|
|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
|
pasal yg negeri sembian ni penah dengar...kes politik punya hal....zaman tu memang mahkamah takde campur tangan politik....eksekutif tak bleh campur tangan dlm perundangan dan kehakiman
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..sebahagiannya orang2 yg berpendapatan rendah
kawasan situ memang banyak budak2 nakal
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahurobii...sedih sangat baca kisah ni..
bercucuran airmata ni. bleh bayangkan azabnya budak tu.
mak dia mmg betul2 mental!! sanggup buat macamtu..
al-fatihah buat adik syakir..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hampir seminggu..akhirnya khatam gak baca benang ni..
macam2 kes... sedih, geram, ngeri, nak marah.. semua rasa bercampur..
semoga mangsa2 yang tak berdosa tu ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh
alfatihah untuk semua mangsa.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...bila baca sume kes neh, terus iol rase seram semacam. Entah laaa...maybe iol duduk sensorang, tgh cari housemate xjumpe2 lagi. Huhuhu menyesal baca sampai khatam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu masa kecik2, ada dgr berita satu keluarga dibunuh..
masa tu tahun 90an rasanya, and jarang tgk berita pembunuhan kat tv, so mcm tergempar gak la..
kejadian kat Sungai Rotan Kedah..
alkisah yg saya igt, pembunuh ni tukang buat rumah.. pastu berkenan kat cucu keluarga mangsa ni, keje cikgu..
bila dia masuk meminang, family ni tolak sb mcm tak sama taraf kan, tukang rumah n cikgu..
tukang rumah ni dlu penah buat/baiki rumah family ni..
so dia marah la pinangan ditolak, satu malam bila suma dh tido, dia masuk rumah ikot bumbung, dia tau la mana jalan masuk sb dia yg buat/baiki rumah ni.. dia bunuh suma dlm rumah tu, atok nenek anak2 sedara, ramai la yg terkorban termasuk cikgu tu..
pastu si pembunuh ni nyorok dlm hutan kat sungai rotan tu..berhari2 polis cari.. last2 polis dpt kesan dia sbb dia buat unggun api nak halau nyamuk.. tu cerita yg sya dgr la.. tatau apa kesudahan pembunuh ni.. dlu jadi gempar gila pasal kes ni, tp skg org dh lali, ari2 ada berita org kene bunuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
book mark dulu 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila nak abessss? 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekas eksekutif bebas tuduhan bunuh isteriSHAH ALAM 28 Mei - Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh isterinya iaitu seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaafar, tiga tahun lalu,
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian setelah berpuas hati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Norazman Bashah, 34, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No. 115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun. - UTUSAN ONLINE



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 3-6-2015 08:22 AM
Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, Sabtu.
Polis kemudiannya menahan seorang suspek wanita, 33, disyaki ibu kepada mangsa di Penampang, Sabah pada kira-kira pukul 1 pagi tadi, katanya.
“Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini.
“Polis percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun yang ditemukan di dapur itu ialah anak mereka, tetapi hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Ali berkata bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Patologi juga masih belum mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Mayat berkenaan yang telah mereput dipercayai ditanam selama lapan minggu dan tiada tanda yang jelas mengatakan mangsa didera atau dicederakan,” katanya.
Jumaat lepas, satu mayat yang disimen dan mereput berbalut kain ditemukan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemukan susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur rumah itu. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Tunjuk Payu Dara Selepas Berbalah Isu Bayar Nasi Ayam
Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 5:40 PM

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tidak dikenali bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar makanan yang dimakannya berjumlah RM18 di Jalan Petaling pada Khamis.
Difahamkan, dalam kejadian itu, wanita terbabit telah ke sebuah restoran nasi ayam bersama seorang lelaki sekitar jam 3 petang, pada Khamis.
Seorang pemilik gerai berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, wanita itu menghabiskan dua pinggan nasi ayam sebelum bertindak meninggalkan restoran tersebut tanpa membuat sebarang bayaran.
"Wanita itu menafikan mengenai makanan yang dimakannya selepas pengendali restoran cuba untuk menghentikannya.
"Bagaimanapun, rakaman video cctv menunjukkan bahawa dia telah makan disitu sebelum wanita berkenaan bertindak menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar," kata Wong, yang juga seorang pemilik kedai barang kemas bersebelahan restoran nasi ayam.
Satu rakaman video yang menunjukkan wanita tersebut menanggalkan pakaiannya dimuatnaik ke laman sosial, Youtube beberapa jam selepas insiden berlaku namun kemudiannya dipadam.
Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, lelaki yang bersama wanita tersebut, dipercayai seorang 'mat saleh' bergelut dan berbalah dengan pengendali restoran apabila wanita tersebut tidak dibenarkan keluar.
Mereka berdua kemudiannya dilaporkan melarikan diri apabila anggota polis tiba di tempat kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Syd at 3-6-2015 08:54 AM
Remaja didakwa bunuh Syafikah

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
[email protected]
MOHD. FIRDAUS yang menghadapi pertuduhan membunuh Noor Syafikah dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah semalam.
ALOR SETAR – Seorang remaja berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, November tahun lalu.
Tertuduh Mohd. Firdaus Mohd. Faridul, 19, yang memakai baju kemeja-T berwarna kuning berbelang mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd. Khairul Mohd. Hafizuddin Ramli, namun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Firdaus didakwa dengan niat telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia antara pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam bertempat di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini pada 29 November tahun lalu.
Tertuduh yang berasal dari Jalan Datuk Kumbar, Kampung Alor Semela di sini merupakan seorang penganggur.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Remaja mengaku bersalah sebabkan kematian Noor Syafikah
JAMLIAH ABDULLAH
27 Mac 2015 12:50 AM
ALOR SETAR 26 Mac – Setelah dua tahun tragedi pembunuhan kejam tiga beradik berlaku, seorang remaja berusia 20 mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka.
MOHD . Firdaus Mohd . Faridul terlepas hukuman mati selepas mengaku bersalah sebabkan kematian Noor Syafikah di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam. – UTUSAN / Safrizal Azmi
Tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Faridul membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Choo Kah Sing.
Mengikut pertuduhan berke-naan, Mohd. Firdaus didakwa menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar di sini antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 November 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.
Dengan pertuduhan pilihan tersebut, Mohd. Firdaus terselamat daripada hukuman gantung sampai mati kerana sebelum ini tertuduh didakwa membunuh Noor Syafikah Nadia mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib sementara tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid.
Ketika mengemukakan rayu-an tertuduh memohon agar mah-kamah mengambil kira usianya yang masih muda selain dia telah insaf atas perbuatannya itu.
Burhanudeen memberitahu, anak guamnya itu tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mangsa malah ia merupakan kesa-lahan pertamanya dan tertuduh yang merupakan anak sulung daripada lima beradik juga merupakan harapan keluarganya.
Salim bagaimanapun memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kes berke-naan melibatkan kepentingan awam selain sebagai pengajaran untuk mengelak kes seperti itu berlaku.
“Faktor mitigasi yang dikemukakan tertuduh perlu diimbangi dengan faktor kepentingan awam. Saya memohon hukuman setimpal agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kematian orang lain,” kata Salim.
Terdahulu, tertuduh mengakui fakta kes, laporan tangkapan, gambar-gambar bedah siasat serta tempat kejadian termasuk lokasi dia membakar seluar track mangsa dan bahan bukti iaitu zip seluar tersebut selepas dibacakan serta ditunjukkan kepadanya.
Kah Sing kemudian menetapkan 9 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan oleh Pakar Perunding Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Mohd. Shuhaini Mohd. Noor pada 1 Disember 2013 menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dengan rongga mulut, saluran pernafasan dan rongga perut dipenuhi dengan lumpur cair.
Hasil bedah siasat itu juga menemukan, mangsa mengalami kesan lebam dan melecet pada beberapa anggota badan termasuk alat sulitnya dipercayai diakibatkan oleh benda tumpul.
Terdahulu, tertuduh dikatakan mengajak mangsa bersama dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, keluar meronda di kawasan Kampung Gelam dengan menaiki motosikal bersama seorang rakannya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mayat Noor Syafikah ditemukan dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang pada 30 November 2013, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong.
Kedua-dua adiknya itu pula ditemukan mati kira-kira pukul 3 petang keesokannya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kampung Padang Petani di sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sis, baca sampai tertidur depan toilet sambil peluk baldi & mop 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kes bunuh2 tauu..
mereput laaa ngan hantu depan toilet tuhh

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baldi tu kering..... xde air 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah Ya Tuhan ku..ape dosa anak kecik ni..baby lagi tu baru 2 tahun...Allahuakhbar kejam nya manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kes bunuh sabit dengan mona fandey sy rasa yang paling menggemparkan malaysia
mak2 kasi warning dengan anak2 diorang, "keluar rumah siap kau" takut mona fandey tangkap & bunuh
kalau korang sudah besar tahun 1994 mesti korang ingat lah siapa mona fandey tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mona fandey  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|