|
|
Edited by nafizzz at 22-8-2025 01:23 PM
Tips Berhadapan dengan Individu Narsistik
Pernahkah anda rasa lelah bila bercakap dengan seseorang yang hanya mahu menang, suka merendahkan orang lain, dan sengaja provoke untuk dapat perhatian? Individu narsistik seperti ini boleh mengganggu emosi kita jika tidak dikawal.
Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan Grey Rock Technique. Maksudnya, anda jadi seperti “batu kelabu” neutral, tenang, dan membosankan.
Jawab dengan ringkas, jangan beri reaksi emosi, dan elakkan berkongsi cerita peribadi. Apabila mereka gagal mendapatkan reaksi yang diingini, biasanya mereka akan hilang minat untuk terus mengganggu.
Contoh mudah: bila mereka berkata sesuatu yang menjengkelkan, jawapan anda cukup dengan, “Oh,” atau “ic”, “baik”, “ok”.
Ringkas, tanpa emosi.
Ingat, anda tidak boleh mengubah sikap mereka, tetapi anda boleh mengawal cara anda bertindak.
Tetapkan sempadan, kawal diri, gunakan Grey Rock Technique bila perlu, dan sentiasa akhiri perbualan dengan kawalan.
Kerana maruah dan ketenangan anda jauh lebih berharga daripada memenuhi ego orang lain
Credit to FB Public Health Malaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|