CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 11-2-2026 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 01:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:38 PM | Show all posts
Karnival Tahun Baharu Cina DBKK meriah
Februari 11, 2026, Rabu - 10:17am



ALBUM: Ishak bersama Aini merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan semasa menghadiri Karnival Tahun Baharu Cina 2026 anjuran DBKK di Jalan Gaya.

KOTA KINABALU: Penganjuran Karnival Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Jalan Gaya berlangsung meriah, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub.

Karnival Tahun Baharu Cina 2026 itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang diwakili Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ditemani isteri, Datin Tengku Aini Tengku Ibrahim berkata, karnival itu telah menarik kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri sekali gus memeriahkan suasana bandar serta menyumbang aliran ekonomi setempat.

Katanya, penganjuran itu juga secara tidak langsung berupaya menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran majlis yang tersusun dan meriah. Penghargaan juga kepada para penjaja serta peniaga di Jalan Gaya atas kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Menurut beliau, program berasaskan komuniti dan kebudayaan wajar diteruskan kerana ia memberi manfaat langsung kepada rakyat serta merancakkan ekonomi setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:39 PM | Show all posts
Tamu Desa Merampong sedia ruang niaga teratur, kondusif kepada usahawan mikro
Februari 11, 2026, Rabu - 10:27am



MENYOKONG: Ishak meluangkan masa meninjau jualan peniaga di Tamu Desa Merampong sejurus selesai merasmikan kemudahan itu.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub yakin platform seperti Tamu Desa berupaya meningkatkan lagi pendapatan peniaga kecil-kecilan sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi setempat di kawasan Bingkor.

Ishak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor ketika merasmikan Bangunan Tamu Desa Kampung Merampong berkata, kemudahan itu diyakini dapat memberi keselesaan kepada peniaga serta pengunjung setempat.

"Bangunan Tamu Desa berfungsi sebagai pusat ekonomi rakyat yang memberi ruang niaga lebih teratur dan kondusif kepada usahawan mikro kampung, khususnya peniaga hasil tani, makanan dan barangan keperluan harian," katanya.

Tambanya, penyediaan kemudahan asas berorientasikan ekonomi akar umbi merupakan langkah praktikal untuk memastikan pembangunan yang dirancang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, bukan sekadar bersifat simbolik.

Tegasnya, pembangunan berimpak seperti Tamu Desa bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan isi rumah, malah menggalakkan peredaran ekonomi setempat serta mengurangkan kebergantungan penduduk luar bandar kepada pusat bandar.

Dengan siap dan beroperasinya Bangunan Tamu Desa Kampung Merampong, kawasan itu dijangka muncul sebagai tumpuan baharu kegiatan ekonomi dan sosial komuniti, selari dengan usaha memperkasa pembangunan seimbang dan inklusif di DUN Bingkor.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:40 PM | Show all posts
Penunggang motosikal maut dirempuh lori
Februari 11, 2026, Rabu - 12:30pm



MAUT: Keadaan lokasi kemalangan maut membabitkan motosikal dan lori.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tawau-Bombalai, petang Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu mangsa lelaki berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Katanya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 3.40 petang sebelum sepasukan anggota bergerak ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori dan motosikal dan hasil siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 34 tahun dalam perjalanan dari Kuari PBJ, Batu 9 Jalan Apas menuju ke Gudang Empat.

“Selepas melalui Bulatan Jambatan Putih, pemandu lori meneruskan perjalanan ke Jalan Tawau-Bombalai dalam keadaan jalan basah akibat hujan renyai.

“Pada masa sama penunggang motosikal datang dari arah bertentangan iaitu dari Felda Umas menuju ke Tawau,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan kiri jalan sebelum tercampak ke laluan lori lau terkena tayar belakang sebelah kanan lori berkenaan.

“Impak perlanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil menambah pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Champin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut termasuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati terutama ketika keadaan jalan licin akibat hujan.

“Pematuhan peraturan lalu lintas serta pemanduan berhemah mampu mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2026 01:41 PM | Show all posts
Lebih 2,300 unit cecair vape dirampas
Februari 11, 2026, Rabu - 12:31pm



RAMPAS: Sebahagian rampasan cecair vape diperoleh semasa operasi ini.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas lebih 2,300 unit cecair vape pelbagai jenama dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis sekitar Likas di sini.

Operasi Op Taring Landai E-Cigarette Mega digerakkan hasil kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan hasil risikan dan pemantauan terhadap aktiviti penjualan produk vape di premis berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemukan 92 jenis perisa vape dipamerkan di kaunter jualan.

“Pemeriksaan lanjut oleh PPM Wilayah 4 Sabah menemukan sebanyak 2,353 unit cecair vape pelbagai jenama disimpan di dalam premis sama.

“Semua barangan berkenaan disyaki melanggar peruntukan undang-undang mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM75,825.

Katanya, tindakan diambil selaras usaha membendung penjualan produk merokok dan vape yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Operasi penguatkuasaan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membanteras penjualan serta pengedaran vape secara haram.

“Pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penjualan dan pengedaran vape secara haram, khususnya yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti berkenaan diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:42 PM | Show all posts
Sindiket Fake BTS Johor tumpas
Februari 11, 2026, Rabu - 12:33pm



RAMPAS: Rampasan peranti komunikasi tidak diperakui yang berupaya memintas rangkaian sah serta menghantar SMS palsu secara terus kepada telefon bimbit pengguna berhampiran.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menumpaskan satu lagi aktiviti sindiket pemancaran Stesen Pangkalan Palsu atau Fake Base Transceiver Station (Fake BTS) menerusi operasi di sekitar kawasan Bukit Chagar, Johor Bahru, semalam.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan berkenaan dilaksana selepas mendapat maklumat awam serta hasil pemantauan teknikal dan analisis rangkaian yang mengesan corak pemintasan rangkaian telekomunikasi selain penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kepada pengguna.

Jurucakap suruhanjaya itu berkata, operasi bersepadu dijalankan bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi menjejaki punca gangguan rangkaian dan aktiviti mencurigakan di lokasi tumpuan orang ramai.

“Pasukan penguat kuasa kemudian mengenal pasti seorang individu dan sebuah kenderaan yang dijadikan platform pemancaran peranti Fake BTS.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi mengesahkan penggunaan peranti komunikasi tidak diperakui yang berupaya memintas rangkaian sah serta menghantar SMS palsu secara terus kepada telefon bimbit pengguna berhampiran,” katanya.

Menurutnya, modus operandi itu membolehkan sindiket menyamar sebagai penyedia perkhidmatan atau institusi kewangan bagi memperdaya mangsa melalui pautan penipuan.

“Siasatan awal mendapati individu terlibat direkrut melalui tawaran pekerjaan dengan bayaran harian untuk mengendalikan peranti berkenaan.

“Taktik itu dipercayai digunakan sindiket bagi meluaskan operasi tanpa mendedahkan struktur sebenar rangkaian jenayah, selain mengaburi pihak berkuasa.

“Penemuan itu mengukuhkan kewujudan rangkaian sindiket yang menyasarkan kawasan tumpuan awam seperti pusat bandar dan hab pengangkutan, sekali gus meningkatkan risiko penipuan dalam talian,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

“Bagi kesalahan Seksyen 239 Akta 588, individu yang disabitkan boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sementara itu, kesalahan mengikut Peraturan 16 pula membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC menegaskan tidak berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan rangkaian komunikasi oleh sindiket tidak bertanggungjawab yang menjejaskan keselamatan pengguna,” katanya.

Katanya, usaha pemantauan teknikal serta penguatkuasaan terus dipergiat bagi melindungi orang ramai dan memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan rangkaian komunikasi negara sentiasa terpelihara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 01:43 PM | Show all posts
Kejayaan Norcy Beauty Lab jadi inspirasi usahawan Sabah
Februari 11, 2026, Rabu - 12:35pm



LAWAT: Ewon melawat kilang produk kecantikan milik Norsiah.

KOTA KINABALU: Kejayaan Norcy Beauty Lab wajar dijadikan inspirasi kepada usahawan Sabah supaya lebih berani mengembangkan perniagaan dan bersaing di peringkat nasional.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, jenama tempatan itu kini menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan Brunei selepas bermula secara kecil-kecilan di Matunggong.

Katanya, syarikat berkenaan menggaji sehingga 15 pekerja dengan nilai perolehan hasil mencecah hampir RM10 juta, sekali gus membuktikan potensi besar usahawan Sabah dalam industri kecantikan.

Beliau berkata, sokongan kerajaan melalui agensi berkaitan banyak membantu perkembangan perniagaan berkenaan, termasuk bantuan geran ketika beliau menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Semasa saya di KUSKOP melalui SME Corp tahun lalu, saya menyampaikan bantuan geran kepada beliau bagi memperluaskan perusahaan.

“Saya berbangga melihat Norcy bermula pada skala kecil di Pusat Keusahawanan Matunggong yang saya rasmikan ketika memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, kini berkembang dengan memiliki kilang sendiri di Matunggong serta kilang OEM di Nilai.

“Inilah semangat Sabah First, bukan hanya berusaha di negeri sendiri, sebaliknya berani bersaing dan memperluaskan perniagaan ke luar Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kilang perusahaan produk kecantikan milik usahawan Sabah, Norsiah Ahiddin, di Nilai, Negeri Sembilan.



KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan di hadapan kilang produk kecantikan milik Norsiah.
Menurutnya, jemputan merasmikan kilang baharu syarikat itu mencerminkan komitmen usahawan tempatan untuk terus meningkatkan kapasiti pengeluaran serta kualiti produk.

“Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah komited menyalurkan sokongan bersesuaian bagi membantu pengembangan perniagaan usahawan Sabah termasuk aspek pembiayaan, latihan dan akses pasaran.

“Kisah kejayaan Norcy selari dengan aspirasi Sabah First yang digerakkan kementerian bagi melahirkan lebih ramai rakyat Sabah berpendapatan sama ada sebagai pemilik perniagaan atau tenaga kerja dalam syarikat milik tempatan,” katanya.

Beliau berkata, fokus turut diberi kepada peningkatan standard serta kualiti produk dan perkhidmatan supaya jenama Sabah mampu bersaing dengan pemain industri di peringkat lebih tinggi.

“Melalui wawasan ini, saya memberi penekanan kepada peningkatan mutu dan daya saing usahawan.

“MINDET akan memastikan sokongan wajar disalurkan bagi membantu Norcy terus berkembang,” katanya.

Tambahnya, pencapaian syarikat itu membuktikan usahawan luar bandar juga mampu mencipta jenama kukuh jika mendapat bimbingan dan peluang yang tepat.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Norsiah atas usaha gigih membangunkan perniagaan sehingga berjaya membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Katanya, kejayaan Norcy Beauty Lab diharap menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai usahawan Sabah untuk mencuba bidang baharu dan mengembangkan operasi ke pasaran lebih luas.

Beliau percaya lebih banyak kisah kejayaan mampu dilahirkan sekiranya ekosistem keusahawanan terus diperkukuh melalui kerjasama kerajaan, agensi dan pemain industri.

“Syabas dan tahniah kepada Norsiah Ahiddin. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan serta rakyat Sabah untuk terus melangkah ke hadapan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:45 PM | Show all posts
Penunggang maut, kemalangan motosikal dan treler di Jalan Pesisir Bintulu-Miri
Februari 11, 2026, Rabu - 10:37am

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 24 Jalan Pesisir Bintulu-Miri pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Nixon Joshua Ali berkata, kejadian pada jam 3.05 petang itu dipercayai berlaku semasa pemandu treler bermuatan kontena dalam perjalanan dari arah Samalaju menuju ke Tanjung Kidurong melalui Jalan Pesisir Bintulu-Miri.

Katanya, di laluan berkenaan berhampiran SSGP Bintulu, mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan treler yang bergerak lurus.

"Akibatnya mangsa terlanggar bahagian tayar sebelah kanan treler tersebut dan tergilis sehingga mengalami kecederaan di pelbagai bahagian badan," ujarnya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu yang bergegas memberi bantuan di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut.

"Sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian berkenaan, boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Pung Ting Khang (Balai Trafik Bintulu) di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu (086-318304).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:47 PM | Show all posts
Tiang santuni orang ramai di Pusat Komersial Rejang Park sempena Tahun Baharu Cina
Februari 11, 2026, Rabu - 10:46am



Tiang menyerahkan angpau ketika turun padang ke Pusat Komersial Rejang Park di sini, hari ini.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang hari ini turun padang ke Pusat Komersial Rejang Park bagi menyantuni orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina selain mengedarkan angpau kepada penduduk setempat sebagai tanda berkongsi kegembiraan dan keberkatan perayaan.

“Kami turun padang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada orang ramai serta mengedarkan angpau sebagai simbol perkongsian kegembiraan perayaan ini kepada semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, suasana perayaan jelas terpancar apabila melihat ahli keluarga berkumpul bersama untuk menikmati sarapan dan meluangkan masa berkualiti sempena musim perayaan.

Menurutnya, detik sedemikian amat bermakna dan mencerminkan nilai kekeluargaan yang menjadi teras kepada sambutan perayaan.

“Saya berharap semua masyarakat dapat menyambut Tahun Baharu Cina dengan penuh kegembiraan, kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang,” katanya.



Tiang juga berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di SJKC Taman Rejang.

Beliau turut berharap agar sambutan Tahun Baharu Cina dalam Tahun Kuda membawa kesejahteraan, kekuatan serta kemakmuran kepada seluruh masyarakat.

Tiang berkata, kira-kira 700 angpau telah diagihkan di beberapa lokasi termasuk lebih 200 di Pasar Li Hua, menjadikan hampir 1,000 angpau disampaikan di dua hingga tiga lokasi sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu, beliau turut berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Taman Rejang yang diadakan bersempena lawatan beliau ke kawasan tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:49 PM | Show all posts
Pang agih kurma, kalendar kepada sembilan JKKK di Bintulu
Februari 11, 2026, Rabu - 11:49am



Pang (tengah) menyampaikan sumbangan kurma kepada pihak JKKK berkaitan.

BINTULU: Beberapa kotak buah kurma termasuk kalendar 2026 telah disumbangkan kepada sembilan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Bintulu khasnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu pada semalam.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang di Pusat Khidmat N68 Tanjong Batu, Bintulu Sentral di sini.

Pang berkata, sumbangan buah kurma tersebut adalah sebagai persediaan masyarakat Islam yang akan menyambut ketibaan bulan Ramadan.

"Ia juga sebagai tanda keprihatinan pihaknya terhadap masyarakat Islam yang akan menjalani ibadah puasa pada bulan tersebut," katanya.

Beliau berkata, sembilan JKKK yang menerima sumbangan itu terdiri daripada JKKK Lucky Tower, Taman Tinggi, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew, Iris Garden, YTD Garden, Taman Binco, Sample Park, Bandar Jaya dan Taman Kemena.

Katanya, umat Islam berpuasa dari Subuh hingga terbenam matahari semasa Ramadan dan memakan buah kurma semasa berbuka mempunyai makna yang penting.



Pang (dua kanan) menyerahkan sumbangan kurma dan kalendar tahun baharu 2026 kepada pihak berkaitan.

“Kurma kaya dengan gula semula jadi, serat dan mineral yang dengan cepat menambah tenaga dan menstabilkan gula darah setelah berpuasa dalam jangka masa yang lama," ujarnya.

Pang berkata, ia juga membantu sistem pencernaan menyesuaikan diri dengan pemakanan, menjadikannya pilihan makanan yang ringan dan berkhasiat semasa berbuka puasa.

Ujarnya, kurma melambangkan keberkatan dan perkongsian jadi mengagihkan kurma pada malam Ramadan merupakan satu bentuk penghormatan dan perkongsian pemahaman antara budaya.

“Saya berharap melalui sumbangan ini, rakan-rakan Islam akan merasa meriahnya Ramadan serta kumpulan etnik berbeza akan lebih memahami adat dan kepercayaan masing-masing," tambahnya.

Katanya, Sarawak amat dikenali dengan kepelbagaian, keharmonian, saling menghormati dan toleransi antara kumpulan etnik berbeza yang menjadi asas penting untuk kestabilan dan pembangunan sosial.

Disebab itu katanya, sumbangan seumpamanya diharap dapat menggalakkan persefahaman antara kumpulan etnik berbeza dan menjadikan ia sebagai platform untuk mengukuhkan ikatan komuniti, mewujudkan suasana sosial yang harmoni dan inklusif.



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:51 PM | Show all posts
Lelaki maut motosikal ditunggang terbabas langgar penghadang jalan di Meradong
Februari 11, 2026, Rabu - 12:12pm

BINTANGOR: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di KM476.3 Jalan KJD (Pan Borneo), Meradong, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke Bintangor.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke bahu kiri jalan lalu melanggar penghadang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tambahnya, mangsa dilaporkan terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.

Tansli turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektoe Mohd Zainal Abdul Ghafar di talian 084-693222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan memiliki lesen memandu yang sah.

“Patuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas yang ditetapkan demi keselamatan bersama,” tegasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 01:52 PM | Show all posts
sbh - Kejayaan Norcy Beauty Lab jadi inspirasi usahawan Sabah

swk - Lelaki maut motosikal ditunggang terbabas langgar penghadang jalan di Meradong

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 03:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 04:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 04:26 PM | Show all posts
Matbali lancar skuad 'Sukarelawan DMM Bersamamu'
Februari 11, 2026, Rabu - 2:24pm



ALBUM: Matbali merakamkan gambar kenangan bersama anggota-anggota Sukarelawan DMM Bersamamu sempena majlis pelancaran itu.

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah melancarkan 'Sukarelawan DMM Bersamamu', dalam usaha menggerakkan aktiviti sukarelawan di kawasan Sipitang, khususnya dalam membantu masyarakat setempat.

Mengulas lanjut, Matbali berkata, skuad sukarelawan itu akan menjalin kolaborasi dengan agensi serta jabatan kerajaan yang bertindak memberikan sebarang bantuan atau khidmat terutama sekali ketika musibah banjir dan juga dalam situasi lain yang berkaitan.

Katanya, pendekatan itu merupakan tanda kebersamaan terhadap masyarakat di Sipitang khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan DUN Sindumin yang ditimpa musibah bencana dan sebagainya.

"InsyaAllah skuad sukarelawan akan bertindak dan membantu dalam apa juga keadaan yang berlaku di kawasan Sipitang sebagai contoh sekiranya berlaku musibah.

"Mereka akan menjalin kolaborasi bersama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga agensi lainnya.



SIMBOLIK: Matbali memotong riben sebagai gimik pelancaran Sukarelawan DMM Bersamamu yang diadakan dekat sini pada malam Selasa.

"Sukarelawan ini telah pun memulakan gerak kerja untuk program sukarelawan ini antaranya, ziarah pesakit di hospital, kawasan-kawasan mukim lah. Termasuklah ziarah kematian dan juga sebagainya," katanya.

Ketika ditanya mengenai bentuk gerak kerja sukarelawan yang dalam perancangan akan dilaksanakan, Matbali memberitahu jawatankuasa itu akan melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian, dengan fokus membawa kesejahteraan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Setakat ini, Sukarelawan DMM Bersamamu dianggotai kira-kira 51 orang dan menjangkakan lebih ramai penglibatan masyarakat setempat ke skuad terbabit, bergantung keperluan dan situasi semasa dalam menggerakkan sebarang kegiatan sukarelawan, demi kepentingan masyarakat.

Tambahan itu, Matbali berkata, anggota-anggota sukarelawan yang ada ketika ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan juga pendidikan serta kemahiran yang diyakini dapat menyumbang dengan kebolehan masing-masing dalam menjayakan kegiatan serta program sukarelawan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 04:33 PM | Show all posts
Tiang santuni orang awam di Pasar Jaya Li Hua
Februari 11, 2026, Rabu - 2:11pm



Tiang (dua kanan) berbual mesra dengan penjaja di Pasar Jaya Li Hua, Jalan Pahlawan ketika mengagihkan angpau dan tanglung kepada orang ramai, hari ini.

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang telah berkunjung ke Pasar Jaya Li Hua di Jalan Pahlawan, hari ini untuk mengagihkan tanglung dan sampul angpau kepada penjaja serta pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, pendekatan tersebut memberi ruang untuk berkongsi kegembiraan musim perayaan serta berinteraksi dengan masyarakat dalam suasana lebih mesra dan santai.

Menurutnya, program sama akan diteruskan ke beberapa pasar di Pelawan bagi menyantuni masyarakat setempat sempena musim perayaan ini.

"Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Rakyat Sarawak sentiasa meraikan perayaan bersama dalam suasana harmoni.

"Saya mendoakan agar semua dikurniakan kemakmuran, kegembiraan dan kesihatan yang baik sempena Tahun Kuda," ujarnya kepada pemberita.



Tiang (tiga kiri) mengagihkan sampul angpau kepada pengunjung di Pasar Jaya Li Hua, Jalan Pahlawan, hari ini.

Dalam pada itu, Tiang turut mengingatkan bahawa rakan-rakan Muslim di Sarawak bakal menyambut bulan Ramadan pada hari ketiga Tahun Baharu Cina.

"Saya mendoakan agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan aman, sejahtera dan penuh keberkatan bersama keluarga.

"Ramadan merupakan bulan yang amat bermakna buat seluruh umat Islam di Sarawak," jelas beliau.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 04:34 PM | Show all posts
SUPP Bukit Assek jemput penduduk Sibu untuk sambutan TBC pada 21 Februari
Februari 11, 2026, Rabu - 2:14pm



Chieng (duduk empat kiri) bersama ahli jawatankuasa penganjur sambutan TBC SUPP Bukit Assek dan Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek pada sidang media hari ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek dan Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di hadapan Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek, Jalan Tong Sang pada 21 Februari depan bermula jam 6.30 petang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng menjemput penduduk Sibu untuk hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan dan berkongsi kegembiraan perayaan ini bersama.

"Sambutan Tahun Baharu Cina ini merupakan acara komuniti tahunan di kawasan Bukit Assek dan telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sejak bertahun-tahun lamanya.

"Ia bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Tahun Baharu, malah merupakan detik penting bagi pusat khidmat untuk berinteraksi dengan komuniti serta memupuk keharmonian.

"Setiap kali tibanya Tahun Baharu Cina, semua lapisan masyarakat berkumpul bersama, mewujudkan suasana yang meriah, mesra dan penuh kehangatan," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Chieng memberitahu, sambutan tahun ini akan menampilkan pelbagai acara yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga, dengan pelbagai persembahan serta aktiviti interaktif akan diadakan bagi membolehkan para hadirin menyambut Tahun Baharu dalam suasana yang santai dan penuh kegembiraan.

Selain itu katanya, cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik juga akan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah sekian lama menyokong SUPP Bukit Assek dan Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek.

Hadiah utama cabutan bertuah merupakan sebuah peti sejuk, diikuti sebuah telefon bimbit untuk hadiah kedua dan sebuah mesin basuh bagi hadiah ketiga.

Hadiah keempat hingga keenam pula masing-masing sebuah ketuhar gelombang mikro, kipas berdiri dan kipas meja.

"Selain itu, sebanyak 30 bakul hadiah eksklusif turut disediakan.

"Kesemua hadiah ini pastinya akan menambah lagi kejutan dan keceriaan kepada acara tersebut," jelas beliau sambil menambah kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hadir semasa majlis juga akan mendapat angpau.

Dalam pada itu, jawatankuasa penganjur juga telah dibentuk bagi menjayakan majlis itu yang diketuai Ketua Sayap Pemuda SUPP Bukit Assek Kaunselor Kiing Teck Ho.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2026 04:35 PM | Show all posts
Sejambak Kasih tanda prihatin, tanggungjawab sosial
Februari 11, 2026, Rabu - 2:51pm

Ia bantu kerajaan pastikan tiada rakyat memerlukan tercicir dalam arus pembangunan



Fatimah (duduk tengah) dan tetamu lain bersama penerima bantuan Tahun Baharu Cina dan penerima bantuan terpilih di Bintulu, semalam. - Gambar UKAS

"Usaha ini juga menunjukkan semangat kerjasama rakyat Sarawak dalam membantu golongan memerlukan."

Dato Sri Fatimah Abdullah
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti

BINTULU: Penyerahan sumbangan melalui Majlis Sejambak Kasih merupakan usaha untuk meringankan beban kewangan penerima sekali gus sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat memerlukan pada musim perayaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, melaluinya akan dapat membantu kerajaan negeri memastikan tiada rakyat yang memerlukan tercicir dalam arus pembangunan.

Justeru katanya, kerjasama kerajaan, sektor korporat dan komuniti amat penting dalam membantu membina sistem sokongan sosial yang kukuh dan mampan dalam masyarakat.

"Usaha ini juga menunjukkan semangat kerjasama rakyat Sarawak dalam membantu golongan memerlukan," ujarnya berucap pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina Bahagian Bintulu 2026 di sini, semalam.



Fatimah, Angellie, Khairul memasukkan bahan ke dalam Yee Sang sebelum mula menggaulnya dengan upacara turut disertai tetamu lainnya.-Gambar UKAS.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak Angellie Stephen Raja yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, Setiausaha Tetap kementerian terbabit Nur Alina Abdullah serta Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Muhammad Zakeria Hattar.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Bintulu Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, Pengurus Besar Malaysia LNG (MLNG) Sdn Bhd Khairul Ariffin Idris, Temenggung Dato Chai Shong Phian dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Zanalia Natasha Radwan.

Beliau berkata, sektor swasta yang terlibat sama dalam program seumpamanya amat penting dalam membantu penerima bantuan supaya bantuan secara lebih menyeluruh dan berkesan dapat disalurkan kepada golongan memerlukan pada musim perayaan.

Terdapat seramai 3,423 penerima bantuan bulanan di bahagian Bintulu.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 262 orang menerima bantuan Tahun Baharu Cina dan 100 lagi penerima bantuan terpilih yang menerima wang tunai RM100 berserta hamper makanan sumbangan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.497931 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list