|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SUNRISE PALM
[Copy link]
|
|
|
|
“Akan tetapi, apabila bakti berubah menjadi beban kewangan kepada anak, ia secara tidak langsung menjejaskan kestabilan kehidupan mereka. Anak-anak berisiko berdepan tekanan mental, konflik dalam keluarga, penangguhan perancangan masa depan, malah berpotensi terjerumus ke dalam kitaran hutang baharu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sehubungan itu, fenomena ini perlu ditangani secara menyeluruh melalui peningkatan literasi kewangan dalam keluarga, komunikasi yang lebih terbuka antara ibu bapa dan anak, sokongan sosial yang mencukupi serta pendekatan bantuan yang lebih seimbang dan realistik, selaras dengan kemampuan sebenar anak-anak,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Siti Nurain, isu pewarisan hutang dalam kalangan golongan muda semakin ketara dalam konteks ekonomi semasa, khususnya apabila tekanan kos sara hidup terus meningkat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peningkatan perbelanjaan asas seperti makanan, sewa atau ansuran rumah, pendidikan serta kos rawatan kesihatan, menyebabkan banyak keluarga bergantung pada pinjaman bagi meneruskan kelangsungan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Justeru, apabila ibu bapa berdepan kesukaran membayar komitmen kewangan, anak-anak yang sudah bekerja sering menjadi pihak yang terpaksa membantu, sama ada secara langsung atau tidak langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ada keluarga bergantung pada pinjaman peribadi, kad kredit dan skim ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL)… akhirnya hutang yang kecil pada awalnya boleh bertambah dari semasa ke semasa akibat faedah dan bayaran ansuran terkumpul. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apabila ini berlaku, anak yang sudah bekerja di dalam keluarga terpaksa mengambil alih pembayaran,” katanya, menambah kesemua itu berpunca terutamanya daripada tahap literasi kewangan yang rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RISIKO MUFLIS
Mengulas lanjut, Siti Nurain berkata golongan belia yang baru melangkah ke dunia pekerjaan sering berdepan dengan kos perbelanjaan asas yang tinggi termasuk sewa rumah, bil utiliti, makanan dan pengangkutan serta hutang pengajian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, apabila perbelanjaan itu dibebankan lagi dengan hutang keluarga, pendapatan mereka yang selalunya tidak seberapa tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan komitmen kewangan, sekali gus meningkatkan risiko kegagalan kewangan dan muflis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 5,272 belia berumur 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis bagi tempoh 2020 hingga 2025. Daripada jumlah itu, 5,189 orang melibatkan golongan berumur 25 hingga 34 tahun, manakala 83 orang berumur bawah 25 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Trend muflis turut menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 877 kes direkodkan pada 2024, iaitu peningkatan sebanyak 150 kes berbanding 727 kes pada tahun sebelumnya,” kata beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Situasi itu katanya, menuntut perhatian segera semua pihak berkaitan bagi memperkukuh tahap literasi kewangan termasuk menggalakkan pengurusan perbelanjaan yang lebih berhemat serta menyediakan sokongan bersepadu agar generasi muda mampu membina masa depan kewangan yang lebih stabil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut beliau, sekiranya isu tersebut dibiarkan berlarutan, wujud risiko kitaran hutang yang berpanjangan antara generasi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hutang yang diwarisi menjejaskan keupayaan mereka untuk menabung, memiliki rumah atau memulakan perniagaan, sekali gus meningkatkan kecenderungan mereka membuat pinjaman baharu bagi menampung keperluan hidup atau komitmen kewangan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Beban hutang yang berterusan ini bukan sahaja mengehadkan simpanan dan peluang pelaburan, malah membataskan mobiliti ekonomi generasi muda. Apabila mereka membina keluarga sendiri, tekanan kewangan ini berisiko berpanjangan dan seterusnya mewujudkan satu kitaran hutang antara generasi yang sukar diputuskan,” tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ANAK SEBAGAI PENYELESAIAN KEWANGAN
Sementara itu, Dr Noor Aslinda Abu Seman daripada Johor Business School, Universiti Tun Hussein Onn, berkata ibu bapa tanpa simpanan persaraan yang kukuh, bekerja dalam sektor tidak formal tanpa caruman persaraan dan pencen, serta mempunyai pelan perlindungan kesihatan yang terhad, berisiko besar untuk berdepan krisis kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata apabila keadaan itu berlaku, ada kecenderungan untuk ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai jaring keselamatan kewangan terakhir bagi menanggung kehidupan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sistem persaraan yang tidak inklusif, pekerjaan yang tidak stabil dan norma budaya yang mengharapkan anak sebagai penjaga, dilihat sebagai pemindahan beban kewangan yang tidak terancang daripada generasi terdahulu kepada generasi muda. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hutang yang pada asalnya diambil untuk keperluan asas, akhirnya akan bertukar menjadi beban yang tidak mampu ditanggung apabila usia meningkat dan pendapatan berkurangan. Pada ketika itu, anak-anak dilihat bukan sekadar sebagai sokongan, tetapi sebagai satu-satunya jalan penyelesaian...penyerahan hutang ini jarang berlaku dengan niat, tetapi lebih kepada ketiadaan pilihan lain yang selamat,” jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambung beliau lagi, ibu bapa yang mempunyai tahap literasi kewangan terhad cenderung membuat keputusan berkaitan hutang berdasarkan keperluan segera, tanpa mengambil kira implikasi, termasuk kesannya dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|