CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SUNRISE PALM

[Copy link]
Post time 6-2-2026 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup dengan cara termampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 09:26 AM | Show all posts
Antara tanggungjawab dan kemampuan: Anak muda terhimpit hutang ibu ayah

Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:26 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Dalam diam, semakin ramai anak muda terpaksa memikul beban hutang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, sama ada dalam bentuk pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan ataupun lain-lain pinjaman yang gagal dilangsaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
29 pages lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:26 AM | Show all posts
Mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan, terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk melunaskan komitmen kewangan ibu ayah, yang mungkin mengalami keuzuran sehingga tidak lagi mampu bekerja, ataupun dibuang kerja, bersara dengan jumlah pencen tidak seberapa dan pelbagai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2026 09:26 AM | Show all posts
Anak-anak yang terikat dengan tanggungjawab moral, mahu tidak mahu, ada kalanya terpaksa mengikat perut sendiri demi memastikan kelangsungan hidup dan maruah ibu bapa serta keluarga terpelihara.  

Tambah memeritkan, ada juga anak-anak yang bukan sahaja diminta melunaskan hutang, tetapi turut menanggung perbelanjaan ibu ayah termasuk membayar bil utiliti serta keperluan asas lain walaupun diri sendiri hanya “cukup-cukup makan”.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
KERANA TANGGUNGJAWAB

Berkongsi pengalamannya, seorang majikan yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia, mengakui situasi itu bukan satu isu baharu dan kini dilihat kian ketara dalam landskap sosioekonomi semasa, khususnya bagi golongan muda daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
Beliau yang menyediakan perkhidmatan logistik, berkata kian ramai anak muda pada hari ini dibebani masalah kewangan yang bukan disebabkan oleh diri sendiri, tetapi kerana memikul komitmen kewangan ibu bapa andai tidak mahu dianggap “anak derhaka”.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
“Saya sebagai majikan mengakui ada beberapa staf saya yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan graduan yang baru bekerja dan baru nak merasa pegang duit sendiri, terpaksa memberi separuh gaji kepada ibu bapa untuk melunaskan hutang, termasuk hutang kenderaan seperti kereta dan motosikal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
“Kebanyakan ibu bapa pekerja ini adalah golongan yang telah bersara dan tidak lagi bekerja...mereka (ibu bapa) ini tidak lagi mampu membayar hutang kenderaan milik mereka dan akhirnya anak-anak menjadi mangsa dan didesak untuk membayar baki hutang yang ada,” katanya kepada Bernama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
Nadia berkata ada pekerjanya sanggup menambah beban kewangan sendiri dengan mengambil pinjaman peribadi bagi melunaskan baki hutang tertunggak ibu bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
“Ada seorang pekerja, umur 25 tahun dan bekerja tidak sampai lima bulan dengan gaji purata RM3,000, cuba mohon pinjaman peribadi. Saya sangkakan untuk diri sendiri, rupanya diminta oleh bapa kerana beban hutang yang banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:27 AM | Show all posts
“Bapa ada rumah, kereta dan motosikal. Setahun sebelum bersara, dia beli lagi sebuah kereta sedangkan hutang kereta sedia ada belum habis dibayar. Oleh sebab tidak mampu tanggung komitmen bulanan, termasuk tanggung isteri dan dua anak yang masih belajar, jalan terakhir dia adalah meminta anak sulung (pekerja) mohon pinjaman peribadi untuk selesaikan semua hutang itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
Selain menyelesaikan hutang, ada juga ibu bapa yang sanggup meletakkan anak dalam keadaan berhutang demi memenuhi kehendak peribadi, seperti yang dikongsikan oleh pengguna platform Thread @notmymainduh02 di laman sosial itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
Dia yang meminta pandangan pengguna Thread lain, berkata ibunya meminta dia membuat pinjaman peribadi untuk membesarkan ruang tamu rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
“Dia (ibu) suruh saya gabung gaji dengan (gaji) dia (buat pinjaman peribadi), saya tidak mahu sebab dia selalu hutang barang di kedai. Hanya bayar separuh bulan dan kemudian sayalah yang perlu selesaikan (hutang) sampai habis.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
“Saya nak bebas hutang, cukuplah hutang dengan kereta (saya) sahaja. Saya baru cakap tak nak (buat pinjaman baharu), dia (ibu) dah bermasam muka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
ISU SOSIAL

Mengulas isu berkenaan, Ketua Program Sarjana Muda Kewangan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu Dr Siti Nurain Muhmad berpendapat fenomena golongan muda terpaksa menanggung hutang ibu bapa atau ahli keluarga, wajar dilihat sebagai isu sosial dan ekonomi yang semakin serius.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:28 AM | Show all posts
Beliau berkata dalam konteks masyarakat Malaysia yang menyanjung tinggi nilai bakti kepada ibu bapa, ramai anak muda akhirnya memikul beban hutang kerana didorong oleh tekanan moral, emosi dan budaya demi menjaga maruah serta mengelakkan ibu bapa berdepan tekanan pemiutang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.186131 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list