|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LAVENDER CASCADE
[Copy link]
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung hingga 31 Januari
Kuala Lumpur: Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung terutamanya di utara sehingga 31 Januari depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca.
Dalam pada itu, beliau berkata, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Januari ini.
"Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh berkenaan.
"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," katanya dalam kenyataan, hari ini |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Bulan Syaaban Bukan Bulan Biasa, 8 Peristiwa Besar Ini Ubah Arah Sejarah Umat Islam |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa bulan Syaaban sering tidak diberikan perhatian yang sewajarnya kerana umat Islam lebih tertumpu kepada kehadiran Ramadan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan dalam lipatan sirah, peristiwa bulan Syaaban menyimpan detik-detik besar yang membentuk akidah, ibadah, identiti umat serta menguji kekuatan masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW dan generasi selepasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bulan ini seakan menjadi pentas tarbiah sebelum tibanya Ramadan.
Apabila kita meneliti peristiwa bulan Syaaban, kita akan dapati ia bukan sekadar sejarah, tetapi mesej pendidikan daripada Allah SWT tentang ketaatan, kesabaran dan pemurnian tauhid. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemindahan Kiblat Dari Baitulmaqdis Ke Kaabah
Antara peristiwa bulan Syaaban yang paling besar ialah pemindahan arah kiblat.
Pada awalnya, umat Islam solat menghadap Baitulmaqdis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW sering menadah wajah ke langit, mengharapkan perintah Allah untuk menghadap Kaabah.
Lalu Allah menurunkan firman-Nya:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami melihat engkau menadah wajah ke langit, maka Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai.” (Al-Baqarah: 144)
Peristiwa ini berlaku ketika solat sedang didirikan. Para sahabat terus berpaling arah dalam solat.
Ia menjadi simbol jelas pemisahan identiti umat Islam daripada umat terdahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Turunnya Ayat Perintah Berselawat
Dalam peristiwa bulan Syaaban, Allah memuliakan Nabi SAW dengan ayat yang sangat agung:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya.” (Al-Ahzab: 56)
Ayat ini mengangkat selawat sebagai amalan yang menghubungkan hati umat dengan Rasulullah SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|