CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak/Meroyan N9 #45 Happy New Year 2022~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 4-1-2022 03:30 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 03:28 PM
Lepas 2 hari helok dah...kat tempat suntik pun xde rasa pe pe dah

apa rahsia?
sbl suntik tu telan panadol ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 03:32 PM | Show all posts

eksesais mata sat
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 03:32 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-1-2022 02:30 PM
apa rahsia?
sbl suntik tu telan panadol ka?

Rasa badan lain macam cecepat telan panadol, kome...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 03:33 PM | Show all posts

Nah...eksesais membaca...

Filem DC dan Marvel sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana penampilan pelbagai adi wira dalam satu filem.

Tahun ini, DC dan Marvel akan mengeluarkan beberapa filem dari Morbius hingga ke Aquaman!.




  • Morbius - 28 Januari 2022


kredit foto: imdb.com




Pada 28 Januari 2022, Morbius the Living Vampire akan menjadi penjahat Spider-Man kedua untuk mendapatkan filemnya sendiri. Diarahkan Daniel Espinosa yang pernah mengarahkan filem Life (2017), Morbius dibintangi Jared Leto sebagai saintis yang sakit parah secara tidak sengaja mengubah dirinya menjadi raksasa dengan elemen vampire kelaparan untuk darah manusia.





  • The Batman - 4 Mac 2022




kredit foto: Batman-News.com




Sebelum pandemik covid-19, The Batman sepatutnya ditayangkan pada Jun tahun lepas sebagai filem kedua dari tiga filem untuk DC 2021.


Sama seperti filem lain, filem ini terpaksa dilewatkan tayangannya dan hasilnya, The Batman telah ditunda ke 4 Mac 2022 menjadikannya filem superhero pertama tahun ini.


Ia pasti menjadi sesuatu yang besar bagi DC, memandangkan ia adalah pengembaraan solo pertama Batman sejak Christian Bale berakhir dengan The Dark Knight Rises pada tahun 2012.


Penyesuaian layar besar baru dari kisah Bruce Wayne ini akan memperkenalkan penonton kepada versi Batman baharu.





  • Doctor Strange In The Multiverse Of Madness - 6 Mei 2022

kredit foto: TheBeyondNews.com



Benedict Cumberbatch beraksi dalam filem solo keduanya sebagai Doctor Strange pada 2022 iaitu enam tahun selepas dia memulakan debutnya di MCU.


Turut memainkan peranan penting dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness ialah Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) yang mendapat kekuatan dan kostum baru di WandaVision.







  • Thor: Love And Thunder - 8 Julai 2022

kredit foto: Pioneerscoop.com



Taika Waititi kembali mengarahkan filem keempat ini dalam francais Thor, menjadikan wira Asgardian sebagai yang pertama mendapat empat filem solo di MCU.


Chris Hemsworth sudah tentu kembali sebagai Thor dengan Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie dan Natalie Portman mengulangi peranan Jane Foster untuk pertama kalinya sejak Thor: The Dark World dan menjadi teman wanita Thor.


Dua watak baru yang bergabung adalah Zeus (Russell Crowe) dan Gorr the God Butcher (Christian Bale).








  • Black Adam - 29 Julai 2022

kredit foto: Quirkybyte.com




Setelah sekian lama dengan isu kelewatan dan dikeluarkan dari jadual filem untuk sementara waktu, Black Adam akhirnya akan ditayangkan pada bulan Julai 2022.


Dibintangi Dwayne Johnson dalam peranan penting, filem DC diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dari lakon layar oleh Adam Sztykiel, Rory Haines, Sohrab Noshirvani.





  • Spider-Man: Into The Spider-Verse 2 - 7 Oktober 2022

kredit foto: Vulture.com




Spider-Man: Into the Spider-Verse cemerlang di box office, tetapi yang paling mengagumkan mengenai filem Spider-Man animasi Sony adalah seberapa baik ia diterima oleh pengkritik dan juga peminat baru dan lama.


Malah, ia memperoleh Anugerah Akademi untuk Animasi Terbaik, jadi tidak menghairankan bahawa Sony Pictures meneruskan kisah Miles Morales dengan Spider-Man: Into the Spider-Verse 2.





  • The Flash - 4 November 2022



kredit foto: inverse.com



Filem Flash, yang pada awalnya dijadualkan untuk 2018, kini mempunyai tarikh tayangan dan pengarah baru setelah beberapa pengarah keluar dari projek ini kerana perbezaan pendapat.


Ezra Miller, yang sebelumnya bermain Barry Allen di Batman V Superman: Dawn of Justice and Justice League, masih terikat sebagai si kaki pecut dalam filem ini.







  • Black Panther: Wakanda Forever - 11 November 2022

kredit foto: Dailynews.sg




Black Panther memecahkan rekod selepas ditayangkan pada Februari 2018 dan tidak memerlukan masa lama untuk menjadi filem MCU kelima melepasi tanda $1 bilion di box office di seluruh dunia.


Black Panther kekal sebagai filem MCU paling berjaya di luar siri The Avengers. Empat tahun selepas filem pertama, Marvel akan menayangkan Black Panther: Wakanda Forever yang sangat dinanti-nantikan.


Kerana kematian bintang filem pertama, Chadwick Boseman sebagai Black Panther, peminat pasti tertanya-tanya sama ada Black Panther 2 mampu memecah rekod.






  • Aquaman And The Lost Kingdom - 16 Disember 2022

kredit foto: imdb.com



Pada 2018, Aquaman adalah filem yang tidak diragukan lagi kepada penonton dan studio bahawa filem DC tidak perlu bergantung pada Batman dan Superman untuk menjual tiket lagi.


Dua bulan selepas tayangan filem itu dengan pawagam di seluruh dunia melepasi kutipan $1 bilion, Warner Bros. mengesahkan bahawa sekuel sedang dikembangkan.


Filem mana paling anda nantikan?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 03:33 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 03:32 PM
Rasa badan lain macam cecepat telan panadol, kome...

ok kome
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 03:36 PM | Show all posts

Nak amik booster ke? Cukup 3 bulan boleh walk in je...cam saya buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2022 03:37 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 03:36 PM
Nak amik booster ke? Cukup 3 bulan boleh walk in je...cam saya buat

tunggu appt je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 03:38 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 03:33 PM
Nah...eksesais membaca...

Filem DC dan Marvel sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana  ...



ngantuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 03:39 PM | Show all posts

Derang bagi warga emas je le dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 03:40 PM | Show all posts

Nak tengok Batman
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 03:48 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-1-2022 03:28 PM
dh xde...x dan nk belajar masak dgn dia.

matt ada mak lagi?

tak apa, sha boleh belajar dari org lain
janji boleh masak sedap
dah lama mak sha meninggal?

matt kedua2 nya dah tak ada


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 03:52 PM | Show all posts
mattzzx replied at 4-1-2022 03:48 PM
tak apa, sha boleh belajar dari org lain
janji boleh masak sedap
dah lama mak sha meninggal?

lama dh, sejak kecik lg.
belajar dgn org main x sama matt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 03:52 PM | Show all posts

tengok la, nt kasi review
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 03:53 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 03:39 PM
Derang bagi warga emas je le dulu

bior le, x perlu rushing pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 04:10 PM | Show all posts
Tashu replied at 4-1-2022 03:52 PM
lama dh, sejak kecik lg.
belajar dgn org main x sama matt.

sedih kan tak sempat lama nak bermanja dengan mak

memang tak sama belajar dengan orang lain
habis tu sha tak belajar memasak atau belajar melalui tenet saje?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 04:12 PM | Show all posts
Masak Asam

Ikan tenggiri (goi garam kunyit goreng bg garing)
Bawang putih (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris memanjang)
Cili hidup (hiris)
Sedikit biji sawi
1ranting daun kari
Air asam jawa
Garam dan gula

Cara..
1. Tumiskan biji sawi, daun kari, halia, bawang besar, bawang putih dan cili hidup hgga naik bau..
2. Masukkan air ikut la nk bagi kuah byk mana..masukkan paste asam jawa biarkan mdidih..
3. Masukkan ikan yg digoreng tadi bsma garam dan gula..kacau rata...siap..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 04:13 PM | Show all posts
NASI AYAM GEPREK

Bahan² untuk rebusan Ayam ;
1 ekor ayam fresh yg besar (potong n cuci bersih toskan) ketepikan
Daun Salam / Bay leaf
Serai titik
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )
Kisar halus .
B.merah, Halia ckit, kunyit hidup c kit, lengkuas ckit .

Cara² ;
Panaskan minyak masukkan serai titik, daun salam serta bahan² kisar tumis hingga naik baunya. Setelah itu masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam biar sehingga ayam masak .
Bila ayam dah masak angkat, toskan dan celup kedlm bancuhan tepong dan goreng garing .Lepas tu ambil anak lesung lenyek² kan ayam.

Bahan² tepong untuk goreng ayam, tempeh n tahu .
1 cawan tpg beras
1 tsp baking powder
1 sudu kecil jintan manis tumbuk
1 sudu kecil jintan putih tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
Lada hitam hancur c kit
Garam secukup rasa
Serbuk pati ayam ( jika suka )

Didlm mangkuk besar satukan bahan² kacau sebati agak² bancuhan nampak pekat. Masukkan ayam gaul² rata biar resap, lepas tu belen² tepong goreng lah tempeh n tahu garing².

Bahan² Untuk Sambal Penyet :
Lada merah & hijau
Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan masing²)
B.merah kecil
Tomato belah 4
Belacan ( opptional )

Kesemua bahan² diatas digoreng terlebih dahulu dgn minyak (jgnlah byk) sehingga layu n naik baunya lepas tu masuk ke dlm mesin kisar tambah air sedikit dan kisar kasar bersama ikan bilis goreng yg digoreng terlebih dahulu .

Cara2;
Tambah sedikit minyak kedlm kuali n masukkan bahan² kisar tumis hingga garing n naik minyak .
Perasakan garam gula melaka atau gula tanjung sedikit aje dgn sedikit perahan jus limau kasturi (jgn bnyk nanti masam pulak sambal tu) Kacau rata⅔ n biar seketika sehingga terbit minyaknya .

Untuk Sup Ayam ;
3-4 ulas b.putih
Sedikit biji lada sulah
Kisar halus .

Cara²nya ;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga naik bau . Setelah itu masukkan air secukupnya (kalau nak letak kaki ayam ke, isi ayam pun boleh rasa sedap c kit sup tu) Perasakan garam n kiub ayam jika suka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 04:14 PM | Show all posts
roti canai

-Tepung gandung 1kg
-gula
-garam
-air suam
-planta 2sudu
-minyak masak 3sudu
-kuning telur sahaja(sebijik)
-larut kan garam,gula bersama air suam..
-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
-masuk kan air td sedikit demi sedikit..
-uli sampai doh x melekat di tangan
(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula
-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 04:15 PM | Show all posts
SOTONG MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah dipotong serong.
asam jawa sebesar ibu jari – di buat air asam
minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkn bawang merah, halia, bwg putih.
Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
Tambah air jika suka berkuah.
Kacau sebati hingga mendidih.
Angkat dan sedia untuk dihidang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 04:15 PM | Show all posts
selingan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072461 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list