|
Reply #1394 aziefa's post
seperti ustaz yg dok bg kuliah tu..dia minta mati di Madinah....sempat la bermaaf2an semlm..sebab dia nk berangkat ke sana......dia cakap mana la tahu kalau dia mati sebab dia selalu doa nk mati di Madinah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1393 HUSSAINTAHIR's post
Insyallah....kita percaya niat yg baik pasti Allah restuii..
Pernah berborak seorang Mak Cik tua dari Pantai Timur..
Mak cik tu bercerita dia hgampir 5 tahun bertutut turut pergi puasa sebulan Ramadan kat Mekah..
Kita cakap kat Mak cik tu...Alhamdulillah banyak duit Mak cik dpt pi tiap tahun.
Mak Cik tu cakap..."Dia pi tiap tahun di hantar oleh anak anak dia bergilir gilir"
Dia cakap dah tua tua ni...dia tak mengharap apa apa dari anak dia...rumah pakaian wang..
Semua dia tak nak...yg ada dah mencukupi...Kalauanak dia nak juga memberi apa apa kat emak ialah hantar dia pi umrah...
Jadi dia bercerita anak dia bergilir gilir hantar emak dia pi umrah tiap tahun..
Alhamdulillah..
Insyallah...Hussain mungkin salah seorang anak yg baik seperti mereka.
Mengembirakan hati ibubapa..
Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1376 HUSSAINTAHIR's post
Sebenarnya last night kakak pun miss menontonnya kerana dalam perjalanan balik dari kampong. Tapi memang tak rasa ralat sangat kalau tak dapat menontonya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1393 HUSSAINTAHIR's post
lLakukanlah sesuatu yang boleh mengembirakan kedua ibubapa selaku ada hayatnya hussain. Semoga Allah memakbulkan hasrat murni hussain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1400 Rosputih's post
Silap pulak, selagi ada hayat ye hussain, bukan selaku ada hayat.
Mengenai penerima jemputan umrah kedua tu seperti yang hussain katakan, memang pada pandangan mata kasar kita rasa ada yang lebih patut atau lebih layak lagi menerima umrah percuma ini. Itulah sebabnya kakak mencari-cari apakah justifikasi pemilihannya kerana mereka dilihat dari golongan yang berkemampuan.
Apabila menyaksikan sesi pertemuan kedua ibubapa ini dengan Dato' Fadilah Kamsah, antara lain beliau menyatakan apabila anak-anak telah meningkat dewasa, ibu bapa tidak lagi boleh mengawal atau memaksa anak-anak mengikut kata atau telunjuk mereka selagi apa yang dilakukan oleh anak-anak perkara yang harus atau tidak bertentangan dengan agama. Biarlah anak-anak membuat keputusan sendiri untuk kebaikan dirinya. Beliau menyebut hadith yang mengatakan wanita yang baik selalunya dijodohkan dengan lelaki yang baik. Dan sudah tentu katanya wanita yang di depannaya itu seorang yang baik dan mendapat suami atau jodoh suami yang baik juga. Lahirlah anak yang baik dan anaknya juga seorang yang baik dan akan mendapat jodoh wanita yang baik-baik juga. Begitulah lebih kurang kata-kata Dato' Fadilah yang terasa macam satu kata nasihat yang sangat halus cara penyampaiannya. Kelihatan wanita itumengesat-gesat airmata.
Manakala anaknya pula tanpa berselindung menceritakan pula perbuatan ibunya.Kakak tak sangka sama sekali anak ini sanggup meluahkan perasaan tak puas hati terhadap ibunya yang mana kata-katanya menjadi tonton ramai hanya kerana seorang perempuan. Setelah menyaksikan episod pertama dahulu, saya mengharapkan episod berikutnya akan memaparkan kisah anaknya mungkin merasa bersalah atas kelakuannya dan insaf serta kembali semula ke pangkuan keluarga. Yang menyedihkan , semasa kenduri doa selamat sempena pemergian kedua ibubapanya, malang sekali anak lelakinya tidak dapat pulang untuk turut sama meraikannya yang sudah tentu menimbulkan prasangka.
Tiada niat langsung membuka cerita kurang enak keluarga ini di sini kerana tak mahu mendapat dosa yang tidak sepatutnya. Tetapi kerana ianya telah menjadi tontonan khalayak ramai dan kalau dibicarakan biarlah ialah boleh dijadikan iktbar dan pedoman kepada yang lain dalam mencari kebahagiaan hidup.
Akhirnya apa yang dapat disaksikan diari jemputan umrah kedua ini tak lebih dari memaparkan percanggahan dan pertelengkahan antara ibu dan anak di kaca TV. Semoga Allah swt mengurniakan yang terbaik untuk keluarga ini dan Allah jualah yang lebih Mengetahui segala-galanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah kalau menceritakan perihal orang lain sebagai ikhtibar. Asalkan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan tidak menamakan siapa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1402 ustaz's post
tapi ustaz..dalam kes jemputan umrah seorang anak menceritakan keburukan ibunya...
semoga ALLAH mengampuninya dan mengampuni kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1401 Rosputih's post
Berdasarkan paparan Oasis tersebut, ada yang berpandangan ibunya bersalah manakala ada juga yang berpandangan anaknya bersalah.
Agaknya begitulah nasib seorang yang bergelar ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya banyak sudah dosaku dek sebab membebel semasa menonton jemputan umrah itu. mahu rasanya ku laga2kan kepala kedua-dua orang makhluk tu.
astaghfirullah alazim. astaghfirullah alazim. astaghfirullah alazim. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1403 HUSSAINTAHIR's post
Jika seorang anak mengaibkan ibunya sendiri dengan sengaja, maka Allah akan melaknati dia. Nauzubillahminzaliq... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya bimbang matlamat asal jemputan umrah yang murni ini lari dari tujuannya apabila penerima-penerimanya kelak dipertikaikan atau menjadi topik perdebatan yang tak sewajarnya. Kerana rancangan ini bukanlah bertujuan mencari publisiti atau menaikkan rating station tv dengan cara menimbulkan kontroversi seperti lain-lain program realiti di tv dewasa ini. Apabila isu-isu sampingan lebih mendapat perhatian atau komen-komen dari penonton mengatasi ketidaksabaran untuk menyaksikan perjalanan penerima jemputan umrah ke tanah suci untuk melaksanakan amal ibadah itu sendiri. Apa yang kita ingin saksikan penerima jemputan umrah ini dapat melaksanakan ibadah dengan aman tenteram dan tenang. Sudah tentu kita semua tak mahu perkara berkaitan amal ibadah ini dicampuri dengan unsur-unsur atau pandangan negatif dari penonton yang pelbagai ragam dan hilang serinya.
Tapi apa yang saya katakan hanyalah pandangan peribadi saya yang sangat dangkal ini sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita kena lihat semula niat kenapa kita hendak pergi umrah?
Adakah niat kita ikhlas beribadah kerana Allah ta'ala.
Atau kerana dapat pergi 'melancong' free?
Sekiranya kita pergi dengan niat yang tak betul, mungkin akan berlaku sesuatu yang kita tidak ingini di sana? Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
mak ajak pergi umrah tapi, diri sendiri belum bersedia..
1)Kerana smyang masih kantoi
2)dosa2 biasa masih buat, duk pegang2 tangan bukan muhrim..
3)aurat masih kantoi.. tak tutup betul2..
betulkah panggilan ni untuk aku atau .. ?? ataupun, patutkah bersedia dari sini..?? Atau pergi dulu, balik, baru berubah.. sbb diri belum bersedia berubah.. Terukkah aku nih..??!! ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azeel at 29-4-2008 04:32 PM ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
mak ajak pergi umrah tapi, diri sendiri belum bersedia..
1)Kerana smyang masih kantoi
2)dosa2 biasa masih buat, duk pegang2 tangan bukan muhrim..
3)aurat masih kantoi.. tak tutup betul2.. ...
elok benor lah tu. bak kata orang kampong dah sampai seru. insya Allah, Tuhan akan permudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1410 kitul's post
org kg..?/org bandar..??..
cam tu ke dikatakan seru..?? bukan kerk klu mmg kita nak pegi tu namanya seru..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1384 ustaz's post
Salam
Kalau tak silap saya, pernah terdengar ada orang Malaysia yang jadi imam kat Masjidil Haram. Betulkah? Siapa nama imam yg berasal dr Malaysia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by generasi2 at 26-4-2008 12:58 PM ![](http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
jus nak tanya opinion.. apa kesannya bila korang dah balik umrah..?? ada perubahan tak..? ke masih sama di takok lama..??
Pada anak2 mmg jelas perubahannya...pengalaman akak la...senang sket nak soh anak2 solat tak lah terjerit2 mcm dulu kalu dah masuk waktu tu..
Pada akak pulak...tak sabar nak pergi lagi...rindu dan rindu...tuhan jer yg tau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1409 azeel's post
Buka-lah pintu hati adik untuk menerima ajakan mak...adik akan jadi lebih baik dari sekarang...insya'Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azeel at 29-4-2008 04:32 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
mak ajak pergi umrah tapi, diri sendiri belum bersedia..
1)Kerana smyang masih kantoi
2)dosa2 biasa masih buat, duk pegang2 tangan bukan muhrim..
3)aurat masih kantoi.. tak tutup betul2.. ...
Pada ustaz, tidak wujud ungkapan 'tidak bersedia'...
sekiranya azeel dapat menjejak kaki ke tanah haram, maka azeel sudah tergolong dalam kumpulan 'tetamu Allah'...
kita memang rasa takut sampai ke tanah haram apabila kita terbaca bermacam2 kisah teladan di sana.
Tapi kita kena ikhlas sebelum pergi, ikhlas untuk bertaubat dan ikhlas untuk menjadi orang yang lebih baik...
Apabila jejak kaki ke Masjid Nabawi, keindahannya yang amat2 menakjubkan... dan apabila melihat Makam Rasulullah... azeel akan rasa begitu kecil sekali...
Kemudian azeel akan ke Masjidil Haram pula dan melihat Ka'abah... azeel akan rasa lebih kecil dan menitiskan air mata... masa tu rasa sayu je... rasa insaf akan timbul... bila tiba waktu untuk balik ke tanah air... azeel akan rasa sedih dan hiba nak tinggalkan Ka'abah. azeel akan berdoa agar dapat kembali selepas tawaf widaq.
Azeel akan berubah, kalau tak banyak, sedikit pun jadilah dari takde langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama juga tak jenguk kat sini. Sibuk dgn urusan anak2. Mei 2007 saya pergi umrah dgn hubby...alhamdulillah.
Insyallah 26 mei 2008 hajat saya nak bawa mak mertua dikabulkan. Kali ni saya pergi bertiga. Seronoknya menghitung hari. |
|
|
|
|
|
|
| |
|