|
at least post la dulu kat sini sampai 50%.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya..........
|
|
|
|
|
|
|
|
ok hari ni rajin sikit....................................
Hampir seminggu Mawar berada di rumah Arisha. Selama itu, Arisha dan Ezzie mengajar Mawar tentang cara-cara menggunakan peralatan di rumah itu untuk mengemas, memasak dan juga membasuh baju. Petang pula, habis kelas, Mawar dibawa bersiar-siar dan membeli barang keperluan. Pakaian yang dibeli semuanya dibayar oleh Arisha.
"Arisha..hamba mahu bekerja. Malu sebenarnya jika hamba terusan begini. Mahu cari wang untuk bayar sewa rumah, makan minum, pakaian. Di mana hamba harus kerja?" Segan dengan Arisha, Mawar akhirnya menyuarakan hasratnya.
"Emm..awak nak kerja apa?" Wajah Mawar yang putih bersih itu ditatap seketika. Dulu, Ikram pernah beritahunya yang Mawar ingin mencari kerja setelah tamat pengajian di Holland dan sekarang ini sudah pecah rahsia yang Mawar bukan lulusan luar negara. Entah dari mana gadis itu datang dan muncul.
"Apa saja..asalkan hamba mendapat wang. Ambil upah mencuci pakaian, menyapu laman atau mengangkut air di kali." Mawar berkata bersungguh-sungguh.
Arisha dan Ezzie saling berpandangan, diam seketika sebelum ketawa merkea pecah berderai!
"Apa...lucu benarkah kata-kata hamba tadi?" Mawar pula terpinga-pinga dengan reaksi kedua gadis itu.
"Bukan macam tu..tapi basuh baju, sapu laman dan angkut air tu...tak dah ada sekarang ni. Semuanya pakai mesin. Air dari paip. Err..kali tu apa?" Ezzie mencelah sambil ketawa terkekek-kekek.
"Emm...bagaimana ya...emm...sungai!" Terang Mawar, bulat dan luas matanya sambil tersenyum lebar.
"Laa...sungai ke?"
Sekali lagi Arisha dan Ezzie ketawakan Mawar. Mawar pula sudah terkulat di situ memerhati gelagat Arisha dan Ezzie. Entah apa yang lucu pada kedua gadis itu.
"Mawar..kat KL ni, mana ada sungai? Kolam renang ada la! Dah! Minggu depan, saya bawa ke pejabat ayah saya. Saya cuba tanya kalau-kalau ada kerja kosong di sana."Jawab Arisha pula sambil menahan ketawa. Hai la..Mawar..Mawar... Memang sah la Mawar sudah hilang ingatan!
"Kerja apa?" Mawar masih bingung. Itu sahaja kerja yang dia tahu.
"Kerani pun boleh..kalau dapat pangkat pegawai lagi bagus!" Arisha kenyit mata. "Eh..ada call dari Ikram"
Bunyi deringan iphone miliknya memaparkan nama Ikram itu tadi menghentikan perbualannya dengan Mawar. Panggilan dari Ikram dijawab.
Mawar hanya memerhati tingkah Arisha yang kelihatan mesra nada suaranya menjawab panggilan dari Ikram. Itu yang diberitahu oleh Arisha tadi. Dia mengalih mata pada Ezzie yang sedang membelek bunga mawar putih yang sudah kering di atas meja solek. Sugul seketika mengenangkan bunga mawar miliknya sudah tiada. Dia turut bangun dan merapati Ezzie yang ralit melihat bunga mawar putih yang sudah kering layu itu.
"Esok, Ikram datang rumah. Dia nak ajak kita ke satu tempat." Arisha mendekati Mawar dan Ezzie.
"Ke mana?" Ezzie cepat saja bertanya. "Eh, Badrul ikut sekali tak?"
"Kau ni! Asyik-asyik Badrul. Ya..dia ikut sekali. Takkan dia nak jadi rose among the thorn?" Arisha sengih.
"Err..kita mahu ke mana?" Mawar pula bertanya.
"Entahlah..Ikram tak beritahu pun.."
DI BANGLO orang tua Ikram, di Bandar Baru Bangi, Ikram bersandar di sofa. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kopi. Tadi selesai berbual dengan Arisha, dia menghubungi pula Badrul. Esok, dia akan ke tempat di mana dia melanggar Mawar dulu. Mungkin dengan cara itu, gadis itu akan ingat semula.
"Ikram, termenung panjang nampak?"
Ikram segera tegakkan badannya. Ayahnya sudah tersenyum di depan, baru hendak melabuhkan punggung di sofa.
"Ayah dari mana ni?"
"Ayah baru balik dari kenduri di Bukit Tunku, rumah kenalan lama ayah dulu. Kebetulan dia ada buat majlis meraikan kejayaannya dalam bisnes perkapalan ni. Fikir apa sampai termenung panjang tadi? Ayah dah tercongok kat depan pintu dari tadi lagi." Zainal melemparkan senyuman. Sejak kebelakangan ini anak lelaki tunggalnya asyik mengelamun saja. Setiap kali pulang hujung minggu, Ikram asyik dengan telefon bimbit dan melayari internet tentang bunga mawar.
"Emm...ayah perasan Ikram suka search pasal bunga mawar...nak beri hadiah ke apa?" tegur Zainal.
"Ha...err....tak adalah ayah. Saja je.." Ikram sengih lagi. Bila masa pulak ayah aku skodeng aku ni???
"Kalau nak beri hadiah...pergi saja beli kat kedai bunga. Macam-macam bunga ada..pilih saja.."
Ikram senyum. Haih la..ke situ pulak fikiran ayah. Dalam kamus hidupnya tak pernah beli bunga, apa lagi nak hadiahkan bunga bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
@Ipo...thank you.... nak lagi boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
KEEP IT UP
DONT GIVE UP
YOU CAN DO IT
#AKUYANGKOMENAKUTAKBACASEBABTUNGGUPERKATAANTAMATSEKADARMEMERIAHKANTHREAD |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sikit mawar jumpa ikram boleh??? |
|
|
|
|
|
|
|
mn tuan umah nie??? melilau kt umah orang ja... |
|
|
|
|
|
|
|
tak dak sambungan ka?
Mokcun duk pulun la baca cita hang pa ni..misteri sungguh bunga mawar putih ..
dah la Mokcun suka letak bunga ros dalam pasu kat atas meja dapuq.. sib baik ros warna merah..
jangan la pulak nanti hangpa letakkan apa ka nama tu..read permission tu na..
nanti Mokcun takleh nak baca..
|
|
|
|
|
|
|
|
hi mok. cun.dh pakaih bedak sejuk ka? |
|
|
|
|
|
|
|
huuu...mmg misteri citer ni....sampaikan jari dan otak penulis pun mampu bermisteri dengan sang penulis sendiri.
kipidap.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab misteri sudah datang tu la..maka ini cerita turut menjadi misteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 6
JAM tujuh pagi Ikram sudah bersiap-siap untuk ke rumah Arisha. Jarum jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. 7.30 pagi nanti Badrul akan tiba di rumahnya. Badrul yang menyewa di Petaling Jaya menaiki kereta ke rumahnya di Bandar Baru Bangi dan dari situ mereka berdua akan menaiki kereta bersama dan akan berjumpa dengan Arisha, Ezzie dan Mawar di R&R Seremban nanti. Perjalanan ke rumah Pak Andak yang terletak di Bahau Negeri Sembilan sudah tidak berapa jauh dari situ. Sengaja dia memilih lebuhraya, Arisha tidak berapa tahu kalau ikut jalan lama.
"Ikram, dah sarapan?"
Ikram mendongak. Ibunya tercegat di muka pintu dapur sambil memegang teko. "Belum mak, tak sempat ni. Ikram tunggu kawan datang."
"Siapa?" Hashimah pandang anak bujangnya yang bersandar malas di sofa di ruang tamu. Sudah segak berpakaian kasual, kemeja T dan seluar jeans biru.
"Badrul.." Ringkas saja jawaban Ikram.
"Nak ke mana pagi-pagi ni? Selalunya hari minggu je..kalau matahari tak terik kat kepala, membongkang kat atas katil tu. Ni, pakai smart bagai, nak ke mana?" Hashimah merenung anak bujangnya yang sudah tersengih-sengih. Pelik pula dengan sikap anak lelaki tunggalnya sejak kebelakangan ini. Sudah banyak berubah. Dari pemalas, sudah jadi rajin. Dari buat tahi mata sampai ke tengahari, sekarang sebelum subuh lagi sudah dengar baca Quran dari dalam bilik. Apa yang dah terjadi sebenar??
"Kami ada hal sikit mak..duduk rumah je, bosan jugak." Ikram cuba senyum selebar yang mungkin. Dalam hatinya berharap agar ibunya tidak melanjutkan dengan soalan-soalan lain.
"Tahulah..orang bujang mana ada lekat kat rumah. Ni, ayah kamu pun sama. Hari minggu je..ada saja aktiviti dia kat luar. Jumpa kawan la, ada majlis la, ada conference la..entah-entah ada sorang lagi.." Hashimah mencebik. Dia yang berdiri dari tadi di muka pintu itu mula melangkah ke sofa. Teko diletakkan di atas meja kopi.
"Ke situ pulak mak ni. Mak nak ke ayah tu ada lagi sorang?" Ikram ketawa mengekek. Geleng mendengar leteran ibunya yang suka menaruh syak yang bukan-bukan pada ayah. Padalah ayah memang ada urusan penting. Hmm...urusan penting? Tiba-tiba saja dia juga berprasangka pada ayah.
"Hah! Yang kamu sampai berkerut dahi tu, kamu pun ada simpan rahsia ayah eh?" Hashimah merenung anak mata Ikram. Dia sudah masak dengan perangai anak lelakinya yang pandai simpan rahsia suaminya. Dua-dua memang kuat berahsia.
"Ish! Mak ni! Rahsia apa?" Ikram gelak lagi. Suka sebenarnya melihat reaksi ibu. Sudah ketara di wajah orang tua itu ada tanda cemburu. "Mak ni mesti sayang sangat kat ayah kan? Kan?"
"Mak tanya betul-betul ni..kamu suka sangat ubah topik la." Paha Ikram dicubit geram. Anak aku ni dah rupa sebiji bapaknya. Bergurau yang boleh menaikkan darah!
"Adoi! Sakit la mak!" Ikram cuba mengelak dari dicubit lagi. Mengekek dia ketawa.
"Ha, tu Badrul dah sampai! Ok mak! Ikram pergi dulu!" Pantas saja Ikram raih tangan ibunya dan dicium sebelum menapak ke kereta Badrul.
Kereta Badrul mula memecut meninggalkan halaman rumah Ikram menuju ke lebuhraya Plus dan mereka akan singgah di R&R Seremban nanti. Arisha, Ezzie dan Mawar sudah menunggu mereka di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
SETENGAH JAM memandu, akhirnya Badrul dan Ikram sampai di kawasan rehat dan rawat Seremban. Tersenyum lebar Badrul saat mata terpandang wajah kesayangannya dari jauh. Tidak sia-sia dia memandu sejauh itu, penat yang dirasakan berbaloi bila dapat bertemu mata dengan buah hati. Sudahlah dia jarang bertemu mata, apa lagi hendak keluar berduaan seperti pasangan bercinta yang lain. Ayah Ezzie, garangnya mengalahkan singa kelaparan. Tidak berani dia mengajak keluar.
"Weh! Tutup mulut kau tu!" Bahu Badrul ditepuk kuat. Ikram sengih, mulut Badrul sudah ternganga. Dia tahu, Ezzie yang dipandang Badrul tadi sebaik mereka menapak ke arah medan selera. Dari dalam kereta tadi lagi, dia sudah nampak Arisha, Ezzie dan Mawar sedang menunggu di sebuah meja di medan selera itu.
"Aku tahulah kau tu angau dengan Ezzie tu. Kut ya pun dah angau sangat, janganlah tunjuk sangat. Gelilah aku tengok!"Ikram ketawa kali ini. Memang beginikah gelagat orang bercinta? Menggeleng dibuatnya.
"Kau tahu apa..tak sampai tiga bulan lagi tamat belajar. Lepas tu, aku nak cari kerja dan masuk meminang." Balas Badrul, bersungguh nadanya. Ikram yang tersengih-sengih di sebelahnya tidak dihiraukan. Dia harus bekerja kuat untuk jadikan Ezzie suri hatinya nanti. Dia bukan main-main.
"Arisha!!" Ikram melaung nama Arisha sebaik kakinya menjejak ke lantai medan selera. Meja tempat Arisha duduk bersama Ezzie dan Mawar agak jauh.
ARISHA yang dari tadi melilau mencari kelibat Ikram mula berpaling dan turut sama melambai-lambai pada Ikram. Ikram dan Badrul semakin hampir ke meja mereka.
"Wah..buah hati tercinta kau dah sampai tu." Usik Arisha. Dia sedar, dari tadi Ezzie seperti resah gelisah mencari seseorang. Bukan dia tidak tahu sikap dan tingkah Ezzie yang tidak keruan jika dapat tahu Badrul akan muncul.
Ezzie hanya tersenyum lebar. Sinar matanya sudah bercahaya.
"Tuan hamba sungguh bertuah. Nampaknya pemuda itu seorang yang baik hati." Mawar mencelah. Merujuk kepada Badrul yang berjalan seiring dengan Ikram, wajah lelaki itu manis dengan senyuman.
"Mawar...boleh tak panggil awak atau Ezzie saja. Tak payahlah hamba tuan hamba ni. Aku rasa macam berada kat zaman Melaka dulu kala pulak. " Ezzie cuit lengan Mawar, sempat jeling Arisha yang turut mengangguk setuju.
"Hamba tidak biasa berbicara bahasa tuan hamba. Selalu tersalah sahaja." Mawar mengukir senyum. Masih mengekalkan bahasa lamanya. Ah, dia sudah tidak kisah jika digelar jakun. Perjalanan tadi, dia banyak bertanya itu ini dan perkataan jakun terkeluar dari mulut Arisha. Mulanya dia tidak mengerti tetapi setelah dijelaskan oleh Ezzie, baharu dia tahu maksud sebenar. Dia lebih selesa menggunakan bahasa itu.
"Hai! Dah makan?" Ikram mula menyapa. Dia dan Badrul sudah tiba di meja gadis-gadis manis itu. Matanya melirik pada Mawar. Terpana seketika. Kecantikan Mawar jelas terserlah. Baju kebaya berona merah muda dengan sarung batik sulaman itu cukup indah tersarung di tubuh gadis itu. Ditambah pula dengan rambut yang disisir kemas dan diletakkan di sebelah kiri bahu.
"Ehem! Ehem! Masuk lalat!" Kali ini Badrul pula berdehem kuat. Bahu Ikram ditepuk-tepuk.
"Err...korang dah makan ke?" Ikram tersedar, cepat-cepat matanya dilarikan ke arah lain. Dia sedar, Mawar memandangnya dengan riak bingung tadi. Ah, apa kena dengan aku ni? Gadis itu tiada apa-apa pun!
"Emm..Ezzie dah makan?" Badrul pula menyapa buah hati kesayangannya.
"Belum..tunggu korang la. Nanti, kalau kita orang makan dulu, kami nak buat apa lepas tu? Korang sampai, takkan kami nak melantak lagi sekali?" Tersenyum-senyum Ezzie menjawab pertanyaan Badrul.
"Amboi! Orang perempuan kuat melantak rupanya!" Ikram ketawa, cuba bergurau dengan Ezzie, sebenarnya dia ingin menghilangkan rasa debaran dalam hatinya ketika ini. Saat mata bertentang dengan Mawar tadi, degupan jantungnya tiba-tiba terasa bagai dipam kuat.
"Cakap baik-baik sikit eh..kita orang ni melantak pun, badan tetap maintain!" Arisha cukup tak suka kata-kata Ikram. Dia faham sangat perangai lelaki itu yang suka mengutuk.
"Ala..aku gurau je la. Ok, korang nak makan apa?" Ikram pandang gadis-gadis cantik di depannya sebelum anak matanya jatuh pada Mawar yang terkebil-kebil di sebelah Arisha. Mungkin dia tidak faham gurauan mereka tadi. "Mawar, nak makan apa?"
"Alahai..tanya Mawar sorang je ke?" Arisha mencebik.
"Eh..maksud aku...korang semua la. Cepat la, jauh lagi perjalanan kita ni." Ikram sudah termalu sendiri. Memang sah! Dia sudah jadi orang lain! Bukan Ikram yang dulu!
Arisha mula memesan makanan. Ezzie dan Mawar juga turut membuat pesanan. Ikram dan Badrul segera ke gerai. Hampir sepuluh minit, mereka kembali ke meja dengan makanan dan minuman kegemaran masing-masing. Mawar pula hanya menjamah nasi goreng sahaja. Suasana yang agak lengang di medan selera itu memudahkan mereka membeli makanan tanpa menunggu lama.
"Er..Ikram, aku ikut belakang kereta kau. Kau jangan la pulak pecut macam Louis Hamilton pulak! Karang aku patah balik KL." Arisha siap-siap berpesan pada Ikram. Dia tahu, Ikram mahupun Badrul, tidak pernah memandu perlahan.
"Yalah..aku tahu. Ala, kau pun pecut jugak kalau bawa kereta." Ikram sengih. "Aku rasa kalau aku ajak Ipo sekali, kau lagi pecut kereta kau tu! Kalah aku nanti."
"Nampak ni!" Arisha menunjukkan 'buku lima' kepada Ikram. Pantang dia bila dikaitkan dengan Ipo. Bukan dia berlagak tetapi dia langsung tiada hati pada lelaki itu.
"Dah..korang ni, kat sini boleh bergaduh. Bila nak sampai macam ni?" Ezzie menyampuk. Segera tangan Arisha dan Mawar ditarik menuju ke kereta.
Badrul dan Ikram pula menuju ke kereta mereka. Mereka mula bertolak menuju ke destinasi. Kereta Arisha mengekori kereta Badrul sepanjang perjalanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
HAMPIR satu jam memandu, mereka tiba di laluan yang kiri kanan ladang kelapa sawit. Ikram menyuruh Badrul berhentikan keretanya di bahu jalan. Kereta Arisha yang mengekori dari belakang juga turut berhenti sama. Ikram mula keluar dari perut kereta dan melihat sekitar kawasan itu. Hanya ladang kelapa sawit sahaja yang ada. Ya, dia memang pasti, di kawasan itulah dia melanggar Mawar ketika hujan lebat.
"Ikram, kau nak ke mana tu?" Badrul melihat Ikram sudah menapak ke tepi jalan menuju ke arah ladang kelapa sawit.
Alur yang agak besar memisahkan jalanraya dan kawasan ladang kelapa sawit itu agak sukar untuk dilalui. Selamba saja Ikram melompat dan berdiri di tepi pokok kelapa sawit. Badrul berpusing melihat Arisha, Ezzie dan Mawar yang masih berdiri di tepi kereta. Ketiga gadis itu juga hanya memandang tingkah Ikram. Mawar pula seperti tidak ada apa-apa reaksi. Seperti pandangan kosong.
Ikram tidak menjawab. Dia cuba mengenalpasti kawasan itu. Malam kejadian itu dengan hujan lebat dan keadaan gelap, sukar untuknya mengecam keadaan jalan dan keadaan sekitar. Semuanya terasa sama. Dia melompat semula alur seperti longkang itu dan berdiri semula di bahu jalan.
"Aku rasa...bukan tempat ni. Mawar..awak ingat apa-apa tak?" Ikram pandang pada Mawar di sebelah Arisha. Wajah gadis itu seperti tiada apa-apa riak.
"Cuba tengok betul-betul.." Badrul pula mencelah. Riak gadis itu seperti tidak pernah kenal atau tahu kawasan itu. Apa yang diberitahu oleh Ikram dulu, gadis itu muncul dari dalam ladang kelapa sawit dan tiba-tiba melintas jalan.
"Jadi, tuan hamba bawa hamba ke mari untuk kembalikan ingatan hamba? Begitu?" Mawar berkerut kening melihat Ikram dan yang lain satu persatu.
"Yalah..kan awak tak ingat. Malam tu, saya pasti, saya langgar awak kat sini. Kiri kanan ladang kelapa sawit. Awak tiba-tiba muncul dari kawasan ladang tu dan melintas jalan ni. Saya langgar awak..." Bersungguh Ikram menjelaskan apa yang terjadi pada Mawar pada malam itu. "Cuba awak tengok betul-betul.."
Mawar mengalih anak matanya ke arah ladang kelapa sawit. Dia cuba mengamati suasana sekitar situ. Tiada satu apa pun yang melekat di mindanya. Kosong!
"Maaf, hamba tidak ingat apa-apa. Apakah tempat ini yang tuan hamba jumpa hamba?" Mawar sudah semakin bingung. Kenapa dia tidak ingat apa-apa??
Ikram pandang Badrul dan kemudian pada Arisha dan Ezzie. Muka masing-masing sudah berkerut seribu. Pelik mendengar kata-kata Mawar.
"Bunga mawar putih tu...masa saya langgar awak, awak ada pegang satu bunga mawar putih. Saya ambil dan simpan. Bunga tu pun saya dah kembalikan pada awak.." Ikram sekali lagi menjelaskan keadaan sebenar.
"Bunga mawar putih yang tuan hamba beri itu bukan kepunyaan hamba." Mawar menutur perlahan. Ada nada sugul. Dia pandang tepat ke anak mata Ikram. Apakah lelaki itu sudah berbohong?
"Bukan?? Kan ada dalam tin tu?" Sudah berubah riak Ikram ketika ini. Dia panik.
"Aku tak faham..apa maksud kau Ikram?" Arisha mula mencelah. Dari dulu lagi dia ingin tahu apa yang sebenarnya kisah bunga mawar putih itu sehingga ianya begitu penting bagi Mawar.
Mawar pula sudah kembali ke kereta dan mengambil sesuatu. Dia menghulurkan bunga itu kepada Ikram. Terkejut Ikram melihat sekuntum bunga mawar putih yang sudah layu dan kelopak bunganya sudah keperangan. Hampir kering.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ikram belek-belek bunga itu. Tergaru-garu kepalanya.
"Dah kau masukkan dalam tin! Memanglah dia jadi macam tu! kau pun satu, nak bagi bunga, buatlah cara elok sikit. Ni, nak buat lawak pulak. Kan dah jadi macam ni!" Marah Arisha pada Ikram, namun dalam masa yang sama, dia terasa hendak ketawa saja. Sejak hari itu lagi dia terasa lucu dengan gelagat Ikram yang satu ini.
Ikram tidak hiraukan kata-kata Arisha. Hatinya sudah tidak tenteram. Bagaimana bunga itu boleh jadi seperti itu? Sedangkan selama dia simpan bunga itu dalam lacinya, ia tetap segar dan harum. Ini, sudah tengik baunya! Jenuh dia berfikir...oh tidak!!
"Mila!!" Terkeluar nama Mila dari mulut Ikram.
"Mila??" Serentak pula Badrul dan Ezzie bertanya. Tersengih malu keduanya kali ini.
"Maksud kau?" Arisha sambar bunga dari tangan Ikram. Bunga itu dibelek-belek. Baginya biasalah bunga yang segar akan jadi layu dan kering bila dah berhari-hari dibiarkan.
"Adoi!! Masak aku kali ni!" Ikram meluku dahinya sendiri.
"Wait..maksud kau..bunga tu ada dengan Mila?" Badrul meneka.
"Aku tertinggal tin tu kat bangku masa tunggu kau dulu. Lepas tu, dia yang serahkan kat aku masa aku tunggu kau kat medan selera. Aku nak mengelak dari dia. Adoi laa....." Ikram menggeleng. Berkali-kali dia meluku dahinya sendiri. Kecuaiannya sendiri! Dia merasa itulah sebabnya bunga mawar putih itu layu dan kering. Mungkin Mila sudah menukar dengan bunga lain.
"Mawar...maafkan saya. Saya rasa bunga mawar yang sebenar...ada dengan Mila.." Ikram mula merasa tidak sedap hati. Terasa bersalah pada gadis itu.
"Eh...korang ni cakap apa? Aku dari tadi tak faham..kenapa dengan bunga tu? Kenapa pulak Mila nak ambik bunga tu?" Arisha pandang Ikram tidak berkelip.
Ikram tidak menjawab kerana dua perkara. Pertama, dia merasakan Mila cemburu dan kedua, dia juga tidak tahu kisah sebenar bunga misteri itu. Matanya beralih pada Mawar. Wajah gadis itu juga sudah berubah. Dia pasti, ada sesuatu yang bermain di benak gadis itu. Inilah masanya gadis itu perlu berterus terang.
"Mawar, awak cakap, awak dikejar dua lelaki kan? Awak yakin ini tempatnya?" Arisha mula teringat cerita Mawar pada malam itu.
"Dikejar?? Lelaki??" Cepat saja Ikram menyampuk.
"Ya..itu yang dia cerita kat aku. Lelaki tu bersenjata katanya. Ada bunyi tembakan. Aku rasalah..tentu penyangak yang nak apa-apakan Mawar ni. Kalau tak, takkan dia nekad lari dalam keadaan gelap dan redah ladang kelapa sawit tebal macam ni?" Sambil melihat ke arah ladang kelapa sawit, Arisha sudah terasa cuak. Meremang melihat keadaan begitu. Sekarang ini pun, nampak agak gelap di celah-celah pokok kelapa sawit. Kalau dia berada seorang diri dalam ladang itum gelap dan hujan lebat, rasanya dia akan pengsan di situ terus.
"Mawar..betul ke?" Lantas pada Mawar pula Ikram bertanya.
"Ya..hamba dikejar pemuda jahat. Hamba tidak tahu hendak ke mana lagi. Hamba harus selamatkan diri." Ujar Mawar, entah kenapa kejadian dikejar lelaki itu kuat melekat di ingatannya.
"Awak ingat tak kat mana? Kat sini ke?" Tidak sabar Ikram ingin tahu. Dituding jari ke arah ladang kelapa sawit di sebelah.
Mawar kembali mengamati kawasan ladang kelapa sawit itu. Dia cuba mengingati apa yang berlaku pada malam dia melarikan diri. Ya, dia meredah dalam keadaan hujan lebat dan gelap gelita, hanya mengikut rentak kaki. "Hamba tidak pasti.."
"Ikram..aku rasa Mawar ni dalam keadaan bahaya. Kalau benar dia dikejar, aku rasa mereka tu masih ada dan masih mencari Mawar. Kita kena buat laporan polis." Badrul pula merasa tidak sedap hati mendengar cerita sebenar.
"Betul tu. Saya sokong!" Ezzie menyokong kata-kata Badrul.
"Tapi..aku rasa penyangak akan lebih tahu kat mana Mawar nanti kalau kita lapor polis. Bermakna dia orang akan tahu yang Mawar masih hidup.." Ikram pula membuat andaiannya sendiri.
"Hmm...betul juga..." Arisha mengangguk-angguk. Ada kebenarannya kata-kata Ikram tadi.
"Maaf...laporan polis? Siapa polis?" Mawar sekali lagi terkulat-kulat mendengar perbualan mereka yang lain.
"Oh...tak ada apa. Macam ni..sekarang ni, aku rasa aku ada jalan. Kita ke rumah Pak Andak aku. Tak jauh dari sini.." Cadang Ikram, kali ini dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Mawar.
Badrul dan yang lain turut mengangguk setuju. Sekali lagi mereka menaiki kereta menuju ke rumah Pak Andak. Ikram berharap, orang tua itu dapat menolong Mawar dan kembalikan ingatan gadis itu jika benar Mawar hilang ingatan dan berasal dari zaman sekarang ini. Mustahil kalau Mawar terhumban ke dunia sekarang ini dari zaman lebih 500 tahun dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lagi lagi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ipo..arisha x mau kt dia..best la ipo..smbung lg tau. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|