|
UMRAH & HAJI XI, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Reply 1397# ttatt
Sebenarnya En ttatt dah pun cium hajarul aswad walaupun pada zahirnya tak cium tapi perbuatan kita istilam dan mengucup tapak tangan sbg ganti cium hajarul aswad. Itu lebih baik dari kita bersesak pergi mencium ... sedangkan ianya hanya sunat - buat dapat pahala tak buat rugi. Akan tetapi perbuatan mengkasari, berasak-asak lebih2 pada perempuan sehingga boleh terjatuh hukum menjadi berdosa adalah sgt2 tidak dituntut oleh syara' bahkan ianya bukan sebahagian dari ciri2 umrah yang mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr khabar yang pergi baru2 ni, skrg masih berada di Mekah, time nak masuk Mekah hotel penuh, terpaksa tidur semalaman di Jeddah. Begitu juga di Madinah, hotel penuh, yang tempah bilik berdua terpaksa duduk dalam bilik ber-6 buat sementara. Bukan kesilapan pengurusan travel tapi pengurusan hotel arab yang tamak. Kalau boleh yang balik nanti dapat cerita travel mana yang terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Ikuti catitan yang lahir dari rasa cinta dan rindu kepada Tanah Suci dan ibadat Haji. Pengalaman Diari haji dari hari pertama sehingga akhir yang dapat dijadikan panduan bagi mereka yang akan menunaikan ibadat haji/ umrah dan menggamit memori-memori manis mereka yang sudah menunaikan ibadat haji /umrah.
http://ijaie.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr khabar yang pergi baru2 ni, skrg masih berada di Mekah, time nak masuk Mekah hotel penuh, terpak ...
te_peng Post at 20-3-2012 00:48
mak aihh... sampai camtu... mudah2an tak diuji dengan ujian yg berat2 sampai hilang tumpuan ibadah..semoga dipermudahkan segalanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam selamam ofis mate baru balik dari mengerjakan ibadah umrah.... dia kata la ni jemaah dah ramai sangat... cuaca kat Mekah panas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1405# msvbnet
Tempahan bilik hotel bertindih tindih, serupa mcm musim Ramadan, yang nak masuk Mekah tak boleh terpaksa tinggal lebih lama di Madinah kerana penghuni hotel di Mekah tak keluar. Di Mekah pula tak leh ke Madinah krn penghuni hotel di Madinah tak keluar. Akhirnya tunggu di Madinah dan Mekah balik ke negara masing-masing baru trafik jalan.
Serupalah kes baru nih, terpaksalah duk di hotel Jeddah dan pihak travel pun bawak gi ronda-ronda bandar Jeddah. Setengah jemaah fikir best juga leh ronda bukan semua yg dapat. Tapi ada juga jemaah berfikir kami datang nak ibadah bukan nak ronda-ronda. Tapi bila sampai Mekah ... tawaf kedai juga lebihnya.
Masalah sebegini biasa berlaku di hotel2 bujet lebih2 lagi skrg byk yang dah roboh, yang 5 star tiada masalah punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply msvbnet
Tempahan bilik hotel bertindih tindih, serupa mcm musim Ramadan, yang nak masuk ...
te_peng Post at 20-3-2012 12:42
tulah.. kita mampu merancang je.. Allah yg tentukan... kadang2 TA dh plan proper, tp pihak kat sana yg buat spoil..
semuanya di luar kawalan kita.. mmg kena banyakkan berdoa semoga dipermudahkan...
tq atas info... nanti nk tanya2 TA camana perkembangan bagi yg dah balik... ada tak masalah macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Ikuti catitan yang lahir dari rasa cinta dan rindu kepada Tanah Suci dan ibadat ...
IjAie Post at 20-3-2012 08:11 AM
amat digalakkan untuk share information di forum ini..bukan setakat blog sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamulaikum,
Mintak penjelasan dari kawan-kawan.
Ketika dlm ihram kita tidak boleh memekai wangi2an...bagaimana sekiranya kite memakai pencuci muka, sun block, deodorant dan losyen yang kebanyakannya ada mempunyai bau. Adakah ianya termasuk sebagai pewangi?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 20-3-2012 16:23
Reply 1410# janymgt
Ketika dlm ihram kita tidak boleh memekai wangi2an...bagaimana sekiranya kite memakai pencuci muka, sun block, deodorant dan losyen yang kebanyakannya ada mempunyai bau. Adakah ianya termasuk sebagai pewangi?
Semua tu boleh dipakai sebelum kita niat ihram selepas berniat je semua itu tidak boleh pakai dah sebarang wangi wangian hatta pencuci muka melainkan minyak angin untuk tujuan perubatan. Sebab tu kita tidak boleh cium hajar aswad sebab terdapat wangi wangian disekelilingnya.
Untuk lebih jelas:
Soalan
Adakah seseorang itu dikatakan telah melanggar larangan semasa berihram jika dia melakukan perkara-perkara berikut:-
Menyapu minyak angin (yang wangi baunya)?
Jawapan
Kalau ia bertujuan mendapatkan bau wanginya ia dikenakan dam dan haram. Tetapi kalau merupakan ubat yang perlu digunakan tidak ada ubat lain yang tidak wangi, boleh digunakan dan dibayar dam.
Mengucup Hajar Aswad (Hajar Aswad dibubuh minyak atar)?
Jawapan
Jika diketahui bahawa Hajar itu ada wangi-wangian haram ia mengucupnya kalau dikucupnya dikenakan dam. Kalau ia tidak mengetahuinya lalu tersentuh tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.
Memakai sabun wangi ketika mandi dan membasuh?
Jawapan
Kena dam dan haram.
Menggunakan ubat gigi?
Jawapan
Jika ubat gigi wangi kena dam dan haram.
Memakai krim atau lotion di bibir atau tapak kaki yang kering dan berpecah-pecah untuk mengurangkan rasa perit-pedih?
Jawapan
Jika tidak wangi tidak haram dan tidak kena dam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply janymgt
Semua tu boleh dipakai sebelum kita niat ihram selepas berniat je semua ...
aily Post at 20-3-2012 16:13
JELAS...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1411# aily
Pada pandangan saya bab hukum ni kadang2 bila kita tanya ustaz tu dia ckp begini kadang tanya ustaz lain, lain pula pandangannya. Dalam berbincang bab masalah hukum, saya melihat ada yang setengah pegang pandangan yg begitu tegas, ada pula lebih ringan.
Menggunakan ubat gigi yang berbau harum, minyak, ubatan, sabun berbau wangi, dlm masalah ini disebut dalam buku soal jawab haji dan umrah oleh TH berhukum dengan hukum harus walaupun jika ada berbau wangi kerana penggunaannya bukan kerana berwangi-wangi begitu juga sabun mandi jika digunakan semata-mata dgn maksud membersih adalah harus. Tapi kalau hisap rokok diwangikan tembakaunya spt suria dan gudang garam kena dam.
Utk lebih detail boleh semak dalam buku tersebut. Jadi melihat permasalahan di atas kalau kita nak pegang dengan yang lebih tegas maka terpulanglah kena bayar damlah. Tapi kalau nak pegang hukum yang dijelaskan oleh TH dan pegangan kebanyakkan ustaz mutawif yg pernah saya soal jawab maka terpulang. Semuanya betul atas pandangan masing2.
Dalam bab cium Hajarul Aswad saya menambah lagi, jikalau terlupa dan menyentuh Hajarul Aswad memang tidak berdosa dan tidak kena dam tapi dgn syarat hendaklah segera membersih kawasan tubuhnya yang terkena minyak wangi. Kalau sengaja melengahkannya maka jadi dosa juga dan kena bayar dam. Wallahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1408# msvbnet
Itulah ujian Allah, dalam keadaan serba cukup, Allah uji tetamuNya dengan cara lain pula. Dulu dengan keadaan miskinnya, tidur dlm khemah panas. Zaman sekarang dalam hotel aircond ... tapi aircond pula takleh nak ejas slow ... dah ngumpat pula sesama rakan sebilik. Haji dan umrah mabrur dgn nilaian syurga bukan suatu kerja mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 21-3-2012 05:10
Reply aily
Pada pandangan saya bab hukum ni kadang2 bila kita tanya ustaz tu dia ckp begini k ...
te_peng Post at 21-3-2012 00:03
Akak setuju dengan te_peng.
Bab bab jatuh hukum haram sebenarnya akak pun tak berani sangat nak nyatakan apa yang akak pastekan adalah soal/jawab yang orang ajukan pada ustaz.Memang betul kadang kadang kita pun confuse tanya ustaz ni dia jawap begini tanya ustaz ni dijawap begitu lagi lagi kalau kita pergi dengan berlainan Travel Agensi.
Akak ambil pendirian begini untuk selamat kita cuba elakkan gunakan semua wangian tu semasa ihram. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1415# aily
saya setuju jgk. tp klu xdpt nk di elakkn tpaksa jg nk pakai, kena lah kita yakin dn jgn lg ragu2..
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply msvbnet
Itulah ujian Allah, dalam keadaan serba cukup, Allah uji tetamuNya dengan cara la ...
te_peng Post at 21-3-2012 00:07
betul tu... mcm2 cara Allah nk uji kita nih... salah satu tanda sayangnya Allah pada kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ttatt
Sebenarnya En ttatt dah pun cium hajarul aswad walaupun pada zahirnya tak cium tapi ...
te_peng Post at 20-3-2012 00:37
saya setuju 100%....hukum cium hajarul aswad sunat...buat dapat pahala..tak buat tak dpt apa ...tapi jgn sampai kita menyakiti org lain...dan tidak menjaga aurat....bercampur gaul lelaki dan perempuan...itu salah |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, saya dah berada di Mekah skrg sejak 4 hari yg lepas after spent 4 hari di Madinah. Memang betul..hotel di Madinah sesak. Hotel kitaorg t'paksa ditukar ke hotel lain last minute tp still dkt dgn Masjid Nabawi. Seronok sungguh kt Madinah w/pun apa2 yg kita buat bersesak2 dan t'paksa berdepan dgn perangai orang middle east ni yg menjengkelkan. Saya anggap tu salah satu dugaan Allah swt utk menguji setakat mana bataa kesabaran kita.
Kt Mekah ni plak, hotel kami lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke Masjidil haram. Alhamdulillah.. Dah buat umrah wajib, umrah sunat dan tawaf sunat. Makanan kt hotel kita berciri kemelayuan.. Tu yg special tu! Cook dia layan je permintaan kita, smlm pesan nk nasi lemak. Pagi tadi siap ada nasi lemak terhidang... Kat Madinah plak, kita share dgn jemaah Indonesia & cook pun dr sana, so for sure semua hidangan Indonesia ler..but boleh le telan!
Ni tgh tunggu Maghrib. Pagi tadi buat ziarah di Jabal Thur, Pdg Arafah etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1419# PremierMum
syukur alhmdlh....premiumMUM.....moga di permudahkan segala urusan hinnga pulang ke tanah air...! |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa TA...taknak amik segala dokumen kita awal2..? TA minta semua dokumen sebulan sebelum tarikh berlepas....! |
|
|
|
|
|
|
| |
|