CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2006 06:16 PM | Show all posts
Teruskanlah kak Tatie menyampaikan risalah dari Abuya. Orang yang hatinya gelap saja tidak akan menerima hidayat Tuhan. Tuhan Cinta Agong.:setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2006 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 24-4-2006 06:12 PM
Madah dari Abuya

Orang yang berilmu dapat menyuluh diri dengan MATAHATI bukan MATAKEPALA

Ilmu yang bermanafaat ialah apabila seseorang itu dapat menyuluh diri dengan ilmu dan MATA HATI,   den ...


---------------------------

tq...terimakasih Abuya..

Dari 73 jalan yg disangka kebenaran oleh umat Islam hanya 1 jalan yg BENAR...berada di atas 1 jalan yg benar itu, seperti berada di jalan yg penuh onak dan duri, yg menyebabkan akal, hati, nafsu dan fizikal di uji dengan begitu hebat, hanya taufik dan hidayah Allah SWT sahaja yang mampu meletakkan kita di jalan KEBENARAN.

Bagaimana memperolehi taufik dan hidayah Allah SWT?

Suluhlah dengan MATAHATImu dan suci serta luruskanlah HATIMU
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 08:16 PM | Show all posts
MENYINGKAP KEHEBATAN RASULULLAH DISEBALIK `UMMIY`


Penyelewengan orientalis terhadap gelaran UmmiyMusuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangatkenal siapa Rasulullah, kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dankajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: "Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah."

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya merekamenutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah.

Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkanumat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta,kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parahdari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekianlama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkanRasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya.Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi.

Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizatbesar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita buat perbandingan duakaedah mendapat ilmu.
1. Secara biasa. laitu melalui pancaindera dan segala alat-alat bantuanbelajar yang serba canggih di kurun ini.
2. Secara luar biasa laitu tanpa melalui usaha lahir secara menulis danmembaca.

Sistem pembelajaran hari ini mengukur kepandaian seseorang melalui sijilmengikut tingkatannya iaitu bermula dari bawah hinggalah kepada bachelor,master dan Ph.D. Paling tinggi pencapaian pelajaran seseorang itu ialahapabila berjaya memperolehi Ph.D di dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya,seorang yang ingin menjadi pakar undang-undang, di peringkat sarjana mudadia akan belajar secara umum 20 jenis undang-undang. Bila dia melanjutkanlagi pelajaran ke peringkat sarjana dia akan hanya rnenumpukan kepada 2jenis undang-undang dan bila dia terus lagi belajar hingga keperingkat Ph.Ddia akan memperkecilkan lagi skop pembelajaran dan hanyamenumpukan 1 aspeksahaja dalam satu bidang undang-undang.

Begitulah juga kalau seseorang yang ingin jadi pakar membuat kapal terbang,diijazah pertama dia akan belajar secara umum tentang sebuah kapal terbang.Bila dia melanjutkan lagi ke peringkat sarjana, dia akan hanya menumpu
kepada pelajaran bagaimana hendak membuat pesawat itu terbang, manakala diperingkat ketiga, Ph.D, dia akan hanya belajar tentang sayap kapal terbang.

Rupa-rupanya manusia hari ini telah diperbodohkan melalui kaedah pencatuanilmu sebegini. Dan kita juga jarang berjumpa dengan seseorang yang punyalebih dari satu Ph.D. Kalau ada pun jarang-jarang sangat. Ini adalah keranaproses pembelajaran secara ini memerlukan tempoh masa yang lama, belanjayang besar serta komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang apa yang menyedihkan kita ialah ada para cerdik pandai,profesor-profesor yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji batu,hingga sangat alim tentang batu dan diiktiraf sebagai profesor batu, tapitidak kenal Tuhan yang mencipta batu dan yang mencipta dirinya juga.

Begitulah kaedah pembelajaran hari ini. Manusia begitu canggih ilmunyahingga mampu naik ke bulan, terjun ke dasar lautan dan bumi, mendakigunung-ganang, tapi malang, sebegitu dalam dan luas manusia mengkaji,menyelidik dan menuntut ilmu, Tuhan tidak dijumpai di dalam pencariannyahinggakan kadangkala ada yang gila dalam keghairahan menuntut ilmu. Setakatitu sahajalah kemampuan seseorang memperolehi ilmu melalui prosespembelajaran secara biasa ini. Hasil pencapaiannya juga adalah terhad dan ilmunya juga belum tentu terjamin kebenarannya.

...bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 08:21 PM | Show all posts
MENYINGKAP KEHEBATAN RASULULLAH DISEBALIK `UMMIY`
(Bahagian 3)

Mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini.Rasulullah itu digelar Ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu.

Sepertimana Al Fatihah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalahintipati Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yangditurunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yangdianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh diterimamelalui proses biasa. Ibarat seorang yang ingin mengail ikan yang besar,mestilah menyediakan kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kailmestilah kemas dan tahan, peralatannya mestilah gagah dan sesuai dengan ikanyang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dariTuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu, tidak cukup sekadar melaluiproses biasa dengan menggunakan pancaindera yang ada serta alat-alat bantuanseperti TV, video dan lain-lain. Tetapi ilmu laduni atau ilham yang Allahanugerahkan pada seseorang adalah diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akaldan roh. Ini adalah satu realiti yang berlaku kepada orang-orang yangdikehendaki Tuhan iaitu ada orang-orang yang akalnya diproses tanpa melaluiproses belajar secara biasa. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan
menulis.

Melalui taqwa manusia dipandaikan tanpa sekolah. Itulah proses yang dilaluioleh imam-imam dan para mujaddid.

Cuba kita lihat, Imam Sayuti dapat mengarang 600 kitab dalam usia 40 tahun.Katalah dia mula menulis sejak usia 20 tahun, bererti dalam 20 tahun diatelah menulis 600 kitab-kitab besar. Ini bererti dalam setahun dia mengarang30 kitab. Kalaulah dia menuntut ilmu melalui proses biasa, dari segilogiknya apakah dia mampu untuk menulis sebanyak itu?

Jika kita banding dengan profesor hari ini, hanya menulis satu atau dua buahbuku, sudah cukup untuk dapat title profesor, sedangkan tulisan itumempunyai bibliografi atau rujukan yang berjela-jela. Bererti dia bukanmembawa ilmu baru tetapi menyusun semula ilmu orang lain yang dikumpulkandan disalin dan disusun semula. Tetapi jika dibaca kitab-kitab
imam-imambesar ini, kitab-kitab mereka tidak ada rujukan (tidak ada reference,bibliografi) sebab ilmunya tulen dari Tuhan. Tuhan yang pandaikan mereka,seperti Imam Ghazali menulis Ihya` Ulumiddin hanya dalam masa 40 haribersuluk.Bila belajar melalui proses luar biasa ini.,hasilnya juga luarbiasa,ianya cepat,tepat dan terjamin kebenarannya.

Kita juga membaca sejarah luarbiasa tentang Mimar Sinan di Turki.Di mana diayang asalnya hanya seorang penjaga kuda Sultan,tetapi apabiladiilhamkan,yakni dipandaikan oleh Tuhan secara karamah melalui mimpi,paduanakal dan roh yang dicerdikkan oleh Tuhan mengnasilkan seorang arkitek yangberjaya membina Blue Mosque yang , kini menjadi lambang kebanggaan Turki.

Rupanya belajar melalui kaedah luar biasa ini mampu menghasilkan pulanganyang luar biasa. Mana mungkin seorang penjaga kuda boleh bertukar menjadiarkitek hanya melalui ilmu yang diperolehi melalui mimpi?

Tetapi oleh kerana Tuhan yang berkehendak, tidak ada yang mustahil. Itulahhasil belajar secara roh, telah terbukti bahawa penguasaan ilmunya lebihluas dan cepat. Kesimpulannya, sekarang barulah kita mengerti bahawa biladikatakan Rasulullah itu Ummiy,bukan bermakna buta huruf tetapi membawamaksud ibu atau sumber. Yang membawa erti bahawa beliau adalah sumber ilmu,sumber kebaikan, sumber rezeki, sumber bantuan, sumber kemenangan, sumberkasih sayang dan lain-lain. Beliau adalah sumber segala-galanya. Yang kitabahaskan di sini hanyalah satu sudut sahaja iaitu dari sudut sumber ilmu.Itu pun sudah cukup untuk memperlihatkan kehebatan Rasulullah dan prosesmenuntut ilmu cara luar biasa ini.

Layaklah Rasulullah itu menjadi sumber segala-galanya kerana sedaridiciptakan Adam lagi, sewaktu Allah memperkenalkan nama-namaNya danciptaan-Nya kepada Nabi Adam a.s. maka terpandanglah oleh Nabi Adam kalimahNur Muhammad, lalu bertanyalah dia pada Tuhan, siapakah itu? Maka jawabTuhan, itulah Nur Muhammad dan kerana kemuliaan dan kesuciannya itulah NabiAdam dan seluruh makhluk lain diciptakan. Ini bererti Nur Muhammad iaitu rohRasulullah itu adalah sumber segala-galanya.

Malah Nabi Adam manusia pertama ciptaan Tuhan nisbah jasad pun terpaksa akurdengan kemuliaan Rasulullah yang merupakan Rasul penutup. Tidak sempurnapengenalannya selagi dia tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad.

Sungguh tepat dan layaklah Rasulullah itu mendapat gelaran Ummiy yangmelambangkankebesaran dan kemuliaannya. Selawat dan salam kami sembahkan padamu yaRasulullah Nabiyyul Ummiy...

Sekian.
Ampun Maaf.
Sumber Rujukan:Ustaz Haaji Ashaari Muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 07:22 PM | Show all posts
Ampunkan Kami

Ampunkan dosa kami Tuhan
Kami selalu membuat dosa
Maafkan kami Tuhan
Agar kami selamat dari neraka

Anugerahkan kami taubat Tuhan
Engkau adalah penerima taubat
Kami tidak mampu masuk neraka-Mu
Krena azabnya gerun dan dahsyat
Tidak terperikan

Dengan rahmatmu ampunkanlah kami
Dengan maafmu ampunkanlah kami
Kalau engkau azab kami
Kami kan hambamu jua Tuhan

Engkau ampunkan kami
Kebesaranmu tidak jejas
Engkau ampunkan kami
Keagunganmu tetap tidak tergugat
Karena tiada siapa yang boleh menggugat
Karena itu siapa adalah ciptaanmu

Kami sentiasa mengharap dan meminta
Tidak putus asa denganmu selamanya
Kami tidak jemu-jemu meminta
Hinggalah dengan rahmatmu
Dosa kami engkau ampunkan  


*Ampunkan kami yang berdosa ini....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2006 09:45 AM | Show all posts
Terima Kasih Abuya atas perjuangan suci mu yang menyebabkan  hidayat turun di bumi Malaysia ini. :tq::tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2006 03:14 PM | Show all posts
Dari Abuya Ashaari Muhammad

Terima kasih Tuhan dengan rahmat dan nikmatMu, Engkau kenalkan ZatMu kepada kami melalui sifat-sifat dan perbuatanMu. Terima kasih Tuhan dengan rahmat dan nikmatMu setiap masa Engkau curahkan ilmu kepada kami. Dengan ilmu itu menjadikan kami boleh menyuluh diri kami di mana kekuatannya, di mana kelemahannya hingga kami dapat membaiki diri kami. Moga-moga nikmat ini engkau kekalkan kepada kami. Moga-moga dengan nikmat-nikmat ini kami dapat menyelamatkan diri kami dunia dan akhirat.

Salawat dan salam kepada junjungan nabi besar kekasihMu & Nabi akhir zaman, kepada manusia akhir zaman. Moga-moga kami dapat membanyakkan salawat kepada junjungan nabi saw, moga-moga kami dapat syafaatnyadi akhirat kelak. Karena Rasulullah SAW dia manusia luar biasa, dia kekasih Tuhan, manusia yang paling dikasihi oleh Tuhan. Karenanyalah dunia dan akhirat diciptakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2006 01:26 AM | Show all posts
UJIAN ADALAH ANUGERAH-MU UNTUK KU

Tuhan, aku panjatkan syukur pada-Mu
Satu anugerah yang Engkau kurniakan padaku sangat bernilai

Nilainya sangat tersembunyi
Banyak orang tidak tahu
Aku diasingkan di satu kawasan yang sangat terbatas buatku
Waktu aku menulis ini sudah tiga tahun berlalu
Lahirnya macam menyeksakan, batinnya hiburan
Lahirnya macam menyusahkan, yang tersirat untuk mengelirukan musuh atau lawan
Kejadian ini penuh hikmah, banyak pengajaran
Ia tersembunyi, banyak orang tidak mengerti
Ia mengandungi pengajaran dan didikan
Ramai orang tidak faham
Justeru itu dengan bantuan-Mu aku tenang di dalam kesusahan
Ini satu rahmat dan nikmat
Pengajaran yang tersirat, moga-moga penghapusan dosa-dosaku
Membuktikan kebenaran yang aku bawa
Sekalipun ada sedikit-sedikit kesilapan yang berlaku
Tidaklah hairan aku bukan nabi
Sudah tentu aku tidak maksum
Orang-orang yang menghukum aku tidak lebih baik dariku
Di antara sifat-sifat kebenaran memang begitu
Di samping itu banyak masa aku muhasabah diri
Membetulkan mana yang salah
Membuang mana yang tidak perlu
Memantapkan mana-mana yang fardhu
Boleh banyak membaca menambah ilmu
Dapat mendidik anak-anak dan keluarga secara langsung
Mendisiplinkan kehidupan mereka
Di saat-saat masyarakat penuh dengan gejala tidak sihat
Hikmah yang lain, di dalam perjuangan perlukan tapisan
Di dalam ujian ini Allah perlihatkan siapa ikhlas dan sebaliknya
Siapa kawan dan siapa lawan
Siapa sebenar, siapa pura-pura
Siapa layak, siapa tidak layak
Allah luahkan hati perut yang tersembunyi selama ini

Ia tidak boleh disembunyikan lagi
Pura-pura tidak ada lagi
Semuanya telah terbuka oleh ujian
Benarlah apa kata Tuhan melalui Al Quran
Orang kafir diuji untuk menambahkan dosa-dosa mereka
Orang mukmin diuji untuk membezakan di antara yang baik dan yang jahat



November 97
Koleksi Sajak-Sajak Nukilan Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2006 02:20 PM | Show all posts
Kebenaran itu pasti muncul jua.
Abuya menunjukkannya.

:pray::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 01:26 AM
UJIAN ADALAH ANUGERAH-MU UNTUK KU

Tuhan, aku panjatkan syukur pada-Mu
Satu anugerah yang Engkau kurniakan padaku sangat bernilai
Nilainya sangat tersembunyi
Banyak orang tidak tahu
Aku dias ...


bawah ni pon sajak CEO rufaqa. syukur pada Allah sebab dah menunjukkan kebenaran.

Rentetan bermulanya daulah
Insya-Allah pada bulan November ini parlimen akan dibubarkan
Di waktu itu tidak sebuah parti politik yang berkuasa
Mahathir membubarkan dengan tujuan pilihan raya
Selepas itu Agong dan Sultan mengambil peluang
Berbincang dengan wakil India dan Cina Memberitahu pilihan raya tidak ada
Para-para Sultan ingin melantik Tun Ghaffar menjadi PM Malaysia
Sultan memberitahu kalau pilihan raya diadakan takut krisis berlaku
Ini akan menyusahkan seluruh rakyat Malaysia
Lebih-lebih lagi rakyat Cina yang akan berhadapan dengan kesusahan ini
India dan Cina menerima pandangan itu dan bersetuju Tun Ghaffar pun naik menjadi PM dan berkuasa Pilihan raya pun tidak akan diadakan
Mahathir pula terhina kerana selepas itu rakyat makin menghinanya
Bahkan orang kampung pun tidak boleh menerimanya
Berbagai-bagai rakyat bersuara menempelak, mencaci, mengata dan ada yang hendak membawanya ke mahkamah
Ada yang mengatakan pula cukuplah itu dia telah dihina oleh rakyatnya
Tidak dibawa ke mahkamah pun dia telah sangat terhina dan malu
Tun berkuasa di antara 3 hingga 6 bulan
Tun merasakan dia tidak mampu meneruskan kepimpinannya
Kerana orang ramai sudah terlalu jauh kesedarannya terhadap Islam
Ia pun berpakat dengan para-para Sultan dan Agong untuk mencadangkan saya
Semua para Sultan boleh menerimanya Maka Daulah pun bermula
Orang-orang politik terpinga-pinga dan malu
Terutama ulama-ulama di dalam PAS sangat malunya
Kerana jalan yang mereka yakin tidak membawa hasilnya
Menunjukkan perjuangan mereka adalah palsu
Selepas itu mereka membisu
Asaari Muhammad, 26 September 1999,
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 25-5-2006 08:55 AM


bawah ni pon sajak CEO rufaqa. syukur pada Allah sebab dah menunjukkan kebenaran.



sniper,


ana mendoakan yg terbaik kepada diri awak dan keluarga dunia dan akhirat..kita sama-sama hambaAllah, dan akan kemmbali ke sisiNya, di sana kita semua tidak tahu untung nasib masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 12:56 PM | Show all posts
cukup la doa mak bapak aku untuk aku sekeluarga.

mintaklah mak bapak kau berdoa utk kau, sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak bapak. setitis air mata mak kau jatuh ke bumi sebab kau, jgn harap kau dapat bau syurga, unless dia maapkan kau.

esok, kau jadik emak baru kau tahu bagaimana rasanya dapat anak menderhaka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 29-5-2006 12:56 PM
cukup la doa mak bapak aku untuk aku sekeluarga.

mintaklah mak bapak kau berdoa utk kau, sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak bapak. setitis air mata mak kau jatuh ke bumi se ...


ni apa cerita pulak ni sniper, dah desperate sgt buat tuduhan melulu / fitnah kata ana jadi anak derhaka...ana sendiripun awk tak kenal...

bawa mengucap banyak2, makin lama makin tertimpa bala awk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 04:03 PM | Show all posts


iyer la tatie, iyear la..


tipu org lain takper lagik, jgn tipu diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 04:17 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 29-5-2006 04:03 PM


iyer la tatie, iyear la..


tipu org lain takper lagik, jgn tipu diri sendiri



jangan la kita dok canang nak dok suruh orang buat baik tapi diri sendiri tu dok  main game metal gear solid kat umah ... makBapak shiper tak larang ker main game tu... dah tua bangka dah dok main game, tak melalaikan ker main game tu... kadang² boleh lupa Tuhan tuu.... haduhhh... :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 29-5-2006 04:03 PM


iyer la tatie, iyear la..


tipu org lain takper lagik, jgn tipu diri sendiri


laaa, buat fitnah lagik kata tatie tipu orang lain lak...ishkk kesian kau ni sniper...

ini mesti reverse psychology, selalunya org yg suka buat tuduhan pada org lain tu, sebenarnya cerminan kepada diri dia sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2006 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 29-5-2006 04:17 PM



jangan la kita dok canang nak dok suruh orang buat baik tapi diri sendiri tu dok  main game metal gear solid kat umah ... makBapak shiper tak larang ker main game tu... dah tua bangka dah dok ...


1. main game nih HARAM ker?

kalo yer aku minta hadis atau ayat quran, nak tgk sejauh mana pandainya macai2 arseari nih ;)

2. mak bapak aku tak larang, sebab AKU BELI DGN DUIT AKU SENDIRI. kerja keras. bukan dgn mengemis atau mintak derma ikhlas. lg satu sebab aku DAH ANTA MEREKA BERDUA PI HAJI ngan duit aku. KAU ..kau apa ada? baru nak kenal dunia jgn byk cakap. kalo zakat fitrah pon mak abah bayar jgn bising2 :lol

yg penting aku TAK menderhaka pada mak bapak juga pada ABG aku..kuikuikui!

esok nak kawin dema tak mau jadik wali..menggelupur..eh..lupa plaks..arseari kan boleh jadik wali..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-5-2006 04:25 PM


laaa, buat fitnah lagik kata tatie tipu orang lain lak...ishkk kesian kau ni sniper...

ini mesti reverse psychology, selalunya org yg suka buat tuduhan pada org lain tu, sebenarnya cerminan  ...


cakaplah apa saja yg menyenangkan hati kau tatie..tapi kau takleh deny parents kau tak senang kau masuk arqam :lol

sian, kalo aku kecik2 dulu dah aku picit2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 30-5-2006 09:02 AM


1. main game nih HARAM ker?

kalo yer aku minta hadis atau ayat quran, nak tgk sejauh mana pandainya macai2 arseari nih ;)

2. mak bapak aku tak larang, sebab AKU BELI DGN DUIT AKU SENDIRI ...


sapa kata main game haram ... tu la orang kata sikit pi tambah² ... tatie kata sikit kata pi tambah² yang tadak kaitan langsung...

tapi aku teringat kata cikgu english aku ... orang yang main game kat rumah ni taraf pemikiran dia akan keanak-anakan macam budak² tak boleh nak matang...  tu kata cikgu aku... ada gak kawan aku sorang ni umur masuk 25 tahun... cakap macam budak² pasal dok kat umah dok main PS... kami tanya dia ... awat perangai ang macam budak²? dia marah...

apa yang aku kata man game ni melalaikan kadang² boleh lupa Tuhan... sebab tu aku tanya makBapak ang tak larang ka hang main game... tak tanya pun ang keja hasil titik peluh ang pi antar makBapak pi Haji ka apa ka...  aku tanya makBapak ang tak larang ka main game tu... lalai tu .... kalau nak cari dalam Quran dan Hadis memang tak dak pun perkataan game dalam orang putih ... tapi kalau game dalam bahasa arab tu ada la... jangan lah melakukan perkara yang sia², kerana dia akan medatangkan kemurkaan Tuhan...

Tolongla jangan putar belit ayat aku ni ok... come on laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 30-5-2006 09:03 AM


cakaplah apa saja yg menyenangkan hati kau tatie..tapi kau takleh deny parents kau tak senang kau masuk arqam :lol
sian, kalo aku kecik2 dulu dah aku picit2.


memang ana tak pernah masuk arqampun...arqam diharamkan ana masih mengaji lagik..jadi TAK ADE KAITAN LANGSUNG FITNAH HANG TERHADAP ANA ITU...ITU SEMATA-MATA FITNAH HANG SAHAJA...

hang cuba bagi fakta statistik yang sahih pasal student yg fail sebab join arqam tu...tapi hang ni dah ketinggalan zaman, sekarang zaman rufaqa dan yg berada di dalam rufaqa tu bukan semua org arqam, ada yg join era rufaqa.

ada faham???....hang ni kena ajar sikit, hang ni melampau, anggap semua org tk educated, hang sorang ajer yg educated.

ana sedih kalau dapat ex student macam hang ni...tapi apa nak buat...itulah hakikat pendidikan universiti masa kini yg tidak dapat melahirkan MODAL INSAN yg sebenar...

[ Last edited by  serihartatie at 30-5-2006 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052264 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list