CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE

 Close [Copy link]
Post time 12-9-2024 12:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 12:09 PM | Show all posts
DUN Mahkota: Nadi pembangunan dan kemajuan daerah Kluang

KLUANG: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang terletak di pusat bandar Kluang adalah 'nadi' kepada daerah berkenaan, memandangkan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran serta kawasan tumpuan perindustrian dan perniagaan.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kluang, Mohd Faiz Mohd Salleh, berkata DUN Mahkota dihuni seramai 79,707 penduduk dengan majoritinya bekerja di sektor awam atau swasta, selain dalam bidang industri.

"Faktor ini turut dipengaruhi oleh kehadiran beberapa kawasan perindustrian dengan kira-kira 500 kilang. Selain itu, daerah Kluang juga menempatkan kilang-kilang gergasi termasuk kilang jubin terbesar yang menghasilkan produk berkualiti tinggi sehingga menembusi pasaran antarabangsa," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Faiz berkata perkembangan ekonomi juga membawa kepada pembangunan infrastruktur yang baik, termasuk jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan tersebut dengan daerah lain seperti Batu Pahat, Mersing dan Kulai.
Selain itu, Stesen Keretapi Kluang yang terletak dalam kawasan DUN Mahkota turut berperanan menghubungkan daerah-daerah berhampiran seperti Segamat dan Kulai, katanya.


Beliau turut berpandangan kawasan DUN Mahkota akan menjadi tumpuan utama serta mendapat limpahan ekonomi apabila Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (Gemas-JB EDTP) dijangka siap pada 2025.
Gemas-JB EDTP adalah projek perkhidmatan tren elektrik sepanjang 192 kilometer meliputi empat daerah utama di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

"EDTP ini bakal menyaksikan beroperasinya ETS milik Keretapi Tanah Melayu Bhd, yang secara tidak langsung dapat merancakkan sektor pelancongan kerana akan menghubungkan laluan dari selatan dan utara tanah air," katanya.

Menyentuh sektor pelancongan, Mohd Faiz berkata antara lokasi menarik tumpuan pelancong ialah Kluang Rail Coffee. Tempat ini terkenal dengan minuman berasaskan kopi dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kopitiam tertua di Malaysia.

Kluang Rail Coffee yang terletak di Stesen Keretapi Tanah Melayu Kluang bermula sebagai perniagaan keluarga pada 1938, kini ia menjadi 'ikon' daerah tersebut dan merupakan 'lokasi wajib singgah' kepada pelawat yang mempunyai urusan di kawasan berdekatan.

"Turut menjadi tumpuan ialah Rumah Seni, sebuah banglo yang dihiasi dengan lukisan tiga dimensi (3D) di keseluruhan dindingnya. Lukisan-lukisan tersebut termasuklah gambaran lokasi tempat pembukaan daerah Kluang, iaitu Kampung Palembang yang dikatakan mempunyai banyak keluang (sejenis kelawar besar) ketika ia dibuka," katanya.

Daerah Kluang akan menjadi tumpuan mulai Sabtu ini, apabila 'gelanggang' Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota dibuka secara rasmi dengan proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, disusuli hari pengundian pada 28 September, manakala pengundian awal pada 24 September ini.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara akan menunaikan kewajipan memilih wakil rakyat baharu DUN itu.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, dari Barisan Nasional (BN) pada 2 Ogos lalu, ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini. – BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berit ... ajuan-daerah-kluang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:09 PM | Show all posts
Kuala Lumpur at evening, Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2024 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 12:10 PM | Show all posts
Raptai penuh perarakan panji Agong lancar

PUTRAJAYA: Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini berjalan lancar.

Seramai 25 pegawai dan 503 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Muhammad Firdaus Sa'ad, mengambil bahagian dalam raptai tersebut sebagai persediaan untuk acara sebenar yang akan berlangsung pada Sabtu ini

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong akan diarak Sabtu ini, iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panji-Panji tersebut adalah anugerah Yang di-Pertuan Agong yang disanjung tinggi oleh setiap anggota Rejimen Askar Melayu Diraja. Ia menjadi simbol taat setia dan sentiasa menjadi dorongan dalam perjuangan mereka mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.


Panji-Panji adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat serta ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap Raja dan negara.


Antara acara istiadat pada Sabtu ini ialah tembakan kehormatan 21 das, yang akan disempurnakan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Mejar Hafizan Mat Ghani.

Acara diteruskan dengan formasi terbang lintas hormat lima pesawat helikopter yang membawa lima bendera iaitu Jalur Gemilang, ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai Mejar Mohd Fazruzaman Md Faril dari Skuadron 10 TUDM.

Antara pimpinan yang dijangka menghadiri istiadat perarakan Panji-Panji itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Istiadat bersejarah itu juga akan disaksikan oleh duta luar negara untuk memperlihatkan ATM sebagai pasukan yang boleh dipercayai, taat dan sedia berjuang untuk raja dan tanah air. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:11 PM | Show all posts
3 pemain lagenda Manchester United iaitu Ryan Giggs, West Brown dan Park Ji Sung kongsi pengalaman menaiki penerbangan syarikat tempatan, Malaysia Airlines.
Mereka memberi pujian dengan servis dan kualiti makanan yang diberikan semasa berada dalam flight.
Sebagai rakyat Malaysia, rasa bangga itu tetap ada melainkan anda seorang fans kelab kerdil EPL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:11 PM | Show all posts
Sabri bimbang dituduh hendak jadi ustaz

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Sabri Yunus tidak menganggap dirinya layak untuk menjawab kemusykilan agama, meskipun mengacarakan program berkonsepkan Islamik bersama isteri, Ardini Angeline Tan berjudul Angeline Tanya Abang Jawab.

Sabri berkata, selain enggan mengambil risiko, dia tidak mahu mengundang persepsi negatif pelbagai pihak.

"Dalam program ini saya menjalankan tugas sebagai suami yang perlu jawab pertanyaan isteri mengenai agama Islam.

"Tapi, saya memang tak berani untuk jawab pertanyaan orang lain kecuali rakan terdekat.


"Saya bukan ustaz, jadi kena hati-hati. Saya tak berani ambil risiko dan bimbang orang anggap nak jadi ustaz." katanya ditemui pada majlis pelancaran program Angeline Tanya Abang Jawab di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Program 13 episod yang bakal bersiaran di TV AlHijrah bermula 18 September ini menyaksikan pasangan tersebut saling berinteraksi melalui soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang popular dengan watak Wan Ismail Golok dalam sitkom, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu memberitahu, dia tidak pernah bercakap mengenai agama Islam sepanjang tempoh perkenalannya dengan Angeline.


Sabri berkata, dia memperoleh keberanian untuk bercerita mengenai Islam kepada Angeline selepas melamar aktres itu sebagai isteri.

"Selama berpuluh tahun hidup, saya tak berani cakap apa pun kerana ia perkara sensitif.

"Saya sangat berjaga mengenai perkara ini. Dengan Angeline saya jaga adab walaupun sebenarnya suka bergurau dan mulut celupar.

"Selepas menawarkan diri untuk menjadi suami, masa itu baru saya berani bercerita mengenai Islam. Dia pun mula bertanya macam-macam.

"Daripada situ, saya kena rajin cari ilmu. Saya hubungi adik, seorang ustaz di kampung.

"Saya juga tengok YouTube dan pilih bahan sesuai untuk Angeline," jelas Sabri.

Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu pada majlis tertutup di Kangar, Perlis.

Sebelum ini, Sabri kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser.

Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, manakala Angeline memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, Sabri bersaing dalam kategori Aktor Pembantu Filem Popular dan Artis Komedi Popular.

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, ABPBH 36 mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia.

ABPBH 36 diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.



https://www.bharian.com.my/hibur ... h-hendak-jadi-ustaz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2024 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:12 PM | Show all posts


Sabri mendedahkan memperoleh keberanian untuk bercerita mengenai agama Islam kepada Angeline selepas melamar aktres itu sebagai isteri. - NSTP/Ahmad Ukasyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 12:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.795299 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list