Terpanggil dengan situasi ini, saya ingin jelaskan berkenaan saman putus tunang.
Di Malaysia memang terdapat saman bagi kes seperti ini tetapi mematuhi syarat2 seperti berikut.
a) Pihak yang mungkir janji sahaja yang akan memulangkan pemberian.
b) Hanya keengganan berkahwin tanpa sebab-sebab yang sah sahaja yang akan dikenakan pemulangan balik pemberian.
c) Pihak yang mungkir hendaklah membayar segala apa yang telah dibelanjakan oleh pihak yang satu lagi bagi membuat persediaan perkahwinan.
Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 15 akta undang-undang keluarga islam Wilayah Persekutuan.
Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum Syarak sama ada secara lisan atau secara bertulis dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu, tanpa apa-apa sebab yang sah manakala, pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab memulangkan pemberian-pemberian pertunangan jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persiapan bagi perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan mahkamah.
Tetapi kes-kes seperti ini tidak digalakkan untuk dibawa ke mahkamah sivil kerana mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes seperti ini.
Dikongsi oleh Nor Zabetha.