CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 8-1-2024 11:12 AM | Show all posts
ada update....wahhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2024 09:25 AM | Show all posts
thanks TT for latest update. mesti terlampau sibuk kt tempat kerja baru. mcm tu la bila kita tukar kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 03:43 PM | Show all posts
tqsm TT for update.
moga dimudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeay ada update...
Selamat tahun baru TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:25 AM | Show all posts
thanks TT untuk updatenya
tak sabar nak tunggu sambungan cerita Sue
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, dah ade sambungan. Selamat Tahun Baru untuk TT. Terima kasih banyak2 TT. Semoga semuanya dipermudahkan di tempat kerja baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2024 01:17 PM | Show all posts
Seperti yang dijanjikan, hari ni I akan cuba habiskan cerita Suzzane ni.  Terima kasih kepada semua yang sabar menunggu ye.  Maaf tak dapat nak update kerap mcm dulu tapi I rasa terharu rupanya thread ni byk peminat.  Sorry jugak tau kalau tak dpt reply semua post dalam thread ni.  dan terima kasih jugak sebab mendoakan I, semoga berbalik kebaikan yang didoakan kepada kalian juga amiinnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2024 03:33 PM | Show all posts
Pejabatku Berhantu Bahagian 11


Esoknya, Jacky terus diberikan cuti sakit selama 2 minggu, walaupun tiada siapa yang tau Jacky sakit apa sebenarnya.  Aku tanya Mr C, Mr C cuma cakap Jacky nak kena dapatkan rawatan yang panjang di kampung leluhur dia.  Aku cuba jugak hubungi Jacky, tapi Jacky enggan menjawab panggilan aku, termasuklah mesej-mesej yang aku hantar pada dia, semuanya tak berjawab.


Pada masa yang sama, aku sanggup datang pada hari siang jumpa HR sebab nak buat aduan pasal Leon Lai.  Berkerut muka HR bila aku cerita pasal Leon Lai.  "Maaf cik Suzzane, tapi kat tingkat 3 tu takde orang nama Leon Lai".  Terlopong jap aku bila HR cakap macam tu. Tapi HR janji akan siasat perkara ni mane tau kan Leon Lai tu mungkin staf dari unit lain ke.


Malam tu, aku masuk kerja macam biasa.  Tapi Mr C dah bercekak pinggang tunggu aku.  Ntah camne dia boleh tahu hari siang tu aku ada jumpa HR.  Tak pasal-pasal jugak Mr C persoalkan kenapa aku jumpa HR?  Aku pun jawablah sebab nak mengadu pasal Leon Lai tu.  Mr C membebel kat aku, dia marah kenapa aku terus jumpa HR, kenapa tak bincang dengan dia dulu?  Aku pun ambil kesempatan ni dan tanya bos aku, 'Bos, awak kenal ke Leon Lai? Dia cakap dia kenal awak'.  Bos aku terdiam, dia tak jawab soalan aku tu sebaliknya dia tanya aku balik, 'apa yang dia cakap kat awak?'


'Dia cakap bos yang halang kami berkawan'.
'Berkawan???', Mr C tersenyum sinis.
"Ye bos.  Bos buat apa kat dia? Kenapa dia benci sangat kat bos?'
'Awak jumpa HR kan? HR cakap ape pasal dia?'
'Kenapa bos taknak jawab persoalan saya?'
'HR cakap takde orang nama Leon Lai kat tingkat 3 kan?'
Kali ni giliran aku pulak terdiam.
'Awak cuba fikir dengan logik. Pasal Leon Lai? Awak tak rasa pelik ke pasal dia?'


Fikiranku terimbau kembali pada setiap ketika aku berinteraksi dengan Leon Lai.  Sebenarnya apa yang bos aku cakap tu memang betul, memang ada kepelikan pasal Leon Lai, tapi entah mungkin otak Baratku menafikan semua itu sebab Leon Lai yang aku jumpa ni memang nampak macam manusia.  Sudahnya, aku dah Mr C bertikam lidah, Mr C tetap taknak cerita apa hubungan dia dengan Leon Lai, dan aku terus mendesak nak tau jugak.  


Akhirnya Mr C angkat tangan.  'Sudahlah awak ni Sue. Saya dah malas dah nak gaduh dengan awak.  Awak buatlah apa yang awak nak', lepas tu Mr C masuk bilik dia siap hempas pintu lagi.


Apapun, malam tu aku tetap jugaklah teruskan kerja-kerja aku.  Gaduh dengan bos tu gaduhlah tapi tanggungjawab pada kerja tetap kena buat jugak.  Sedar tak sedar jam dah nak masuk pukul 3.  Mr C langsung tak keluar dari bilik dia sejak kami gaduh tadi, tingkapnya pun dah ditutup dengan bidai.


Di tengah-tengah kesunyian pagi tu, tiba-tiba aku terdengar semacam ada bunyi mengerang dari dalam bilik Mr C. Eh bos aku ni berdengkur ke?  Kuat betul bunyi dengkuran dia dengar sampai ke luar.  'Dengkuran' Mr C makin panjang, tapi mula bertukar jadi seolah-olah Mr C tengah sesak nafas,diselang seli dengan bunyi deraman.  Macam lain pulak dah Mr C ni.  Aku pun ambil keputusan nak tengok keadaan Mr C.


Pintu dibukak, nasib baik tidak berkunci. 'Bos? Awak okey ke?', dari balik pintu aku bertanya.  Krrrrooooohhhhh gggrrrrrrrrr hek hek hek ggrrrrrr.  Ah sudah mengigau ke orang tua ni?  Keadaan bilik masa tu terang benderang.  Aku lihat Mr C tengah baring di atas katil sofa mengiring membelakangi aku.  Dia berpeluk tubuh dengan lututnya dirapatkan ke kaki.  Badannya tergetik-getik macam kucing tengah tidur tu.  


Walaupun tadi aku bertikam lidah dengan Mr C, tapi bila tengok Mr C macam tu aku rasa kesian plak.  Aku pun duduk berlutut di tepi dia.  "Bos, bos, bangun bos".   Gggggrrrrr krrrrrooooohhhh hek hek grrrrrr.  Bos aku tetap tak terjaga.  Dengan lembut aku pun pegang bahu bos aku, aku goyangkan sikit, 'bos bangun bos', aku berbisik pada telinganya.  


Secara tiba-tiba jugak bos aku pun bangun. Terperanjat aku.  Tapi yang peliknya mata bos aku masih terkatup lagi, walaupun begitu dengan mata terpejam tu bos aku membetulkan duduknya menghadap aku. Mr C menggerakkan kepalanya perlahan-lahan sampai mukanya menghadap aku, kemudian dia tersenyum.  Eh tak, dia menyeringai.  Bayangkan bos aku mata tertutup tapi dengan mulut tersenyum sampai nampak kesemua giginya.  Aku dah rasa seram dah, kali ni memang aku rasa macam nak lari je.


Belum sempat aku nak angkat kaki, tiba-tiba Mr C menerjang aku.  Sekelip mata kedua-dua tangannya sudah mencekik leher aku.  Cengkaman jarinya terlalu kuat sampai aku tak mampu nak menjerit.  Pandanganku berpinar-pinar, tapi aku nampak riak muka Mr C macam puas hati sangat tengok aku terseksa macam tu.  Masa ni aku dah hampir terbaring dan Mr C separa duduk di atas aku.





Dah jadi macam tu, tanganku terkapai-kapai cuba nak mencapai sesuatu di sekeliling aku.  Kat tepi katil sofa tu ada meja kopi, atasnya ada sebiji pasu kaca panjang berisi bunga segar, dengan baki kekuatan yang aku ada, aku capai pasu tu dan aku ketuk kepala Mr C dengan pasu kaca tu.  Sampai pecah pasu tu, barulah Mr C melepaskan cengkamannya.  Aku tercungap-cungap dan terbatuk-batuk menarik nafas, seluruh badanku menggigil.  Aku betul-betul rasa macam nak mati je tadi.


Mr C aku lihat tersandar di tepi katil sofa tu sambil menekup ubun-ubunnya.  Kemeja putih Mr C bertukar jadi merah.  Darah!  Rupa-rupanya kepala Mr C terluka kena ketuk dengan pasu tadi.  "Sue, awak okey ke? Awak tak apa-apa ke?', dah jadi macam tu pun Mr C tetap risau dengan aku.  Darah membuak-buak keluar dari luka di kepala Mr C tu.


Aku mula diserang panik.  Aku tak tau nak buat apa, jadinya aku pun menangis kat situ.  "Dah dah jangan nangis, tolong saya baring atas katil ni'.  Dalam nangis-nangis tu aku pun papahlah Mr C naik atas katil sofa.  Bajuku turut lencun terkena darah Mr C. Lantai jadi licin sebab tompokan darah.  Muka Mr C makin pucat, badannya juga berpeluh-peluh. 'Bos, bos, jangan mati bos. Tolong jangan mati', aku teresak-esak.  Dengan keadaan yang lemah bos aku mengarahkan aku untuk ambil sekotak tisu dalam almari belakang meja dia.  Kami gunakan tisu tu untuk hentikan darah yang membuak-buak tu.  Kemudian Mr C suruh aku telefon pengawal keselamatan di kaunter bawah, dia sempat pesan panggil Pakcik M sekali.


Sambil menunggu pengawal naik tu, aku pun jagalah Mr C.  Mr C nampak macam penat sangat, matanya terpejam-pejam macam nak tidur. Aku pulak sikit sikit menangis.  Lupa terus dah tadi aku kena cekik dengan Mr C.  


Masa pengawal dan Pakcik M datang, diorang terkejut gila tengok keadaan Mr C, dengan darah atas lantai lagi.  Nasib baiklah jugak sebelum tu memang pengawal tu dah panggil ambulans siap-siap, ambulans dah sedia menunggu di bawah.  Diorang pun papahlah Mr C yang dah lembik tu masuk dalam ambulans.  Aku disuruh ikut sekali untuk uruskan Mr C di hospital nanti.


Rupa-rupanya, pasu yang aku ketuk tu terkena satu urat di kepala Mr C sebab tu banyak sangat darah yang keluar.  Doktor berjaya menghentikan pendarahan dan menjahit luka Mr C, dan Mr C diarahkan untuk tidur dalam wad jugak malam tu.  Sebelum dia diberi ubat tidur dan ubat tahan sakit, Mr C sempat pesan kat aku, 'Sue, saya ada benda nak cerita kat awak.  Awak tunggu saya ye?".  Aku pun mengangguk jelah.


Malam tu aku tidur dalam bilik wad Mr C.  Nak balik pun dah pukul 4 pagi, nak balik rumah pun tadi masa pegi hospital aku tak bawak beg pun.

Mungkin sebab terlalu penat, esoknya dalam pukul 11 pagi macam tu, jururawat kejutkan aku.  Masa tu aku tengok Mr C dah bangun dan tersandar di kepala katil.

"Sue, saya mintak maaf pasal malam tadi".  Ayat pertama dari Mr C kepadaku.

"Saya tau sepanjang awak kerja kat sini, ada banyak persoalan bermain dalam minda awak kan? Hari ni saya akan jelaskan semuanya"

Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2024 05:57 PM | Show all posts
Pejabatku Berhantu Bahagian 12


Mula-mula Mr C pesan kat aku, dia suruh aku dengar penjelasan dia dengan minda dan hati yang terbuka.  Sebagai seorang ABC (American born Chinese), dia faham kalau dia rasa penjelasan aku ni tak masuk akal, sebab di Barat kami memang diasuh yang semua benda ada penjelasan logiknya.  Tapi sekarang kita di China, di Asia ni tak semua perkara pelik yang terjadi ni adalah tahyul semata-mata.

Mr C cerita, ada sebab kenapa dia dipanggil untuk kerja di syarikat pakcik dia ni.  Mr C mengaku padaku, yang dia ni 'istimewa' skit. Istimewa macam mana tu? Dalam sejarah keluarga Mr C, adalah salah sorang moyang dia merupakan pawang Tao (Taoist priest) yang katanya merupakan pengikut setia Dewa Zhong Kui, iaitu dewa yang bersumpah akan menghapuskan makhluk halus jahat macam syaitan, raksasa dan puaka-puaka.  Ilmu menghalau hantu ni diturunkan kepada generasi ke generasi dan suatu ketika dulu keluarga Mr C memang terkenallah sebagai pawang ni.  Tapi semasa Revolusi Cina, iaitu semasa 1910an dulu, generasi waktu tu dah tak berminat dah dengan ilmu ni sebab dikatakan mengarut, dan mula berjinak dengan perniagaan sampailah sekarang.  Dalam kepercayaan Tao ni ada sesuatu yang dipanggil qi, atau aura, dan katanya qi halau hantu ni akan terpendam dalam badan cucu cicit yang terpilih.  Sekarang ni dipercayai qi tu ada pada Mr C.

Masa ni aku rasa macam nak tergelak pun ade.  Dah macam cerita Dragonball pun ye amende main qi qi pulak ni.

Sebab tu, Mr C mengaku masa dia kecik-kecik dulu, dari sebelum dia boleh bercakap la, dia memang boleh nampak benda pelik-pelik ni yang orang lain tak boleh nampak.  Kawan-kawan dia kat USA tu kan ramai ada kawan halimunan, dan sebenarnya dia boleh nampak kawan halimunan tu. Dah nampak tu dia pegi cerita pulak kat makbapak dia, makbapak dia risau dan pernahlah dia dibawak pulang sekejap ke China untuk berjumpa dengan sami keluarga mereka.  Dia tak ingat upacara tu macam mana sebab masa tu umur dia adalah dalam 8-9 tahun macam tu, tapi sejak kejadian tu dia perasan makhluk pelik tu kalau terjumpa dia, benda tu akan lari.  Sami tu cakap, sebab 'benda' tu takut kat Mr C sebab nampak qi atau aura istimewa tu kat dahi Mr C.  Sejak tu Mr C dah tak nampak dah, cuma nampak kelibat je.

Bangunan pejabat kitorang tu kalau ikutkan baru-baru je terjadi gangguan pelik-pelik ni sejak 2 tahun lepas,  sebelum tu takde pun.  Dulu lagi banyak gangguannye, setelah dibuat upacara barulah aman skit, cuma tinggal 2-3 entiti je yang agak degil tak nak pergi dari situ.  Antaranya, hantu pengantin perempuan baju merah tu, hantu budak nakal dan Leon Lai.

Leon Lai???? Leon Lai tu hantu??? Tercengang aku mendengarnya.  Badan aku mula menggeletar.  "Sabar Sue, biar saya ceritakan semuanya".

1.  Yang hari pertama aku bekerja dan aku nampak ada perempuan terjun bangunan ikut tingkap tu, Mr C cakap itu memang berlaku.  Memang sebelum tu sapa-sapa je yang baru masuk bekerja shift malam je mesti akan dapat salam perkenalan dari hantu tu.  Cuma malam tu aku terus pengsan, tak macam staf-staf sebelum tu, ada yang histeria tak boleh dikawal.  Sebab tu Mr C amek keputusan membohongi aku

2.  Hantu baju merah tu, Mr C perasan jugak entiti tu sebenarnya macam suka pada Mr C, suka tapi takut kat dia.  Crush la kirenye. Hantu tu sebelum ni suka kacau staf perempuan sebelum ni sebab 'cemburu'.  Ada satu malam tu, masa yang aku pegi jamban sorang-sorang tu, masa tu Mr C dalam bilik dia duduk menghadap tingkap, saja nak tengok permandangan laut, sekali tu dia terlelap.  Tiba-tiba dia terasa bahu dia dipegang dari belakang. Mula-mula dia ingatkan aku, tapi dia perasan sesuatu yang pelik. Dia terbau satu bau yang wangi sangat.  Mr C ni hidung dia peka skit, dia cam tu bukan bau minyak wangi aku, sebab baunya wangi macam bau bunga.  Mr C dah agak dah ni bukan aku ni.  Perempuan yang sentuh dia tu tanya, awak nak air tak? saya buatkan ye.  Mr C pun cakap ok jelah.  Dia pun dengarlah perempuan tu pegi ke dapur.  Lepas tu dia pun keluar dari pejabat tu tapi sebelum nak keluar tu kan kena lalu tepi pantri tu, memang dia nampak perempuan rambut panjang sampai pinggang baju merah tengah kacau air sambil menyanyi kecil.  Sebab tulah jugak dia ajak aku turun bawah pegi kawasan gudang sebab nak elakkan aku jumpa hantu tu.

3.  Pertama kali aku jumpa Leon Lai dalam lif, Mr C cakap sebenarnya dalam lif tu ada kamera cctv.  Pengawal masa tu tertengok dalam skrin yang aku bercakap dan gelak sorang-sorang dalam lif, jadi pengawal tu pun sampaikanlah pada Mr C.  Esoknya Mr C temankan aku turun lif tu, dia kata dia nampak Leon tapi dia hairan kenapa aku tak takut tengok Leon sebab pada pandangan dia, muka Leon sangat pucat, cengkung sampai mata merahnya tersembul, dan Leon pakai baju tradisional Dinasti Qing.  Dan sebenarnya Mr C tak pernah pun berinteraksi dengan Leon tu tapi agaknya Leon tu takut dengan qi Mr C sebab tu dia benci sangat dengan Mr C.  

4.  Yang kes kena rompak tu, sebenarnya Mr C nampak hantu budak tu main berlari-lari kat luar pejabat kitorang.  Dan sebenarnya malam tu Mr C kononnya nak 'halau' hantu tu lah tapi sebab aku merayu jangan tinggalkan dia jadi terpaksalah kami hadap je budak tu kacau kami malam tu.  Aku pun rasa yang kacau aku dalam jamban tu adalah budak tu.

5.  Kes bas tu memang kes paling peningla untuk Mr C.  Alkisahnye dulu-dulu memang pernah ada kes, sebuah bas dirompak.  Agaknya masa tu kelam-kabut kot, bas tu terbabas masuk gaung dan semua orang dalam bas tu meninggal dunia.  Menurut legendanya, sejak tu setahun sekali masa perayaan Hantu Lapar bas tu akan muncul bawak roh-roh sesat ke alam barzakh la kirenye.  Mr C kata dia terpaksa buat upacara sembahyang bakar duit untuk gantikan hutang tambang aku tu.

6.  Bila Leon Lai muncul kembali dalam hidup aku, Mr C lagilah bertambah pening.  Sebabnya aku ni degil sangat.  Kalau aku berdekatan dengan Mr C memang entiti-entiti tu takkan kacau aku sebab benda tu takut dengan dia.  Dan Mr C taknak berterus terang sebab dia nak aku fikir dan percaya sendiri.  Dan Leon Lai ni dia boleh rasa ada berniat tak baik dengan aku.  Mr C dah pesan awal-awal dah dengan pengawal, kalau nampak aku kat tingkat 3 tu kena cepat-cepat halang aku atau terus beritahu dia.  

7.  Bila Mr C ni dah terlalu melindungi aku, hantu baju merah tu 'cemburu' pulak dah.  Dan cemburunya meluap-luap sangat sampai terkena pada Jacky yang tak bersalah.  Sebenarnya malam sebelum Jacky cuti sakit tu ada sesuatu yang berlaku pada Jacky dalam pejabat tu.

Bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 12:10 PM | Show all posts
sangat menarik sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 08:26 AM | Show all posts
wahh
ada update terkini
terima kasih TT

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 08:27 AM | Show all posts
sabar menunggu sambungan seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 05:47 PM | Show all posts
Tq TT...my fav benang selain benang kepamzzz
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 09:45 AM | Show all posts
mantoppppppp

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 04:47 PM | Show all posts
besh sgt update tt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 01:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2024 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah, so happy with the new update. Terima kasih TT. Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya. Keep up the good work TT
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:28 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 13-1-2024 05:57 PM
Mula-mula Mr C pesan kat aku, dia suruh aku dengar penjelasan dia dengan minda dan hati yang terbu ...

Orang bandar betul si sue ni. Pening org kampung nak jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 03:17 PM | Show all posts
best best cerita dalam thread ni...kali ni sabar  menunggu pengakhiran penuh Pejabatku berhantu bahagian 13. Apalah niat tak baik si Leon Lai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanyaa x masuk bod mps. Rupanya ada thread best kat sini Well done tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.324157 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list