|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: COLORS OF HORIZON
[Copy link]
|
|
|
Seringkali, bila melihat kawan atau ahli keluarga sedang bergelut, ayat pertama yang keluar dari mulut kita adalah,
“Sabarlah, ada hikmah tu."
Niat kita baik, tapi bagi mereka yang sudah lama menanggung beban, perkataan itu boleh terasa seperti satu lagi bebanan. Ia seolah-olah menafikan rasa penat yang mereka lalui.
.
Mengapa Kita Perlu Beri Ruang Untuk “Penat”?
1. Emosi Perlu Dilepaskan
Perasaan yang dipendam tidak akan hilang. Ia akan terkumpul dan akhirnya meletup dalam bentuk masalah kesihatan fizikal atau mental yang lebih serius.
2. Memberitahu seseorang bahawa "Tak apa untuk rasa sedih/penat" adalah ubat yang paling mujarab. Ia membuatkan mereka rasa tidak keseorangan.
3. Sabar adalah kekuatan untuk terus melangkah, bukannya mematikan deria rasa sehingga kita jadi "kosong".
.
Bagaimana Menjadi Pendengar Yang Baik?
• Jangan Tergesa-gesa Memberi Solusi
Kadang-kadang mereka sudah tahu solusinya, mereka cuma mahu didengari.
• Gunakan Ayat Penenang “Aku tak tahu nak cakap apa, tapi aku ada kat sini untuk kau," atau "Ceritalah, aku dengar."
• Elakkan Membandingkan
Jangan balas dengan "Kau okay lagi, aku dulu lagi teruk..." Ini akan menutup terus ruang komunikasi.
Sabar yang paling berat adalah sabar yang
terpaksa diam. Jadi, hari ini, jadilah telinga untuk seseorang. Mungkin itu sahaja "ubat" yang mereka perlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buka pintu peti ais, terus menerpa bau "kepam" yang meloyakan.
Kita pun ambil arang atau daun pandan, letak dalam peti. Bau hilang, kita pun lega. "Settle masalah," bisik hati.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Anda silap besar. Anda cuma hilangkan bau, tapi "kilang kuman" di dalam tu masih beroperasi 24 jam.
Bau busuk itu adalah isyarat bahawa bakteria sedang membiak dan berlaku pereputan (spoilage).
Paling menakutkan, ada satu pembunuh senyap bernama LISTERIA (Listeria monocytogenes).
Fakta Menakutkan Tentang Listeria:
Bakteria lain (Salmonella/E.Coli) selalunya "tidur" dalam suhu sejuk. Tapi Listeria? Tidak.
Suhu sejuk peti ais (4°C) adalah "syurga" bagi Listeria. Ia boleh membiak dengan aktif dan mencemarkan makanan lain.
Bahaya Cross-Contamination (Pencemaran Silang):
Air darah dari ayam mentah menitis jatuh ke atas buah epal di rak bawah.
Anda basuh epal 'cincai', terus makan.
Listeria masuk ke badan.
Kesan Kepada Mangsa:
1. Orang sihat: Mungkin cirit-birit atau demam biasa.
2. Ibu Mengandung: Keguguran janin, bayi mati dalam kandungan (Stillbirth), atau bayi lahir dengan jangkitan otak.
3. Warga Emas: Jangkitan darah dan Meningitis (radang selaput otak).
Tolong check peti ais.
- Jangan biar darah ikan/ayam menitis.
- Makanan masak jangan letak sebelah bahan mentah.
- Kalau ada tumpahan, lap serta-merta dengan air sabun, bukan lap kering je.
Peti ais sepatutnya tempat simpan makanan, bukan tempat ternak penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek kad raya.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila anda minum kopi sebaik sahaja masuk kerja jam 8 pagi, anda sebenarnya “tumpang” waktu badan sedang naturally alert.
Sebab dari sekitar 30–45 minit selepas bangun tidur, hormon kortisol akan naik mendadak. Ini dipanggil cortisol awakening response. Kortisol bukan sekadar “hormon stres”, dia juga hormon yang bantu badan jadi berjaga, fokus, dan bersedia untuk berfungsi.
Jadi kalau anda minum kopi jam 8 pagi (terutama kalau baru bangun sekitar 6:30–7:30), anda minum kafein ketika kortisol masih tinggi. Hasilnya, boost daripada kopi rasa kurang “kick”, dan anda lebih mudah nak tambah cawan kedua sebab anda rasa kopi macam tak jalan.
Bila tunggu ke sekitar 9:30–11:00 pagi, kortisol biasanya mula turun. Masa ini, kafein lebih ketara kesannya. Fokus lebih stabil, rasa mengantuk lewat pagi kurang, dan ramai orang jadi kurang bergantung pada top up berulang kali.
Tapi ini bukan hukum wajib. Kalau anda kerja shift, bangun lambat, atau perlu memandu jauh awal pagi, kopi jam 8 tetap boleh jadi “alat selamat”.
Cuma kalau anda nak kopi yang paling terasa efektif, cuba ubah kepada “caffeine window” iaitu sekitar 60–120 minit selepas bangun.
Kalau anda nak cuba versi paling simple:
Bangun, minum air dulu.
Biar badan hidup sendiri sekejap.
Lepas 1–2 jam, baru kopi. Fokus dia lain macam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
In Xingyi City, southwest China's Guizhou Province, the karst mountains were pictured last Sunday unfolding like endless waves, rolling layer upon layer toward the horizon. Formed over millions of years by the erosion of limestone, the terrain revealed shifting shades of blue and gray under changing light, presenting one of the region's most striking natural vistas.
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|