CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 16-4-2013 10:48 AM | Show all posts
Yg lili lalang tuh...bila nampk eddie usap2 dada fahmi...baru dia tau kot sapa sebenarnya eddie & hubgn di sebalik BFF tuh..miahahahahahahahhah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2013 10:50 AM | Show all posts
“Kalau hati tu dah tertutup dengan cinta nafsu, segala-galanya nampak indah, Jiha.”

“Betul! Bila dah dikaburi cinta nafsu, kentut pun bau wangi.” Lili pantas menambah perisa. Aku renung pula Lili yang pastinya menunggu peluang mengenakan aku setelah hatinya disakiti.

“Jiha yakin Rahul dah berubah. Kalau dia belum berubah sekali pun, salahkah kalau Jiha mendekatinya supaya dia berubah dan berminat dengan Islam seperti mana Dona? Hidayah di tangan Allah, kak.” Masih lagi aku pertahankan lelaki itu.

“Oh, jadi inilah dia hablumminannas yang Jiha pertahankan selama ini? Mula-mula nak bawa Dona kepada Islamlah kononnya. Sekarang nak bawa abangnya pula. Begitu?” Kak Syirah menempelak aku. Aku terdiam mendengar tujahan sinis Kak Syirah.

“Jiha dah salah tafsir maksud menjaga hubungan dengan manusia. Yang wajib dijaga hanyalah jika ia tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Berduaan bersama dengan bukan mahram, apa hukumnya? Kat situ saja Jiha dah salah. Jadi, macam mana Jiha nak jaga hubungan dengan Allah? Jika larangan Allah dah dilanggar, Jiha ingat Allah akan berikan hidayah-Nya kepada Rahul atau Dona?”  

Terkedu lagi aku. Aku telan liur kelat yang tersumbat. “Ok! Jiha mengaku Jiha silap kerana berduaan dengan bukan mahram. Jiha tak sewarak akak. Tapi akak tegur Jiha ni betul-betul ikhlas kerana Allah atau sebab akak sebenarnya cemburu? Dalam hati akak masih ada taman?” Aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu. Yang aku tahu, bila didesak sedemikian rupa, dari kiri dan kanan serangan datang silih berganti, Najiha Abdul Samad yang lemah dan naif sudah bertukar menjadi Kougar yang menunjukkan taring ketika  mengaum!

Giliran Kak Syirah pula terpaku. Lili hanya terkebil-kebil. Baru mereka tahu, apabila volkano sudah meletup serta memuntahkan laharannya, bahangnya tak dapat dielak lagi.

“Sampai macam tu sekali Jiha pertahankan lelaki musyrik tu? Sanggup Jiha tuduh akak yang bukan-bukan?” Kak Syirah kembali bersuara setelah terdiam beberapa ketika.

“Percayalah cakap akak, Jiha. Rahul bukan lelaki yang baik. Dia memang pandai membuai perasaan perempuan dengan pelakuannya. Dia penyayang, penuh prihatin dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap Islam. Tapi semua itu hanya lakonan.”

Segala yang dikatakan oleh kak Syirah memang ada pada Rahul. Teringat pula akan perkataan-perkataan yang sering meniti di bibir Rahul... Alhamdulillah, insya-Allah. Malah Rahul juga tak menghalang niat Dona mengahwini Fahmi. Ah! Aku tiba-tiba keliru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 10:53 AM | Show all posts
lowgil posted on 16-4-2013 10:43 AM
ala...wardina yg mulus2 tu jd kak syirah ke kalau mcmtu cantik lah kak syirah ni, patut si  ...

memang lady dah gambarkan kak syirah ni cantik dari awal cerita lorr... Dia berketurunan arab

dari segi kecantikan, jiha kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 10:53 AM
memang lady dah gambarkan kak syirah ni cantik dari awal cerita lorr... Dia berketurunan arab
...

cough3x kalau gitu sesuailah ereb+indian

eddie yg hensem dgn jiha yg biasa2 je

TEAM Eddie, what say u?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:00 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-4-2013 10:46 AM
Suka statment jiha yg inih...

Jawb syirah...awat x jawb bisu ke...? (samb ...

"Saya dah jawab Cik Sellie!" Tutur Syirah.

"Jangan selepas ini kata ssaya pula yang tipu!" Insyirah menyambung lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:01 AM | Show all posts
lowgil posted on 16-4-2013 10:58 AM
cough3x kalau gitu sesuailah ereb+indian

eddie yg hensem dgn jiha yg biasa2 je

Pantas!

Cinta tak mengenal rupa, ya!


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 11:01 AM | Show all posts
lowgil posted on 16-4-2013 10:58 AM
cough3x kalau gitu sesuailah ereb+indian

eddie yg hensem dgn jiha yg biasa2 je

Ereebbb gituh . Dapat anak boleh masuk kategori ChinDiaMelEreb....


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:05 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 10:53 AM
memang lady dah gambarkan kak syirah ni cantik dari awal cerita lorr... Dia berketurunan arab
...

Dari segi kecantikan mungkin jiha kalah tapi kelembutan dan sifat memahami jiha menang dengan pukulan ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2013 11:05 AM | Show all posts
"Hah! Kan Allah dah bayar cash?" Lili mengerling sinis kearah aku. Berdetik jantung aku. Walau pun tak memahami maksudnya tapi aku yakin dia sindir aku.

"Itu lah..Lain kali jangan nak rampas boyfriend orang, kan diri sendiri dah kena tipu?" Lili terus memerli. Barulah aku faham apa maksud kerlingannya sebentar tadi. Tak cukup dengan hentaman dari Kak Syirah, sekarang Lili pula mahu menyerang. Letih sangat aku rasakan. Serangan bertubi-tubi dari kiri dan kanan.  

“Kau jangan main tuduh saja, Lili.” Aku masih cuba membela diriku selagi terdaya.

“Aku tak fahamlah... Gagal dapatkan Fahmi, dua sekali kau nak sapu? Agaknya Eddie tu untuk kau nak buat stand by. Sekarang dah tahu Rahul tu hampeh, bolehlah kau on dengan Eddie, kan? Akal boleh baca lah!”

“Aku tak sapu sesiapa pun, Lili.” Aku bantah lagi.

“Masih tak nak mengaku lagi tu?”

“Terpulanglah pada kau samada nak percaya atau tidak, Lili.” Kedua mata aku yang sudah berkaca, kini mula menghasilkan kolam. Namun kutahan ia dari melimpah. Rasa tak sanggup lagi telingaku mendengar asakan demi asakan dari dua orang teman serumah aku itu. Benteng pertahanan aku sudah semakin lemah. Aku bingkas dari sofa. Aku mahu masuk ke bilik.

"Ehhh, nak pergi mana tu? Urusan Eddie belum selesai lagi, ya?" Lili menahan aku.

“Aku rasa tak ada apa yang perlu kita bincangkan Lili. Kau pergi tanya sendiri kepada Eddie apa hubungan kami berdua.” Sejurus aku membalas kata-kata Lili, aku terus menapak menuju ke bilik.

“Jiha!” Lili masih tak puas hati dengan sikap aku. Namun laungannya tidak aku pedulikan.

Janji aku kepada Eddie untuk tidak membocorkan rahsia kecelaruan orentasi seksualnya akan tetap aku pegang. Lagi pun ini etika profesion kami sebagai kaunselor. Urusan klien adalah rahsia. Tak boleh diketahui orang luar.

“Sudahlah Lili. Biarkan Jiha bertenang dulu. Dia terperanjat tu. Lagi pun akak tak rasa Jiha ada apa-apa hubungan dengan Eddie. Betul kata Jiha, baik Lili tanyakan sendiri hal ini kepada Eddie.”

“Syirah, mana kau tahu Rahul yang hantar minah propa tu balik?”

“Firasat hati. Sebenarnya Rahul pernah datang jumpa saya. Dia sendiri mengaku dia berhubung dengan Jiha. Tapi yang saya hairan tu, masih lagi dia nak kata dia rindu kat saya. Nampak sangat kasanovanya. Dia ingat saya akan percaya?”

Telingaku mendengar perbualan antara Lili dan Kak Syirah. Terasa semakin pedih hati ini. Tanpa dipinta melimpah juga kolam air mataku. Lelaki yang dikata kasanova itu baru saja berjaya mengetuk pintu hati aku. Dan aku sememangnya telah pun tergoda dengan pelakuan romantisnya.  

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:07 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2013 11:01 AM
Ereebbb gituh . Dapat anak boleh masuk kategori ChinDiaMelEreb....

Ada aje tauuu!

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:09 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 11:05 AM
"Hah! Kan Allah dah bayar cash?" Lili mengerling sinis kearah aku. Berdetik jantung aku. Walau pun t ...
“Syirah, mana kau tahu Rahul yang hantar minah propa tu balik?”
Minah propah kauuu. Lili ni mesti salah sorang forumers kat thread terhangat iteww....ooopssss.....




Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:11 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2013 11:01 AM
Ereebbb gituh . Dapat anak boleh masuk kategori ChinDiaMelEreb....

adoi sakit perut gelak!!
ini baru dinamakan 1World


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:11 AM | Show all posts

tak tau nak simpati  ke nak marah kat jiha ni...

lemah, lembut, naif, lemau semua ada.....



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:11 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 11:05 AM
"Hah! Kan Allah dah bayar cash?" Lili mengerling sinis kearah aku. Berdetik jantung aku. Walau pun t ...

Woi shirah.....rindu tak semestinya si rahul tu cintakkan ko lagi.....sakitnya hati kat shirah ni....lili tu pun sama...x terpikirka selama ni jiha tak kenal pun sapa cicak kobeng tu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:13 AM | Show all posts
lili ni bila tahu eddie gay....mesti meroyan abis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:16 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2013 11:09 AM
Minah propah kauuu. Lili ni mesti salah sorang forumers kat thread terhangat iteww....ooopssss.... ...

Opkos! Bod Bicara Gosip kan kegemarannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2013 11:19 AM | Show all posts
redsentra posted on 16-4-2013 11:11 AM
Woi shirah.....rindu tak semestinya si rahul tu cintakkan ko lagi.....sakitnya hati kat shirah ni. ...

Dia lupa tu. Nanti bila dia sedar dia akan kata...

"Eh, aku tak beritahu kau lagi siapa Cicak Kobeng, ye? Itulah kau, dulu aku ajak kau jumpa dengan Mujahid kau tak nak. Kan tak pasal2 aku tuduh kau! Kalau kau dtg hari tu, kau dah boleh kenal Cicak Kobeng sekali."

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:20 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 11:00 AM
"Saya dah jawab Cik Sellie!" Tutur Syirah.

"Jangan selepas ini kata ssaya pula yang tipu!" Insy ...

"lambatnya menunggu jawpn..napa tadi terkedu2...?"...

"Tulun sikit...bila kata kita tuduh awk menipu nih...ke awak yg tertipu ngan pewasan sendiri?...dlm hati ada kolam..yg masih tenang didasar hati...x berubah..kan, kan, kan...."
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:24 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-4-2013 11:20 AM
"lambatnya menunggu jawpn..napa tadi terkedu2...?"...

"Tulun sikit...bila kata kita ...

Lempang 2b2b shirah ni kang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:30 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-4-2013 11:20 AM
"lambatnya menunggu jawpn..napa tadi terkedu2...?"...

"Tulun sikit...bila kata kita ...

Air yang tenang kini berkocak apabila Jiha mencampakkan batu....

Antara kau dan aku, siapakah yang akan Rahul pilih?

Tunggu!!!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.203610 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list