Post time 27-11-2017 06:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols tgh tgk film Faz Kayangan. Muda Faz dalam ni hehe comellllll Sekali... tiba tiba iols teringat yang Faz dah nak kahwin dah Lama dah iols follow dan tgk Faz rupanya.. boleh emo pula
Wow.. so deep and touching.. kawan2 Fazzy sentiasa protective... Mesti diaorg happy gila akhirnya Fazzy betul2 jumpa org yg boleh sayang, cinta dan jaga dia betul2.. sebak plak
Takleh byg kan mcm mana 1st time fattah jumpa nazzy...if ada manny sekali...adakah fattah menggelabah? Ke cool jek....tuh sbb nazzy terus approved. Dah la that day lisa pun buat muka konon2 serius tanya betul ke sayang kak faz nih hehe!!
KUALA LUMPUR: Ketika kecoh isu pertunangan antara Fattah Amin dan Fazura pada 13 November lalu, timbul pula kontroversi baharu apabila pasangan berkenaan dipercayai melangsungkan akad nikah pada malam Isnin.
Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di hotel Ritz Carlton, Bukit Bintang di ibu negara.
mStar Online yang berada di hotel tersebut sejak 6 petang mendapati pengurus kepada Fazura iaitu Iman Thang turut berada di lokasi berkenaan.
Beberapa pengawal peribadi dilihat berlegar-legar di sekitar lobi hotel.
Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.
Hasil pemerhatian mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.
Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.
Hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan.
Namun tiada pihak yang dapat mengesahkan perkara itu.
Terdahulu, Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.
Menerusi sidang media yang diadakan sejurus mereka tiba di tanah air, pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu.
Malah pasangan itu tidak menafikan akan bernikah dalam masa terdekat yang akan diadakan secara tertutup sementara majlis resepsi pula akan diadakan pada tahun hadapan.
Post time 27-11-2017 09:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi cam pelik if tonight kan, sbb tonight fazura will perform live on tv. Giler rushing after akad nak pergi sana sini. Apa pun ai tunggu official statement dr fazura and fiancé