CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] V27 MH370 mungkin LANDED di tempat lain #80 - Search Team

[Copy link]
Post time 16-4-2014 12:35 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-4-2014 04:11 AM
dulu dibenarkan dibenarkan bawak pistol.
dalam MH653 tu yang bawak pistol was the ADC to Menteri  ...

syukur pilot mogok dan perkara ni terjadi
at least pistol2 tak leh dibawa masuk kan
bahaya giler..

senjata atau kuasa diberi pada yang x sepatotnya, mmg slalu memakan tuan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki posted on 16-4-2014 09:04 AM
I suka sangat 15hb semalam... tax refund RM4,500 dapat... horay, minggu ni boleh berjimba lebih si ...

Wow byknya...musti hang pemurah byk menderma dan berzakat...yg last year dah dpt...tp ada nrah dr mana drg cukai terlebey bayor rm1k ni...lhdn kata dia nak buat audit dulu...jgn nak audit aku ckp ler....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:50 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 16-4-2014 10:45 AM
copy paste saje dari ehasil.gov.my

30 April ke kak? sama mcm tahun2 sblm ni ek?
ala salah info la ni..hari tu kat CI ni jgk ada sapa ntah kata bln Mei..
huhu..kene setelkan cepat la ni..dh la tgh maternity leave ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lorelai posted on 16-4-2014 12:01 PM
masa tu xde cari informasi lagi

Ko bayangkan jika ada @cari pd masa tu.. berapa vol. jadinya selama 37 tahun.. speku kerajaan yg ianya hanyalah rampasan suka2 jer yg terpakai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:01 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-4-2014 12:33 PM
sebab tu ramai senior pilots n crew ngaku lernah dengar..  its for internal use only ..

when I  ...

Oh ok.... dan ms tu harus mudah sgt nk keluar masuk kokpit pilot..

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-4-2014 10:36 AM
tapi kalau takde berjawatan penting pun dlm kapal, tetap juga fitnah dan tuduhan dilemparkan..dan  ...

tulah

nampaknya itulah lumrah alam siber
yang perlu kita hadapi hari ini

amat menyedihkan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 01:07 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-4-2014 10:42 AM
berapa orang tentera JRA yang mati dalam crash tu?
apa tuntutan dia orang?

thats it

go back to the facts

nothing else
except
korek @ correct sources
for sure

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:09 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 16-4-2014 10:50 AM
berat tuduhan ko ni bro ... kalau tak betul masak dalam kubur nanti ...

berat lagi tuduhan2 RBA dan macai selama ini

jika masih mampu menilai samada
sesuatu penyataan itu sahih atau tidak, maknanya
masih ada kewarasan di situ

cuma jangan double standard lah,
di satu pihak ianya diterima,

bila di pihak lain dianggap pula berat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 01:11 PM | Show all posts
d'zeck posted on 16-4-2014 09:07 AM
thats it

go back to the facts

dah kau yang nak tegakkan JRA punya kerja.. apa kau punya fakta?


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:12 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-4-2014 12:27 PM
pasal itu orang tak boleh terima yg tu kerja JRA...

nampak sangat macam tak ada planning punya  ...

macai berhak untuk memilih
bahawa semua fakta sejarah ratusan tahun
tamadun melayu, tanah melayu dan malaysia
adalah palsu

dan versi2 baharu hanya muncul
selepas anwar ibrahim ditendang keluar umno
pada tahun 1998

itu nampaknya memang hak bagi mereka2 yang
layak bergelar macai

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:13 PM | Show all posts
lorelai posted on 16-4-2014 12:28 PM
ada mungkin2 lak...
tp nak bitau..
boleh jah ok bang..

tadi dlm agenda awani...datuk nik ahmad huzlan bila ditanya...dia kata..kalau dibumi dlm kereta boleh buat call melalui handphone, sebab kereta laju pun berapa ratus kilo meter..masa dlm speed kereta tu...dia melalui cell cell..sampai satu tempat dia akan tukar cellnya, maksudnya tukar signal dari satu menara ke satu menara yg lain.

tapi kapalterbang lain sikit..piring menara yg berada dibumi tu tidak menghala keatas, kalau penerbangan tu rendah contohnya 4 ribu ke 5 ribu..munkin ada signal sekejap...tapi speed kapalterbang 14k seminit..tak sama macam speed kereta...so..14k tu sangat laju dan tak sempat tukar2 cell..sebab tu kemungkinan call tu tak berjaya.

berkaitan pilot buat call...dia kata setiap kapten ada beg kecik..disitulah barang2 spt passport, ic, handphone diletak..ada juga yg letak dlm poket...utk call dalam kokpit..tidak dibenarkan..mungkin luar kokpit spt dlm jamban boleh lah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:13 PM | Show all posts
kelana36 posted on 16-4-2014 01:11 PM
dah kau yang nak tegakkan JRA punya kerja.. apa kau punya fakta?

fakta kerajaan malaysia
yang asal

bukan fakta ditimbul semula
selepas puluhan tahun macam isu
memali yang hanya direka2 atas dasar eksploitasi
politaik murahan

ceh

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:15 PM | Show all posts
nolya posted on 16-4-2014 11:06 AM
dalam tubuh manusia ada seketul hati, bila busuk hatinya, rosaklah kata2nya.  Fitnah menyebar ke m ...

setuju dengan cik nolya kita

hal yang disebut itu terpakai untuk semua individu manusia
tanpa mengira cop dan latar
ideologi masing2

syabas
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:16 PM | Show all posts
d'zeck posted on 16-4-2014 09:12 AM
macai berhak untuk memilih
bahawa semua fakta sejarah ratusan tahun
tamadun melayu, tanah melayu ...

buat pengetahuan kau, yg terlalu taksub dgn politik tu...  sebelum anwar kena pecat lagi cockpit voice recorder tu dah keluar.. dan orang dah tau cerita sebenarnya...

please la jangan masukkan politik dalam kes2 macam ni, tak kena mengena langsung... grown up man.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:24 PM | Show all posts
Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.


ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.



Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.


NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.


Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.


MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.


SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.


AHMAD PUTEH

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2z1WmCiKA
Hakcipta terpelihara
Last edited by Anak_Nogori on 17-4-2014 02:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:48 PM | Show all posts
...................................................................................................................................................
Tragedi Tanjung Kupang 4 Dis 1977

trajedi kapalterbang terhempas di tanjung kupang, gelang patah, johor
pada 4 disember 1977


7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl

7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki

7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'

pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'

750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'

8.05 pusat mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki

8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang

seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban

menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930

ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,

pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad

timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican

setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil

duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya

antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.
cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.
kelemahan ketika itu
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 01:58 PM | Show all posts
slow n blur sket arini..ape cer...conpius ..apa jra/..Mcm i.r.a ireland je..Cer last few pges psal crash in 74   atau ade brita bru psal mentri petani??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:09 PM | Show all posts
Suchi posted on 12-4-2014 12:18 AM
hisham hari tu masa kena interbiu kt buletin utama sampai bergenang bertangisan
apalah sebenarnya ...

tu laa....rasanya msia dalam kesempitan...di tekan oleh kuasa besar,,,,,,yg tamakkan kuasa...giler kuasa...
air muka DSN nampak jugak keruh..mcm menyimpan beban besar tapi tak leh nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:28 PM | Show all posts
intanku posted on 16-4-2014 02:09 PM
tu laa....rasanya msia dalam kesempitan...di tekan oleh kuasa besar,,,,,,yg tamakkan kuasa...giler ...

memang air muka depa nampak menanggung beban yg maha hebat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:30 PM | Show all posts
bidacool posted on 16-4-2014 11:10 AM
denda amende la pulak? tarik tutup antar 30/4/14 la.... tp aku dh antar awal2, dh dpt pun refund..

ada masa la aku ni...hehehe tq

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.086368 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list