Edited by fly_in_d_sky at 23-4-2017 09:44 AM
Apa yang akan anda lakukan jika anda terpaksa menyampaikan amanat demi menyelamatkan bumi dan kayangan yang amat kabur sempadannya? Apakah misteri antara Ledang dan England yang mempunyai huruf-huruf yang sama?
Ikuti kisah pengembaraan yang menakjubkan dan suka duka Suri, seorang wanita Hybrid demi melaksanakan tanggungjawab besar. Penerokaan alam dunia dan langit serta premonition menjanjikan pengalaman yang mendebarkan.
selepas nak dekat 2 minggu baca A Game of Thrones (A Song of Ice and Fire) #1 akhirnya semalam dah habis .. finish ... penat sungguh ... so bertukar dunia, bertukar bahasa, bertukar plot dan bertukar penulis kita layan buku Sha Hanim Ramli tapi kita nak tahu ler .. siapa penulis ni
out of the blues ... novel dia memang best baca Kitab Lama .. terasa hidup ceritanya semangat Melayu, cintakan negara ... hidup ... samalah bila baca Dialah Bunga Berembun Bulan bila terbaca syair yang dilagukan ...
Raja Melayu, yang hilang adilnya,
Nescaya binasa, takhta negerinya,
Mendapat bencana, kerajaannya,
Luputlah Raja, dari daulatnya.
Demikian adanya, sumpah setia,
Asal Melayu, Bendahara tuannya,
Hamba Melayu, amanah pundaknya,
Raja Melayu, diserah tunggaknya.
muka surat 18.
terfikir .. adakah Raja sekarang ini adil, benar-benar menjadi seorang pemimpin termasuklah ... Bendaharanya yang menjadi penasihat kepada Raja adakah Bendaraha benar-benar menasihati dan beri buah fikiran ..? genre novel ni boleh dikatakan fantasi, paranormal dan cinta cinta seorang lelaki kayangan terhadap seorang manusia hyrbrid (bunian + manusia) .. bila baca novel ni ... memang lain dari yang lain ... macam kita selalu katakan ... this is not 100% romance novel dan BUKAN stereotype novel ... insya allah dah habis nak baca Teori X ... dari Sha Hanim Ramli juga ....
|