CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 14-2-2006 08:25 PM | Show all posts
salam

keras sangat saudara MEMBACA KALAMNYA tu
habis lari nanti binatang ternak tu
tapi nak jugak rasa cam syeikh belalang
tapi mestilah seorang MUSLIMAT dan MUKMINAT
dan hendaklah maksudnya bersamaan
agar dapat diri ini menghidu HARUMAN DARI SYURGA
yang TERNYATA DAPAT DIHIDU DARI JARAK 70 TAHUN PERJALANAN
tapi terlalu jauh
dan masih sangat jauh..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gennosukesama This user has been deleted
Post time 15-2-2006 05:50 PM | Show all posts
Maksud firman Allah: dan ada di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. (Luqman:6)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 15-2-2006 05:50 PM
Maksud firman Allah: dan ada di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah  ...



Betul tu, kadang2 orang mengunakan perkataan sesat dengan mudah dan membuta tuli, mereka tak sedar berkata kepada seseorang sesat kepada seseorang yang tidak mengatakan balik orang yang kata padanya akan terjadi orang yang sesat tu kepada yang berkata. seperti mana hadis2 yang pernah disebut sebelum ini.

Seseorang yang tidak pernah menghina orang yang mengata padanya tapi dibalas dengan memdoakan kepada sipegata itu. Manusia yang luar biasa, orang lempar racun padanya, dia beri madu pada orang itu.


[ Last edited by Abuyazid at 15-2-2006 09:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 10:39 PM | Show all posts
Disini saya pastekan kuliah Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Dimana dia mengajak kita kepada Tuhan, tapi yang menjadi persoalan saya kenapa pihak-pihak yang tertentu mengatakan berbagai tohmahan yang tidak diungkapkan oleh manusia yang harus ada nilai rasional dalam permikiran merka, pelbagai tomahan, caci maki, umpat dan mengatakan yang tak seharusnya...

kenapa hasil2 minda Ust Ashaari dapat membuatkan orang senang hendak melakukan ibadah, mengapa minda Ust Ashaari mudah dipaham dan senang pula hendak diceritakan pada orang awam macam kami ni ... mengapa mindanya dapat meningkatkan keimanan seseorang, mengapa minda beliau boleh membuatkan orang bukan islam ada yang masuk islam, mengapa minda beliau dapat meningkatkan keislaman orang yang jahil seperti kami ini, mengapa minda beliau diterima dunia, mengapa minda beliau dapat mengubah diri ?
Apakah hasil taqwa yang beliau usahakan Allah telah bantu beliau dan kami, untuk menmudahkan kami melakukan ibadah2 melalui pandangan beliau yang sangat lain dari yang lain.... sangat segar dalam hati ... apa yang telah beliau lakukan sehingga minda2nya tidak jemu dibaca... kami ingin contohi beliau ...  ...


bacalah jika kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang2 yang sombong

ALLAH TAALA ADALAH SEGALA-GALANYA
29/09/2005

Jangan jadikan Allah Taala Keperluan Bermusim

Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah Taala segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada kerana Allah Taala mengadakan. Adanya Allah Taala kalau Dia tidak mengadakan segala-galanya termasuk kita pasti tiada.Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi bukan sia-sia.


Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersendiri, malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan sistemnya yang tersendiri. Setiap makhluk itu adalah berjalan mengikut peraturan atau sistemnya masing-masing.


Siapa sahaja yang tidak mengikut peraturan yang Allah Taala sediakan, dia pasti binasa. Sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang. Bahkan dunia nanti binasa (Qiamat) setelah setiap planet-planetnya tidak mengikut peraturan dan sistemnya lagi.

Kemudian setiap makhluk ciptaan Tuhan itu dan peraturan dan sistemnya serta setiap gerak-geri dan gerak-lakunya tidak terlepas daripada ilmu-Nya, penglihatan-Nya, kuasa-Nya, kehendak-Nya, pendengaran-Nya, walaupun sebesar habuk tidak terlepas daripada Tuhan hinggakan manusia walaupun dia sudah berusaha, usaha manusia itu pun tidak terlepas daripada kuasa dan kehendak Allah Taala. Kemudian ke mana makhluk ini akan pergi, ke mana kesudahannya, ke mana destinasi akhirnya, apa nasibnya, semuanya tidak terlepas daripada segala-galanya ketentuan daripada Tuhan yang telah disebut sifat-sifat-Nya tadi.


Kalau begitu, siapa Tuhan? Tentu Maha Agung Tuhan, Maha Hebat, Maha Gagah, Maha Kuasa, Maha Berilmu, Maha Berkehendak, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Sempurna, entahkan maha, maha apa lagi yang tidak dapat dicapai oleh akal, mengetahui, memikirkannya, yang tidak ada makhluk dapat menyukat maha-maha-Nya Tuhan itu. Sifat maha kuasa Allah Taala sahaja pada-Nya sudah cukup menggerunkan kita. Kerana jika Allah berkata: Jadilah, terus jadi benda itu atau makhluk itu.


Jika Allah Taala berkata: Binasalah, maka binasalah benda itu atau makhluk itu. Kehendak dan kuasa-Nya tiada makhluk yang dapat menolak. Kalau Allah Taala berkata senang, pasti senang, kalau Allah Taala berkata susah, pasti susah, kalau Allah Taala berkata hidup, pasti hidup, kalau Allah Taala berkata mati, pasti mati. Kalau Allah Taala berkata pandailah, pasti pandai. Kalau Allah Taala berkata bodohlah, pasti bodoh. Kalau Allah Taala mengatakan sakitlah, pasti sakit, kalau Allah Taala berkata sembuhlah, pasti sembuh. Begitulah seterusnya apa sahaja Allah Taala katakan pasti terjadi.


Begitulah agungnya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang maha sempurna.


Apakah Tuhan itu kita tidak perlu kepada-Nya?
Tidak mahu meminta kepada-Nya?
Tidak mahu ingatkan-Nya?
Tidak mahu mengagungkan-Nya? Tidak cinta kepada-Nya?
Tidak takut?
Tidak mengharap?
Tidak memerlukan?
Tidak mematuhi-Nya.
Tidak mensyukuri-Nya?
Apakah kita boleh terlepas dari-Nya?
Boleh lari dari-Nya?
Boleh hidup tanpa-Nya?
Boleh selamat tanpa-Nya?
Tuhan sehebat itukah yang kita hendak lawan?
Hendak tidak ambil tahu?
Hendak tidak peduli?
Hendak sombong dengan-Nya?

Kita perlu kepada Tuhan di waktu senang, di waktu susah, di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu aman, di waktu darurat, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktu lapang, di waktu bodoh, di waktu pandai, di waktu di rumah, di waktu di luar rumah, di waktu takut, di waktu tenang, di waktu seorang, di waktu ramai, di waktu aman, di waktu huru-hara.


Sepatutnya kita perlu kepada Tuhan di dalam sebarang waktu dan situasi, di setiap tempat dan keadaan. Jangan anggap kita boleh bersendiri.Tapi malangnya kebanyakan umat Islam kerana sombongnya, perlukan Tuhan di waktu-waktu tertentu sahaja, tidak setiap waktu dan situasi, iaitu waktu kemarau, waktu sakit, waktu miskin, waktu bala menimpa, waktu musuh menyerang. Itupun tidak semua orang berbuat sedemikian. Ada yang lebih sombong dan angkuh lagi, di waktu kemarau, di waktu sakit, di waktu bala menimpa pun tidak juga memerlukan Tuhan. Seolah-olah memerlukan Tuhan itu rasa terhina, rasa jatuh martabat, rasa malu, rasa jatuh wibawa.


Sepatutnya Tuhan itu adalah segala-galanya, dapat Tuhan dapatlah segala-galanya, kehilangan Tuhan, kehilangan segala-galanya. Tuhan adalah hidup mati kita, Tuhan adalah dunia Akhirat kita. Dia adalah tempat rujuk, tempat mengadu, tempat bermanja-manja, tempat berhibur, tempat lari, tempat menyerah diri. Dialah harapan kita, Dialah kebahagiaan kita yang sejati.



SEKIAN

[ Last edited by Abuyazid at 15-2-2006 10:51 PM ]
Reply

Use magic Report

ZORRO_05 This user has been deleted
Post time 16-2-2006 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 14-2-2006 08:24 PM
WAHAI MAWAR...WAHAI TATIE, BILA NAK JAWAB SOALAN USTAZ NAHZALUZ TU?

RAMAI NETTERS TERTUNGGU2 JAWAPAN DARI KALIAN. IKLAN..IKLAN JUGAK, SOALAN CEPUMAS JANGAN LUPA NAK JAWAB.:cak:


Sibuk betul Pak Lulu ni.. asyik2 itu yg ditanya. Tak apa lah.. kalau dah tak da org nak layan dia, biarlah Zorro jawab. Sbb pkt sarjan ni org tak boleh kata apa2 lagi..

Soalan Ust Nahzaluz..

Originally posted by nahzaluz at 16-1-2006 11:59 AM
kalau boleh saya tanya, apakah bukti Syeikh Suhaimi masih hidup? dan kalau dia masih hidup berapa umur dia tahun 2006 ni?


Ini persoalan yg sukar utk dijawab secara direct, menggunakan bahasa ringkas & mudah. Tapi kena jawab jugak lah sbb byk org kebanyakan hendak tahu.

Pertanyaan di atas samalah kalau kita katakan, 慉pa bukti Nabi Khidir masih hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by ZORRO_05 at 16-2-2006 01:13 PM


Sibuk betul Pak Lulu ni.. asyik2 itu yg ditanya. Tak apa lah.. kalau dah tak da org nak layan dia, biarlah Zorro jawab. Sbb pkt sarjan ni org tak boleh kata apa2 lagi..

Soalan Ust Nahzaluz.. ...


zorro,

eh tolong kami kat PMH ni, cari sape kat kelate yg ndak pi kursus kat BCH tu....hari biasapun boleh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2006 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-2-2006 08:25 PM
salam

keras sangat saudara MEMBACA KALAMNYA tu
habis lari nanti binatang ternak tu
tapi nak jugak rasa cam syeikh belalang
tapi mestilah seorang MUSLIMAT dan MUKMINAT
dan hendaklah maksudnya ...


Tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. InsyaAllah dekat jer perjalanan tu..

' Barang siapa yang bertaqwa, insyaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup dan matinya'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 14-2-2006 08:24 PM
WAHAI MAWAR...WAHAI TATIE, BILA NAK JAWAB SOALAN USTAZ NAHZALUZ TU?

RAMAI NETTERS TERTUNGGU2 JAWAPAN DARI KALIAN. IKLAN..IKLAN JUGAK, SOALAN CEPUMAS JANGAN LUPA NAK JAWAB.:cak:

salam
hmmm...kalau nak tunggu jawapn hartatie dan mawarmerah, maknanya tak berjawab lah. Kami di subboard ada pengalaman pahit deal dengan mereka ni. Pandai menyerang tapi tak pandai pertahankan, bila takde jawapan dan sebagai jalan keluar dia akan kata malas nak melayan provok. Senang cerita, boleh lari dari tanggungjawab untuk menjawab. akhirnya akan post yang panjang2 berjela yang rupanya sekadar luahan emosi. Tapi kita harap mereka berdua dapat menjawab dan janganlah lari ke subboard sekadar untuk alih perhatian dari thread ini, dan soalan Nahzalus. Kami sebagai pembaca nak tahu apa hujah anda berdua, dan pertahankanlah hujah dengan fakta-fakta, bukan luapan emosi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 17-2-2006 09:33 AM

salam
hmmm...kalau nak tunggu jawapn hartatie dan mawarmerah, maknanya tak berjawab lah. Kami di subboard ada pengalaman pahit deal dengan mereka ni. Pandai menyerang tapi tak pandai pert ...



Hehehehehehe

Dah lama mereka beri jawapan. Cuba baca kembali dalam ruangan Forum yang lepas2.

Pengalaman pahit? Memanglah bila dikatakan kebanaran. Kepalsuan dan kebatilan akan terhapus dengan sendirinya!!

Nak menelan kebatilan itulah yang pahit. Tapi tak mengapa yang pahit itu ubat yang mujarab untuk memulihkan penyakit!!!

Jangan jemu memakan ubat itu ya!! Untuk kebaikan Encik Bill dan rakan2nya juga. Termasuk Cik Pipi yang meminati awak tu!

Tak mau ajak ker dia kawin mutaah?   


Tanpa wali dan saksi! Dapat pahala jihad pula tu!!


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 11:55 AM | Show all posts

sorry to MM and Sis Serihartatie

Reply ni bukan nak Campur Tangan thread anda berdua

Originally posted by syeikhbelalang at 17-2-2006 11:19 AM

Dah lama mereka beri jawapan. Cuba baca kembali dalam ruangan Forum yang lepas2.


dan pandai pula anda provoke di dalam sub board. mengatakan kami tidak jawab soalan. sedangkan anda yang malas mencari jawapan berdasarkan thread2 sebelum ini.

Jangan jemu memakan ubat itu ya!! Untuk kebaikan Encik Bill dan rakan2nya juga. Termasuk Cik Pipi yang meminati awak tu!

Tak mau ajak ker dia kawin mutaah?   


pandai pulak nak pusing cerita yerk... suka hati andalah nak mengatakan apa2pun jantina pipi. yang pasti, Allah swt mengurniakan jantina lelaki kepada pipi.

oppsss.. jangan lupa ya. Sebutkan kepada pipi kitab fekah Jafari yang ada dalam simpanan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 17-2-2006 11:55 AM
Reply ni bukan nak Campur Tangan thread anda berdua



dan pandai pula anda provoke di dalam sub board. mengatakan kami tidak jawab soalan. sedangkan anda yang malas mencari jawapan berd ...



Bab jantina pun anda nak bertaqiyah?:stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 17-2-2006 12:25 PM



Bab jantina pun anda nak bertaqiyah?:stp::stp:

Berikan "taqiyyah2" pipi sekiranya anda berpendapat pipi seorang perempuan!. Maksud pipi, apakah yang ditaqiyyahkan oleh pipi? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 17-2-2006 12:28 PM

Berikan "taqiyyah2" pipi sekiranya anda berpendapat pipi seorang perempuan!. Maksud pipi, apakah yang ditaqiyyahkan oleh pipi? :stp:



pipi, gi solat jumaat tu walaupun syiah tk wajib solat jumaat..dah pkl 1.50 ni..buat aper dok kat forum lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 02:13 PM | Show all posts
tatie reti tengok jam ke tak? posting pipi lewat jam 12:28pm. bila masa pukul 1:50 ?
kalau pukul 1:50, mungkin waktu di PC anda!

ker, ada point lain nak ketengahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by ZORRO_05 at 16-2-2006 01:13 PM


Sibuk betul Pak Lulu ni.. asyik2 itu yg ditanya. Tak apa lah.. kalau dah tak da org nak layan dia, biarlah Zorro jawab. Sbb pkt sarjan ni org tak boleh kata apa2 lagi..

Soalan Ust Nahzaluz.. ...



LAIN YG DITANYA....LAIN YG DIJAWAB!

ZORRO...... u just another person who really need a reading skill. Agaknya pak zoro kepenatan..... kabarnya baru balik dari medan tempur.

Baca thread ni habis-habis.....dgn teliti.....dgn minda yg terbuka...kemudian barulah bukak mulut.


Asaari mendakwa bhw dirinya adalah PBT.....(spt yg disebutkan dalam hadis). Yakni seorang pemuda.....baca baik2...PEMUDA....(bukan orang tua yg berumur 60 an spt asaari tu!) yg berketurunan dari kabilah bani tamim  dimana dia dikatakan akan membantu perjuangan AL MAHDI diakhir zaman untuk menegak kembali kalimah Allah dimuka bumi ini.



Soalan kami:

1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

2. Sila kemukakan salsilah keturunannya hingga sampai ke para sahabat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 06:04 PM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 16-2-2006 06:39 PM


Tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan. InsyaAllah dekat jer perjalanan tu..

' Barang siapa yang bertaqwa, insyaAllah Allah akan permudahkan perjalanan hidup dan matinya'.


Niatkan perkahwinan kerana Allah jua.

Bukan kerana kecantikan wanita atau ketampanan jejaka. :cak::cak:

Apatah lagi kerana keturunan bangsawan atau raja-raja. Atau kerana anak millionair atau bapa dia ada banglo dan wang berjuta2. Belum masuk lagi harta pusaka yang berjela-jela!!:cak::cak:

InsyaAllah walau pun dia tak der 'harta' , takder 'rupa' takder 'keturunan' tapi dia ada Tuhan Yang Maha Esa, Allah. Makin kawin lah dia walau pun tak dijanjikan habuan dunia. Mungkin papa kedana!!

Betullah kata-kata hukama. Hidup ini sementara! Ujian sebelum masuk kesyurga atau diperhambat terjun kedalam api neraka!!

nf:


[ Last edited by syeikhbelalang at 17-2-2006 06:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 17-2-2006 03:15 PM



Soalan kami:

1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

2. Sila kemukakan salsilah keturunannya hingga sampai ke para sahabat. .


1. Apakah bukti bahwa Ustaz Ashaari adalah PBT yang dimaksudkan?
Senang jer! Buktinya ada disekeliling anda ! Mengenai penerapan dan penghayatan  nilai2 Islam dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Sebelum peringkat pengenalan dakwah oleh Ustaz Ashaari pada tahun 1968 iaitu 38 tahun yang lepas, mana ada orang perempuan yang bertutup aurat dan lelaki yang menutup kepala sedemikian ramai?Masyarakat pada ketika itu asyik ditarbiah untuk mendapatkan negara Islam! Tetapi tidak diajar untuk mengenal Tuhan! apatah lagi untuk mengenal rasa kehambaan!

Melalui tarbiah Ustaz Ashaarilah masyarakat Islam diajak mengenal Iman, Rasa Cinta Pada Tuhan , Mengenal Diri Melalui Rasa Hati dan banyak lagi tarbiah yang berbentuk rasa Kehambaan pada Tuhan!

Kesemuanya berbentuk tasawuf yang tidak banyak diajar dalam masjid, pondok hatta di Universiti sekali pun! Dari tarbiah Ustaz Ashaarilah yang mengajak masyarakat menghayati RASA TAKUT PADA TUHAN!Hasilnya dari rasa TAKUT PADA TUHAN, lahirlah masyarakat yang membangunkan Islam dalam bentuk pendidikan, ekonomi, perkahwinan,tempat tinggal( perkampungan) sosial dan politik  menurut syariat Islam!

Kini setelah 38 tahun berlalu, banyak kepesatan yang  beralih pada sistem Islam. Berbanding dengan tempoh sebelumnya. Umat Islam  dalam peralihan dari masyarakat yang bersikap 'tidak ada rasa apa2'  akibat dasar pecah dan perintah penjajah kepada rasa Kecintaan pada Allah dan kasih sayang sesama manusia!!

Siapa yang mengajar kesemua ini kalau bukan Ustaz Ashaari bin Muhammad! Bukan reator UIA, bukan reator Al-Azhar dan bukan Mudir dari parti pembangkang yang nak tegakkan negara Islam dahulu tetapi pengajaran rasa Cinta Pada Tuhan kurang diberi penekanan!

Inilah ciri-ciri Pemuda Bani Tamin akhir zaman. Ia mampu mengubah masyarakat dari jahil pada agama kepada masyarakat yang Cinta Pada Allah, gerun pada api neraka dan boleh berkasih sayang sesama manusia!!!



Terima Kasih pada Abuya ku!!

[ Last edited by syeikhbelalang at 17-2-2006 06:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2006 10:55 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 17-2-2006 03:15 PM



Soalan kami:

1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

2. Sila kemukakan salsilah keturunannya hingga sampai ke para sahabat.




1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

Sapa2 pun boleh kalau nak jadi PBT, cari la cirinya2 dan ciri2 jemaahnya, tapi dalam sedar tak sedar ciri2 tersebut ada pada sidia dan jemaahnya maka dialah PBT... ciri2 PBTkan selalu dipastekan disini ari tu takan tak baca,ciri2 ada pada sidia. Sekarang saya nak tanya CUBA TUAN LULUGUAGUA CARI MANA JEMAAH DIMUKA BUMI ALLAH NI YANG SAMA JEMAAH ABUYA DENGAN JEMAAH YANG LAIN2 ... harap0 maklum

2. Sila kemukakan salsilah keturunannya hingga sampai ke para sahabat.

Maaf, jika bukti melalui ujian DNA tak dapat pihak2 rufaqa nak bagi pasal sahabat2 Baginda dah jasadnya telah ditanam makam2 yang tersedia ada ditanah yang pernah suatu ketika dulu menjadi kegemilangan islam. Kalau dikorek akan menjadi kecoh satu dunia islam.... tapi jika melalui mulut ke mulut yang tidak dicatatkan dalam kertas tapi boleh dipercayai kerana mulut ke mulut ini pun dari orang2 yang soleh, jangan plak dok kata kat lepa ni bohong plak, pasai lepa ni orang2 soleh, barang siapa yang menyakiti orang2 soleh Allah sendiri akan perangi dengan tangan Allah sendiri... hati2 yer dalam soal ni.. ok berbalik tadi disini saya pastekan salasilah beliau... Abuya selama ini mengajar Agama, macam2 cara yang dia lakukan mengajak manusia kembali kepada Tuhan...

SALASILAH

Nama penuh salasilah ialah Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Malek bin Abdul Kadir. Ibubapanya terdiri dari ulama-ulama dan orang-orang soleh. Abdul Kadir ini terkenal sebagai wali besar.  Karamahnya dapat meniti di atas buaya untuk menyeberangi sungai satu kepuk tidak habis-habis walaupun diambil berkali-kali dia lewat ke bendang atau sawah tetapi dalam masa sekejap sahaja dia telah dapat menyiapkan berjalur-jalur padi.  Antara karamahnya lagi, kalau dia hendak sembelih ayam tidak perlu mengejar ayam itu.  Ayam tersebut akan datang sendiri kepadanya.



Ibunya

Maimunah binti Haji Alias bin Abdul Karim bin A. Manan (atau di kenali dengan Hj. Syeikh). Watak IBUNYA sangat baik dan kuat beribadah. Keturunannya bertemu dengan salasilah Rasulullah s.a.w. Moyangnya adalah keturunan Jawa dan merupakan orang yang awal menyambut Islam di Pulau Jawa.  Moyangnya yang digelar Hj. Syeikh adalah seorang wali Allah S.W.T. yang mempunyai karamah. Di antara karamahnya ialah dia tidak perlu menggunakan parang untuk menebang pokok pisang. Hj. Alias, ayah Maimunah, sempat berguru dengannya.

KELAHIRANNYA
Ustaz Ashaari Muhammad diputerakan pada tanggal 30 Oktober 1937, di Kampung Pilin, Daerah Rembau, Negeri Sembilan (peta di atas). Kelahiran yang terlebih dahulu sudah ada tanda dan isyaratnya. Seorang waliullah besar bernama Saiyidi Syeikh Muhammad berpesan dalam wasiatnya : 揝epeninggalanku nanti, kamu semua akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu sehinggalah muncul seorang bernama Ashaari....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 01:53 AM | Show all posts
asal drang ni taksub sgt?? pelik ah.. haih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2006 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 17-2-2006 10:55 PM




1.Apakah buktinya bhw asaari itu adalah PBT yg dimaksudkan?

Sapa2 pun boleh kalau nak jadi PBT, cari la cirinya2 dan ciri2 jemaahnya, tapi dalam sedar tak sedar ciri2 terseb ...


Syukran Pada Tuan Abu Yazid.

Dikao semakin matang dan bijak dalam berhujah!!!

Seruan jihad telah lama memanggil mu, sejak 1400 tahun yang lalu!Ayuh, sambutlah seruan ini, jangan tunggu-tunggu lagi! Jangan biarkan masa berlalu percuma!!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.085860 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list