CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahmad_dhani91

LENTERA TIMUR - menuju angka 100k!

[Copy link]
Post time 11-1-2009 07:11 PM | Show all posts

Reply #1464 Rhyno's post

di Imeem dah hampir 2 minggu keluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 10:54 PM | Show all posts
14hb hari rabu. sah2 majlis tertutop
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 12:34 AM | Show all posts

Reply #1467 calmille's post

memang tertutup pun... tadi dengar kat era ada bagi tiket utk pelancaran LT...
kena jadi pemanggil ke-5
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:32 AM | Show all posts

Balas #1468 mekot\ catat

cal skrg musim exam, 2 minggu lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:33 AM | Show all posts

Balas #1469 adie82\ catat

die ade ckp buat kat mana? mesti kat hotel the zone dk tuh. jimat bajet kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:08 PM | Show all posts

Reply #1471 calmille's post

ada dia cakap.. kat mana ntah jam 2 petang esok......
promo tu nana yang cakap!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 09:08 PM | Show all posts
Best nyer rasa nak pergi....tapi kalo nak jadi pemanggil kelima tak kuasa la sbb kami ni bukan fans radio sgt.Bergayut melayan Nana nnt lupa pulak wat keje nnt.Baik layan jer album Lentera Timur ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by aznorazizul at 13-1-2009 09:08 PM
Best nyer rasa nak pergi....tapi kalo nak jadi pemanggil kelima tak kuasa la sbb kami ni bukan fans radio sgt.Bergayut melayan Nana nnt lupa pulak wat keje nnt.Baik layan jer album Lentera Timur  ...


tak puas lagi kan melayan ...i pgi2 jer dengar lagu lain...towards ptg ker malam masih lgi layan lantera timur...lum jemu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 07:04 AM | Show all posts
Siti suka, Datuk K pun sukaOleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]




Mengujakan. Bagi peminat yang sudah pun mendapatkan naskhah terbaru kontemporari tradisional Lentera Timur kepunyaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza, pasti mereka tertarik dengan kulit albumnya yang mempesonakan. Jika hendak tahu, ada cerita di sebaliknya. Pemilihan gambar-gambaryang dimuatkan dalam album itu sebenarnya merupakan pilihan hati suamitersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau terkenal dengan gelaranDatuk K.
Enggan berselindung, Siti sendiri 'membocorkan' rahsia itu sewaktuditemui pada majlis pelancaran albumnya yang diadakan di Menara YayasanTun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur Khamis lalu.
Tampil anggun dalam busana rona hitam dan hijau tua rekaan AmirLuqman, Siti mengakui gambar yang dipotretkan oleh Ikram Ismail ituamat disukai oleh Datuk K.
"Suami saya sempat melihat himpunan gambar yang dirakam, malah dia amat berpuas hati dengan penghasilan gambar itu.
"Secara kebetulan, saya sendiri suka hingga mempengaruhi fikiransaya untuk memuatkan gambar-gambar yang diambil dalam album terbarusaya.
"Saya suka, Datuk K pun suka. Macam sehati sejiwa pula. Rangkaiangambar yang ada, memang menjadi kesukaan kami," jelas Sititerang-terangan memperlihatkan keharmonian yang dikecapi dalamberkongsi hidup bersama Datuk K.
Gagal berkolaborasi dengan Aidit Alfian
Sesuatu yang istimewa ialah lagu-lagu yang dimuatkan album itudihasilkan daripada Bengkel Cipta Ekspres Berirama Malaysia BersamaDatuk Siti Nurhaliza menerusi kerjasama Badan Perlindungan HakciptaKaryawan Malaysia (MACP) yang diadakan setahun lalu di Port Dickson,Negeri Sembilan.

SEHATI SEJIWA. Impak kasih sayangyang bergabung menjadi satu, Datuk K turut sudi mengabadikan dayakreativitinya terhadap karya terbaru seni isteri tersayang.

Sebanyak 12 buah lagu idea komposer-komposer terkenal tanah air telah dihasilkan, tetapi hanya 10 dipilih Siti untuk album itu.
Siti tanpa berselindung mengaku menggemari semua lagu yang dihasilkan.
Membuat pilihan yang terbaik di antara yang terbaik memangmenyukarkan Siti. Lantaran itu, ada beberapa lagu tidak dapat'menembusi' tembok kukuh sekali gus tidak tersenarai dalam Lentera Timur.
Siti sepatutnya menyanyikan sebuah lagu gubahan komposer popular,Aidit Alfian. Namun harapan Siti bertukar menjadi kecewa kerana laguyang diimpikan sudah tertulis untuk dilagukan penyanyi lain.
"Saya pernah bertanya kepada Aidit mengapa lagu miliknya tidak dapat dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.
"Awal-awal lagi Aidit memohon maaf sambil menjelaskan bahawa dia telah memberikan lagu itu kepada orang lain.
"Saya pun tidak boleh hendak berbuat apa-apa. Saya anggap tiada rezeki untuk bekerjasama dengan Aidit," beritahu Siti pasrah.
Diberi suntikan baru
Tidak dinafikan, ritma dan alunan karya yang berkumandang dalam Lentera Timur pantas sahaja menarik perhatian telinga.
Bukan ibarat karya tradisional klise lain yang menampilkan sepenuh konsep tradisional asli, sebaliknya Lentera Timur dibikin dalam bentuk bervariasi agar peminat tidak mudah bosan tatkala mendengarnya.
Album terbaru Siti yang dipasarkan penghujung Disember lalumerupakan album studionya yang ke-13, manakala ia merupakan albumkelima untuk diskografi tradisionalnya selepas penghasilan Cindai (1997), Seri Balas (bersama Noraniza Idris) (1999), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002).
Setelah puas menanti penuh sabar selama enam tahun, maka tiada yanglebih menggembirakan Siti apabila album idaman berhasil muncul menemuikhalayak seluruh negara. Pada awal Mac nanti, album itu bakal memasukipasaran Indonesia.
Ada riak gembira yang sukar terbendung pada wajah Siti. Perkara itumemang tidak mampu disembunyikan lagi saat dirinya diwawancara pihakmedia.



Menyingkap sejarah sebelum kelahiran Lentera Timur, Sitiberdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan apabila dia sukar untukmencari lagu-lagu berentak etnik tatkala industri seni kini menunjukkansituasi suram.
"Memang susah saya hendak mencari lagu-lagu yang ingin dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.
"Saya harap album ini dapat memberi sinaran cerah untuk bidang muzik terutama lagu-lagu yang berjiwa tradisional.
"Ia menampilkan banyak kelainan berbanding album tradisional lain.Ia mempersembahkan pelbagai rentak bersesuaian dengan peredaran zamanhingga album ini mampu memikat hati semua pendengar tanpa mengira usia.
"Memang saya gembira tidak terhingga dapat melahirkan album Lentera Timur," jawab Siti penuh keyakinan.
Demi kepuasan untuk peminat tersayang yang tidak pernah berhentimenyokong Siti selama 13 tahun mengabdikan diri dalam lapangan seni,Siti turut menampilkan elemen strings menerusi semua lagu dalam album yang dipimpin oleh Eddie Marzuki itu.
"Suntikan baru yang diperkenalkan menerusi album ini bakal memberi nafas baru yang lebih segar dalam seni tradisional.
"Lagipun, sudah menjadi impian saya bagi memperdengarkan alunan strings dalam album sebelum ini, cuma saya belum lagi berpeluang.
"Album Lentera Timur akhirnya menunaikan cita-cita saya untuk muncul dengan sebuah album yang dihasilkan dengan bunyi-bunyian strings," kata Siti yang ingin muncul dengan muzik orkestra pula selepas ini jika berpeluang.
Komposer yang telah mewarnai album Lentera Timur dengan ilham kreatif mereka ialah Johari Teh untuk lagu Di Kayangan Kita, Johan Nawawi (Bintang Malam), Khairil Johari Johar (Bulan Yang Mesra dan Rasa Antara Kita).
Selain itu, Lentera Timur tidak terkecuali memuatkan lagu berjudul Ada Masa Mata yang merupakan ciptaan M. Nasir,
Senyum Minang Manis (Zul Mahat), Joget Menanti Kasih (S. Atan),Seloka Budi (Adnan Abu Hassan) dan Di Taman Teman (Fauzi Marzuki).
Lentera Timur juga menyaksikan kembalinya komposer yang cukupsinonim dengan pembabitan Siti melalui lagu-lagu etnik iaitu DatukSuhaimi Mohd. Zain atau terkenal dengan gelaran Pak Ngah yangmenyumbangkan lagu Jelmakanlah Ayumu.
Siti juga menyelitkan sebuah lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara berjudul Cinta Iniyang memberi nafas baru apabila muzik tradisional dan moden digabungkanoleh Aubrey Suwito yang bertindak sebagai penerbit untuk lagu tersebut.
Album bermutu yang diterbitkan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.(SNP) dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd. (SRC) itu sudah punberada di pasaran sejak 29 Disember lalu dengan harga RM29.90.
Khusus buat individu yang 'berkiblatkan' Siti, jangan lupa untuk mendapatkan album Lentera Timurkerana anda pasti akan mendapat kepuasan melalui keindahan seni warisantradisi Malaysia yang semakin jauh ditinggalkan hari demi hari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 08:30 AM | Show all posts


lurve this dress xcept ropol
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:40 AM | Show all posts

Reply #1477 mekot's post

aku rs tv3 akan paksa tokti msk kan byk2 lagu.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:59 AM | Show all posts
tp kalo ikut market indie band jer yg conquer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:21 PM | Show all posts
berapa sudah album yg dijual...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by mekot at 19-1-2009 11:35 AM
aku macam nampak cahaya cerah utk lagu etnik kreatif 4 the next AJL. pertaruhkan ada masa mata plzzz.


Of course laaa....

Satu album tak silap boleh masuk 6 buah lagu...

Suruh jerk Siti bertanding semuanya...

Bayangkan dalam 10 lagu semi final....ada 5 lagu Siti....
mesti jadi cam Konsert CT la plak kannn...

Lagi best kalau 3 lagu yg final tue....Semuanya lagu SITI....
heheheh....confirm la menang kategory...

Kategory ETNIK pun mmg dah lama tak menang Anugerah Juara Lagu...
Last sekali pun 2001 - Mimpi Laila

Inilah masanya untuk mengembalikan kemenangan kategory Etnik Kreatiff
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 12:56 PM | Show all posts
colby welcome back!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by graxier06 at 19-1-2009 12:56 PM
colby welcome back!!!!!!



Thanks.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by i_know_you_wont at 19-1-2009 12:21 PM
berapa sudah album yg dijual...

Time launching ct ada cakap sudah terjual 10k unit dlm masa seminggu

Ct target dlm masa 6 bulan utk capai jualan 100k copy..
Harap2 target ct berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 01:18 PM | Show all posts

Balas #1477 mekot\ catat

Of coz ct kena calonkan lagu2 dalam LT..
Lagu2 yg juan rasa layak di calonkan dlm muzik2..

- Ada Masa Mata
- Senyum Minang Manis
- Di kyanagan Kita

Tak berseri semalam Juara Lagu yg cukup sinonim ngan ct
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by juan_reyes at 19-1-2009 01:15 PM

Time launching ct ada cakap sudah terjual 10k unit dlm masa seminggu

Ct target dlm masa 6 bulan utk capai jualan 100k copy..
Harap2 target ct berjaya



Maknanya kena jual lebih kurang dalam 17K dalam sebulan....

Agak susah la dalam keadaan pasaran yang lembab nieee....

Tapi tak mustahil la kannn

SITI kena AKTIF untuk PROMOTE album nie...
Interview dalam TV, RADIO...
Buat PROMOSI kat shopping complex seluruh malaysia..
Pastikan lepas 3 bulan, SINGLE BARU terus putar kat radio....
biar ramai tau byk lagu sedap dalam album nie
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 03:08 PM | Show all posts
serius aku rasa mana2 pun lagu ct boleh kalahkan lagu kat ajl etnik kreatif semalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.076302 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list