CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
 Author| Post time 15-4-2013 10:45 AM | Show all posts
sellie003 posted on 15-4-2013 10:41 AM
Perguna utk kebaikan apa salahnya cik jiha oiii.... kena kaunselor gak si jiha nih...

Dari minggu lepas cik sellie marah kan Jiha...
Tak pe... sat lagi rahul bg kaunseling kat dia naa? Dia emo lerrr... tak percaya.... terkejut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 10:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 10:06 AM
Dok dgn famili ke atau masih study?

mode: bz bodi

single dan masih study...
motip bagitau single???
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 11:00 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 10:45 AM
Dari minggu lepas cik sellie marah kan Jiha...
Tak pe... sat lagi rahul bg kaunseling kat dia  ...

Mana x marahnya...dahle my mujahid pinang2 tak dapt2....last2 pas kat dona...ok, my mujahid terima lagi ngan iman yg terbuka...pastu dah mula chop my mujahid macm2...sedih tau.......



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 02:02 PM | Show all posts
lagiiiii...
continue pleaseee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:19 PM | Show all posts
khaizarina posted on 15-4-2013 10:58 AM
single dan masih study...
motip bagitau single???

Motipnye.... nak bagitau Eddie ler tuuu...

okeh... study eluk eluk na? Jgn melepak kat porum jahhh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:22 PM | Show all posts
marcell posted on 15-4-2013 02:02 PM
lagiiiii...
continue pleaseee...

I willl...

----


“Mungkin dia ada alasannya sendiri.” Rahul bersuara kembali setelah membiarkan aku meluahkan rasa hati.

“Alasan apa?” Sukar untuk aku terima apa pun alasan Fahmi. Dia tak bersikap jujur. Kalau benar dirinya tak mampu menyintai kaum hawa, kenapa sanggup terima Dona? Ini hanya akan menambahkan kesedihan Dona.

“Awak lupa Jiha?”

“Lupa apa?” Soalku.

“Apa tujuan awak rapat dengan Eddie?”

“Err... saya nak bantu dia kembali kepada fitrah.”

“Awak yakin dia boleh berubah?”

“Insya-Allah kalau dia benar-benar mahu berubah. Allah akan bantu dia.” Penuh keyakinan aku menjawab. Sesaat kemudian, akalku mula dapat mentafsir sesuatu setelah lama dikaburi dengan emosi. Aku terdiam. Mataku berkejip beberapa kali. Kenapa aku tak terfikirkan soal ini? Sebaliknya aku terus menuduh Fahmi tanpa sebarang justifikasi.  

“Ya Allah! Apa yang saya dah buat ni? Saya menghukum Fahmi tanpa memberi peluang kepadanya untuk membela diri.” Aku mula kesal dengan sikap terburu-buru aku.

“Baguslah kalau akal awak dah boleh berfungi.” Aku terdiam sejenak dengan sindirannya.

“Tapi macam mana dengan Dona?”

“Fahmi pilih Dona untuk selamatkan dirinya dari godaan Eddie. Dan Dona sedia memikul tanggungjawab itu sebab Dona benar-benar cintakan Fahmi.”

“Jadi, Dona dah tahu lah?” Terkejut sekali aku.

“Yup! Kalau tak, tak kanlah saya nak biarkan Dona mengahwini Fahmi, silly girl!” Selamba badak saja dia kutuk aku.

Aku mengetap bibir. Mulianya hati Dona. Kalau aku... belum tentu aku mahu.

“You look better now. Shall we go?” Soalnya kemudian sambil bangkit dari duduknya.

“Saya belum nak balik lagi.” Aku membantah kerana belum berani hendak bersemuka dengan Lili.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 03:25 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 08:22 AM
I willl...

----

danke sis lady
ich liebe dich...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:36 PM | Show all posts
“Takkanlah awak nak duduk sini sampai pagi. Bahaya.” Tuturnya.

“Apa yang bahayanya?” Aku menyoal naif. Ini kan pejabat aku? Lagi pun ada pengawal keselamatan meronda.

“Sunyi-sunyi macam ni, saya takut saya hilang kawalan. Let's go!” Terpinga-pinga aku dengan pernyataannya. Akhirnya aku akur dan menurutinya yang sudah pun melangkah.

**********

Walau pun kami sudah berada depan rumah sewaku, tapi aku masih berbelah bagi untuk turun dari keretanya.

“Kalau awak masih tak bersedia, apa kata balik ke rumah saya saja? Dona tentu suka.” Soal Rahul. Aku lekas-lekas menggeleng.

“Awak rasa, Lili akan ok?” Aku masih ragu-ragu. Melihatkan kereta Lili yang diparkir depan rumah, membuatkan hatiku cuak.

“Macam mana pun awak kena berdepan dengan dia juga, Jiha. Be strong.” Rahul cuba memberi semangat kepada aku.

“Awak nak terus duduk dalam kereta saya ni, ke?” Soal Rahul sinis, apabila aku masih tak berganjak.

Aku mengetap bibir. “Bukan awak yang kata akan berada di sisi saya kalau saya perlukan awak?” Juga secara sinis, aku mengungkit kembali kata-katanya.

“Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?” Soalnya kembali.

Aku mengerut dahi. Wajahnya kupandang. Aku tak faham maksudnya. Setahu aku, aku sekadar mengungkit kembali ayatnya yang dahulu. Cuma kali ini aku tukar ke dalam bahasa Melayu, tapi maksudnya masih sama.

“By telling me that you need me, I take it as you are telling me that you love me too!”

Tiba-tiba tangan aku diraih, lalu digenggamnya kejap. Aku terus terkedu. Yang aku tahu jantungku mula berdegup laju. Lama bebola mata kami bersatu. Kemudian Rahul melepaskan genggamannya.

“Just go, before I lose control.” Dan aku tak berani lagi menunggu. Bimbang ada yang ketiga datang bertamu...

**********

end of bab 46..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 03:40 PM | Show all posts
Dari dalam rumah, Syirah memerhatikan Jiha dan Rahul dari balik langsir. Bibirnya di ketap...

"Melampau!" Dia berkata perlahan. Terasa ada api menyemarak dalam hati. Tidak tahu sama ada marah kerana Jiha berduan dengan lelaki bukan mahram ataupun kerana api cemburu.

------------------------------------------------

Over pulak iolsss.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:40 PM | Show all posts
marcell posted on 15-4-2013 03:25 PM
danke sis lady
ich liebe dich...

Apa yg dan?

Btw pacit google suruh balas mcm nii...
Ich liebe dich auch...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:41 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-4-2013 03:40 PM
Dari dalam rumah, Syirah memerhatikan Jiha dan Rahul dari balik langsir. Bibirnya di ketap...

"Me ...

telepati kuat nooo?

Sat gi tepek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 03:51 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 08:40 AM
Apa yg dan?

Btw pacit google suruh balas mcm nii...

wah ... sie wissen, Deutsch
gut gut

danke mean thank you..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 03:52 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 03:19 PM
Motipnye.... nak bagitau Eddie ler tuuu...

okeh... study eluk eluk na? Jgn melepak kat porum ...

Tq lady....Bila dah tua2 baru nak ngaji ni cam ni la huhuhu asik melencong ke lain je hahahaha
go eddie go!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 03:52 PM | Show all posts
Dan ketika itu juga di sebelah Syirah, Lili turut mencuri2 melihat perlakuan jelik Najiha yang keluar dari kereta seseorang. Perasaan cemburu itu masih lagi membara & sebal melanda jiwa raga lili.

nanti kau jiha, taulah nasib kau lepas ni.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:54 PM | Show all posts
BAB 47

“Siapa yang hantar Jiha balik tadi?”

Hampir gugur jantung aku apabila ditegur Kak Syirah. Segera aku menoleh.

“Eddie, la! Siapa lagi? Dah rampas kekasih orang, berani kau suruh Eddie hantar kau balik? Langsung tak ada rasa malu, kan?”
Rupa-rupanya bukan Kak Syirah saja ada, Lili juga sedang menunggu aku di ruang tamu. Aku menapak menghampiri kedua teman serumah aku itu. Aku kena berani, bak kata Rahul.

“Lili.... Aku tahu kau marah, tapi kau dengar dulu apa yang aku nak cakap ni. Aku boleh jelaskan pada kau pasal tadi tu.” Tuturku setelah melabuhkan duduk ke atas sofa. Aku kini lebih berkeyakinan, tidak seperti di restoran tadi.

“Sudahlah berduaan dengan lelaki bukan mahram, lelaki musyrik pulak tu. Apa nak jadi dengan Jiha ni?” Aku toleh ke wajah Kak Syirah. Terkejut lagi aku dengan terjahannya itu.

“Rahul yang hantar tadi tu, kan?”  Kak Syirah menerjah lagi. Jantungku pantas berdegup. Macam mana Kak Syirah kenal Rahul?

“Rahul?” Lili terpinga-pinga.

“Err... akak kenal Rahul?” Soal aku.

“Siapa tak kenal kasanova yang paling dikehendaki tu, Jiha? Ingatkan dah lari ke US, rupa-rupanya dah balik sini. Berani dia, ya?”

“Apa akak cakap ni?” Berkerut dahi aku sambil memandang tepat ke wajah Kak Syirah.

“Kau cakap apa ni Syirah? Aku tak faham. Ni Rahul, abang kepada Dona, BFF Jiha?” Lili pening.

“Ya.” Kak Syirah membenarkan dengan hanya sepatah perkataan. Wajahnya kelihatan serius. Tak pernah aku melihat Kak Syirah seserius itu.

“Patutlah akak rasa tak sedap hati bila akak dengar perhubungan Jiha dengan Dona. Akak dah kata... kalau dah penyembah berhala tegar, tak ada maknanya nak masuk Islam. Pembohong! Ada agenda di sebaliknya.” Kak Syirah terus melempar tuduhan.

“Akak! Tak baik akak cakap macam tu. Dona memang ikhlas nak peluk Islam. Malah dia dah lafazkan syahadah pun.” Aku bantah tuduhan Kak Syirah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 03:55 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-4-2013 03:52 PM
Dan ketika itu juga di sebelah Syirah, Lili turut mencuri2 melihat perlakuan jelik Najiha yang kelua ...

mati jiha... 2 lawan 1.  Rahul  anney tolonggg!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 03:58 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 03:55 PM
mati jiha... 2 lawan 1.  Rahul  anney tolonggg!!!!

Boleh tak ubah sikit watak Jiha - jangan lembik sangat???

Iols emo....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 04:01 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-4-2013 03:55 PM
mati jiha... 2 lawan 1.  Rahul  anney tolonggg!!!!

....

Sian jiha....huhu... agak2 sentap x si lili bila tau kebenarannya?...termasuk ler syirah tuh... harp2 jiha boleh aje patah2kn hujah lebih2 lg syirah tuh...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 04:02 PM | Show all posts
“Dah Islam? Bila?” Kak Syirah seperti meragui pernyataan aku. Renungannya sinis.

“Belum secara rasmi... tapi dia dah lafazkannya depan Fahmi.”

“Oh, belum rasmi? Tak berdaftar lagi lah ni?” Kak Syirah bertanya sinis. Aku telan liur.

“Jiha, Jiha.... Naif sangat!” Kak Syirah menggeleng. Garis kerutan di dahiku makin bertambah.

“Naif lah sangat! Cuba tengok baju yang dia pakai tu... Sekarang dah pandai bergaya. Rupanya ada niat nak kebas boyfriend kawan.” Lili pula menyampuk dengan sindiran.

“Lili! Tolong diam boleh tak?” Insyirah menegur Lili.

“Apa hal pulak aku kena diam? Minah propa ni dah kebas boyfriend aku. Eh, kalau kau nak cerita pasal Rahul, pasal Dona, hari lain boleh tak?”

“Urusan saya dengan Jiha lebih besar dari urusan boyfriend awak. Boyfriend aje pun, bukan suami.”

“Eh, kau apa hal?” Kak Syirah dan Lili pula berlawan mulut. Malas aku nak mencelah.

“Urusan boyfriend, nanti-nanti. Sekarang ni, kita kena selesaikan urusan akidah terlebih dahulu.”

“Soal apa pulak ni! Kau ni ada saja...”

“Ini kes murtad. Akak tak nak Jiha terperangkap dalam kes ni.”

“Ha??? Murtad?” Terjegil biji mata Lili. Bukan Lili saja, aku yang tadinya diam melihat mereka berlawan mulut juga terperanjat. Wajah Kak Syirah kutenung dalam-dalam.

“Jiha! Jiha dengar sini baik-baik apa yang akak nak cakap ni. Akak harap Jiha tenangkan fikiran dan buka minda, demi kepentingan agama Islam dan dan menyelamatkan akidah Jiha khususnya.”

Walau pun aku tak boleh terima tuduhan Kak Syirah terhadap Dona, namun hati aku meronta-ronta mahu tahu hubungan Kak Syirah dengan Rahul. Kalau tak, masakan Kak Syirah tiba-tiba saja menyebut nama Rahul? Aku yakin Kak Syirah mengenali lelaki itu.

“Ada apa kak?” Aku cuba bertenang.

“Rahul... Tolong jauhkan diri dari dia. Kalau boleh dengan semua ahli keluarga dia. Jiha jangan berhubung dengan Dona lagi.”

“Tapi kenapa? Dona BFF Jiha. Kami dah berkawan sejak Form 6.” Aku membantah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 04:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-4-2013 03:58 PM
Boleh tak ubah sikit watak Jiha - jangan lembik sangat???  

Iols emo....

emo? Meme nak bg pembaca emo punggg!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063134 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list