Post Last Edit by bunick at 10-8-2010 22:10
“Lepas tu? Kau jangan la cerita separuh-separuh Bunick. Nanti tak pasal-pasal aku ketuk kau dengan mangkuk asam pedas ni.” Penyakit ikan lompat Miko datang balik.
“Sabarlah…kalau korang nak marah-marah aku tak nak ceritalah. Tanya Chengkeh sendiri.”
Chengkeh dah angkat pinggan dan cepat-cepat bangun bila dengar Bunick cakap macam tu. Namun dengan pantas Kia dan Miko pegang tangan Chengkeh.
“Nak lari ye…Kau tak boleh bangun selagi kau tak cerita!” Sergah Kia pada Chengkeh.
“Ish korang ni, aku malu la nak cerita.” Chengkeh dah tersengih-sengih ibarat kerang baru nak busuk.
“Mengada-ngada anak kuda la kau ni Chengkeh. Nak malu apanya, aku suruh kau cerita je. Bukan suruh kau buat show pun.” Tangan Miko laju je tepuk bahu Chengkeh.
“Err…sebenarnya aku terjumpa dengan Hadif masa makan kat Kg Baru minggu lepas. Tak sangka pulak boleh terjumpa dia kat situ.” Chengkeh bersuara perlahan.
“Ala, ruginya tak ikut korang pergi Kg Baru malam tu. Kalau tak mesti aku dapat tengok pakwe Chengkeh yang handsome tu!” Miko tepuk meja dengan kuat. Nasib baik tak terbalik gelas depan dia.
“Tu la korang, aku ajak korang jual mahal. Aku jugak yang bertuah dapat jumpa pakwe Chengkeh tu…” Bunick senyum meleret kat Miko dan Kia.
“Lepas tu apa jadi Chengkeh?”
Chengkeh diam je sementara Miko dan Kia tak sabar-sabar mendengar sambungan cerita Chengkeh.
“Lepas Hadif datang kat meja kami, terus fius suara Chengkeh terus putus. Tak boleh cakap langsung. Nasib baik tak guna bahasa isyarat je. Lepas tu Hadif minta nombor telefon Chengkeh, aku bagi je la bila tengok Chengkeh dah macam malu tapi mahu.” Bunick sambung bila tengok Chengkeh diam je.
“Dia ada telefon kau tak Chengkeh?”
“Ada, banyak kali dah dia telefon aku. Err, hari Rabu tu aku jumpa dengan dia lepas habis kerja.”
“Hah! Kau dah dating dengan dia?!!!” serentak Miko, Kia dengan Bunick bertanya. Chengkeh sengih je…terpaksa la buat pengakuan berani mati kat budak bertiga malam ni.
“Ohhhh….pergi dating senyap-senyap ye. Tak ajak aku pun.” Miko tarik muka empat belas.
“Apa hal pulak Chengkeh nak pergi dating kena ajak kau?”
“Eh sudah sudah!Chengkeh, kau sambung cerita sekarang.” Kia dah bagi arahan pada Chengkeh.
“Cerita dah habis la….Kau ingat ni drama bersiri ke apa?”
“Ala, bagitau la Hadif tu macam mana. Kami nak jugak tau pakwe kau tu okey ke tak.”
“Hmmm…dia ni suka buat lawak. Romantik pun ada sikit-sikit.”
“Kau dah declare ke dengan dia?”
“Declare apa pulak?”
“Alah kau ni lembap la Chengkeh. Declare girlfriend and boyfriend la…”
“Korang ni, kami baru je jumpa. Baru nak kenal hati budi masing-masing.”
“Huh…kelas kau nyah, bagi jawapan standard artis gitu. Mak tak sangka kau cakap macam tu nyah…” Miko cubit lengan Chengkeh sambil buat aksi Pink Lady.
Kia dah bangun dari kerusi sambil angkat pinggan dan gelas. “Wei korang, apa mak dengan nyah ni.Geli aku dengar.”
“Ala nyah ni, mak cakap macam tu pun geli…” Chengkeh jeling manja kat Kia sambil Kia buat isyarat nak muntah. Bunick dengan Miko gelak je tengok gelagat Chengkeh dan Kia. |