petunjuk dari Tuhan,
Yang tidak ada tandingannya,
Yang berlaku kepada rasul-rasul sebelumnya,
Ertinya ajaran yang Tuhan sampaikan kepadanya
Paling lengkap dan sempurna,
Iaitu syariat paling sempurna dan lengkap,
Yang tidak pernah berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi sebelumnya,
Yang merupakan saluran rahsia Tuhan,
Yang tidak pernah berlaku, sebelum dan sesudahnya,
Dia merupakan ubat segala penyakit,
Penyakit lahir mahupun penyakit batin
Yang Tuhan anugerahkan kepadanya,
Dan dia merupakan anak kunci pintu kemudahan,
Maksud yang tersirat,
Kemudahan dapat rahmat, kemudahan dapat berkat,
Kemudahan dapat ilmu, kemudahan dapat rezeki,
Kemudahan dapat bantuan dan pertolongan,
Nabi Muhammad SAW itu pilihan diatas pilihan,
Daripada segala nabi dan rasul,
Dan keluarga-keluarganya, suci lagi murni,
Suci lagi murni daripada dosa lahir dan batin,
Jiwanya bersih daripada mencintai dunia,
Serta sebesar habuk pun tiada,
Hati mereka terpaku dengan di Akhirat sana,
Dunianya sudah dijual semuanya,
Untuk membeli Akhiratnya,
Para sahabat-sahabatnya adalah pilihan Tuhan,
Cintanya kepada Rasulullah SAW tidak ada tandingan,
Setianya kepada Rasulullah SAW luar biasa,
Berjuang dengan Rasulullah SAW dengan gigihnya,
Mempertahankan Rasulullah dengan bermati-matian,
Pengorbanannya untuk Tuhan dan Islam dengan tenaganya,
Hartanya dan nyawanya,
Kerana itulah Islam itu cemerlang dan gemilang,
Di tangan mereka tidak ada tara dan tandingan sesudahnya,
Sahabat juga menjual semua dunianya untuk Akhiratnya,
Akhirat itulah matlamat mereka,
Ini tidak dapat dilakukan oleh umat Islam selepasnya.
Sajak Ustaz Ashaari Muhammad |
|
|
|
|
|
|
|
FITRAH, AKAL DAN WAHYU
01/07/2006
Manusia itu dipimpin oleh tiga perkara. Pertama ialah fitrah. Kedua ialah akal. Ketiga ialah wahyu.
Fitrah ialah keinginan semulajadi. Setiap manusia, tidak kira apa bangsa, di mana pun dia berada di dunia ini dan di zaman mana pun dia hidup, dia dibekalkan Tuhan dengan fitrah semulajadi iaitu rasa ingin bertuhan dan cintakan kebaikan dan kebenaran. Berbekalkan fitrah ini, manusia mencari Tuhan dan berusaha mewujudkan kebaikan dan kebenaran dalam kehidupan. Juga dengan fitrah ini mereka benci kejahatan dan mereka rasa bersalah jika terbuat seuatu yang jahat yang bertentangan dengan fitrah semulajadi mereka yang sukakan kebaikan.
Namun, firah sahaja tidak memadai. Fitrah sahja tidak dapat membawa manusia kepada kebaikan, kebenaran dan Tuhan yang sebenar yang hakiki. Banyak bangsa di dunia ini yang hanya dipimpin oleh fitrah semata-mata telah mengangkat bermacam-macam makhluk sebagai Tuhan mereka. Ada yang menyembah matahari. Ada yang menyembah bulan dan bintang. Ada yang menyembah api. Ada yang menyembah gunung-ganang. Ada yang juga yang menyembah haiwan.
Orang yang hanya dipimpin oleh fitrah kerana risalah agama tidak sampai kepada mereka digelar ahlul fitrah. Ini termasuklah bangsa-bangsa yang hidup di zaman di antara dua rasul, bangsa-bangsa yang tidak diutuskan rasul kepada mereka, kanak-kanak yang belum cukup umur dan orang-orang yang cacat hingga tidak dapat menerima atau memahami risalah agama seperti gila, terencat akal atau buta dan pekak sekaligus pada satu masa dan dunia mereka gelap dan sunyi. Orang-orang atau bangsa-bangsa seperti ini tidak diwajibkan beragama kerana beragama itu di luar keupayaan dan kemampuan mereka.
Ada manuisa dipimpin oleh akal semata-mata. Dalam segala hal dan masalah kehidupan, mereka merujuk kepada akal mereka. Inilah kerja para-para filasuf seperti Aristotle, Plato dan lain-lain lagi. Dengan akal, manusia mencipta berbagai-bagai fahaman, ideologi dan sistem hidup. Bila akal sahaja digunakan, manusia berat dan banyak memihak kepada dunia. Soal Akhirat dan ketuhanan tidak diambil kira. Ini kerana hal-hal tersebut terkeluar dari jangkauan akal.
Itu sebab fahaman dan ideologi ciptaan akal manusia seperti komunisma, kapitalisma, sosialisma, sekularisma dan sebagainya tidak menyentuh hal Akhirat atau hal ketuhanan. Fahaman komunis contohnya menolak Tuhan bulat-bulat.
Orang akal dinamakan juga orang dunia atau orang sekular. Segala apa yang mereka usahakan terhenti di dunia dan tidak ada hubungkait langsung dengan Tuhan atau dengan Akhirat.
Dengan akal semata-mata, manusia akan sesat. Merka akan tersimpang jauh dari kebenaran. Akal mungkin boleh menyelsaikan keperluan dan tuntutan lahir atau fizikal manusia tetapi ia tidak dapat memenuhi kehndak dantuntutan rohani manusial oleh itu,s egala kemajuan, ideologi atau sistem yang dicetuskan oleh akal akan membawa kepad akemusnahan dan penderitaan. Nilai insan dan kemanusiaan musnah. Manusia maju tetapi mereka menjadi macam yhaiwan. Rakus, tamak, hasaddengki, tekanmenekan, mnindas, jatuh menjatuh, tiada belas kasihan dan tiada kasih sayang. Hidup hanya berteraskan keuntungan dunia dandorongan seks. Akhlak dan moral jatuh menauypu bumi. Tuhan langsung tidak dikenali.
Hanya pimpinan wahyu dapat membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia dan di Akhirat. Kerana wahyu datang dari Tuhan melalui para rasul yang menjadi utusan-Nya. Wahyu mengenalkanTuhan kepada manusia dan membawa berita tentang hari Qiamat dan kehidupan di Akhirat. Wahyu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan sesuai pula dengan akal yang sihat. Wahyu membawa satu sistem hidup yang lengkap dan bermakna.
Namun begitu, manusia yang meneraima ajaran wahyu ini bebagai golongan.
Ada yang berpegang kepad wahyu semata-mata. Inilah golongan yang jumud dan beku. Mereka ada ilmu wahyu tetapi tidak tahu bagaimana hendak bergerak, tidak tahu bagaimana hendak mengamalkannya di dalam kehidupan seharian, jauh sekali untuk memperjuangkannya. Inilah golongan tok-tok guru dan tok-tok alim yang sangat tahu tentang ilmu wahyu tetapi gagal untuk mempraktikkan keseluruhannya pada diri, keluarga dan masyarakat.
Ada golongan yang menerima ajaran wahyu tetapi diakal-akalkannya. Digunakan akal untuk menapis dan menyaring ajaran wahyu. Ajaran wahyu itu hendak dilogikkannya. Pada mereka ini, ajaran wahyu yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Ada ajaran wahyu yang positif dan ada yang negatif. Mereka cuba menyesuaikan ajaran wahyu dengan keadaan semasa dan bukan untuk mengubah keadaan semasa supaya sesuai dengan ajaran wahyu. Inilah golongan yang beriman dengan setengah ajaran wahyu dan kufur kepada setengahnya pula. Mana ajaran yang sesuai dengan akal dan kehendak mereka dilaung-laungkan dan dijadikan hujah. Mana ajaran yang akal mereka tidak dapat menerima dan tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka ketepikan atau mereka anggap sudah lapuk, sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu diamalkan.
Ada pula golongan yang menerima ajaran wahyu dan dicampur dengan akal. Mereka ini menerima dan yakin terhadap semua ajaran wahyu. Namun begitu mereka tidak menolak peranan dankemampuan akal untuk mentafsir dan mencari jalan serta kaedah bagaimana untuk melaksana dan mempraktikkan ajaran wahyu dalam kehidupan seharian. Akal mereka digunakan untuk menterjemah tuntutan ajaran wahyu kepada amalan dan tindakan. Berbeza dengan golongan yang mengakal-akalkan ajaran wahyu, mereka ini menggunakan akal mereka sebagai alat untuk mentafsir dan melaksanakan ajaran wahyu itu sendiri. Inilah golongan yang benar. Inilah golongan yang paling banyak mendapat faedah dari ajaran wahyu. Inilah golongan yang mampu menegakkan ajaran wahyu dalam kehidupan mereka sehari-hari dan mampu pula memperjuangkannya ke tengah masyarakat. Inilah golongan yang paling banyak berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia. Inilah golongan yang akan mendapat kejayaan dan kemenangan di dunia dan di Akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Setiap pasangan suami isteri yang berkahwin mesti difahamkan tujuan dan matlamat mereka berkahwin. "Berkahwin bukan semata-mata melepaskan tuntutan fitrah sahaja tetapi ada cita-cita untuk perjuangan Islam." Bila ada cita-cita ini, barulah kedua pasangan suami isteri akan bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak sejak kecil sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam. Nanti akan terbangunlah daulah Islamiah di dalam sebuah rumahtangga. Bila ada daulah Islamiah di dalam rumahtangga akan lahirlah keharmonian di dalam rumahtangga tersebut. Gabungan rumahtangga yang harmoni inilah akan membentuk sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah.
Barulah kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak. Ditakuti padi tak berisi (sambang). Atau kerana tak jaga, padi dimakan burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan sejak mereka kecil lagi.
Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun, paling lambat 15 tahun. Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 |
|
|
|
|
|
|
|
PENTINGNYA PENDIDIKAN .
12/07/2006
Di dalam Islam, pendidikan adalah amat penting. Ia adalah merupakan fardhu ain bagi setiap mukalaf dan fardhu kifayah bagi masyarakat Islam mengusahakan tempat terwujudnya gelanggang pendidikan itu.
Ajaran Islam adalah menuntut umatnya agar menitikberatkan ilmu dan pendidikan. Cuma ilmu yang dipelajari itu ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah dan ada yang sunat.
Tujuan utama pelajaran dan pendidikan itu diwujudkan bukan semata-mata hendak menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tapi hendak melahirkan insan yang bertaqwa. Yang mana Allah itu menjadi cinta agungnya, Akhirat adalah menjadi matlamat hidupnya, dunia adalah tempat bercucuk tanam segala bentuk kebaikan dan ketaatan untuk hasilnya diperolehi di Akhirat sana agar selamat dari Neraka dan berjaya masuk Syurga.
Perlu diingat, setelah berjaya membentuk insan yang bertaqwa melalui pelajaran dan pendidikan, ertinya kita telah dapat membentuk rekrut-rekrut pasukan perjuangan atau pendakwah yang telah terlatih dan pandai mengguna senjata ilmu untuk menerima satu kewajipan atau panggilan masyarakat. Selepas belajar atau siap siaga untuk memperjuangkan apa yang telah diperolehi dari sekolah, atau dengan kata-kata lain rekrut-rekrut para pelajar tadi berkewajipan datang bertebaran di tengah kehidupan manusia menyampaikan pelajaran serta membangunkan syakhsiah manusia agar mereka menjadi insan-insan yang bertaqwa inilah yang disebut oleh Al Quranul Karim apa yang dinamakan -" amrun bil makruf wanahyun anil mungkar "
Di sini dapat kita faham bahawa sekolah bukan semata-mata untuk ilmu agar dapat melahirkan ahli ilmu, atau melahirkan ahli ilmu yang bertauliah dengan tujuan untuk makan gaji atau ilmu bukan untuk sara hidup dan untuk kemegahan dan nama di dunia, tapi hendak melahirkan rekrut-rekrut Tuhan atau rijalullah agar dapat bertanggungjawab menyampaikan ajaran Allah Taala di bumi Allah ini. Mereka adalah guru-guru yang mengenal Allah kepada manusia, pejuang-pejuang kebenaran yang hidup mati untuk Allah, pendakwah-pendakwah atau daie-daie yang gigih yang matlamatnya hanya satu iaitu agar agama Allah itu diterima oleh manusia dan dapat mengatasi seluruh agama di atas muka bumi ini. Dengan kata-kata lain agar manusia seluruhnya menyembah Allah yang mencipta mereka.
Begitulah matlamat pelajaran dan pendidikan, begitu besar ertinya kepada manusia. Ia adalah merupakan roh dan nadi kepada seluruh kehidupan, agar seluruh kehidupan manusia berjalan dengan penuh disiplin, bertolong bantu, bekerjasama, berjalan di atas syariat Allah. Penuh kasih sayang dan harmoni.
Kalau bukan tujuan ini, sekalipun pelajar-pelajarnya cemerlang di dalam pelajaran, lahir ahliahli ilmu di berbagai bidang, munculnya cendiakawan-cendiakawan yang terbilang, pada Islam pelajaran dan pendidikan itu atau sekolah itu telah gagal yang amat besar. Kerana ia telah melahirkan manusia-manusia yang tidak kenal penciptanya, membelakangkan syariat-Nya, hidup di Akhirat bukan keutamaan, dunia menjadi buruan, dengan itu lahirlah manusia yang mementingkan diri, sombong, gila nama dan glamour. Maka lahirlah budaya jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah, singgung menyinggung, umpat mengumpat, kata mengata. Maka dengan itu mengundang huru-hara di dalam kehidupan. Akhirnya semua manusia sudah tidak merasakan lagi keselamatan dan keamanan.
Oleh itu kita melagang pendidikan bukan main-main, ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar, yang memerlukan jiwa besar. Membangunkan pendidikan bukan boleh sambil lewa, kerana pada pendidikan itu rahsia terbangunnya syahsiah manusia yang bertaqwa. Sekaligus dapat membangunkan kemajuan dan tamadun dunia.
Ini sesuai manusia itu sebagai khalifah Tuhan di bumi, agar segala-galanya berjalan di atas syariat Allah. Moga-moga pendidikan ini adalah benih yang kita tanam yang akan menumbuhkan kebun pendidikan di masa depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seri tie, awak student UKM ker? & mcm mana bole jadi ahli Rufaqa, bole story sikit?, dulu masa muda2 ada jugak kenalan yang ahli al-arqam, skrg tak tahu apa cite... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 21-7-2006 04:39 PM
Seri tie, awak student UKM ker? & mcm mana bole jadi ahli Rufaqa, bole story sikit?, dulu masa muda2 ada jugak kenalan yang ahli al-arqam, skrg tak tahu apa cite...
....yup, student UKM....sape yg awak kenal masa tu?...ramai yg arqam dulu, bukan rufaqa lagik...tatiepun bukan involve dari zaman arqam...jadik nak story cam ner jadi ahli rufaqa susah sikit...
nak dtg tgk rufaqa, sila ler ke Rawang...jgn lupa bagi tau nak dtg, nanti tatie boleh uruskan penyambut tetamu utk awak...kalau awak pompuan, tatie boleh gak jadik penyambut tetamu...selain dari itu, kena cari org lain ler...
[ Last edited by serihartatie at 21-7-2006 05:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sy org Bangi dok tak jauh dari area UKM gak, ambik study course apa kat UKM?... sabtu nie gi tak Pasar Malam kat depan shell sect. 16 tu? sekadar bertanya....
maaf kalau saya menegur saudari, secara peribadi saya tak selesa dengan apa yang diwar-warkan oleh ustaz Ashaari, ternampak kecenderungan dia untuk menyatakan bahawa dia adalah wali Allah dan pemimpin umat yang ditunggu malahan beliaulah pemuda bani Tamim pembantu imam Mahdi, ini saya lihat jelas pada pemikiran dan keyakinan kenalan-kenalan sepengajian saya dahulu (masa tu dikenali sebagai al-arqam).
Saya melihat dalil-dalil yang ustaz Ashaairi gunakan lebih kepada permainan kata-kata dan hujah berdasarkan pendapat beliau (minda Abuya satu ketika dulu) sedangkan bagi saya urusan agama harus berdasarkan nas-nas dan dalil-dalil yang sahih dengan merujuk pada Al-Quran dan as-Sunnah, segala pendapat haruslah ditolak dan dibatalkan apabila telah tiba nas-nas dan keterangan yang kuat dari 2 sumber asas islam tersebut. Masalah yaqazah dan jadual Allah merupakan isu yang berat untuk diterima oleh pihak saya dan merupakan satu kekeliruan yang sepatutnya diperbaiki dan ditinggalkan oleh ahli arqam, saya tidak pasti adakah ahli rufaqa masih berpemikiran sama seperti kenalan-kenalan silam saya tersebut.
Semoga Allah meredhai kita dan meletakkan kita dijalan yang lurus bersumber al-Quran dan as-Sunnah.
Wallahu'alam.
[ Last edited by ahmadi_bangi at 21-7-2006 05:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 21-7-2006 05:56 PM
sy org Bangi dok tak jauh dari area UKM gak, ambik study course apa kat UKM?... sabtu nie gi tak Pasar Malam kat depan shell sect. 16 tu? sekadar bertanya....
maaf kalau saya menegur saudari, se ...
saya tahu awak tinggal kat BBB...betul ler tekaan saya tu...sy tak mau jawab soalan awak....Biarlah RAHSIA...
Memang saya tahu awak kurang selesa dengan MINDA Abuya, dari cara awak menjawab dan memberi posting dalam thread lain, saya boleh meneka corak pemikiran awak dan di mana kecenderungan awak...hehehe..
apa kata awak hadir dan dtg program SEMBANG-SEMBANG MINDA yg rufaqa Rawang adakan setiap hari Ahad di Pusat Motivasi Harmoni Bdr Country Homes Rawang.
Di sana awak boleh kemukakan kemusykilan awak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh rahsia tu... mcm ler sy nie org jahat.. rawang agak jauh, tak expert area tu...
seri tie agak-agak saya dari pemikiran mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|