|
[Tempatan]
SEBAB TUN MAHATHIR SERANG & DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DIDEDAHKAN !!
[Copy link]
|
|
ada lagi yang bekap najib |
|
|
|
|
|
|
|
masa zaman Pak Lah memang ramai yg nak Pak Lah letak jawatan tetapi dlm kes Najib ramai yg masih sokong Najib walaupun tak suka Rosmah |
|
|
|
|
|
|
|
Prestasi najib jauh lagi baik drpd tun m. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori replied at 5-4-2015 10:22 AM
Agenda Sulit Serangan Tun M Terhadap Najib
Saturday, 04 April 2015 Written By Moderator E-mailPrint ...
Spot on.
Ini sebabnya akak #teamNajib.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin?
Orang yang lagi sebulan Malaysia nak participate dalam PISA baru mahu gigih bertungkus lumus kerah guru buat program train bebudak sedangkan ada tempoh dua tahun untuk bersedia namun harom asyik buat mock test sahaja ga ada program apa2 pun khas untuk PISA?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pak Lah & Najib lebih banyak drpd Che Det.....!
Che Det lupa kes memali kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Aii dok US .. kalau pergi masjid sembang dgn pakistan, bangla arab mat salleh etc kalau tau aii dari MAlaysia sure depa puji Tun Mahathir. Aii ckp sekarang Najib PM Malaysia ~ terus terhenti conversation. Kalau sembang pasal Tun semua puji dgn pembangunan Malaysia, keamana etc (mmg tak dinafikan zaman Mahathir dulu mana ada kes ragut, rogol, cina naik atas kepala, cina nak betis, etc etc) Bangga aii tau!!
Aii tengok kawan sek aii masuk UMNO kemain update facebook kejap makan karipap kat hotel A, esok lusa ke Kuantan makan ikan sungai, esoknya lagi ke Kemaman makan nasi dagang, sata etc .. pas tu ke Kedah ke Perak. Pakaian mcm orang muda .. kalau dok makan semeja penuh dgn yg perut boroi. Komen komen yang ada dlm facebook dia siap panggil dia Tuan lah Dato lah ... hek elehhhh kehulu kehilir perabih duit rakyat/duit parti .. kerja tolong orang susah satu hapa aii tak nampak. Jangan harap lah aii nak pangkah UMNO .. baik aii sedekah undi pada PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
TDM dulu kemain kata tanak involve politik lagi dah.
tapi alih2 la ni kemain lagi suruh2 orang letak jawatan
melayu mudah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
one more .. kawan sekolah aii SPM pun tak lulus la ni dah ada jadi DAto dan ada jadi Dato Sri. Like what the hell?? semua jenis nak cari $$$$$$ dlm UMNO. Kawin dua semua. Sorang Dato Sri tu bagi tender buat lampu kementerian dlm negeri (tentera) yang dpt tender tu aii punya kawan jugak ...pergggg terus sambar Mercedes! hok selected costumer jer boleh dtg beli. Jualan tertutup gituk.
UMNO penuh dgn orang tak pandai tu pasal lah jadi haru biru. Golongan cerdik pandai dah ramai masuk PAS. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Najib turun dgn segera. BAgi timbalan pulak ganti. Dlm 5 tahun timbalan tak buat apa apa .. kasi turun jugak. Rakyat rugi apa? semua nya Tun MAhathir dah buat sekarang tunggu penganti jer yang meneruskan pentadbiran. |
|
|
|
|
|
|
|
Aii sikit ralat ..kalau lah Syed Zainal apa kenama dia tu masuk UMNO kemungkinan Malaysia boleh aman makmur. |
|
|
|
|
|
|
|
betul...ni era Najib...bukan era Tun lagi..tun boleh kritik, tegur..tapi tun tak boleh halangorg lain pandang serong pada tun..
Saya tidak team mana2...bagi saya..Najib adalah presiden saya merangkap Perdana Menteri saya...kalau dia ada salah...tegurlah..tapi bukan cara Tun ini..ini kes bunuh...tun nak buka mulut mesti ada bukti..tak ada bukti saya anggap cakap cakap sampah saja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya yang mentimun bak metafora @ajinomotonosuga ini sokong mana yang bagi kepentingan pada negeri saya.
Saya lihat Najib banyak membantu negeri saya berbanding Tun M.
Dan Tun M usah bandingkan zaman beliau menjadi PM dulu dan sekarang - jauh bezanya. Dulu takda smartphone, sekarang berlambak dari yang paling mahal ke paling murah (contoh).
Cubalah Tun jadi PM sekarang - saya yakin mahu terduduk jua menghadap peel rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok noted bijan org teraniaya gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada baiknya jugak najib resign berundur jd pm. najib ni langsung x bljr drp pak lah.
pak lah didiesak utk letak jwtn selepas naikkan harga minyak smpi RM 2.70. rakyat marah.
skangnajib plk buat gst. cnfrm rakyat marah jgk.
nmpk x persamaan dia.
kalo menyusahkan rakyat mmg patut2 sgt kena guling. |
|
|
|
|
|
|
|
ceh...suma ni suma isu lapok dah..bila pembangkang bersora semua kata pitenanh...bila che det bersora semua puji melambung..pui. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa era Tun...Tun pekakkan je telinga dia kalau ada suara rakyat diSabah dan Sarawak bising kenapa negeri mereka masih mundur dan tidak diberikan peruntukkan sewajarnya pada negeri mereka..krn merasakan sabah dan sarawak tidak begitu penting krn dia ada semenanjung.
Tun serang Pak Lah bertali arus dulu...5 negeri tumbang..time era Najib dia ambil semula Perak dan Kedah dan cukup faham betapa peri pentingnya Sabah dan Sarawak dimana Najib kata adalah fixed deposit Barisan Nasional rela jatuh bangun bersama BN....so..Najib tak boleh tinggalkan sabah dan sarawak begitu saja tanpa mendengar denyut nadi org Sabah dan Sarawak..sebb tu pembangunan mula dibawa ke sana dan kita org UMNO disini faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 5 April 2015
Mahukah Rakyat Seorang PM Boneka?
MENURUT status mukabuku seorang jurugambar maya yang agak popular, pelbagai tuduhan/dakwaan (berbentuk soalan) yang dilemparkan oleh Tun Mahathir (90 tahun) ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah kerana banyak teguran dan nasihatnya selama 4 tahun ini yang tidak diambil peduli oleh Najib.
Dalam erti kata lain yang penulis faham, maksud status itu macam nak Najib ini jadi boneka kepada Mahathir pulak dan bila nasihat/teguran tak diturut, nak disuruhnya kawan tu letak jawatan.
Ini agak mengelirukan kerana ketika menjadi penasihat Petronas dulu, Mahathir mengakui bahawa nasihatnya tidak semesti dipakai oleh pengurusan Petronas, itu dengan ada jawatan penasihat pun tak semestinya nasihat dipakai. Dalam hal sekarang, siapa yang lantik beliau sebagai penasihat Najib sehingga bila nasihatnya tidak dipakai Najib maka Najib perlu meletak jawatan?
Baru persoalan itu, apa pulak agaknya perasaan rakyat Malaysia ini bila dapat tahu bahawa Perdana Menteri mereka adalah boneka kepada orang lain?
Mahukah rakyat Malaysia ini mempunyai seorang Perdana Menteri seperti itu, dan apakah akan jadi kepada negara ini setelah tok dalang yang mengawal boneka ini, mati, nyanyuk, hilang ingatan dan sebagainya?
Suka nak dijelaskan disini bahawa Najib bukanlah robot atau boneka kepada sesiapa. Najib perlu memerintah dengan caranya sendiri, bukan sebab ikut cakap orang. Baik buruk keputusan yang diambilnya, adalah di tanggung beliau dan pentadbirannya, bukan sebab nasihat/teguran orang lain.
Rakyat pun tak mahu Perdana Menteri yang dikawal dari belakang. Tak tahulah kalau sewaktu Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau juga dikawal oleh orang lain dari belakang? Itu rasanya tidak berlaku, kalau tidak, taklah ada yang mendakwa Mahathir seorang diktator (orang dakwa, bukan betul-betul diktator pun).
Malah, antara alasan Mahathir kenapa Anwar perlu dihalang dari jadi Perdana Menteri ialah kerana dia berpotensi menjadi boneka asing. Nampak macam Mahathir anti kepada pemimpin boneka.
Dah sekarang nak Najib jadi boneka beliau pulak, bila tak ikut, disuruhnya berhenti. Apa dah jadi? |
|
|
|
|
|
|
|
Komen diMykmu.
Memang Terok
April 5th, 2015 at 10:29 PM
Bila anaknya Marina berperangai kurang baik sebagai anak mantan PM , kita tak nampak bapaknya mampu berbuat apa2. Apabila kita dapati Marina berdemo dengan pengkhianat bershit, Marina bersama Ambiga hantu raya… kita tak rasa Marina dapat restu atau galakan mak bapak dia. Kita tak rasa Mahathir menggalakkan anak perempuan nya itu menentang kerajaan.
Secara logiknya tentu Mahathir pernah walau sekali menasihati Marina untuk menjaga budi pekerti dan tindak tanduknya kerana dia seorang anak mantan PM.
Tetapi, ada ke kita nampak Marina berubah ? Kita tak namapak. Ini bermaana Mahathir gagal untuk buat anaknya sendiri mendengar kata dan kehendaknya. Itu anak sendiri.
PM najib bukan anak Mahathir. Maka Mahathir harus sedar orang akan hanya mengikut katanya ketika dia berkuasa, habis tempoh kuasa orang tak payah dengar cakap dia lagi. Dia harus sedar bahawasanya dia tidak seharusnya begitu ghairah meminta PM najib berhenti. Ini semua akan hanya melemahkan kerajaan yang diterajui Najib. Kita baca penjelasan Adnan mengenai hubungan PM dan Mahathir sebenarnya OK tak ada cacat cela. Tapi kita tahu itu hanya alasan untyuk cover line saja. Kerana mereka tidak mahu dilihat bahawa individu berdua itu sedang bertelagah. Hakikatnya pertelagahan memamng sedang berlaku dan ianya akan hanya berhenti setelah Mahathir dapat apa yang dia mahu. Apa sebenarnya yang Mahathir mahu tak ramai orang tahu.
Tetapi kita simpulkan Mahathir langsong tak ada bisnis untuk meminta PM berhenti kerana berhenti atau tidaknya PM bukan jurisdiction Mahathir. Mahathir dalam usia begitu sepatutnya tumpukan pada RTM.
RTM.. Rehat Tunggu Mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|