|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 14-9-2012 03:17 PM
err.....errr........ malu lagi sekali....
Thanks so much Alin, really appreciate that....Bung ...
same2 Nicki....
|
|
|
|
|
|
|
|
alin80jb posted on 14-9-2012 10:23 PM
hehe mekasih auntie......
alaa auntie jgn la merendah diri....tp kalau auntie x jd nov ...
Sama-sama kasih....
Auntie cuma ingin sama2 memeriahkan suasana sambil berhibur...
|
|
|
|
|
|
|
|
nicki...besttt sanggaatt |
|
|
|
|
|
|
|
Maraton!
Abg bernard mn...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua dan khas tok nicki....heheheh skodeng umah sana sini....rupanya semua cuti gaks....meh kita kasi up sikit umah abg fandi....apa citer baru depa yer....nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 18-9-2012 09:22 AM
salam semua dan khas tok nicki....heheheh skodeng umah sana sini....rupanya semua cuti gaks... ...
lemau sb dah lama cuti...
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 18-9-2012 09:35 AM
lemau sb dah lama cuti...
assalamualaikum cik nicki tuan tanah bila nak mai ... hehehe
salam to usufie, raff, lady, fred, auntie, mama ... dan juga forumer2 lain ....
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajiah posted on 14-9-2012 01:28 PM
aahlah...mama baru je rasa kencin...
dah abis dah...g kencin dululah...
seriau plak rasa bulu2.. ...
Amboiii mama...
Bila bab nak terkencing baru muncul ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 14-9-2012 09:58 PM
Cik meow....
Usu warm up dulu.....
Selamat datang Usu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuk posted on 15-9-2012 02:16 PM
nicki...besttt sanggaatt
Thanks kaka Sej...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua...
Sambung satu episod hari ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
suria74 posted on 18-9-2012 09:22 AM
salam semua dan khas tok nicki....heheheh skodeng umah sana sini....rupanya semua cuti gaks... ...
Abang Fandi takdok utk beberapa episode... anggap aje dia tgh happy gitu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh... baru perasan dapat tacang extra + stamp Mod Recommend..
Thanks Mod Jazaa2008..... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 60
Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke 15. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura. Dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan. Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.
Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina
Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.
Perang Larut pertama berlaku pada tahun 1861 apabila puak Hai San menyekat laluan air ke lombong puak Gee Hin yang kaya dengan bijih timah. Dalam perang ini,Puak Gee Hin telah kalah dan terusir ke Kemunting.Selepas serangan pertama tersebut puak Hai San sekali lagi menyerang puak Gee Hin pada waktu malam sehingga memaksa puak Gee Hin berundur ke Permatang di pinggir laut.Kira-kira 1000 puak Gee Hin pergi ke Pulau Pinang dalam keadaan yang menyedihkan,ketua puak Gee Hin telah meminta bantuan British untuk menyiasat perkara tersebut. Atas campur tangan British, pertelingkahan itu dapat di selesaikan dan puak Hai San telah di suruh membayar ganti rugi.
Namun, perkara itu tidak selesai sepenuhnya. Dendam di antara kedua-dua puak masih menyala. Perang Larut tercetus lagi pada tahun 1865 dan 1872. Perang Larut keempat berlaku pada tahun 1873,dan merupakan Perang Larut yang terakhir.Perang Larut ini terjadi akibat Puak Gee Hin yang ingin membalas dendam atas kekalahannya di Larut pada tahun 1872. Sekali lagi British campur tangan. Angkatan kecil tentera telah di hantar untuk menghapuskan puak Ghee Hin. Akibatnya, puak Ghee Hin telah kalah dalam perang terakhir itu.
Kredit: Bod LMS - Gang & Triad, Wiki
Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2012 10:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Bella” Bella tersentak. Dari tadi matanya meliar melihat keadaan di dalam bilik ini. Sepertinya bilik ini memang di khaskan untuk menyimpan maklumat, laksana arkib. Beberapa buah potret bergantungan dari kiri ke kanan, di susun mengikut turutan tarikh. Terdapat juga sebuah bingkai gambar yang di dalamnya terdapat carta yang menunjukkan salah silah keluarga ataupun satu organisasi. Tidak pula Bella dapat meneka carta apa. Matanya melekat pula pada satu lagi gambar berbingkai – gambar naga emas. Dua buah peti besi terletak di sudut paling hujung dalam bilik ini. Bella tidak dapat menahan diri dari memikirkan yang mungkin terdapat wang ataupun senjata api di dalamnya.
“Bella” Sekali lagi namanya di panggil. Bella berpaling ke arah Eddie namun masih tidak bersuara. Eddie hanya bersandar di meja sambil memeluk tubuh. Mereka saling berpandangan.
Sejenak Bella terfikir, kenapa dia masih berada di sini, di samping lelaki ini. Mendengar saja setiap butir bicara yang ingin di luahkan. Sedangkan, dia sudah dapat menjangka siapa Eddie sebenarnya. Nasibnya di ibaratkan terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Ataupun lebih tepat lagi, terlepas dari mulut jerung, masuk ke mulut naga. Tetapi, naga yang berdiri di hadapannya ini ada misteri yang tersendiri. Dan misteri itu berbaur menjadi tarikan yang tak mampu untuk di tolak. Kerana itu dia masih sanggup menerima permintaan Eddie, menemani lelaki itu lagi…dan lagi.
You must be crazy, Bella! Kepalanya di gelengkan.
“Dragon, symbolizes strength and power” Bella memandang Eddie apabila lelaki itu kembali bersuara, tetapi Eddie tidak pula memandangnya. Matanya memandang ke arah gambar naga emas itu.
Terdengar satu keluhan berat keluar dari mulut Eddie.
“Why?”
“I should not do this to you. You tak sepatutnya tahu siapa I. I tak ada niat nak beritahu you siapa I sebenarnya” Habis berbicara, Eddie mengeluh lagi.
“Who are you?” Sengaja Bella bertanya. Eddie menarik nafas.
“You rasa?”
“Why don’t you tell me?” Eddie tersenyum sedikit. Matanya mengarah ke potret yang tergantung.
“This is Loong Gan Thye” Eddie berkata, sambil jarinya menunjukkan potret yang terletak paling kiri dalam barisan. Bella turut memandang ke arah potret yang di tunjukkan.
“The first generation of Loong family. Dia berasal dari daerah Kwangtung, China. Datang ke tanah melayu sebagai buruh di lombong timah” Bella kembali memandang Eddie, sedikit gerun kerana riak wajah lelaki itu mula bertukar menjadi garang.
“Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan Ghee Hin, kumpulan kongsi gelap di Perak. Selepas Perang Larut berakhir, dia datang ke sini dengan beberapa lagi ahli kumpulan Ghee Hin yang lain, membuat penempatan dan tempat tinggal. Untuk teruskan hidup, mereka berniaga secara kecil-kecilan tetapi, kawasan mereka kerap di ganggu. Loong Gan Thye bergabung dengan penduduk tempatan menubuhkan kumpulan sendiri, sebagai salah satu cara untuk mempertahankan kawasan mereka” Eddie menarik nafas seketika. Bella pula agak terkedu dengan kelancaran Eddie bertutur dalam bahasa melayu. Sesuatu yang jarang-jarang di lakukan oleh lelaki itu. Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2012 08:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 10:27 AM
Wahhh... baru perasan dapat tacang extra + stamp Mod Recommend..
Thanks Mod Jazaa2008..... {:1_14 ...
apa maksud stamp ek?
mcm2 istilah ada... highlite, stamp, digest...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 18-9-2012 10:38 AM
apa maksud stamp ek?
mcm2 istilah ada... highlite, stamp, digest...
Hang pi kat 1st page - kat situ ada stamp kaler merah. Benang hang pun ada....
Baik hati Mod Jazaa2008...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 10:30 AM
Episode 60
Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke 15. Pembukaan Melaka dan hubunga ...
keratan jurnal ke ni nicki?
i like the idea... letak keratan jurnal/berita
lady ada terfikir nak letak keratan email dari yahoo ala2 print skrin tapi jenuh weh... nak create byk account
lady ada terbaca novel habiburrahman yg buat stail mcm ni. Dia letak print skrin email dari yahoo
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 18-9-2012 10:40 AM
Hang pi kat 1st page - kat situ ada stamp kaler merah. Benang hang pun ada....
Baik hati Mod Ja ...
Ye lah... tapi maksudnya apa? I mean apa fungsinya?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 18-9-2012 10:43 AM
keratan jurnal ke ni nicki?
Got it from Bod LMS - Gang & triad, Mr. Wiki and few blogs...
Letak printscreen? letak ajelah... btw, nape nak kena create byk account lak? (tetiba blur pepagi ni)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|