CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 15-4-2013 04:10 PM | Show all posts
“Jiha... Rahul tu, memang sengaja dekatkan diri dengan perempuan-perempuan Melayu. Dia akan gunakan ketampanan dirnya untuk pikat hati perempuan Melayu sebab dia nak murtadkan dia orang. Kalau dulu, dia bergerak seorang, nampaknya sekarang ni, dia dah pandai guna adik dia. Jangan-jangan satu famili terlibat.”

“Astaghfirullahala'zim!” Beristighfar panjang aku. Tak mungkin aku akan mempercayai kata-kata Kak Syirah dengan mudah. Aku kenal Dona. Dia tak macam tu.

“Jiha... Cuba Jiha fikir kenapa Dona tak mahu daftar lagi?”

Liur ku bagaikan tersumbat di kerongkong. “Dia belum bersedia...”

“Sebab dia tak ada niat pun nak peluk Islam.” Pintas Kak Syirah, pantas.

“Bukan macam tu. Dona tak nak mak ayah dia susah hati.” Aku membela Dona.

“Atau sebenarnya dia pura-pura saja nak peluk Islam? Mungkin dia berpakat dengan abang dia untuk perangkap Jiha? Jangan-jangan dia pun nak perangkap Fahmi.”

Berlari-lari bebola mataku memandang wanita di depan aku itu. Kemudian bebola mataku berlari ke wajah Lili. Dahi Lili tampak berkerut.

“Akak cakap pasal Rahul ni, ada bukti ke?” Aku menyoal.

“Ha ah Syirah! Kau ada bukti ke?” Lili bagaikan menyokong kata-kata aku.

“Sebab ada lah akak berani cakap ni.”

“Kau biar betul!” Lili benar-benar terperanjat.

Jantung aku bagaikan nak gugur. Baru saja tadi lelaki yang sedang dituduh ini mententeramkan hati aku yang bersedih. Dan lelaki itu jugalah mengembalikan semangat dan kekuatan aku untuk berdepan dengan Lili. Malah... lelaki itu juga yang telah berjaya menggugah hati ini.  

“Akak dah agak dah... Mesti Jiha dah kena... Kalau tak, tak kan sanggup bermalam di rumah Dona. Sampaikan akak tegur pun tak jalan!”

“Eh, kau cakap apa ni, Syirah? Kena apa?” Lili semakin pening. Aku pula telan liur. Aku tak faham apa yang Kak Syirah maksudkan dengan “kena.”

“Jampi serapah dan puja-pujaan dari berhala kat rumah Dona tu dah melekat pada hati Jiha. Sebab tu hati Jiha asyik nak ke sana saja.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 04:15 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 04:10 PM
“Jiha... Rahul tu, memang sengaja dekatkan diri dengan perempuan-perempuan Melayu. Dia akan gunakan ...

Makin meroyan lak si syirah nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 04:25 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-4-2013 04:15 PM
Makin meroyan lak si syirah nih...

sebab dlm hati masih ada taman...

@UsuFie fasha dah beranak, pasah usu dah ke belum?


pemberitahuan.... cerita akan disambung tepek esok yerrr...


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 04:39 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 04:25 PM
sebab dlm hati masih ada taman...

@UsuFie fasha dah beranak, pasah usu dah ke belum?

baru nak mintak tolong sambungkan lagi...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 04:40 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaaa
tak puas baca....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 05:17 PM | Show all posts

geramnya ngan syirah nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 06:28 PM | Show all posts
huhuhu.. syirah begini ke tingkah laku seorg yg kuat agama, kononnya ustazah....berjuta kali menyampah dgn syirah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 06:56 PM | Show all posts
aku lempang syirah ni mau sampai bulan, tak pasal2 jadi rakyat malaysia pertama landing kat bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 09:08 PM | Show all posts
lempang juga si Syirah ni....pandai2 je nak tuduh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 09:45 PM | Show all posts
die die syirah

apa punya org Islam perangai mcm ni.....busuk betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 10:12 PM | Show all posts
patutnye jiha sekolahkan syirah ngan sejarah khulafak rasyidin, saidina umar dan usman sblm masuk Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 01:47 AM | Show all posts
Wake up jiha...lembek sgt ni nape huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:18 AM | Show all posts

waaa...berapi2 semua....




psssst:  lady, my pasah masih memboyot u...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Syirah nie..msti kes jeles..nk mhalang hubungan rahul ngn jiha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 10:30 AM | Show all posts
"Amboi! Marahnya awak awak pada saya, ye? Awak semua tak kenal siapa Rahul. Saya lebih mengenalinya sebab itu saya berani mengatakan dia penipu! Dia gunakan ketampanan dirinya untuk pikat perempuan. Malah saya juga hampir-hampir lemas dalam cinta palsunya!" Bersungguh-sunggu Insyirah mempertahankan dirinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 10:36 AM | Show all posts
sambung...
---

“Ye tak ye juga. Patutlah pun Jiha asyik bermalam di rumah Dona.” Lili mula menyokong Insyirah.

“Jiha pergi sana sebab Dona sakit.” Aku menidakkan tuduhan Kak Syirah dan Lili.

“Sakit tu cuma alasan, Jiha. Hakikatnya dia orang dah puja semangat dan roh Jiha. Sebab tu, setiap kali Dona cakap dia sakit, Jiha cepat saja simpati. Jangan-jangan Dona pura-pura sakit sebab nak suruh Jiha bermalam di rumahnya.”

“Astaghfirullahala'zim!” Sekali lagi istighfar terlantun.

“Akak terlalu bersangka buruk dengan Dona. Sudah sudahlah Kak Syirah. Jangan terlalu skeptik dengan orang bukan Islam. Jiha kenal siapa Dona.” Tuturku.

“Nak bersangka baik apanya? Rahul tu memang penipu besar. Akak faham kalau Jiha susah nak terima. Sebabnya Jiha dah terkena hantu berhala.” Kak Syirah masih mahu memertahankan pandangannya.

Aku tertawa sinis mendengar kata-kata Kak Syirah. Dari dulu lagi Kak Syirah tak sudah-sudah dengan alasan hantu berhala. “Akak, kalau iman kuat, datanglah hantu jembalang apa pun, tak akan memberi sebarang bekas. Apa Allah itu lemah dan tak berkuasa menghalang hantu jembalang?” Aku sindir Kak Syirah sepuas hati. Sudah lama aku bersabar dengan sikapnya.

“Amboi! Bukan main berlagak lagi kau, Jiha.” Lili menyampuk.

“Ini bukan soal berlagak atau tidak. Tapi aku tak suka kalau Kak Syirah tak habis-habis dengan modal hantu berhala. Macamlah berhala tu pula lebih berkuasa. Kalau kita betul-betul beriman kepada Allah, nak takut apa?” Lantang aku membalas. Lain kali jangan desak aku, ok! Walau pun aku nampak naif dan lemah, tapi jangan nak senang-senang pelecehkan aku.

“Ya! Allah memang tak lemah, dan berhala itu tak mempunyai apa-apa kuasa. Betul, kalau iman kuat, tak perlu takut apa-apa tapi akak takut Jiha tu yang mudah terkesan.” Kata-kata aku dipertikai kembali. Memang bukan mudah mahu bersoal-jawab dengan wanita yang penuh ilmu di dada ini.

Aku tarik nafas panjang. Malas aku hendak pertikaikan lagi kata-katanya. Kerja sia-sia saja kalau aku mahu terus berlawan hujah dengan wanita bernama Insyirah ini. Dia tak akan terima sama sekali.

“Soal iman Jiha, hanya Jiha dan Allah sahaja yang tahu sekuat mana iman Jiha. Kalau akak menganggap Jiha dah tersampuk hantu berhala, terpulanglah kepada akak. Sekarang Jiha nak tahu macam mana akak kenal Rahul.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 10:39 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 10:36 AM
sambung...
---
Sekarang Jiha nak tahu macam mana akak kenal Rahul.”

"Dulu akak pun macam Jiha juga. Terpesona dengan kehenseman dan sikap 'gentleman' nya itu" Insyirah jawab sambil tunduk malu-malu kucing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 10:41 AM | Show all posts
Aku tak ambil pusing sangat soal terkena jampi atau terkena pujaan berhala kerana aku tahu di mana letaknya kekuatan iman aku. Insya-Allah setakat ini langsung tidak goyang. Mana mungkin aku mahu menyembah berhala. Syirik!

“Akak hampir-hampir menjadi mangsanya tiga tahun yang lalu.”

“Ha???” Tiba-tiba saja rasa menggigil tubuhku. Amat sukar untuk aku percaya. Tapi ia datangnya dari mulut Kak Syirah, wanita yang terkenal dengan kewarakannya.

“Akak tahu, kalau akak cerita pasal orang lain, Jiha tentu tak percaya. Jiha, akak adalah salah seorang dari mangsanya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan akak dengan menunjukkan  kepada akak siapa diri Rahul yang sebenarnya.”

Tak berkutik aku mendengar cerita Kak Syirah. Patutlah Kak Syirah kenal Rahul.

“Jadi Rahul tu bekas boyfriend kau lah ya?” Soal Lili. Nampaknya Lili mengikuti penuh minat dalam kes aku sehingga tenggelam terus soal Eddie.

“Ya...” Soalan Lili dijawab sepatah.

“Patutlah kau masih tak kahwin-kahwin. Kaedahnya, kau frust lah ni?” Tak teragak-agak Lili bercakap. Aku reling wajah Lili sekilas. Bebola mata kami bertembung tapi lekas-lekas Lili alihkan. Aku tundukkan pula kepala. Mataku merenung lantai.

Sudah reda marah Lili kepada aku agaknya. Mungkin juga cerita Kak Syirah lebih menarik minatnya buat masa ini. Mungkin soal Eddie akan kembali dibangkitnya selepas tamat cerita Kak Syirah nanti. Pelbagai andaian bermain-main di benak fikiran aku.

“Kami hampir-hampir berkahwin.” Sambung Kak Syirah. Rasa luluh jiwa aku. Aku mendongak dan pandanganku terarah kembali ke wajah Kak Syirah.

“Lepas tu?” Lili pula yang tak menyabar-nyabar untuk mengetahui cerita yang seterusmya.

“Dia tak bersungguh-sungguh pun nak peluk Islam. Dia beri macam-macam alasan. Alhamdulillah! Iman akak masih kuat. Akak tak mudah terpujuk dengan rayuannya. Jadi akak tinggalkan dia sebelum akidah akak terpesong. Akak tak akan gadaikan agama demi cinta palsunya. Dan akak tak akan biarkan Jiha pula yang menjadi mangsa seterusnya.”

“Tapi Rahul tak macam tu, kak. Apa yang dia telah lakukan kepada akak, Jiha tak tahu kebenarannya. Kalau benar sekali pun, mungkin itu dulu. Sekarang dia dah berubah.” Aku cuba bela Rahul dalam sebak yang tertahan. Tak mungkin lelaki yang telah menunjukkan sifat prihatinnya tadi adalah seorang kasanova yang kerjanya menipu gadis-gadis Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:43 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-4-2013 10:30 AM
"Amboi! Marahnya awak awak pada saya, ye? Awak semua tak kenal siapa Rahul. Saya lebih mengenalinya  ...

ala...wardina yg mulus2 tu jd kak syirah ke kalau mcmtu cantik lah kak syirah ni, patut si rahul jatuh hati
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:46 AM | Show all posts
“Ini bukan soal berlagak atau tidak. Tapi aku tak suka kalau Kak Syirah tak habis-habis dengan modal hantu berhala. Macamlah berhala tu pula lebih berkuasa. Kalau kita betul-betul beriman kepada Allah, nak takut apa?” Lantang aku membalas. Lain kali jangan desak aku, ok! Walau pun aku nampak naif dan lemah, tapi jangan nak senang-senang pelecehkan aku.

“Soal iman Jiha, hanya Jiha dan Allah sahaja yang tahu sekuat mana iman Jiha. Kalau akak menganggap Jiha dah tersampuk hantu berhala, terpulanglah kepada akak. Sekarang Jiha nak tahu macam mana akak kenal Rahul.”


Suka statment jiha yg inih...

Jawb syirah...awat x jawb bisu ke...? (sambil bercekak pinggang)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073201 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list