CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_kala

Tak boleh resign sebab parent banyak hutang

[Copy link]
Post time 16-2-2016 03:54 PM | Show all posts
sorry tt.. semoga mak ayah tt tak panjang umur..
kesian kat anak kena menanggung masalah yg mereka cari..
harap-harap awak amik iktibar dan mula menyimpan untuk diri sendiri dan anak-anak..
kot esok laki awak pun fedap mengadap masalah mertua, dicarinya pengganti yang tak bawa masalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 05:41 PM | Show all posts
cik_kala replied at 23-1-2016 01:53 PM
Aku dah naik keje... buat masa ni aku redha je bekerja. Aku tak bole berenti sebab sekarang gaji aku ...

eh peliklah. kenapa ko kena bg atm plak.

baik ko suh parents ko duduk rumah lah. tak payah bayar sewa tapak, tak payah bayar itu ini.

makin menjahanamkan anak plak. apa punya perangai lah. dia niaga kat mana? bazar karat?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:08 PM | Show all posts
pichee replied at 11-2-2016 11:44 PM
Maaf tnye..parents ko solat cukup x? Klu cukup, anggap la ini ujian..klu x cukup, phm2 je la..
Bias ...

thorbaikkkk

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 05:19 PM | Show all posts
cik_kala replied at 4-2-2016 04:54 PM
Sorry la kalau aku asek update masalah yg tak settle kat sini neh... sbb aku taknak la citer kat kaw ...

Kenapa tak jual ja rumah tu? Jual rumah tu lps tu beli rumah yang mampu bayar cash. Dah tak payah nak serabut fikir pasal installment rumah. Nanti nama kau blacklist dgn bank lagi susah apa pun x boleh nak buat. Dik hang kena pikiaq pasai anak2 hang sama. Nanti anak2 hg nak sambung belajaq semua nak pakai duit. Mana tau time tu hang nak kena buat loan ka apa ka.
Hang bagi tau la mak ayah hang, hang nak jual rumah tu sebab semua tu beban ja. Terpulang la pada mak ayah hang nak terima ka dak. Baca cerita hang ni dik ..dengan akak rasa stress
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 02:48 PM | Show all posts
casper_cute1 replied at 17-2-2016 05:19 PM
Kenapa tak jual ja rumah tu? Jual rumah tu lps tu beli rumah yang mampu bayar cash. Dah tak payah  ...

kan??? i pun stress kut baca story dia ni... gegegegeg
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 19-2-2016 02:20 AM

Kenapa tak sewakan bilik dalam rumah tu? Dapat duit bulan bulan nak bayar installment rumah?

Aku berpendapat mak ayah tt ni tak sedar diri belagak. Rumah takmo kecik nak berniaga etc. bil letrik apa sampai rm1000 lebih? Bil letrik rumah aku 2 tahun @ 24 bulan baru capai rm1000+.  kalau dah tak
Mampu buat cara tak mampu. Tapi nak jugak duduk rumah dua tingkat kereta nak sewa tapak berniaga tapi zero knowledge dlm apa hal sekali pun. Kerja basuh pinggan pun dianggap hina dina. Tapi knowledge ugut anak no satu. As you claim solat tahajud dhuha bagai sepatutnya orang tu lagi sederhana and sedar diri lagi humble. Tapi jadi sebaliknya. Sampai nak memaliy or beranikan diri memalitkan menantu nak guna alamat menantu utk pinjaman ah long. Orang hilang kepala dan tamak selfish je buat kerja cam ni. Tak pikir keselamatan you anak and suami langsung. Hanya pikir nafsu depa je.

Selagi you tak hidup dalam kemampuan, selagi tu sampai kiamat pun masalah tak selesai.  tak paham aku. Jual je rumah duduk rumah murah. Esok lusa ada duit lebih, beli rumah lain. Elok refinance rumah letak atas nama you sendiri. Daripada berkongsi nama tapi installment sorang je bayar. Hidup kena lah praktikal bukan ikut Emosi nafsu serakah saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2016 09:08 AM | Show all posts
baca kisah tt ni kesian, tp dalam masa sama memang rasa parents tt sangatlah selfish..

tt sendiri pun terlalu muakan parents sebab tu depa sikit2 ugut konon anak derhaka la apa la if tak tolong..

helloooo... sediakan rumah utk parents bukan tanggungjawab anak hokayy..

aku setuju bab jualkan jer rumah tu dan beli rumah murah asal boleh duduk since bukan tinggal beramai pun..
sampai bil letrik pun takleh bayar, berapa sen sangat la aku assume bil tu setiap bulan kalau bayar betul2 (assuming parents ko meniaga ptg smpai ke malam, just guna elektrik waktu siang, maybe dalam rm30++ je sebulan) pun tak boleh bayar ke??? kat sini pun dah nampak betapa sangatlaa tak bertanggungjawabnya parents tt ni.. sorry, maybe ini keras tp ini kenyataan!!

pasal berniaga, diorg boleh tukar jenis perniagaan, aku tahu berniaga baju memang mudah tp kena igt, kalau baju tak ikut trend, memang org xnk beli dan xkn laku.. nak ikut trend, kena selalu tukar stock dan perlu rolling modal yang besar.. if parents ko memang dah sah2 tak mampu, berniaga la mende lain, let say baju baby atau baju budak2 yang tak perlu ikut trend, sepanjang zaman sepanjang masa pattern mcmana pun akan laku.. if blouse perempuan/tshirt, kalau tak ikut trending memang susahlaa nak jalan..

kemudian parents ko memang spesis suka gali lubnag untuk tutup lubang.. sampai kiamat pun takkan habis..

kalau tak menyusahkan org lain takperla, ni sampai menantu pun kena tempias aku rasa memang melampau laa kan.. ko kira bernasib baik sebab suami membantu dan tak bosan layan karenah family ko.. if laki lain silap2 dah tinggalkan ko pun disebabkan karenah family ko ni.. annoying sesangat hokayy..

aku tahu ko anak yang baik sebab cara ko bantu sehabih daya parents ko.. hak tu biarlah Allah swt yang nilai.. bagi aku disebabkan sikap parents ko mcmnilaa yang menyebabkan rezeki dia sempit, sebab dia mengungkit segala jasa pengorbanan dia membesarkan ko dengan cara mengugut ko if tak bantu dia..

org kata dalam kesusahan tu sekali sekala, tp if dah tiap2 bulan ada jer halnya, kejadahnya lagi kan..
sendiri yang salah la sebab taktau nak manage kewangan..



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt..tt tak sayang anak tt ke?

Masa sekarang utk fokus dekat anak. Sebab tu ramai dekat sini minta tt bertegas dengan parents. Duit gaji tt tu boleh guna buat simpanan pendidikan anak tt.

Pikirkan lah pasal anak tt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 18-2-2016 08:10 PM
Kenapa tak sewakan bilik dalam rumah tu? Dapat duit bulan bulan nak bayar installment rumah?

Aku  ...

Kenapa tak sewakan bilik dalam rumah tu? Dapat duit bulan bulan nak bayar installment rumah?
- hmm tak pernah suggest. Tengok keadaan macam tak sesuai tapi mungkin aku bole cuba usulkan...

Aku berpendapat mak ayah tt ni tak sedar diri belagak. Rumah takmo kecik nak berniaga etc. bil letrik apa sampai rm1000 lebih? Bil letrik rumah aku 2 tahun @ 24 bulan baru capai rm1000+.  
- masa kitorg beli rumah tu... bapak aku keje lagi. Aku lom kawin. Meniaga ok... bole cover makan pakai kereta semua...  kereta pun saga aje. Bil dekat 1000 sebab tunggakkan tak bayo... tak tau la berapa lama tak bayo sampai dah nak kena potong.

Elok refinance rumah letak atas nama you sendiri. Daripada berkongsi nama tapi installment sorang je bayar.
- dulu.. sebelum 2 tahun lepas memang umah tu share bayar. Lepas tu start masalah duit makin teruk... bapak aku tak dapat bayar. Pastu diamkan sampai umah hampir dilelong. Then... masalah makin kritikal bila dah langgar kontrak housing loan tu... interest terus naik, kena bayar 1.7k dan aku offer untuk bayar sorang2 sebab aku tau diorg tak mampu nak bayar dah.

Nak buat refinance tak lepas sebab criss aku rosak sebab dah tak bayar hutang sendiri... aku dapat reschedule je loan tu...at least dpt kurangkan installment rumah.

Bagus jugak la criss aku teruk... macam aku pernah citer, diorg ada mintak aku tolong buatkan personal loan pakai nama aku untuk diorng.... criss tak cantik, mana ada bank nak bagi loan dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2016 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
aciklola replied at 16-2-2016 05:41 PM
eh peliklah. kenapa ko kena bg atm plak.

baik ko suh parents ko duduk rumah lah. tak payah baya ...

Laki aku la suruh bagi je atm kad terus. Abes tu dah tolong bayarkan rumah... mintak lagi duit. Asek mintak je duit... bagi la atm terus. Tujuannya supaya tak mintak duit lg...

....tapi tindakan tu rupanya tak berhasil. Still diorg ada mintak duit. Tapi sikit2... 100...150... 300... tapi selalunya dah takkan dapat lagi. Laki aku tak bagi. Kiranya mintak tu ala2 untung sabut timbul untung batu tenggelam... mintak je dulu kat aku... kat laki aku... dapat tak dapat belakang ceta...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-2-2016 03:54 PM
sorry tt.. semoga mak ayah tt tak panjang umur..
kesian kat anak kena menanggung masalah yg mereka  ...

Jangan la weh... kalau diorg tak sempat selesaikan hutang2 diorg lagi parah aku...

Tapi aku pernah la terpikir, biar aku je la yang mati. Aku mati... rumah jadi free... insurans rumah atas nama aku. Pastu aku ada life insurans.. haa hambik laa semua tu kalau itu bole selesaikan masalah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak make it clear sebab ada rasa bersalah sikit pasal "bagi semua gaji"

In fact... aku tak la bagi semua... aku bagi 95% je sebenarnya... sebab memang style aku... aku suke genapkan gaji. Kalau gaji brsih rm1,250.. aku anggap gaji aku ada rm1000 je. Macam kes aku bagi gaji ni... kira aku bagi bersih rm1000 (contoh je)... belen rm250 tu aku amik tanpa pengetahuan diorng lah...

tapi kalau aku ada unpaid leave ke...ada kena tolak gaji ke.. dan gaji tinggal ngam2 paras takat yang aku bagi diorg tu, aku tak laa amik sesen pun. Nak mudahkan cerita, aku cakap je la aku bagi semua gaji. 5% tu nak bayar upah babysitter anak aku pun tak lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 21-2-2016 01:07 AM
cik_kala replied at 20-2-2016 09:22 PM
Kenapa tak sewakan bilik dalam rumah tu? Dapat duit bulan bulan nak bayar installment rumah?
- hm ...


Hal dulu dah lepas dik. Dulu bapak kerja. Dulu bapak niaga. Dulu rumah boleh bayar. Why keep on dulu. Now lain. Sekarang lah punya cerita. Kalau dahbtak mampu jualkan aja rumah tu. Or kalau sayang nak jual, sewakan rumah tu biar penyewa bayar rumah. You sewakan flat kecik for your parents. Then bayar murah. jualkan kereta or tukar kereta murah. Tnb tu bukan tunggu dua tahun terus potong.

Cousin i depan rumah tak bayar sekejapan je potong.  Bil tnb rumah i rm50 sebulan. Rumah sama pesen. Dia punya rumah beratus bil tnb sebulan. Bila tegur suruh jimat, dia cam apa kelas aku nak berjimat letrik?. Tapi bila tak bayar dia pinjam duit orang sbb nak kena potong. Ehhh hello? Kalau org lain boleh jimat, ko tak nak jimat nak ikut lifestyle ko. pastu suruh org lain bayar maksudnya ko lah problem. Org lain boleh je belanja ikut kemampuan sama kes ngan your parents. Tak nak downgrade rumah lifestyle bagai pastu sampai minjam ahlong bagai.

Asik keep on dulu dulu dulu. You dont live in the past, do you?  Dulu situasi lain. Now situasi keadaan lain. Talk about current situation. Thats why i said hidup mesti praktikal bukan emosi. Kalau beremosi mmg akan terkenang kenang itu ini dulu dulu dulu.  Cam mana nak teruskan hidup bila hidup terkenang dulu. You kena pikir ke depan. Anak anak you masih kecil. Kalau you takde simpanan or tak pikir masa depan kemungkinan hutang piutang your parents akan bertambah di masa depan lagi banyak lagi susahhhhh dik oi.  Pilihan semua di tangan memasing. Take action based on current situation  mana kena jimat potong apa semua buat lah. Tapi kalau tak nak, yang menanggung nya you bukan orang lain. Few people dah give suggestions. Tapi i see the pattern answer banyak 'bertapi'. Tapi dulu tapi ini. Nasib you ada husband penyabar. Janganlah amik kesempatan. Air kalau lama lama titik ke batu, berlekuk jugak. From now on take charge. Shape up or ship out. Selagi you beri muka, selagi tu your parents will not stop. Antara nak buat atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2016 04:48 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 20-2-2016 03:49 PM
cik_kala replied at 20-2-2016 08:30 AM
Jangan la weh... kalau diorg tak sempat selesaikan hutang2 diorg lagi parah aku...

Tapi aku per ...

tak sayang anak ke...your parent dont love you, atleast
sila sayang anak u..



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 10:58 AM | Show all posts
cik_kala replied at 20-2-2016 09:30 PM
Jangan la weh... kalau diorg tak sempat selesaikan hutang2 diorg lagi parah aku...

Tapi aku per ...

ko tak pikir nasib anak ko klu ko bagi semua insurance epf pada mak bapak ko?cam tu, aku harap ko tak beranak pinak la..
kesian anak ko kena tanggung masalah atuk nenek + mak yang selfish..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 12:43 PM | Show all posts
cik_kala replied at 9-6-2015 10:00 AM
Aku takde kereta... sbb dulu pun parents aku tak bagi beli kereta... suh beli rumah. So kami pun b ...

kisah tt ni pengajaran utk iols supaya tak buat loan atas dua nama, biar apa pun hubungannya dgn kita.. sbb masa tengah boleh bayar, memang la ok. tapi kalau in case salah sorang takleh bayar, haru...

mcm my dad, bila arwah my mom meninggal, dia kena bayar sorang2 loan rumah. loan tu ada MRTA tapi insurans cover atas nama my dad je, so walaupun my mom meninggal, tetap insurans tak cover. sayang betul. tinggallah my dad sorang yg membayarnya..  dah la masa hidup gaji my mom ni boleh kata triple than my dad so my mom ni kira breadwinner dalam family la, not my dad. now my dad susah.. sbb dulu byr half2 je.. now nk kena tanggung dgn adik2 yg masih sekolah lg. iols nak tolong pun tak mampu.. dah ada family sendiri.

btw berbalik pada problem tt.. apa kata tt pergi rujuk dgn AKPK.. dorang boleh tolong utk susun jadual bayaran balik loan tu ikut kemampuan uols. bank pun kena follow AKPK ni. Kalau bank yg offer tt tu pun, dorang masih pk untung. so cuba pergi AKPK ni atau call dorang dulu untuk tanya. just google AKPK.

lagi satu, parents tt meniaga tapi minta duit bayar sewa tapak kan? maksudnya dorang meniaga tak laku dan tak balik modal kan? kenapa masih bertahan? let go jelah tapak tu, takde hasil langsung. suruh la dorang buat kerja lain please. contohnya meniaga online? buat semua dari rumah. kalau mak tt meniaga makanan, buatla nasi bungkus, nasi lemak etc dan amik tempahan, hantar ke ofis2 utk delivery breakfast dan lunch. Banyak dekat instagram iols tengok buat mcm tu. At least masak ikut tempahan, kos tak banyak, takde la wastage banyak. Sewa takyah bayar. hanya kena rajin marketing je. Ataupun buat bisnes jual frozen food? Google Kambing Kravers. Dorang jual ikut berat. Sape nk just order, boleh hantar. Why not? Dari dok membayar sewa, tu pun tt yg bayar kan.

Pasal rumah, tt search AIRBNB dengan Couchsurfing. Ada website dan juga mobile apps. Ramai owner rumah sewakan rumah dan bilik untuk siapa2 yg nak menyewa hari/minggu/bulan bila travel. Bolehla kasi sewa murah2 walaupun sebilik. Kalau sewa satu hari RM80-100, kalau 10 hari ada orang sewa pun dah RM800 kan? Sikit sebanyak dapat jugak la cover sewa rumah free2.. tt pun tak pening kepala. Tt search la Airbnb tu. Ianya tak bahaya sebab tuan rumah akan dapat rating bila layanan bagus dan penyewa kena bayar online pakai kredit kad. So takde scam2.

I harap dapat membantu dan i doakan tt berjaya settle masalah tt ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2016 04:28 PM | Show all posts
lagi satu tau parents tt ni tak leh manage duit and tah apa2 dia buat dengan duit tu, pi bagi bulat bulat duit gaji tu pastu duit rumah tak leh bayar, pastu minta lagi. ni kerja gila lah tt. haihhh lah bertuah betul lah si tt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 05:08 PM | Show all posts
Edited by armin at 22-2-2016 05:40 PM
cik_kala replied at 8-11-2015 05:17 PM
Hari ni bapak aku call bgtau letrik kat umah dah kena potong. Dia nak mintak aku byrkan. Total rm1k. ...

wow....siap suh pinjam along. one thing, kalau uols pinjam guna nama u, komitmen bulanan bertambah sbb nak bayar loan. walaupun nak tolong sgt parents, biarlah bertempat. jgnlah sampai sanggup buat loan walaupun loan bank. nanti tak pasal2 tt kena bayar rumah bulan2, loan bulan2 lagi. anak lagi. nak bersalin lagi.

yang saya tak faham tu, kenapa dorang masih tak faham financial tt? katakanlah gaji 1200, 1000 byr rumah, 200 je pun tinggal. bukannya tt ni rozita che wan ke neelofa ke ada untung juta2 duit masuk hari2.. tt kena biar dorang faham benda tu... walaupun menyakitkan hati dorang, tapi tt terus terang la.. paling2 pun tt bantu la dari segi lain. doa ke, bg makan ke pun cukupla. takkan la dorang nak kena sampai menyusahkan orang lain pulak? sampai husband tt pulak kena menanggung hutang parents tt padahal tu bukan tanggungjawab dia pun.

yg iols pelik la kan.. duit rolling sale dorang macam mana? dorang buat apa dgn duit hasil jualan tu? sbb nak rolling modal pun tt yg kena sediakan. maksudnya duit jual tu ada tp dorang pakai kan? so nak rolling modal balik takde. so nampak kat sini tt lah modal bisnes dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:57 AM | Show all posts
cik_kala replied at 11-2-2016 03:09 PM
Tak amik lagi... dah bagi takkan nak mintak balik... kena cop buruk siku kang

Loan mmg aku y ...

tt, sebenarnya memang salah u sampai dorang meminjam along. u yg manjakan dorang, tak bertegas sampai diorang jadi terdesak nak pakai duit, mintak hutang utk tutup hutang. Sebab apa? Sebab dia tau u yg akan bayar utk dorang. Bukan tak tau along tu macam mana. macam ni lah, pergi AKPK, AKPK tu mmg tolong utk schedule bayaran balik dgn along. So utk kurangkan beban, pergilah AKPK jangan banyak alasan lagi. ATM KAD tt tu suruh bank block. Buat baru. Kali ni u pegang, u yg bayar setiap bulan sewa rumah. I setuju dgn kata forumer lain. Jual jelah rumah tu kalau dah tak mampu. Bayar ribu2 sebulan tapi tak dapat apa utk apa? Kalau taknak, sewakan. Sekarang ni, mak tt nak mintak tolong, kenala ikut condition orang yg nak menolongnya. Bukan ikut sedap dia. Lainlah kalau mampu. Serius geram baca kisah u ni. tapi kalau u sendiri tak bertegas, takde sape boleh tolong. Forumer kat sini boleh tolong komen dan bg pendapat sambil kunyah popcorn bersenang-lenang. Yang susah tu awak. Wake up girl.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 12:45 PM | Show all posts
aciklola replied at 16-2-2016 05:41 PM
eh peliklah. kenapa ko kena bg atm plak.

baik ko suh parents ko duduk rumah lah. tak payah baya ...

kan. baik takyah meniaga la kalau macam ni. duk je rumah tunggu duit masuk dalam atm tt meniaga tp rugi buat tambah hutang, baik tak payah buat apa2 tetap ada hutang tu. tapi dorang takyah keje. tt la tolong byr along tu. sekarang ni pun tt gk bayar kan? dorang nak bayar pakai apa? duit pun takde.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061724 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list