|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SUNRISE PALM
[Copy link]
|
|
|
|
Sebaliknya, ibu bapa yang celik kewangan lebih proaktif dalam mengurus kewangan keluarga dengan menyusun perancangan persaraan, memiliki perlindungan insurans dan perubatan yang mencukupi serta mengelakkan kebergantungan pada anak sebagai sandaran kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ada ibu bapa lebih tertumpu pada survival kewangan hari ini dan meletakkan kesan hutang ke atas anak di tempat kedua… kesedaran terhadap krisis kewangan hanya akan wujud selepas keadaan menjadi parah, atau jika anak sendiri secara terbuka berkongsi bagaimana hutang itu telah menjejaskan kehidupan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hanya ibu bapa yang bijak kewangan akan mengelak daripada menjadikan anak mereka sebagai pelan simpanan. Mereka ini akan melihat kewangan anak sebagai entiti yang berasingan dan harus dipelihara,” tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“MEMBANTU DENGAN SEMPADAN”
Mengulas lanjut, Noor Aslinda berkata tidak wajar bagi anak-anak sepenuhnya beban kewangan ibu bapa, kerana tindakan tersebut bukan sahaja bersifat tidak adil, malahan bercanggah dengan prinsip pengurusan kewangan yang sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata pendekatan itu berisiko menjadikan masalah kewangan berkenaan berulang dalam kitaran antara generasi, selain boleh mencetuskan rasa tidak puas hati serta mencetuskan konflik keluarga yang berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehubungan itu katanya, pendekatan terbaik yang disarankan adalah konsep “membantu dengan sempadan”, dengan anak-anak digalakkan memastikan kestabilan kewangan sendiri sebelum memberikan bantuan kepada ibu bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Prinsip ini diumpamakan seperti situasi (kecemasan) dalam pesawat, apabila penumpang perlu memakai topeng oksigen sendiri terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Selain itu, bantuan yang diberikan juga disaran bersifat penyelesaian jangka panjang dan bukan sekadar sumbangan kewangan semata-mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Anak-anak boleh membantu ibu bapa mengurus komitmen kewangan, merundingkan semula hutang atau mengenal pasti sumber pendapatan tambahan bagi mengurangkan beban secara berperingkat,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, penetapan had bantuan yang jelas amat penting bagi mewujudkan jangkaan realistik serta melindungi kedudukan kewangan anak-anak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Komunikasi terbuka antara ahli keluarga turut dilihat sebagai kunci utama, dengan penekanan bahawa nilai bakti terhadap ibu bapa tidak seharusnya diukur berdasarkan wang semata-mata, sebaliknya melalui keikhlasan membantu dalam batas kemampuan sedia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Bantuan terbaik adalah yang membawa kepada penyelesaian kekal, seperti rundingan semula bayaran hutang atau mencari sumber pendapatan tambahan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Tetapkan juga had yang jelas misalnya ‘saya hanya boleh bantu ibu bapa RM200 sahaja sebulan dalam tempoh enam bulan’. Jadi, secara tidak langsung akan mewujudkan jangkaan realistik dan melindungi kewangan anda (anak),’’ tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tepek foodie sat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KAWAL PEMBERIAN KREDIT KEPADA BAKAL PESARA
Noor Aslinda berkata antara langkah yang disarankan bagi menangani isu beban hutang keluarga ialah memperketat kawal selia institusi kewangan, termasuk memperkenalkan garis panduan lebih tegas berhubung pemberian kredit kepada individu yang hampir tempoh bersara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah itu termasuk wajibkan kaunseling kewangan bagi permohonan yang melibatkan jumlah pinjaman besar, katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, Noor Aslinda berkata perlu diadakan saluran penyelesaian hutang yang lebih berkesan dengan memperkukuh peranan agensi berkaitan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), seperti pemberian kuasa yang lebih luas bagi rundingan penyelesaian hutang, terutamanya melibatkan golongan warga emas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dalam masa sama, usaha meningkatkan tahap pendidikan dan kesedaran kewangan perlu dilaksanakan secara menyeluruh melalui kempen literasi kewangan di peringkat nasional, yang memberi tumpuan kepada perancangan persaraan sejak awal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pengukuhan akses kepada perkhidmatan kesihatan mampu milik juga dilihat penting bagi mengurangkan kebergantungan pada rawatan swasta yang berkos tinggi, yang juga menjadi antara pembentukan hutang dalam kalangan keluarga,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau turut menyarankan institusi perbankan memberikan penjelasan khusus dan menyeluruh tentang risiko serta tanggungjawab undang-undang kepada anak muda yang bercadang menjadi penjamin bagi pinjaman ibu bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|