Marcos Rojo Sarung Jersi Nombor 5 Man United [size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 9:36 AM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]MANCHESTER United mengesahkan telah menandatangani pertahanan Sporting Lisbon, Marcos Rojo dengan yuran pemindahan sebanyak £16 juta pada Rabu. [size=0.98em]Rojo yang tiba di Manchester pada pagi Rabu dengan impian untuk bermain bersama United telah menandatangani kontrak selama lima tahun selepas lulus ujian perubatan. [size=0.98em]
[size=0.98em]Pengendali United, Louis van Gaal mengambil tindakan drastik dengan membawa masuk Rojo selepas skuadnya dimalukan Swansea 2-1 pada Sabtu lalu.
[size=0.98em]Pemain Argentina berkaki kiri itu diberikan jersi nombor lima yang ditinggalkan pertahanan kental kelab tersebut, Rio Ferdinand. [size=0.98em]
[size=0.98em]Persetujuan pembelian Rojo dicapai selepas United mengadakan perbincangan dengan Doyen Sports iaitu syarikat yang mempunyai kepentingan terhadap ekonomi pemain berkenaan. [size=0.98em]>Dilahirkan: 20 Mac 1990 (umur 24) [size=0.98em]>Warga negara: Argentina (24 kap, 1 gol) [size=0.98em]>Posisi: pertehanan tengah/kiri [size=0.98em]>Kelab: Estudiantes (2008-2011), Spartak Moscow (2011-2012), Sporting Lisbon (2012-2014) dan Manchester United (2014-) [size=0.98em]>Bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia. [size=0.98em]>Semasa Piala Dunia, Rojo pernah berlari lebih pantas daripada Arjen Roben.
|