Beli bahan letupan dari Thailand
Kota Bharu: Bahan letupan yang digunakan dalam kejadian menyebabkan pasangan warga emas maut di Kilometer 3 Jalan Pulai-Gua Musang, dekat Kampung Pulai, di sini, semalam, dipercayai dibeli di Thailand dengan harga RM300.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 27 tahun kemudian meletakkan bahan letupan itu pada motosikal mangsa tiga hari sebelum kejadian.
"Bagaimanapun maklumat penuh berhubung jenis bahan letupan dan bagaimana ia diletupkan masih dalam siasatan.
"Setakat ini kita sedang tunggu laporan penuh daripada Unit Pemusnah Bom dari Bukit Aman," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini.
Katanya, berdasarkan soal siasat yang dijalankan suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana terdesak untuk mendapatkan wang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83475#sthash.KKDeHPHH.dpuf
|