|
NASI ALA KAK WOK
KUAH KARI :
1. Tumis 4 sekawan (halba Campur, bunga lawang bunga cengkih, kulit kayu manis) bawang merah, bawang putih, halia, daun kari.
2. Masuk 1 paket rempah kari ayam.
3. Masak rempah smpai pecah minyak.
4. Masukkn santan & Sedikit ayam yg potong halus. Kemudian masukkan carrot, kacang panjang.
5. Masukkan garam.
6. Biar mendidih, siap.
AYAM GORENG KUNYIT :
1. Potong ayam kecil-kecil.
2. Masukkn garam, kunyit lada hitam yg dh kisar, gula. ( Perap 30min) *Lagi lama perap lagi sedap.
3. Goreng hingga garing.
4. Tabur carrot & kacang panjang yg dh digoreng atas ayam, siap.
SAMBAL NASI KAK WOK :
1. Cili padi merah, cili besar, cili padi hijau, belacan, limau kasturi, cuka satu sudu kecil, garam, gula sedikit, air Sedikit (Agak2 boleh putar).
2. Blend hingga hancur, siap.
* LIMAU KASTURI blend sekali kulit ya, cuma belah buang biji untuk elak kn SAMBAL rasa pahit.
*Aroma limau kasturi yg buat SAMBAL lagi sedap. Bau wangi kulit limau.
* Hidang semua bersama timun yg dihiris nipiss.
|
|