CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vassss

* V13 * SHAM STRUCK LAND :WORK HARD IN SILENCE , LET THE SUCCESS MAKE THE NOISE

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 5-3-2020 08:29 PM
Dedi pakai pandora ke chuols, vavi laaaaaa tu pon iols klasifikasikan sebagai gelang rempit (for g ...

Pandora ka mak dora ka dora the explorer ka...haram tetap haram yach.Isoke daddy iols pejam mata jah gelang tu sb belanja muka herlokkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2020 09:45 PM | Show all posts
TeropongGirl replied at 5-3-2020 08:06 PM
Mommy bgtau dedi ckp tak payah show off. Apo2 la dedi

apooo
contoh show off - haplod gambar posing dengan tetiga barang sambil hashtag #masihrelevan
contoh thankful - haplod gmbr dgn staf cuckoo, buat gaya C tu, nampak barang pun 1 je or sipi2, dgn caption - thanks cuckoo for the amazing products and thanks voters for the support!

dedi ngan soc med ni mmg kdg2 mengundang betul. nk jd retis yg kekal lama ke tak ntah dia ni.


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 5-3-2020 09:45 PM
apooo
contoh show off - haplod gambar posing dengan tetiga barang samb ...

Heols meminta dilahar....hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 5-3-2020 09:09 PM
Jgn sheols lak yg tetiba show off sudeh....wateverrr

Skrg nie sape yg show off
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 5-3-2020 09:45 PM
apooo
contoh show off - haplod gambar posing dengan tetiga barang samb ...

Iols pon fenin la cara pemikiran org tua nie
Bkn ke fans2 yg vote.beli la jiwa fans blik..cth mcm ayat chuolss tu
Tq sv yg vote abg sham masa gv aritu..dh smpai pon hadiah2 nie tau.thanks cukoo.nie ayt yg paling basic nie.drjah 4 nye ayt iols kasi cth.kot pyh sgt la hahaha
Kt bkn nk ungkit kan.saja nk tahu..yihh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nk bising2 pon xguna tp terkilan yach..benda2 basic kot..abis temasek dgn tok jatt show off kah? Yih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 5-3-2020 10:18 PM
Heols meminta dilahar....hahaha

Lagi2 ku nk lahar group kukis plk tu  yg tahu dlu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 5-3-2020 07:47 PM
Pemakaian perhiasan oleh lelaki.

Dibenarkan sekiranya bertujuan utk perubatan.

Pedih tp itulah kenyataan
Tq setajah penny
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2020 10:46 PM | Show all posts
Vassss replied at 5-3-2020 10:37 PM
Iols nk bising2 pon xguna tp terkilan yach..benda2 basic kot..abis temasek dgn tok jatt show off kah ...

iols ok sket bila pk naqiu n wann pun takde updet.
tapi still mcm iols rasa dedi patut updet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 5-3-2020 09:08 PM
Gedik yach daddy nk try kak long...up sikit taste tu daddy oi...

Berani plk tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 5-3-2020 10:46 PM
iols ok sket bila pk naqiu n wann pun takde updet.
tapi still mcm iols rasa dedi patut updet

3x kot chuolss fans2 bgai nk rak vote heols..cuba xde tangan hantu.selang seli dgn naqiu jela tiap mgu huhu
Iols rs ttp heols kena hapdet.hargai ckit fans2 nie.yih.pdhal selalu kt dok tye kan.bl nk dpt cukoo tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Belbelly at 6-3-2020 02:14 PM
Pennywise84 replied at 4-3-2020 08:41 PM
EP41 : Untukmu Selamanya

"Aku ada satu idea...memandangkan kau skrg ni dh jd client penting a ...

EP42 : Untukmu Selamanya

Dato Sham memandang Azar yang mula mengalirkan air mata. Mata mereka bertemu. Terlihat api kemarahan disebalik mata indah milik Azar. Dato Sham kelu. Hatinya gusar memikirkan jawapan yang perlu di berikan pada isterinya itu.

“I’m so sorry.. Abang minta maaf.. Abang tak pernah anggap sayang macam tu.. Abang….”

Azar cuba menepis tangan Dato Sham yang cuba memegang tangannya. Dia memandang lelaki dihadapannya itu. Sakit hatinya yang dulu sudah reda kembali membara. Peristiwa itu sekali lagi bermain-main difikirannya.

“Azar please…” Rayu Dato Sham masih cuba mengapai tangan Azar.

Melihat Dato Sham yang masih tidak mempunyai jawapan pasti kepada pertanyaannya membuatkan hatinya kecewa.

“Dato, saya ada kerja…” kata Azar sambil melepaskan tangannya yang dipegang Dato Sham. Dia memaling dan ingin berlalu. Namun perutnya tiba-tiba sakit.

“Ahhh…” Azar mengaduh perlahan lantas membongkok dan memegang perutnya.

Melihat keadaan itu Dato Sham menghampiri Azar. Dia memegang bahu isterinya itu. Riak kerisauan jelas terpancar di wajah kacak itu.

“Are you ok? Kenapa ni?” Tanyanya apabila melihat Azar yang seperti dalam kesakitan.

“Saya ok..” Balas Azar sambil cuba menepis tangan Dato Sham yang memegang bahunya.

“Kita pergi hospital…” Ajak Dato Sham. Dia dapat melihat Azar yang mengerutkan muka menahan kesakitan.

“Saya ok….” Balas Azar sedikit keras. Rimas dengan segala kelakuan Dato Sham terhadapnya.

Dato Sham tergamam. Dia buntu mahu berbuat apa lagi. Dato Sham hanya memandang Azar yang berlalu pergi. Dia mengeluh panjang. Hatinya pedih. Dia resah memikirkan bagaimana cara ingin melembutkan hati isterinya itu.

_________________________________________

Azar menjeling kearah jam dinding. Jarum sudah menunjukkan pukul 5.15 petang. Azar mengemas semua file dan kertas di atas meja dan menutup komputer dihadapannya. Dia melirik kearah bilik Dato Sham. Pintu bilik itu tertutup rapat. Terlihat Elly yang mejanya di luar bilik itu masih tekun mengadap komputer dan tangannya masih laju menaip dipapan kekunci.

“Aku terus balik jelah kan?”Bisik Azar melihat-lihat sekelilingnya. Ramai kakitangan yang sudah pulang sejak tepat pukul 5 petang tadi. Memandangkan itu hari pertamanya, dia berasa sedikit janggal. Dia lantas bangun dan meninjau sedikit kearah Elly. Dia memberi isyarat untuk pulang apabila Elly memandangnya. Elly tersenyum dan melambaikan tangannya sebagai isyarat faham apa yang dimaksudkan Azar.

14..15..16..17.. Satu-satu nombor pada lif bertukar dirasakan lama pada Azar. “Apsal office dia tinggi sangat tingkat 26” Getusnya dalam hati. Azar mula resah apabila memikirkan kemungkinan dia terlepas perkhidmatan LRT dan terpaksa menunggu untuk perjalanan seterusnya.

Azar terus masuk ke dalam lif apabila lif terbuka. Selesai menekan butang G, pintu lif menutup perlahan dan tiba-tiba ada tangan mengapai sebagai isyarat seseorang ingin masuk ke lif yang sama. Pintu lif kembali terbuka dan terlihat Dato Sham tersenyum memandang Azar.

Azar menjeling apabila melihat Dato Sham di muka pintu lif itu. Buatnya bertambah geram apabila melihat lelaki itu masih tersenyum seperti tidak ada apa yang berlaku pagi tadi.

Suasana janggal dapat dirasakan disegenap ruang lif.

“Abang hantar sayang balik heh?” kata Dato Sham memecah suasana sunyi

“Takpe saya naik LRT” Balas Azar ringkas tidak memandang lelaki disebelahnya itu.

Dato Sham tersenyum melihat tingkah Azar disebalik cermin lif. Entah kenapa dia merasakan kelakuan Azar itu comel. “Teruk sangat marah dia ni” bisiknya dalam hati.

Dato Sham memandang jam tangannya “ Dah nak pukul 6 ni.. ramai orang kat LRT tu..sesak nanti..” kata Dato Sham masih cuba memujuk Azar yang masih mencuka.

Azar hanya mendiamkan diri. Malas dia ingin melayan karenah Dato Sham. Dia lantas keluar dari lif bersahaja tanpa menoleh kearah lelaki itu. Dato Sham hanya memerhati Azar keluar lif. Dia mendengus perlahan. Tercabar dengan kedegilan Azar.

Azar berjalan laju menuju ke stesen LRT. Kakinya yang sakit tidak dihiraukan. Matlamatnya supaya dia sampai ke stesen LRT tepat pada masanya.

Azar terkejut apabila terdengar bunyi hon dari belakang. Dia menoleh laju melihat siapa gerangan yang membunyikan hon. Terlihat kereta McLaren milik Dato Sham menghampiri dan tingkap dibuka.

“Sayang jom Abang hantar balik…” Jerit Dato Sham dari dalam kereta

Azar terkejut dan menjeling kearah Dato Sham. Dia cuba tenang seperti tidak ada apa yang berlaku. Azar terus berjalan tanpa mempedulikan panggilan Dato Sham. Sesekali dia menjeling kearah kereta itu yang mengekorinya rapat.

“Sayang….” Panggil Dato Sham lagi. Azar menunjukkan reaksi muka meluat dipanggil begitu. Dia sedar Dato Sham sengaja berbuat demikian. Terlihat orang-orang yang berada disitu mula memandang-mandang ke arah Azar. “Gila ke apa orang tua ni” Marahnya dalam hati

“Jom laaa.. tak penat ke asyik marah je.. “ jerit Dato Sham lagi masih mengekori perlahan Azar yang berjalan laju. Sesekali dia menekan-nekan minyak kereta, membiarkan kereta itu mengaum kuat.

Azar mula tidak selesa dengan pandangan orang di sekeliling. Terdengar suara-suara sinis yang memintanya supaya berhenti untuk marah dan naik sahaja kereta. Azar berdengus dan menjeling ke arah Dato Sham yang tersenyum sinis. Dia lantas membuka pintu kereta itu dan masuk. Terlihat Dato Sham tersengih gembira apabila taktiknya untuk isterinya itu masuk ke kereta berjaya.

Azar hanya diam tidak bersuara di dalam kereta. Melihatkan Azar yang marah, Dato Sham juga hilang kata-kata. Hanya lagu dari radio memecah suasana sunyi.

“Dato nak pergi mana ni..?” Kata Azar tiba-tiba apabila melihat Dato Sham memandu bukan ke jalan rumah sewanya.

“Balik rumah la..” Balas Dato Sham bersahaja. Dia berhasrat untuk membawa Azar ke rumah yang sama sewaktu Azar berpantang dulu.

“Saya nak balik rumah saya..” Tegas Azar sambil memandang Dato Sham tajam. “Kalau Dato tak nak hantar turunkan saya kat sini.” Sambung Azar lagi bersedia untuk membuka pintu.

“Ok.. Abang hantar.. ok..” Balas Dato Sham sambil tangan mengapai tangan Azar yang cuba membuka pintu.

“Suka hati dia je…” Marah Azar dalam hati sambil menepis tangan Dato Sham.

“Rumah kat mane…? Tanya Dato Sham cuba berseloroh sambil mata melirik kearah Azar.. “Ok Abang tahu…” Sambungnya lagi sambil menelan air liur apabila melihat Azar menjeling tajam isyarat masa yang tidak sesuai untuk bergurau.

Azar tidak terkejut yang Dato Sham tahu di mana dia tinggal. Dia sudah menjangkakan Dato Sham tahu segala tentangnya selama 6 bulan ini. Melihatkan Dato Sham yang bersahaja saat pertemuan mereka pertama kali selepas 6 bulan berpisah di firma tempoh hari membuatkan Azar terfikir yang Dato Sham tahu dimana keberadaannya selama ini.

Dato Sham berhenti kereta betul-betul di hadapan rumah teres satu yang di sewa Azar sejak 6 bulan yang lalu. Rumah itu kelihatan biasa, tetapi cukup selesa untuk Azar.

“Terima kasih” Ucap Azar ringkas dan terus keluar dari kereta tanpa menoleh kearah Dato Sham.

“Azar..” Panggil Dato Sham sebaik melihat Azar yang membuka kunci pagar rumah. “Abang nak tumpang toilet…” Rayu Dato Sham

“Kat depan tu ada pam minyak.. “ Balas Azar sambil menjeling.

“Abang tak tahan ni.. Mana sempat nak pergi pam minyak..” Rayu Dato Sham lagi.

Azar hanya diam.  Dia berdengus sambil menjeling kearah Dato Sham yang seperti terdesak untuk menggunakan tandas. Dia hanya memberi laluan kepada lelaki itu masuk kerumah dan menggunakan tandas di dalam.

Selesai menggunakan tandas, Dato Sham melihat Azar sedang membasuh beras di dapur untuk memasak nasi. Begitulah rutin harian Azar setiap kali balik dari kerja. Dia akan terus memasak nasi, sebelum memasak lauk ringkas untuknya makan malam.

Azar melirik ke arah Dato Sham yang tersenyum memandangnya.

“Ok lah dah guna toilet kan.. so.. boleh lah balik..” kata Azar tanpa memandang Dato Sham

“Nak maghrib dah ni.. Abang maghrib kat sini la heh..Lagipun kita lama tak solat berjemaah sama-sama” Pinta Dato Sham bersahaja.

Azar mengerut dahi tanda tidak bersetuju dengan cadangan Dato Sham itu. Tetapi melihatkan lelaki itu bersahaja berlalu dan melihat-lihat hiasan rumah, hatinya tidak jadi mempersoal kehendak lelaki itu. Jauh disudut hati dia suka Dato Sham disini bersamanya.

Selesai solat, Azar memasak ringkas untuk mereka berdua. Azar berdengus perlahan apabila sedar didapurnya tiada apa-apa yang istimewa untuk dimasak. Dia lantas hanya memasak telur kicap dan mengoreng ikan bilis bersama cili.

“Sayang memang makan macam ni setiap hari?” Tanya Dato Sham apabila melihat makanan dimeja makan. Hatinya terdetik perasaan kasihan pada Isterinya itu. “Ya Allah aku makan sedap-sedap dia makan macam ni selama ni?” Detik hatinya sedih mengenangkan ibu dan bayi tidak mendapat zat pemakanan yang secukupnya.

“Bersyukur apa yang ada.” Balas Azar ringkas sambil menyuap nasi kemulutnya.

Selesai makan mereka ke ruang tamu. “Tak reti nak balik ke dia ni?” Bisik hati Azar melihat Dato Sham seperti tiada tanda untuk pulang.

“Malam-malam kat sini tak bahaya ke? Gate takde.. guard takde..” Tanya Dato Sham sambil meninjau ke luar melalui tingkap di ruang tamu rumah itu

Azar yang sedang duduk di sofa menjeling ke arah Dato Sham. “6 bulan aku duduk sini baru nak tanya.” Getusnya dalam hati sambil mengurut-urut kakinya yang sakit. Sejak kebelakangan ini kakinya sering sakit-sakit. Bertambah sakit apabila tadi dia berjalan jauh dari stesen LRT ke pejabat Dato Sham.

Dato Sham menoleh apabila tiada respon untuk soalannya tadi. Terlihat Azar bersusah payah mengurut kakinya sendiri. Dia lantas duduk disebelah Azar dan memposisikan kaki isterinya itu di atas pehanya. Dia mengurut perlahan kaki itu.

Azar terkejut dengan tindakan Dato Sham. Dia cuba mengelak tetapi Dato Sham terus memegang kakinya dan mengurutnya perlahan. Azar tidak terdaya untuk menolak. Dia hanya membiarkan lelaki itu mengurutnya. Terasa lega sakit kakinya diurut begitu.

“Abang nak minta maaf sebab buat sayang macam tu dulu... Abang takde niat nak sakitkan sayang. Percayalah... Abang cintakan sayang” ucap Dato Sham tiba-tiba sambil memandang Azar sayu. Tangannya masih mengurut lembut kaki Isterinya itu.

Azar tergamam. Lidahnya kelu menatap mata Dato Sham. Terkesan dengan kata-kata lelaki itu.

Mata mereka saling berpandangan. Rindunya Dato Sham kepada isterinya itu tidak terkata. Tanpa sedar dia cuba mengucup bibir Azar.

Azar tersedar apabila melihat Dato Sham mendekat dan cuba mengucup bibirnya. Seperti tindakan refleks dia mengalih pandangan lantas bangun dan membuka pintu rumah. “Saya dah ngantuk, better Dato balik sekarang.” Katanya sambil mengetap bibir.

Dato Sham memandang Azar dan bangun dari sofa, faham dengan tindakan isterinya itu.

“Thanks for dinner” ucap Dato Sham sambil tersenyum kelat memandang Azar sebelum keluar dari rumah itu.

Azar lantas menutup pintu. Hatinya sebak. Tanpa sedar airmatanya mengalir. Menangis mendengar bunyi enjin kereta suaminya yang berlalu pergi.

Sambunggggg....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 5-3-2020 10:37 PM
Iols nk bising2 pon xguna tp terkilan yach..benda2 basic kot..abis temasek dgn tok jatt show off kah ...

Temasek? Jilake la vasssss.....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 5-3-2020 10:39 PM
Lagi2 ku nk lahar group kukis plk tu  yg tahu dlu

Group kukis bg profit chuols....yg lain bg apoooo?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 5-3-2020 10:46 PM
iols ok sket bila pk naqiu n wann pun takde updet.
tapi still mcm iols rasa dedi patut updet

Sb heols menang 3x sepatutnya post la as an appreciation to the fans & sponsor as well... org berbudi kita berbahasa org memberi kita merasa ha gituuu mak berperibahasa di pagi subuh jemahat.No harm ma saying tq to those related on the winning...yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 5-3-2020 10:44 PM
Pedih tp itulah kenyataan
Tq setajah penny

Pastu dia beli jiwa tepek gmbr herlok walau sekadar minum air....hadoiiii letih jd karats sham ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2020 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam jumaat & good morning chuols...wake up!

"Dalam dunia ni kalau tak dapat apa yg kita suka , sukalah apa yg kita dapat.Kerana apa yg kita dapat itu adalah anugerah terbaik dr Allah" - Dato Ustaz Kazim Elias

#donetazkirah #silabersyukur cc : warga yistana
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib tak letak dalam mangkuk.. mmg gaya org selalu lepak minum kat mamak,hihi

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 5-3-2020 11:21 PM
EP42 : Untukmu Selamanya

Dato Sham memandang Azar yang mula mengalirkan air mata. Mata mereka ...

Igtkan lepas urut ada scene harapan hikhok.. Hahaha Nasib toksham balik trus
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 6-3-2020 06:27 AM
Sb heols menang 3x sepatutnya post la as an appreciation to the fans & sponsor as well... org berb ...

Jauh di sudut hati iolls, terasa sedikit sedih la dedi tk nak share hadiah heolls tu. Gila kot siang malam undi heolls nak bg menang. Mmg la heolls takde mintak, mmg ikhlas pun vote heolls tiap2 minggu tu. At least share la kegembiraan tu bersama fans ni. Bukannya weolls nak pergi tumpang amek air cuckoo tu pun. (Tapi kalau dedi ajak iolls on je)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.419859 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list