|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Gravedigger at 17-3-2006 04:29 PM
Sajaknya pulak takleh di kritik dan kena terima bulat-bulat semuanya...
biasa la grave, budak2 sekarang..mintak2 jauh la dari keluarga kita..AMIN. |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan Berjuang
Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan pencipta alam Agar la disanjung, dicintai,disembah dan dijadikan idola
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nyauntuk keselamatan manusia. Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama,harmoni dan bahagia.Berjuang bukan kerana ekonomi,membangun dan berkemajuan.la merupakan sampingan sahaja.
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat Mengingatkan manusia,Akhirat tempat akhir buat insan. Di sana tempat kekal abadi. Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah dia tugas-tugas para da'i, mubaligh-mubaligh dan ulama.
Mengajak manusia menyembah Tuhan Jalan dan caranya itulah syariat-Nya.Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya, cara yang kita reka-reka.
Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya.
-------------
tarbiah dari Ustaz Ashaari Muhammad
[ Last edited by serihartatie at 19-3-2006 12:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR
1.Memperjuangkan Islam bukan sekadar memberitahu halal dan haram,
2. Membangunkan Islam bukan cukup hanya mengecap seseorang itu bidaah, sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau,
Memperjuangkan Islam bagaimana menyuburkan tauhid dalam fikiran, Agar Tuhan jadi tempat rujuk dan tempat menaruh harapan, Tuhan dibesarkan, diagungkan bahkan tempat sandaran insan, Hingga Tuhan diingati dimana-mana dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya,
Dari sini barulah orang ingin bersyariat sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan, Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan, Orang akan bersatu padu, rasa bersama dan bekerja sama, lahir timbang rasa, mengutamakan orang lain, khidmat sesama manusia kerana Tuhannya,
Orang kaya menjadi bank kerana pemurahnya, inginkan pahala dari Tuhannya,
Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk, yang miskin sabar di dalam hidupnya,
Begitu juga berjuang menunjuk jalan bagaimana mengutamakan akhirat, Menggunakan apa yang ada pada diri manusia, Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam, Maju secara Islam, berhibur mengikut Islam, Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam, Bermasyarakat secara Islam,
Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka ada role model untuk diikut, Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya, ekonominya, keluarganya, kebersihannya, kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya,
Inilah dia perjuangan Islam sebenarnya,
Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan, Yang lebih awal daripada semua itu,
Para pemimpin Islam ada ilmu untuk disarankan, Untuk pimpinan dan didikan, Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan,
Bukan sekadar slogan, gesaan dan semangat-semangat yang tidak ada panduan,
Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan,
Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan,
Para pejuang mestilah cukup persiapan,
Persiapan ilmu, role model kepada manusia yang hendak disedarkan,
Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar,
Bukan seperti makan minum dan berpakaian serta hiasan |
|
|
|
|
|
|
|
CIRI-CIRI MUJADDID
Mujaddid (Ulama Luar Biasa)
Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang MUJADDID (REFORMER) yang memperbaharui urusan agamanya."
1. Membawa Quran, Hadis dan akhlak Islam yang dibawa Rasul. Paling Faham Senario Tuhan & Keadaan Dunia di Zaman BELIAU.
2. Mendapat ilham dari Allah dan membawa penafsiran baru Al Qur抋n dan hadis yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dialah Al Qur抋n dan hadis berjalan di kurun itu.
3. Membawa kaedah, cara, teknik dan metoda baru yang sesuai di zamannya, bertujuan untuk memperbaiki kerusakan masyarakat
4. Berjuang di awal abad Hijrah (tahun 01-25 Hijrah)
5. Menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan manusia
6. Perjuangannya tidak dapat dimusnahkan walau musuh selalu mencoba menghancurkan. Dia dibantu Allah.
7. Kedatangannya membawa iman dan kasih sayang, untuk membangunkan Islam dan umatnya yang telah lama tidur. Untuk menahan musuh Islam dari terus menginjak-injak agama Tuhan.
[ Last edited by serihartatie at 19-3-2006 01:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN ADALAH PENYELAMAT
PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN ADALAH PENYELAMAT
Sebenarnya pejuang-pejuang kebenaran itu, sepanjang masa, sejak dari rasul-rasul dan nabi-nabi hinggalah ke akhir zaman, mereka itu adalah orang Tuhan. Kalau benarlah apa yang diperjuangkan itu adalah sesuatu dari Tuhan, ertinya mereka adalah orang Tuhan.
Orang-orang ini berjuang, datang ke tengah masyarakat, datang kepada kaumnya, bangsanya dan puak-puaknya dalah sebagai penyelamat.
Kalau para-para pejuang itu, walaupun mereka mengaku pejuangkan kebenaran, atau zaman sekarang ini memperjuangkan Islam tetapi kalau bukan bersifat penyelamat, itu bukan pejuang kebenaran. Itu bukan orang-orang Tuhan. Itu adalah penipu-penipu. Menjual nama Tuhan untuk kepentingan kelompok-kelompoknya.
Macam mana pula orang Tuhan datang ke tengah masyarakat tetapi tidak membawa keselamatan? Bukan penyelamat. Sedangkan Tuhan itu penyelamat. Sebab itu, kalau hanya sekadar pengakuan, slogan-slogan, itu tidak boleh diambil kira kalau mereka itu bukan penyelamat. Jadi, tolong ambil perhatian bahawa orang-orang Tuhan adalah penyelamat. Penyelamat apa? Penyelamat dari miskin kepada kayakah? Daripada bodoh kepada cerdikkah? Itu terlalu kecil. Yang besar ialah:
Pejuang-pejuang kebenaran memperjuangkan untuk selamatkan aqidah umat. Itu yang paling besar. Siapa sahaja yang pejuangkan kebenaran dari dulu hingga sekarang, yang hendak diselamatkannya adalah aqidah umatnya, kaumnya, bangsanya. Sebab itu, kalau kita baca Quran terutama ayat-ayat Makkiyah, oleh kerana Tuhan itu hendak menyelamatkan aqidah hamba-Nya, maka melalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya yang merupakan orang-orang Tuhan, Tuhan promosi dir-Nya dengan sangat banyak sekali. Selama 13 tahun Allah promosi diri-Nya. 13 tahun ayat-ayat Makkiyah turun, Tuhan perkenalkan diri-Nya. Mengenalkan diri itu ada 2 tahap iaitu:
a) Untuk betulkan aqidah. Agar manusia jangan mempertuhankan jin, patung, malaikat dsbnya.
b) Yang kedua, bila orang sudah terima Tuhan itu adalah Allah, diperjuangkan pula supaya orang takut dan cintakan Tuhan.
Jadi aqidah itu ada 2 peringkat. Yang pertama hendak betulkan iman dan yang kedua agar sampai peringkat takut dan cinta. Kalau kita belajar Sifat 20 untuk sekadar hendak sahkan aqidah dan iman. Takut dan cintakan Tuhan tidak akan boleh berlaku kerana ia banyak bersifat otak dan falsafah, ia tidak jatuh ke hati.Sebab itu ia tidak akan membuatkan sampai takut dan cinta pada Tuhan. Ia sekadar untuk percaya. Setakat hendak sahkan iman.
Bagi tahap kedua, kita lihat dalam Quran, masyaAllah, Tuhan promosi diri-Nya supaya orang takut, cinta dan mabuk serta gila dengan-Nya. Tidak salah gila dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah berkata, 揑ngatlah Allah banyak-banyak sampai orang kata engkau gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Laa... macamana boleh sampai ke bahagian SUB BOARD mazhab ni?
Kdg2 hairan PM, apa yang sesuai di MAINBOARD sana? tajuk subboard ini ASWJ, Syiah, Wahabi, Mazhab, etc. Sepatutnya semua thread di MAINBOARD di bawa ke bahagian subboard ini.
Yg hairannya bila ada HUJAH SYIAH di mainboard, dibawa ke sini. Kenapa HUJAH ASWJ masih tidak dibawa ke sini semua mcm kes thread ABUYA ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 14-3-2006 12:41 PM
Itu baru satu ilmu sj...sedangkan ilmu2 lain berlambak lagi dlm setiap tarbiah abuya...sebab tu la ada forumner2 di sini kata, setengah2 ilmu abuya mrk tak pernah jumpa...iaitu tafsiran yg abuya buat sentiasa lain dari lain tapi tak boleh nak disanggah krn kebenaran itu ada.
PERANAN ILHAM(1)
Di waktu ini, wahyu sudah tidak turun lagi. Ini kerana wahyu adalah untuk para nabi dan para rasul; dan nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Rasulullah s.a.w adalah penutup segala nabi dan rasul.
Mungkin ada orang bertanya, kenapa Tuhan tidak terus turunkan wahyu kepada manusia selepas wafat Rasulullah supaya manusia akan terus mendapat panduan dari Tuhan. Sebenarnya tidak perlu wahyu itu terus diturunkan kerana agama Islam sebagai agama penutup telah selesai diturunkan dan telah pun disempurnakan oleh Tuhan. Manusia tidak perlu lagi kepada wahyu. Al-Quran itu, sudah cukup dan lengkap dan sesuai digunakan sebagai panduan untuk sepanjang zaman.
Namun begitu, tidak benar kalau kita katakan bahawa dengan tidak adanya wahyu, Tuhan sudah tidak berhubung lagi dengan manusia. Tuhan masih berhubung dan memberi ilmu dan kefahaman kepada manusia terutama dalam memahami ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang maksudnya belum jelas atau yang perlu dijelaskan untuk panduan manusia di sesuatu zaman yang tertentu. Zaman berubah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al-Quran atau hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham.
Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilihNya atau wakilNya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan. Al-Quran, hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Di samping itu, kita tahu bahawa maksud sesuatu ayat Al-Quran itu berlapis-lapis. Ada dalil mengatakan sampai tujuh lapis. Satu-satu ayat boleh mengandungi berbagai-bagai maksud. Mungkin pentafsir-pentafsir Al-Quran sebelum ini telah mencungkil dua, tiga atau empat maksud dari sesuatu ayat mengikut kemampuan dan ilham yang diberi Tuhan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka. Akan ada lagi tafsiran-tafsiran lain melalui pentafsir-pentafsir lain bagi mengkayakan lagi maksud ayat-ayat tersebut sesuai dengan zaman yang beredar. Inilah peranan ilham yang diberikan oleh Tuhan kepada wali-waliNya.
Akan tetapi harus diingat bahawa ilham bukan wahyu. Ilham tidak membawa agama baru. Yang mendapat ilham bukan nabi dan bukan rasul. Mungkin hanya bertaraf wali. Ilham hanyalah bantuan Tuhan kepada manusia supaya dapat lebih memahami ayat Quran dan hadis. Banyak ayat dan hadis yang maksudnya tidak jelas atau berlapis-lapis. Kalau tidak jelas, maka ia tidak dapat digunakan sebagai panduan. Mustahil Tuhan akan biarkan panduanNya untuk manusia tidak difahami hingga berlaku salah faham dan pergaduhan di kalangan manusia disebabkan ayat atau hadis yang tidak difahami itu. Tuhan bukan bermain-main dalam hal ini.
Sebagai contoh, ada ayat Al-Quran, yang bermaksud:
揚atutkah manusia menyangka bahawa kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun jari tangannya.擺/b]
Di suatu era, susunan tulang jari-jemari tangan manusia yang kompleks dan rapi itu sendiri dikagumi ciptaannya. Di era yang lain, fungsi tangan manusia yang begitu tersusun rapi tulang-tulangnya hingga membolehkan tangan manusia digunakan untuk berbagai fungsi, boleh menggaru, boleh mencubit, boleh menampar, boleh menggosok, boleh menumbuk, boleh memegang, boleh meramas, boleh menyucuk, boleh mencungkil, boleh memerah, boleh mematah, boleh menguli, boleh mengurut, boleh menggengam dan berbagai-bagai lagi yang tidak boleh dibuat oleh tangan makhluk lain, itulah yang dikagumi.
Di era sekarang, cap ibu jari tangan manusia yang tidak sama di antara satu sama lain, itu pula yang dikagumi. Walaupun kawasan permukaan ibu jari manusia itu berukuran satu inci kali setengah inci, tapi ia boleh mengandungi cap ibu jari yang berbeza-beza di antara berbilion-billion manusia. Tidak ada satu pun cap ibu jari manusia yang sama dengan yang lain. Inilah peranan ilham dalam memahami sesuatu ayat dari era ke era.
...bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
PERANAN ILHAM(2)
...sambungan
Ada pula hadis yang bermaksud: 揂pabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga nabi Muhammad s.a.w; maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa panji-panjinya adalah Shuaib bin Soleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 20-3-2006 03:42 PM
Laa... macamana boleh sampai ke bahagian SUB BOARD mazhab ni?
Kdg2 hairan PM, apa yang sesuai di MAINBOARD sana? tajuk subboard ini ASWJ, Syiah, Wahabi, Mazhab, etc. Sepatutnya semua thr ...
itu ler pakmalau...tatie faham sgt persoalan yg pakmalau bawa tu...dengan lain perkataan, nampak pihak mod ada KEKELIRUAN DALAM MENTAFSIRKAN subboard mana yg sesuai...hehehe...
tetapi kita kenalah hormat pandangan tuan/puan mod sebb depa ada KUASA...
KEKELIRUAN dari segi reasoning (Pentaakulan minda) ni bukan perkara besar sgt, kena byk ler buat exercise logik akal....hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Abuyazid at 19-3-2006 01:53 PM
PEJUANG-PEJUANG KEBENARAN ADALAH PENYELAMAT
Sebenarnya pejuang-pejuang kebenaran itu, sepanjang masa, se ...
menyambung yang ari tu....
Cuba kita huraikan ayat Quran secara umum tentang bagaimana Tuhan promosi diri-Nya, kempen diri-Nya, mengajak orang mengaku diri-Nya Tuhan, diri-Nya pemimpin.
Di antaranya Tuhan berkata:
“Hai manusia! Langit dan bumi itu Aku yang jadiakan. Hai manusia! Dunia dan akhirat itu, kamu semua, Aku yang jadikan. Hai manusia!Ingat, di tangan Aku kekuasaan. Tiada siapa yang boleh gugat. Aku menghidupkan dan Aku yang mematikan. Aku menentukan nasib semua makhluk. Aku boleh kayakan dan boleh miskinkan. Aku boleh sakitkan dan sihatkan.Aku boleh ledakkan gunung semua.Aku boleh gempakan bumi untuk mengazabkan kamu semua bila kamu derhaka dengan Aku. Akulah yang beri rezeki. Nafas kamu itu Aku yang jaga. Seluruh yang ada, Aku yang tadbir. Sama ada di alam ghaib atau alam nyata, Aku yang mentadbir. Aku yang mendidik, menyelamatkan, menjadikan. Tidak nampakkah kuasa Aku? Tidak takutkah dengan Aku? Mengapa engkau hendak jadikan Namrud, Firaun, Abu Jahal, Bush dan sesiapa lagi sebagai Tuhan. Tidak nampakkah Aku yang sebenarnya Tuhan?”
Jadi Tuhan minta, siapa yang hendak pejuangkan kebenaran, bawa mesej ini. Tuhan promosi diri-Nya dan minta disebarkan. Kamu sebagai lidah-lidah untuk promosi Tuhan. Adakah begitu? Tidak. Pejuang-pejuang Islam hari ini yang katanya memperjuangkan kebenaran, yang disuruh ialah membesarkan ekonomi atau masalah kemiskinan. Tuhan hilang. Dikatakan ini satu perjuangan kebenaran sedangkan ini satu penipuan. Yang dipromosikan makan minum, kemudahan hidup, promosi jalan raya, hendak beri biasiswa atau hendak hidup selesa. Tuhan tidak dikempen. Tuhan tidak dikenalkan, tidak ditakuti, tidak dicintai.
Kempen utama pejuang kebenaran ialah Tuhan.Hendak menegakkan aqidah umat. Sudah dikatakan tadi, aqidah ada 2 tahap. Tahap pertama ialah hendak mengesahkan iman. Yang susahnya ialah yang kedua iaitu bagaimana sampai cintakan Tuhan, macam mana sampai orang takutkan Tuhan dan mabuk dengan Tuhan serta merasakan bahawa Tuhan adalah segala-galanya. Bahawa Tuhan maha Besar, maha Agung dan maha berKuasa. Supaya hati itu penuh rasa berTuhan. Masa duduk atau jalan, rasa berTuhan penuh dihatinya.Kerana sudah takutkan dan cintakan Tuhan.
Aqidah yang kedua ini sangat susah. Yang pertama tadi, ramai juga orang buat. Sebab itu sifat 20 tidak lepas.Kalau mengaji, sifat 20 itu mesti dipelajari tetapi selepas itu dilupakan. Maka aqidah tahap yang kedua tertinggal. Macam mana hendak cintakan Tuhan dan takutkan Allah terabai. Takut dan cinta itu tidak lagi diperjuangkan dan diusahakan.
Jadi, tujuan perjuangan yang pertama iaitu hendak selamatkan aqidah umat dari berTuhankan selain Allah kepada orang berTuhankan Allah.Daripada orang takutkan selain Allah kepada takutkan Allah.Daripada cintakan selain Allah kepada cintakan Allah. Inilah yang pertama dan utama.
Perjuangan kebenaran yang kedua, menyelamatkan akhirat manusia.Daripada manusia yang cintakan dunia, mengutamakan dunia, kepada yang utamakan akhirat dan cintakan akhirat. Selepas Tuhan kempen dan promosi sungguh-sungguh diri-Nya, Tuhan promosi pula akhirat-Nya. Bagaimana hebat akhirat-Nya. Sama ada tentang nikmatnya memang sangat hebat. Kalau kita baca ayat-ayat Al Quran, diantaranya banyak menunjukkan Tuhan mempromosikan akhirat daripada dunia. Diantara yang Tuhan promosi, akhirat lebih utama, lebih baik dan lebih kekal.Itu diantara yang Tuhan kempen supaya orang utamakan akhirat dan cinta akhirat. |
|
|
|
|
|
|
Pancilok This user has been deleted
|
Jalan inilah yang paling selamat di ikut di negara kita Malaysia. Tidak Wahabi atau Syiah yang menghuru-harakan masyarakat hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pancilok at 26-3-2006 11:38 AM
Jalan inilah yang paling selamat di ikut di negara kita Malaysia. Tidak Wahabi atau Syiah yang menghuru-harakan masyarakat hari ini.
itulah TUAHnya berada di bumi Malaysia yang bertuah!!
Bermulanya Daulah Islamiah di sebelah Ufuk Timur.
Lambang Kebangkitan Islam Akhir Zaman.
Islam akhir zaman TIADAK bangkit di Arab Saudi dan Iran!!!
Sebaliknya di Malaysia...
Bersykurlah kita !!!!
:clap::clap::clap:
:pray::pray::pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
lama tk masuk forum, sebab sibuk di alam realiti.
Ustaz Hj Ashaari Muhammad telah melancarkan buku terbarunya yang bertajuk PENDIDIKAN RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA di PWTC pada 31 Mac 2006 jam 3-5 petang tempohari.
Amat berfaedah untuk yang ingin memperdalamkan ilmu tasawuf melalui pendekatan yang mudah difahami oleh masyarakat semasa.
tatiepun tk sempat baca habis lagi jadi..ok chow dulu..bye.. |
|
|
|
|
|
|
|
APABILA PEMIMPIN MEMBAIKI DIRI(1)
Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya bertanyakan hal tersebut beliau menjawab, "Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat tertanggung di atas bahu aku."
Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan pa- ling utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di dalam Al Quran dengan maksudnya:
"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu.
"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki."
Ertinya bukan terhenti pada dirinya saja dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.
Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih dari kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah, dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi, masyarakatnya rata-rata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat `Maha` -Nya boleh memusnahkan alam semesta ini dengan sekelip mata saja.
Sama saja di sisi Tuhan dalam hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "jadilah" , maka terjadilah segala-galanya.
Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi di zaman di mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat `ambitious` kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan. Sudah melupai akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang kepentingan keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan berbanding khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Mawar Merah at 21-3-2006 10:57 AM
Ada pula hadis yang bermaksud: 揂pabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga nabi Muhammad s.a.w; maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa panji-panjinya adalah Shuaib bin Soleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 12-4-2006 10:08 AM
Cuba fahamkan bagaimana Al-Mahdi dari Gunung Alas Kotonggo Jawa tu boleh pergi ke Kufah dan menewaskan tentera sufyani itu. Bagaimana pula peranan pemuda hensem dari Bani Tamim tu? Dia akan menyerahkan panbji-panjinya kepada Shuaib bin Soleh yang berketurunan Yaman itu ka??? Hebat ilmu magik Al-Mahdi nusantara tu kan.
Apa yg pak grave meracau ni...tu la...terang lagik bersuluh, dasar pak grave yg pemalas nak ulang baca balik link yg diberi oleh tatie tu. Atau pun mmg pak grave tak pernah nak baca pun penerangan panjang lebar tatie kat topik tu dulu.... padahal kat link tu la pak grave and the gang sibuk menyampuk...alih2 kat sini kenyataan2 yg pak grave tulis di atas walau bentuk pertanyaan jelas tunggang terbalik seolah2 spt org tak pernah join topik pasal ni....patutla pak grave bersikap keras kepala (spt kata abu yazid), tak paham2 bahasa bagaimana diterangkan sekalipun hingga tak pasal2 bukak topik khusus pasal IM kat sini semata2 nak pekena IM kepercayaan rufaqak....rupa2nya baru mawar tahu, selama ini....hampeh pak grave tak bacccaaa punnnn lol:lol
Kata tak mau membuta tuli dlm memafami sesuatu...
Pi baca semula jwban ilmiah yg telah dibentang oleh tatie tu seblm menyoal yg menampakkan kebodohan pak grave....yakni siapa itu shuib bin soleh, siapa itu Putera bani tamim....
[ Last edited by Mawar Merah at 12-4-2006 05:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mawar Merah at 12-4-2006 05:24 PM
Apa yg pak grave meracau ni...tu la...terang lagik bersuluh, dasar pak grave yg pemalas nak ulang baca balik link yg diberi oleh tatie tu. Atau pun mmg pak grave tak pernah nak baca pun peneran ...
wah..kak mawar..lama tk forum...sihat dah ker?..
itulah tatie baca soalan tgterbalik pak grave ni..ndak gelak pulak rasanyer...nampak sgt rupanya tulis main hentam keromo..org dah tulis pjg lebar, yg dia tau menyampuk buat provoke, bukan ndak baca apa org post..
lepas tu claim, org tak jawab lagik dgn provokasi dier..hik3...sabar ajer ler...kak mawar.. |
|
|
|
|
|
|
|
TAMADDUN ISLAM
MATANYA MULA merah.Tangannya mula menggenggam penumbuk. Saya mula teragak-agak untuk meneruskan perbualan yang semakin panas itu.
Tapi dia terus mendesak. "Apa kata awak, ini bukan tamadun Islam? Tengoklah betapa hebatnya mangkuk dan pinggan yang terukir dengan ayat Quran ni... Diperbuat daripada emas pula. Awak kata ini tak hebat?" katanya.
Saya mula `cool down`. Puas mencari jalan bagi meredakan keadaan. Tidak sangka pula berbincang pasal Islam sampai boleh jadi begini. Yalah... berbincang perkara baik hingga terbabas hampir-hampir jadi tak baik. "Saya akui kehebatannya. Tetapi tamadun Islam lebih hebat daripada itu. Kalau sekadar pinggan emas yang berukir ni, pinggan mangkuk tamadun China pun tak kalah hebatnya," kata saya.
"Tu meriam yang besar tu awak kata tak hebat? Arkeologi di atas sana tu tak hebat? Baju besi di depan sana tu tak canggih? Apa awak ni, anti Islam ke?" bentaknya tiba-tiba.
Saya makin suspens. Mujur ada kawan di sebelah-nya yang menyabarkan. Kalau tidak, entah-entah saya jadi orang yang pertama ditumbuk sewaktu menyaksikan pameran di Muzium Topkapi, Istanbul ini.
"Kehebatan tamadun Islam terletak pada nilai yang tak tercapai oleh tamadun-tamadun bangsa yang lain. la terletak pada manusianya, bukan hasil ciptaannya... Bukan pada bangunan, bukan pada senjata, bukan pada istana dan barang-barang perhiasan ni..." ujar saya setelah menunggu seketika hingga kemarahannya reda.
"Okeylah, cuba awak jelaskan..." pintanya.
Alhamdulillah, bisik hati saya. "Islam sahaja agama yang mampu melahirkan manusia yang cintakan Allah, kasih sesama manusia, mampu mengalahkan hawa nafsu, memerangi syaitan. Manusia yang menjadikan Syurga sebagai idaman, ingat mati, takut Neraka, jihad dan amal bakti sebagai pakaian hidup. Hingga dengan itu muncul-lah orang kaya yang pemurah, orang miskin yang sabar..." saya terhenti dan melihat mukanya.
"Teruskan," pintanya.
"Ulama yang berani, pemerintah yang adil, rakyat yang taat, suami yang bertanggungjawab, isteri yang patuh, peniaga yang jujur, majikan yang bertimbang rasa, buruh yang rajin... Dan akhirnya dunia pun jadi aman dan tenteram. Itulah uniknya tamadun Islam."
"Tapi Islam juga maju dan progresif di bidang ekonomi, teknologi dan lain-lain," katanya.
"Ya, bila maju manusiawinya, majulah ciptaannya. Bila sudah cintakan Akhirat; kemajuan dunia mengikut secara automatik..." "Ini semua hasil tamadun umat Islam tetapi belum tentu tamadun Islam," kata saya sambil menunjukkan barang-barang pameran di muzium itu yang asalnya sebuah istana.
"Apa bezanya tamadun Islam dan tamadun umat Islam?"
Saya menyambung, "Pinggan mangkuk emas itu lambang pembaziran, itu itu bukan tamadun Islam. Begitu juga khanjar [sejenis pisau belati] yang bertatah permata itu, itu bukan tamadun Islam. Sama juga dengan berlian, intan yang menjadi rantai dan subang yang berlebih-lebihan itu... Pada saya itu bukan tamadun Islam."
"Kenapa?"
"Tamadun Islam mesti diasaskan dan didorong oleh iman. Bila membangunkannya, mesti pula mengikut hukum Al Quran dan Sunnah. Islam melarang singgahsana permata semacam itu. Juga pinggan mangkuk dari emas dan perak itu... Itu pembaziran, bahkan kadangkala jatuh kepada penzaliman kalau ada wang rakyat yang diperas untuk membuatnya."
"Jadi tanpa panduan Al Quran dan Sunnah, tamadun Islam tidak boleh terbina?" tanyanya lagi.
"Itu sudah pasti. Itulah kunci tertegaknya tamadun Islam. Sebab itu saya katakan tadi tamadun Islam bukan pada material tetapi pada insaniahnya. Kalau kemajuan material, tanpa Quran dan Sunnah pun manusia boleh membinanya. Shih Huang Ti membina Tembok Besarnya tanpa Al Quran. Ghenghiz Khan meluaskan empayarnya tanpa Hadis. Bahkan, Firaun membina piramid dan spinknya dalam derhaka kepada Allah."
"Baik... baik. Saya faham. Jadi awak rasa harta sultan Turki Usmaniyah ini bukan dari tamadun Islam?"
"Sukar saya jawab secara tepat. Tetapi saya pelik juga kerana saya tidak jumpa sebarang perhiasan atau batu permata pun kepunyaan Sultan Muhammad Al Fateh. Dia sultan terbaik dan diakui paling bertaqwa di kalangan sultan-sultan Usmaniyah yang lain."
"Ya tak ya juga. Saya hanya melihat pedang tinggalannya di sebelah sana... itu pun cukup sederhana. Pedang Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya semua bertatahkan permata...," akuinya.
"Itu menunjukkan Sultan Muhammad Al Fateh membina tamadun Islam pada dirinya dan manusia-manusia di bawah pemerintahannya. Baginda tidak ada masa untuk pinggan mangkuk emas...
Err, mengenai pedang Rasulullah dan para Sahabatnya tu kita jangan terkeliru. Intan dan emas itu dilekatkan kemudian. Bukan asalnya begitu. Asalnya simple sahaja. Macam pedang Muhammad Al Fateh juga."
"Kalau begitu, yang kita lihat semua ni apa?" tanyanya sambil memandang saya.
"Kita dapat membezakan warisan manusia yang bertaqwa dan warisan manusia yang tidak bertaqwa.Tengok ni, surat Rasulullah... ketinggian nilainya pada isinya yang menyeru kepada Allah dan Hari Akhirat, walaupun tidak ditulis dengan tinta emas dan lembaran permata," kata saya sambil menunjuk lembaran surat usang yang dipamerkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Madah dari Abuya
Orang yang berilmu dapat menyuluh diri dengan MATAHATI bukan MATAKEPALA
Ilmu yang bermanafaat ialah apabila seseorang itu dapat menyuluh diri dengan ilmu dan MATA HATI, dengan ilmu itu dia nampak kecacatan diri sendiri bukan kecacatan orang lain.Tetapi jika ilmu dilihat dengan MATAKEPALA ia akan hanya dapat melihat kecacatan orang lain.
[ Last edited by serihartatie at 24-4-2006 06:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|