|
pernah baca buku INTAN, ABDULLAH HUSSAIN? best tak? kumpul buku-buku Abdullah Hussain ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas 29 tahun peristiwa amukan di Jalan Chow Kit itu berlaku, Adam akhirnya muncul membuat pendedahan eksklusif tentang cerita sebenar tentang apa yang terjadi di sebalik amukan berdarahnya itu.
Seperti yang diceritakan kepada Syahril A. Kadir, inilah pengakuan sebenar seorang lelaki. Bukan minta simpati, cuma mahu cerita kebenaran. Moga tiada yang merangkak di padang Mahsyar, merayu keampunan!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedang baca buku bagaikan puteri, RAM..
Ntah berapa kali aku baca buku2 dia ni..
Best giler |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tersungkur di pintu syurga.. kisah al arqam. Satu kupasan simbolik yang dapat dirangkumkan adalah bagaimana as-shari boleh mempengaruhi minda orang ramai. Bukan sahaja dari segi agama tapi dari sudut perniagaan. Walaupun ajarannya sesat tetapi caranya memang boleh diambil iktibar dan dijadikan sebagai kajian. sepatutnya para pengajar agama mengupas buku itu supaya mereka paham pemikiran as-shari. Mgkn ada dari sesetengah sudut yang boleh dijadikan sebagai panduan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by masterudeng82 at 28-5-2017 10:07 AM
Small Great Things ~ Jodi Picoult.
4/5 bintang
Ruth, nurse yang dituduh membunuh seorang bayi sepasang suami isteri. Bagaimana Ruth membuktikan dia tidak membunuh. Dia dituduh hanya kerana dia berkulit hitam.
"If I cannot do great things, I can do small things in a great ways"
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun pinjam je dari library. mungkin u boleh tengok dekat website maria kajiwa atau fb dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, buku ni sangat menarik. Kritikan Za'ba kepada bangsa melayu untuk bangun dan bergantung dengan diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.
Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.
Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.
Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)
Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.
Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.
Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah: “Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)
Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.
Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.
Inilah inti pati fiksyen ini.
dah habis A Court of Thorns and Roses .. boleh la
first book selalu tak berapa menarik .. semua intro mode
rupanya Feyre ni tak boleh baca and menulis .. sebab family dia miskin
dia anak bongsu kena matang, kena memburu untuk feed family
kakak lelain hampeh ..
kisah cinta manusia dengan fairy .. nama Tamlin .. sungguh ladies name
tak kisah ler next book Perang Armageddon .. dah lama tak baca buku dari Web Sutera
coming soon cadang nak beli buku dari Hilal Asyraf .. macam best jer ..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by syitaeyqa at 29-5-2017 10:56 AM
Antara koleksi RAM yg I ada n menarik utk dibaca. Ada separuh lg tak smpt nak snap gmbr
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Oh okeyy. Thank you
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm...sedang baca Infiniti edisi terbaru. kisah air pertama di bumi baru baca separuh
try baca jugak Calon Menantu Daddy <-- hasil tuaian kat booth penulisan2u beberapa bulan lepas. mcm x menarik je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Currently reading this book:
Kisah seorang penulis mengejar cita-cita untuk mendapatkan ijazah selama 10 tahun. Berjaya melanjutkan pelajaran di Jepun, tapi terkandas di tengah jalan. Akhirnya, berbekalkan sijil SPM, beliau masuk ke Uniten bermula dari bawah. 10 tahun perjalanan nak dapatkan degree. Salute dengan tekad penulis! Menarik baca kisah2 penulis di Jepun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syitaeyqa replied at 29-5-2017 10:34 AM
Antara koleksi RAM yg I ada n menarik utk dibaca. Ada separuh lg tak smpt nak snap gmbr
best tak buku ram ni
mcm nak try baca tapi buku dia mostly pasal apa ye |
|
|
|
|
|
|
|
Imaginasi - Ramlee Awang Murshid |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|