CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Sila letak jawatan jika tak tunjuk secara terbuka sokongan

[Copy link]
Post time 14-4-2015 08:50 AM | Show all posts
alesandra replied at 13-4-2015 10:29 PM
kedah pas kalah sbb lobai2 sangap bukan psl mukhriz

umno kedah huru hara pun sbb lobai...ahmad lebai sudin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 10:17 AM | Show all posts
popcorn mana popcorn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:25 AM | Show all posts
Umno cawangan Pokok Sena mahu Ahmad Lebai minta maaf

http://www.themalaysianinsider.c ... ad-lebai-minta-maaf

Sekumpulan ketua-ketua cawangan Umno bahagian Pokok Sena hari ini meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta maaf kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Umno cawangan Bukit Lada Musa Ahmad yang mewakili kumpulan ketua-ketua cawangan itu berkata, tindakan Ahmad meminta Mukhriz meletak jawatan menteri besar adalah tindakan yang terburu-buru tanpa berbincang dengan Umno bahagian.

"Wakil rakyat yang tidak ada apa-apa jawatan seperti Ahmad tidak perlu terburu-buru keluarkan kenyataan. Biarlah kepimpinan Perhubungan Umno Negeri buat kenyataan," katanya pada sidang media semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau juga meminta Adun Bukit Lada itu menarik balik kenyataannya selepas menghadiri mesyuarat tergempar pemimpin Umno Kedah di kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentaloon.

Menurut Musa, pemimpin akar umbi bahagian Pokok Sena menyokong kepimpinan Mukhriz di peringkat negeri dan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri serta presiden Umno di peringkat pusat.

Beliau berkata hubungan antara kedua pemimpin, Najib dan Mukhriz adalah amat baik sehingga membolehkan beliau diberikan kepercayaan oleh perdana menteri untuk mentadbir negeri ini.

Katanya, kemesraan di antara kedua-dua pemimpin itu ketika berlangsungnya konvensyen Umno Kedah baru-baru ini serta ucapan mereka tidak menggambarkan perbezaan pendapat di antara mereka berdua.

"Apa yang kami harapkan kenyataan yang bakal diumumkan Mukhriz pada 24 April ini adalah menyokong kepimpinan Najib demi kepentingan Umno itu sendiri," katanya.

Mukhriz dijangka mengumumkan kenyataan rasmi Umno Kedah berhubung sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di Kuala Lumpur pada 24 April. – Bernama, 14 April, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai rakyat sokong najib?buta ka hampa ni. Ramai penjilat duit sokong nsjib ya. Undi ditangan rakyat. Hampa dilantik kerana rakyat yang undi. Lepas dapat undi hampa angkuh dengan kuasa. Tak pedulikan masalah rakyat. Mp2 kedah sila turun melawat kawasan dengar aduan rakyat. Rakyat kedah ni banyak yang miskin tau. Next pr, jangan terhegeh minta orang sedekah undi kat hampa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku la SALAH SEORANG rakyat yg dimaksudkan mukriz tu..


Sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 06:54 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 14-4-2015 06:57 PM

ini semua balasan tuhan yg maha esa.padan muka macai jilat la balik ludah masa kes mb selangor dulu.dulu kemain pungpang.yg kes kedah neh lagi haru sbb tak sokong najib je pun.bukan psl dasar pentadbiran negeri......
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054606 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list