|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: TEAM MAS TO PARIS
[Copy link]
|
|
Tengkiu nona tepek gambar sambutan kemerdekaan |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ada dua tempat jemputan kenduri |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat mencemar duli pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat Negeri Sembilan pada Sabtu.
Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Selain itu, turut hadir Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungei Ujong.
Pada perbarisan sambutan berkenaan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS) di sini, lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta yang terlibat.
Ia terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, pentadbiran daerah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah, institut pengajian tinggi serta syarikat swasta.
Istiadat Kawalan Kehormatan Utama(KKU) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Hazim Abdul Ghalib manakala Pegawai Panji-Panji ialah Leftenan
KKU diiringi oleh Pancaragam Gabungan Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh Drum Major, Mohd Saiful Mohd Haniff.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara manakala doa dibacakan oleh Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.
Perarakan turut menyaksikan aset artileri dan Kontinjen Tempur Angkatan Tentera Malaysia,Polis Diraja Malaysia, aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta beberapa aset jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
Turut mencuri tumpuan dalam perarakan adalah Kelab Kereta Klasik dan Antik Negeri Sembilan serta Kelab Basikal Tuo Soghomban.
Persembahan khas turut ditampilkan melibatkan artis Farhan Azizan, Suki Low dan kumpulan kebudayaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS).
Dianggarkan lebih 20,000 pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haippp...manade 
|
|
|
|
|
|
|
|
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka

PUTRAJAYA: Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Suasana menjadi lebih bermakna apabila suara lantang Mohd Khairul melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali bergema di Dataran Putrajaya, seolah-olah mengimbau detik bersejarah laungan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Acara bacaan ikrar itu turut disertai seramai 66 pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis di balai berkenaan terkorban selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.
Sementara itu, pensyarah yang juga penyelaras dan jurulatih bagi bacaan ikrar pasukan IPG Kampus Ilmu Khas, Saiful Azam Khoo Abdullah, berkata penampilan kali ketiga pasukan itu dalam acara penting negara ini dilihat sebagai satu penghormatan besar kepada institusi berkenaan.
"Tahun lalu kami membuat bacaan ikrar dalam bahasa isyarat, kali ini kami melaksanakan bacaan ikrar secara lisan dengan formasi kawad dan pakaian seragam batik," katanya kepada Bernama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini hari ini. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. - Foto BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|

Suasana acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat ptg tari
Baru masuk ke
|
|
|
|
|
|
|
|

Suasana acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto NSTP/ MOHD SHAHRIL BADRI SAALI |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|