|
[Tempatan]
Kempen Boikot Burger Mekdi GAGAL? Post #1557
[Copy link]
|
|
wulan_99901 posted on 8-8-2014 12:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
Aku pun kesian jugak...bila laki sendiri sudah buta hati sebab dah lama bergelumang dgn kekotoran2 ...
Hmm.. boycott mcd, boycott kfc, boycott tesco, boycott starbucks, boycott nestle, boycott boycott boycott. Boycott dan berhenti keje di semua tempat yg ALLEGEDLY berkaitan mendana utk israel
So.... nak keje mana org2 tu semua? One needs to be rational when it comes to a situation like this.
Kalau nak ikutkan org2 yg suruh boycott dan berhenti keje ni.. Boycott sekali negara kamu kerana mereka benarkan franchise yg menyokong zionist dibuka.
|
|
|
|
|
|
|
|
tungkai posted on 8-8-2014 11:25 AM ![](static/image/common/back.gif)
Please clarify where can I get the info on how McD Malaysia allocated some amount of fund to the I ...
....................................
|
|
|
|
|
|
|
|
Yaszmeen posted on 8-8-2014 12:36 PM ![](static/image/common/back.gif)
Hmm.. boycott mcd, boycott kfc, boycott tesco, boycott starbucks, boycott nestle, boycott boycott ...
Orang2 yang terlibat dgn outlet2 berkaitan Yahudi perlu berjiwa besar
tidak salah mereka mencontohi Yahudi yang mereka sendiri jilat jika itu boleh membawa kebaikan
selepas peristiwa besar Holocaust, Yahudi telah berjaya survive di dlm banyak bidang walaupun dlm kepayahan,
jadi alasan pekerja2 agak susah survive jika berhenti sebenarnya tidak boleh diterima pakai sebelum mereka benar2 mencuba
kalau mentor boleh berjaya, selalunya protege akan lebih mudah untuk adopt jalan2 success sedia ada
|
|
|
|
|
|
|
|
kepsi taknak boikot ker??? aku suka kepsi dari mekd...mekd aku tak suka burger pun biasa2 jer..sedap lagi burger kat gerai2 tepi jalan....
sapa dah snap pic restoren mekd hari nih...berjaya ker boikot nih diseluruh negeri..nak tau gaks....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tengah tunggu orang upload muka para jihadis syumul sunni sesambil laung "Boikot Israel"![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Blueberri posted on 8-8-2014 12:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
kepsi taknak boikot ker??? aku suka kepsi dari mekd...mekd aku tak suka burger pun biasa2 jer..sedap ...
KFC takde history or official statement sumbang pada israel...
|
|
|
|
|
|
|
|
Blueberri posted on 8-8-2014 12:54 PM ![](static/image/common/back.gif)
kepsi taknak boikot ker??? aku suka kepsi dari mekd...mekd aku tak suka burger pun biasa2 jer..sedap ...
untuk KFC
Kebenaran Tanpa Penghujung
"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.
Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
![](http://1.bp.blogspot.com/_8o725KPKm3k/SXmBjHAZoSI/AAAAAAAAASU/xlVZDKE9gMs/s320/aku+dan+tan+sri.JPG)
Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.
Untuk org2 yg takut sgt rezeki hilang |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 8-8-2014 12:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
tengah tunggu orang upload muka para jihadis syumul sunni sesambil laung "Boikot Israel"
Kami buat keje ikhlas, tak terpikir nak upload bagai sbb takut jatuh riak
tapi kalau ada juga yg upload, itu bukan untuk menunjuk2 tapi lebih kepada niat utk berdakwah ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Last edited by wulan_99901 on 8-8-2014 01:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nak berdakwah kononnnnnn. bahasa mcm rempit jalanan ada hati nak berdakwah. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
abbyhoney posted on 8-8-2014 01:03 PM ![](static/image/common/back.gif)
untuk KFC
Kebenaran Tanpa Penghujung
Thanks for info...aku memang suka kepsi...merri brown pun sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 8-8-2014 10:35 AM
terhiburnya baca thread nih...
cam tgk soap opera drama etc...
I pun SR,suka baca smash berbalas smash...ada yg lucu,ada aggresif ,ada berhemah.Menangkis hujah2 dgn bijak...yg baik kita terima yg buruk kita reject.Bijak2 forumer sini.Yg sinikal tu lucu,kalau tak faham sarcasm tu jadi gaduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat ketawa berdekah2 uols. |
|
|
|
|
|
|
|
aku benci zionis aku simpati apa yg jadi pada gaza..pada masa yg sama aku pun kesian kat pekerja mekd...mostly ramai yg kaum melayu dan islam..bukan mudah nak tukar kerja dan standing dengan gaji yg mekdi bagi...berapa banyak mekd diseluruh negara dan berapa ramai pekerja mekdi...berapa banyak pulak kerja kosong yg dapat tampung pekerja mekdi nih sekiranya nak tukar kerja lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 8-8-2014 10:40 AM ![](static/image/common/back.gif)
katanya dia bukan tahap manager atau tukang sapu sampah, tahap tinggi punya pekerja. dan katanya k ...
Pelik i tgk org yg dh bkeje bertahun2 (bukan bulan k)
tapi tak seda asal usul kampeni mekdi tu mcmne
dan dan la pas dh tau teros quit
siap bgtau he or she tumbuk menumbuk
drama queen/king sangat
sorry i konpius ddgn kejantinaan die
kejap ckp mcm laki
kejap meroyan mcm pmpuan
![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kt terengganu kakak ckp mcd dah tutup kol 12 td ada org letak kaib rentang merah lg depan kedai. Owner melayu kesian sgt. I simpati. Smoga Allah bantu mudahkan urusan mereka ni rezki Allah luas ameen ya rabbi |
|
|
|
|
|
|
|
brums08 posted on 8-8-2014 01:15 PM
I pun SR,suka baca smash berbalas smash...ada yg lucu,ada aggresif ,ada berhemah.Menangkis hujah2 ...
banyak senyap2 sambil gelak lebih aman... n menyibuk skit2 pun best... tp klu join bertekak mau stress gak nih... sooo juz enjoy the show ja... haha |
|
|
|
|
|
|
|
fuyupoktek posted on 8-8-2014 01:43 PM
Kt terengganu kakak ckp mcd dah tutup kol 12 td ada org letak kaib rentang merah lg depan kedai. Own ...
area mana tu? KT ke dungun? siannyaa... ade pic x? |
|
|
|
|
|
|
|
pokjib nape x buka kedai burger 1msia... tlg staff mcD yg brenti or dibuang... |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 8-8-2014 07:16 AM ![](static/image/common/back.gif)
pemikiran PPRT mcm tu la sis. mana dorg nak boikot cara intelligent dan berhemah mcm sis ni.
sedih jugak tengok bila kata it's ok utk rosakkan harta benda orang. sikit je tu. cuba kalau benda tu terjadi pada dia balik, then dia akan gunakan alasan sokong zionist minta simpati. cannot brainlah.
tak sokong boikot secara keganasan. boikot intelligently.
|
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma posted on 8-8-2014 05:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
Orang yang educated and ada class saja yang fikir macam ni. And as i said before, yang pung pang l ...
yes exactly. malulah ramai ramai kawan kristian siap share gambar "keganasan act" and relate dengan agama pulak.
daripada mereka nak boikot, terus tak jadi sebab dah bertentangan dengan objektif which STOP KEGANASAN, alih alih ko memboikot dengan keganasan. eiiii
|
|
|
|
|
|
|
| |
|