CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-9-2024 11:33 AM | Show all posts
page 70
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:45 AM | Show all posts
Vellfire replied at 12-9-2024 10:09 AM
start kul 12 sampai sabtu saya bz sangat2
doa saya semoga majlis berjalan lancar, cuaca baik
dan di ...

tahniah mod nak dapat menantu

semoga dipermudah semua urusan dan majlis berjalan dengan lancar
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:47 AM | Show all posts
Langgar bot Maritim Malaysia, tekong terjun laut bersama 20 PATI

SHAH ALAM: Seorang tekong bersama kira-kira 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 pagi tadi apabila tekong melanggar bot milik Maritim Malaysia yang mengejarnya pada kedudukan 0.2 batu nautika barat daya Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, terdahulu bot terbabit dikesan hasil maklumat Area Control Centre (ACC) Klang dalam keadaan mencurigakan dan bergerak laju di perairan Kuala Langat.

"Susulan itu, bot ronda Maritim Malaysia dalam OP EHSAN dan OP TIRIS 3.0 diatur gerak ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Pasukan operasi menemukan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran memecut dalam keadaan mencurigakan di Perairan Tanjung Rhu, lalu mengejar selama kira-kira 35 minit.

"Dalam cubaan bot suspek meloloskan diri, tekong sengaja melanggar bahagian sebelah kanan bot ronda Maritim Malaysia sehingga menyebabkan kerosakan, sebelum tekong terjun ke laut bersama PATI lain dan berenang ke kawasan cetek hutan paya bakau berdekatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata, bot suspek dihentikan anggota, namun pemeriksaan hanya menemukan dua PATI wanita masing-masing berusia 28 dan 45 tahun tanpa dokumen pengenalan diri di atas bot.

"Soal siasat mendapati lebih 20 penumpang lain yang menggunakan perkhidmatan bot terbabit untuk pulang ke negara jiran melarikan diri dengan terjun ke laut sebelum insiden pelanggaran berlaku.

"Bot terbabit kemudian dibawa ke Jeti Maritim Selangor di Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya mengesahkan dua PATI yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:47 AM | Show all posts


Bot yang digunakan untuk menyeludup keluar PATI. (Foto kecil) dua PATI yang ditahan di dalam bot. - Foto ihsan Maritim Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:48 AM | Show all posts
Wanita rugi lebih RM200,000, ditipu 'pegawai polis', 'pegawai Kementerian Komunikasi'

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerugian RM206,900 selepas menerima panggilan telefon daripada individu menyamar pegawai polis dan pegawai Kementerian Komunikasi, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 64 tahun pada jam 1.31 tengah hari semalam, yang mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada Julai 2023.

"Pengadu memberitahu, individu berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Kementerian Komunikasi yang mengatakan pengadu terbabit dengan kes siber, namun pengadu menafikan perkara itu.

"Kemudian, pengadu mendakwa menerima lagi panggilan telefon daripada dua individu yang mengaku sebagai pegawai polis.

"'Tuan Omar' dan 'Inspektor Khoo Lee Feng' memaklumkan bahawa pengadu terbabit dengan siasatan jenayah pengubahan wang haram sebelum meminta pengadu memberikan maklumat berkenaan akaun bank yang dimilikinya," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Balveer Singh, pengadu kemudian memberikan maklumat berkaitan akaun bank miliknya serta beberapa nombor kod OTP kepada 'Tuan Omar' bagi tujuan siasatan dan diarahkan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan sesiapa sehingga arahan lanjut diberikan.

Katanya, pada 6 September lalu, pengadu membuat semakan akaun di bank dan mendapati terdapat 12 transaksi pemindahan wang berjumlah RM206,900 bermula 14 September 2023 hingga 14 November 2023.

"Transaksi itu dibuat daripada akaun pengadu ke enam akaun bank berbeza dan pengadu syak dia telah tertipu sebelum membuat laporan polis," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.

Katanya, siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun jika ada, dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit.






https://www.bharian.com.my/berit ... pegawai-kementerian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:51 AM | Show all posts
Remaja maut dihempap pokok

ALOR GAJAH: Perjalanan pulang seorang pekerja kilang berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai dihempap pokok tumbang di Jalan Industri Kelemak, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa, Ikhmal Hakimi Hasrul Rizuan,18, yang menunggang motosikal Benelli maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata polis menerima laporan kemalangan itu pada jam 6.50 pagi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dalam perjalanan pulang dari arah Alor Gajah menghala ke rumah di Taman Lendu Bakti, Masjid Tanah, di sini.

"Ketika tiba di lokasi dipercayai sebatang pokok tumbang menghempap tangki motosikal sehingga menyebabkan penunggang jatuh di atas jalan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terbabit ditahan untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata, pihaknya sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




https://www.bharian.com.my/berit ... maut-dihempap-pokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2024 11:53 AM | Show all posts
Suami isteri didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan nimetazepam.

Mohd Tarmizi Ramle,34, dan isterinya, Marline Mohd Pauzi, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya disyaki jenis methamphetamine seberat 5,708.18 gram (berat kasar).

Pasangan itu turut didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis nimetazepam seberat 631.91 gram (berat kasar).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan di sini, jam 1 petang pada 1 September lalu.

Pasangan yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan sebelum mahkamah menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri ditahan bersama pelbagai jenis dadah seberat lebih enam kilogram bernilai RM768,000.

Susulan penahanan mereka, polis merampas dadah dan menyita kenderaan, wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.05 juta.




https://www.bharian.com.my/berit ... rdepan-hukuman-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:54 AM | Show all posts


Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan nimetazepam. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:56 AM | Show all posts
'Sabar Din, kami ada' - Keluarga 'Abang Bas'

BATU PAHAT: "Sabar Din, kami ada," demikian kata-kata seorang ahli keluarga kepada 'Abang Bas' yang sekali lagi dihadapkan ke mahkamah kerana menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar komen jelik dalam videonya, bulan ini.

Kata-kata itu didengari ketika 'Abang Bas' dibawa masuk ke dalam kereta polis sebaik selesai prosiding pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini sambil menitiskan air mata.

Suasana bertambah pilu apabila bapa kepada 'Abang Bas' muncul ketika kenderaan membawanya menanti ketibaan lelaki itu sambil ditemani ahli keluarga lain.

Sejurus melihat 'Abang Bas' dalam kereta, mereka kemudian berpelukan sambil menangis teresak-esak dan memohon supaya anaknya bersabar.

Difahamkan, kenderaan polis membawa 'Abang Bas' menunggu seketika selepas dimaklumkan bapanya dalam perjalanan ke mahkamah untuk melihat anaknya.

Sebelum meninggalkan mahkamah, 'Abang Bas' turut dilihat menghadiahkan 'mini love' kepada ahli keluarganya.

Terdahulu, lelaki berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh.

Dia berhadapan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya.

Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan'.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial.



https://www.bharian.com.my/berit ... -keluarga-abang-bas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:59 AM | Show all posts
tengok dekat twitter
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:59 AM | Show all posts
ramai lagi yang sokong pedo ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:00 PM | Show all posts
siap nak kutip singgit sorg utk pedo
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:01 PM | Show all posts
yang nak buat semua perempuan besar2 dah belaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:01 PM | Show all posts
mak2 orang
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:01 PM | Show all posts
pelik2 orang Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:03 PM | Show all posts
Al-Arqam 'berevolusi' selindung ajaran sesat


Kuala Lumpur: Pertubuhan Al-Arqam walaupun sudah difatwakan haram dan menyeleweng, namun menjadi antara ajaran sesat yang dikesan berevolusi dari sudut penjenamaan dan penampilan

Diasaskan Asaari Muhammad pada 1968, pertubuhan ini dikesan mempunyai rangkaian perniagaan padu sehingga membentuk beberapa syarikat, bermula dengan Rufaqa Corporation Sdn Bhd.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Al-Arqam mula ditubuhkan dengan misi kononnya untuk menyedarkan umat Islam agar lebih menghayati makna Islam.

Namun, penubuhan yang bermula atas nama Kumpulan Rumah Putih di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur itu, mula digelar Darul Arqam beberapa tahun selepas itu dan Aurad Muhammadiah didakwa diamalkan Asaari serta pengikutnya.

"Amalan itu mengundang beberapa siri pengisytiharan keluar oleh beberapa orang kuat Darul Arqam dan pemecatan beberapa individu yang berpengaruh dalam kumpulan itu.

"Ia mendapat perhatian pihak media kerana reputasi Darul Arqam ketika itu yang dilihat agak terkehadapan dalam menjana ekonomi mereka.

"Susulan itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memanggil Asaari untuk mendapatkan penjelasan berkaitan isu itu dan beberapa isu berkaitan Aurad Muhammadiah," kata laporan dalam portal MAIS.

Asaari bagaimanapun tidak mengaku menyebarkan Aurad Muhammadiah, tetapi tidak juga menyatakan mengamalkannya.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa dirinya pernah mengatakan, individu yang bertanggungjawab membawa Aurad Muhammadiah iaitu Syeikh Muhammad Abdullah al-Suhaimi meninggal dunia pada 1925 akan hidup semula sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman.

Rentetan isu akidah yang membabitkan Asaari, jawatankuasa fatwa negeri memutuskan bahawa fahaman Aurad Muhammadiah pegangan kumpulan Darul Arqam yang terkandung dalam dua buku iaitu bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Dar Al-Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Manaqib (riwayat hidup) Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi adalah bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Dua buku itu juga diharamkan kerana dibimbangi mengeliru dan menyesatkan umat Islam.

Pada 1994 Asaari dan beberapa pemimpin kanan kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membuat pengakuan tentang penyelewengan Al-Arqam.

"Dia meninggal dunia pada 2010, selepas dibebaskan daripada tahanan tetapi dikenakan tahanan rumah," katanya.

Cubaan hidupkan semula

Mengulas lanjut, laporan MAIS menyebut, Ummu Jah dikesan cuba menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd (SRC) ketika suaminya masih dalam tahanan ISA.

"Justeru pada 21 Disember 2006, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan dalam fatwa bertajuk Usaha-usaha menghidupkan semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd (SRC) dan Rangkaian Syarikat Gabungan.

"Syarikat ini dikesan membawa fahaman yang sama dengan al-Arqam sebagaimana difatwakan pada 11 Ogos 1994," katanya.

MAIS berkata, walaupun perisytiharan taubat daripada kumpulan ini, namun fatwa yang pernah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak pernah ditarik balik kerana dipercayai masih ada saki-baki pengikutnya yang mengamalkan ajaran yang diharamkan ini.




https://www.bharian.com.my/berit ... indung-ajaran-sesat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 12:03 PM | Show all posts


Beberapa wanita yang dikaitkan dengan Al-Arqam ketika ditahan pada 2017. - Foto Arkib NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:05 PM | Show all posts
Bekas pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.

Perkembangan mendukacitakan itu dikongsikan adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias di laman sosial miliknya.

"Selamat jalan abang ku #16. Semoga tenang di negeri abadi abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana abang. Nanti kita jumpa di sana abang," kongsi Elly Idzliaikmal.

Dikenali sebagai pelumba yang berbakat besar, Allahyarham mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.


Berjaya menjulang beberapa kejuaraan bersama pelbagai pengeluar antaranya Yamaha, Honda dan Suzuki, Allahyarham turut terpilih menyertai program pencarian pelumba 'wildcard' negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.

Berikutan bakat dimilikinya, Allahyarham terpilih untuk menyertai program berkenaan bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc bersama pasukan Air Asia.

Selepas menggantung sut lumbanya, Allahyarham juga pernah menceburkan diri dalam arena pengacaraan dan menjadi pengulas perlumbaan bersama Cub Prix.

Selain itu, Allahyarham turut memiliki buku autobiografi bertajuk Evolusi Elly 'Daripada rempit kepada juara' yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah Allahyarham difahamkan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya.



https://www.bharian.com.my/sukan ... zar-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.172829 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list