|
--- edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 10:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 12-4-2013 11:36 AM
Caittt! Ada jumpa Rahul tak?
rahul dia tak jumpa..
freddie jumpa kelawar jer sb pegi gua niah...
|
|
|
|
|
|
|
|
--- edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 10:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaa.. idea usue suruh jiha pakai baju kurung peplum diterima pakai oleh lady !! Last edited by wardah75 on 12-4-2013 12:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
janganlah eddie jadikan jiha sikambing hitam..
esh..thread ni mcm misteri plak..kita berdua jer kat sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 12-4-2013 12:00 PM
waaaaaa.. idea usue suruh jiha pakai baju kurung peplum diterima pakai oleh lady !!
yeayy...buleh tukar kerjaya jadi imej consultant..
|
|
|
|
|
|
|
|
--- edited ---
Last edited by ladyFinger12 on 19-6-2013 10:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii....dandan Jiha pakai kurung perplum.... |
|
|
|
|
|
|
|
wardah75 posted on 12-4-2013 12:00 PM
waaaaaa.. idea usue suruh jiha pakai baju kurung peplum diterima pakai oleh lady !!
plot cerita terus berubah!
|
|
|
|
|
|
|
|
“Haaa! Saya tahu... Mesti lepas tu hujan turun lebat, kan?”
“Betul! Sepuluh markah untuk Eddie!” Aku mengurai tawa.
“Jadi, apa konklusi yang awak boleh buat berdasarkan cerita tadi?” Aku menyoal pula.
“Hmm... macam masuk kelas Pendidikan Islam pulak!” Eddie tertawa mengejek aku.
Aku membalas tawanya. “Anggap saja ini sesi kaunseling antara saya dan awak, boleh?”
“Okeh...” Eddie membetulkan kedudukannya di kerusi. Kali ini dia bersandar tubuh sambil matanya merenung aku.”
“Seronok juga sesi kaunseling dengan Cik Najiha ni. Santai!” Aku menerima pujian darinya.
“Ok... saya pun seronok kalau awak seronok. Well?” Kurenung pula wajahnya. Mengharapkan dia menyatakan apa kesimpulan yang dia dapat dari cerita yang kupetik dari penulisan Mujahid.
“Apa?” Dia tak memahami kehendak aku.
“Konklusinya lah!”
Eddie tertawa. “Hmm... Selesaikan sesuatu masalah itu dengan memohon pertolongan dari Allah. Maknanya kita sebagai hamba kena bersolat.”
“Sepuluh markah lagi!” Aku menepuk tangan secara perlahan. Sekadar isyarat saja. Aku tak mahu mengganggu konsentrasi pelanggan-pelanggan yang berada di restoran itu. Tak pasal-passal mengundang perhatian orang pula nanti.
“Awak ni... buat saya macam budak-budak.” Eddie tersengih sinis.
“Tak! Tapi saya memang macam ni. Kalau dengan Wawa pun saya berikan dia soalan-soalan untuk dia berfikir untuk mendapatkan jawapannya sendiri.”
“Wawa?”
“Oh! Anak kakak saya. Baru 9 tahun.”
Sekali lagi Eddie tertawa. “Awak anggap saya ni macam budak umur 9 tahun?” Soalnya dengan wajah yang tidak puas hati.
Aku tersengih. “Taklah macam tu... Awak tak suka ke?” |
|
|
|
|
|
|
|
“Tak... tak... Bukan tak suka.” Sekali lagi Eddie membetulkan kedudukan. Dari tadi aku perhatikan dia asyik berkalih duduk, seperti ada yang tak kena. Memang peel dia macam itu, kut. Monolog hati kecilku.
“Nasib baik awak comel.” Terkejip kelopak mataku sebanyak dua kali sebaik sahaja menerima pujian darinya.
He emm... Aku berdeham bagi menghilangkan gubra akibat dipuji sekali lagi oleh Eddie.
“Berbalik kepada konklusi awak.... Apa yang awak rumuskan tadi tu memang tepat. Jadi bila kita ada masalah, kita kembalilah kepada-Nya Eddie. Insya-Allah, Dia akan bantu. Allah sendiri kata mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.” Kupandang wajah Eddie. Eddie tidak memberikan sebarang riak. Kelopak matanya saja yang terkebil-kebil.
“Eddie, bukan setakat tanah yang kemarau, malah hati awak yang kering serta kontang itu pun Allah boleh hujani dengan kasih dan sayang-Nya yang melimpah ruah. Awak kena yakin dan jangan jemu bermohon.” Kulihat Eddie menunduk.
“Dan saya akan sama-sama mendoakan untuk awak. Saya percaya masih ada sinar kebahagiaan untuk awak, Eddie.” Tanpa jemu kupujuk lagi hatinya. Aku terlalu mengharapkan agar jiwanya yang kosong itu terisi dengan sinar cinta Ilahi. Mudah-mudahan...
********** |
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jeng...
-----
“Eddie!” Suara wanita menjerit membuatkan aku menoleh.
“Lili?” Terkejut aku melihat Lili yang berdiri sambil mencekak pinggang.
“Awak buat apa di sini Lili?” Nada suara Eddie juga kedengaran terkejut.
“Saya yang patut tanyakan soalan tu. Oh, patutlah awak selalu mengelak bila saya ajak jumpa. Rupanya sudah ada perempuan lain!”
Terpinga-pinga aku melihat reaksi Lili. Sungguh aku tak mengerti sandiwara apa yang berlaku depan aku.
“Sampai hati kau Jiha. Aku tahulah kau frust dengan Fahmi. Tak kanlah boyfriend aku pun kau nak kebas? Kau ni kan... pandai bermuka-muka.”
“Boyfriend? Apa ni?” Aku semakin keliru. Kupandang Eddie dengan penuh persoalan.
“Sudahlah Jiha! Aku tak sangka kau sekeji ini. Aku ingat Syirah saja yang menyakitkan hati, tapi kau lagi teruk! Kau robek hati aku, tahu tak?” Suara Lili yang meninggi membuatkan pelanggan lain yang berada di dalam restoran menoleh ke arah kami. Duhh... macam sedang shooting drama pula! Malunya aku apabila menjadi tontonan ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
skrip very the drama...
Kau robek hati aku, tahu tak?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Rahul mana ? Cepatla selamaatkan jiha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|