dah ada blm ni gembira sgt permulaan yg baru utk Man utd GGMU
Man United Belasah Liverpool 3-1, Muncul Juara[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 10:12 AM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]MANCHESTER United berjaya mempamerkan kebangkitan dibawah kendalian Louis van Gaal selepas membenam Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Juara Antarabangsa di Miami, pagi Selasa. [size=0.98em]Menerusi kemenangan itu, ia bermakna, Van Gaal turut berjaya menghadiahkan piala pertama kepada United selepas kurang sebulan memegang jawatan jurulatih. [size=0.98em]Dalam perlawanan sengit antara dua musuh utama Liga Perdana Inggeris itu, Liverpool terlebih dahulu di depan menerusi jaringan penalti ketua pasukannya, Steven Gerrard. [size=0.98em]Bagaimanapun perlawanan yang memasuki babak kedua memperlihatkan kebangkitan pemain United menerusi serangan dengan formasi 3-4-2-1.
[size=0.98em]Tidak perlu menunggu lama, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Mata menambah jaringan dua minit kemudian. [size=0.98em]Kedua-dua pasukan yang dibenar membuat pertukaran pemain lebih daripada tiga kemudian melakukan percaturan semula bagi memastikan kemenangan memihak kepada skuad mereka. [size=0.98em] [size=0.98em]Tindakan Van Gaal memasukkan pemain muda, Lingard pada minit ke-78 bagi menggantikan Herrera ternyata berbaloi apabila pemain itu menyumbat gol ketiga pada minit ke-88. [size=0.98em]Menerusi kemenangan tersebut, anak didik van Gaal membawa pulang wang tunai AS$1 juta bersama reputasi dan moral yang tinggi untuk memulakan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos ini. [size=0.98em]Ia dilihat sebagai satu kebangkitan yang memberansangkan apabila United yang menamatkan liga musim lalu ditempat ketujuh kembali menggerunkan lawan pada musim ini.
|