|
(TT Update #170) Anak Sedara Agresif Teramat - Edisi Punchingbag
[Copy link]
|
|
Kalau i lahh..mampuih i nak keluar.bilik.
.dok jelar dalam.bilikkk bg alasan tak laratt...dr sakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bercerita juga apa yang terpendam dalam hati ni.
Anak buah husband ada 4 orang, tak lama ni nak masuk 5.
Yang sulung tu umur dah 7 tahun, tapi amek air kat dapur pun masih mintak nenek dia (mak mertua saya) amekkan. Yang sulung tu dimanjakan sebab kononnya cucu sulung. Imagine lah, kalau mak mertua saya dah masak lauk sedap sedap, sekali cucu dia tu boleh request nak makan benda lain. Saya kalau dengar dia request nak makan benda lain, memang saya terus sound jer dia, mak mertua pun layan jer kalau cucu cucu kesayangan tu mintak. Mak mertua saya tak suka saya marah cucu cucu dia, especially yang dia sayang lebih.
Cucu kesayangan lagi sorang tu perempuan, anak buah ketiga husband saya. Budak tu nak masuk 3 tahun. Tu memang kesayangan dan diangkat habis. Kononnya dia lah cucu paling tercomel tercantik sempurna dan segalanya sampai buat salah pun kalau dimarah, kita kena marah balik.
Diaorang punya nakal, rumah boleh jadi tak serupa rumah. Masuk bilik kitaorang pun macam takde apa. Kadang siap bawak turun mainan anak saya. Nak pinjam, tak kisah. Nak main, main lah elok elok kan. Tapi selalunya harta benda anak saya tu akan dipulangkan dengan keadaan dah koyak, dah takde rupa. Anak buah husband yang perempuan tu suka koyakkan benda takde sebab & suka suka. Tu belum lagi baju anak saya kena conteng dengan marker, magic colour bagai. Tu pun atas sebab suka suka.
Tau lah bebudak, tapi ada limit dia kan? Kena ajar dari kecik macam mana nak hormat hak orang. Kalau kita marah, kita pulak kena balik. I is stress. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabah la noks.... harap2 anak2 kita terdidik supaya x mencederakann anak orang lain. xcomel xpe, asalkan bersopan
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul noks.
Tiap tiap hari saya berdoa agar anak saya dijauhkan lah jadi macam tu jugak.
Btw, pagi tadi baru perasan botol susu anak saya daripada banyak dah tinggal 2.
Maybe biras atau anak anak buah husband teramek bawak balik. Saya cuma boleh bermimpi jer agar diaorang pulang balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
i baca, i yg geram..nak kata tak cukup kasih syg..nampak mcm dimanjakan. spoil habis.
la ni sil iols tgh pregnant lg..iols doa2 la dia dpt anak lelaki..
anak ppuan dua org pon xleh handle..MIL iols hangin bila dia tau anak ppuan di preggy lg..bukan nak tolak rezeki.
anak2 x tjaga..tjerit tlolong macam kena sampuk..nak pregnant lg..
laki xde plak tu..dok jauh..ha bertabahlah..harapnya dia dapatla anak lelaki supaya x merempan2..
now anak i da pandai ckp dr anak dia..tp dia nak sedapkan hati..anak dia more bijak la dr anak iols bleh main game dekat ipad.
post2 kat fb..with caption "learning time"..so semorang akan puji pandai. bijakkknyaa..(bukan la jeles..dah asik keluar dekat newsfeed je kan)
i mungkin tak sempurna tapi i bersyukur dpt pgasuh yg ni..bukan nak puji. bila azan, berlari anak i jerit "mama..dah adza..dah adza (azan)" siap bentang sejadah..pegang telekung nak tunggu i solat. dia akan duduk tepi sambil ikot. what do you expect budak umur setahun 8 boleh buat?
rupanya dekat rumah pengasuh mmg dah ajar..setakat bangga main ipad, apelah sgt. i ajar juga anak i dgn flash card tapi takde la serious. biarlah dorg membesar secara normal..taknak push. tp tidak pd SIL, dia mcm berlumba2..i nampak dia push anak dia tu..insecure sgt..i x kisahla psl anak cerdik or tidak. lain budak lain cara kan? kita semua nak yg terbaik utk anak. budak kecil, lainlah kalau dah sekolah. ko nak ajar anak ko dgn cara ko..dipersilakan..satu je i nk igtkan..x semestinya laki/isteri kita ni cerdik pandai..anak2 boleh mewarisi gen cerdik tu.
i terasa sikit bila MIL kata cucu2 perempuan dia akan jd bijak pandai sbb bapak dia pandai..oh ye, me & husband kerja biasa..so maka anak i, baka i tak pandai?..situ i mcm kecil hati. takkan iols nak canang i punya pointer masa study? anak2 buah belah i semua straight A's walaupun kakak/abg i tidaklah pandai pon.
sedih, i harap anak i jadi manusia yg berguna & baik..moga kita semua berjaya didik anak dgn baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
i cuma boleh kata, you jangan nak menegur.
menantu is still orang luar bagi mereka. kalau you nak menegur, biar your husband je yang sound. especially bab bab menegur anak buah ni. ni kira cam pantang larang.
sorokkan mainan anak you. letak dalam box letak atas lemari. lemari tu beli lock semua kunci. biarkan anak depa suka suka main conteng conteng siapa nak ganti??? geram pulak aku.
parents reti main seks beranak je. anak perangai ke laut, dibiarkan aja. itu dibanggakan sekarang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh, kecik kecik dah pandai dah anak sis eh? Cute jer.
Eh, sama lahhhh sis. tapi saya, biras saya pulak yang aneh camtu.
Saya penah suggest amek maid, ajak share share bayar, tapi biras dengan abg ipar bagi alasan, tak cukup duit. walhal tetiap minggu pegi shopping mall jenjalan, makan mahal mahal. saya sanggup mengalah lah kena bayar lebih, sebab anak saya sorang jer, anak dia 4. anak yang no.4 tu jer dia hantar nursery, tapi tah nape lately ni dia hantar jugak kat mil saya jaga. mungkin sebab nak jimat ker apa tah. mil saya jaga anak anak dia termasuk anak saya dah 5 orang. dah lah anak anak dia semua lasak semacam, jenis nak itu ini mintakkk jer lah, pastu cakap nak menjerit terpekik terlolong. (btw, mil saya single mother sebab fil saya dah meninggal since husband saya kecik). cucu kesayangan mil saya yang no.3, perempuan tu walaupun umur 3 tahun, tapi badan besar gadang, masih nak berdukung sebab tengok adik dia dengan anak saya kadang tu berdukung. kalau mil saya takmo layan, dia menangis macam kena dera. biras saya tu pregnant lagi anak no.5, kali ni katanya laki. waktu awal awal pregnant, dia takmo bagitau kat mil saya, takut mil saya bising. bila dah masuk 5-6 bulan pregnant baru bagitau mil saya, terkejut nganga lah mil saya. anak dia yang last tu baru umur setahun 2 bulan sekarang (beza sebulan dengan anak saya).
Mil saya siap pesan dengan saya sebelum ni, jangan pregnant dulu. kesian kat anak kecik lagi. tup tup menantu kesayangan yang pregnant. biras saya tu nurse. sebelum ni asyik cakap kat mil saya (waktu tu anak saya kecik lagi), tak elok pakai walker, bambo seat bagai, ibarat memaksa tulang budak yang tak ready to that stage. siap tag saya kat fb pasal artikel bambo seat tu tak elok. tup tup kat rumah dia. kantoi anak dia pakai walker kat rumah. mil saya pun bising lah kat saya, cakap sebelum ni tak elok, tapi dia pakai jugak? mil saya ni percaya jer kalau biras saya tu cakap, especially benda yang melibatkan medical & pembesaran anak kononnya dia nurse, so apa dia cakap semua reliable lah. somehow saya rasa dia cakap tu mungkin sebab takmo mil saya adaptkan kat anak saya, takut anak saya ni lebih advance dari anak dia, wallahualam. mungkin terpalit perasaan jeles dalam diri dia sebab sebelum ni dia sorang jer menantu perempuan, sekarang dah ada saya, terasa bersaing kot.
semalam dia & abg ipar saya katanya nak pegi dentist, appointment pukul 6pm, so dia lambakkan anak anak dia kat mil saya. pukul 11 lebih malam baru datang balik amek anak anak. dentist apakah? even atuk husband saya pun bising cakap "amek kesempatan betul mak pak diaorang ni."
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by milamela at 6-10-2015 11:02 AM
haah kan. yer tak yer jugak tu. maybe pada mil saya, saya ni cuma cebisan orang luar gitu kan. thanks sis mengingatkan saya. every time saya nak ngamuk, saya akan ingat.
memang. jenis buat anak nak, tapi jaganya tidak.
contohnya bulan puasa hari tu, nak pegi jakel memalam buta cari baju raya diaorang anak beranak, angkut mil saya sekali kononnya nak ajak tengok sama lah. esok tu saya borak dengan mil saya, tanya sekali beli apa kat jakel? katanya, "tak beli apa pun. diaorang jer beli.. ma jagakan bebudak (anak anak diaorang). biasa lah, ramai kat jakel tu, bebudak tu mana nak duk diam." saya diam jer dengar, malas nak komen sebab diaorang tu kesayangan, tak boleh cakap lebih. bebaru ni pegi klcc nak cari baju baby (dia tengah pregnant anak no.5), mil saya pun baru balik dari mengajar time tu, ikut jugak diaorang dengan niat nak jenjalan. sekali dah sampai klcc kena jadi babu.
sebab kitaorang ni duduk dengan mil, takde privacy tu memang semestinya lah kan. penah sekali saya tengah berkemban nak mandi, anak buah husband masuk bilik. dia ketuk 3 kali pastu terus terjah masuk bilik kitaorang. nasib husband ada time tu, dia mengamuk marah anak buah dia tu. bila husband saya cakap dengan mak dia, jawabnya, "budak kecik.. mana tau apa apa". budak tu dah 7 tahun kotttt. dah boleh ajar.
biras saya tu kerja nurse, tapi maybe pada dia kalau nak klua duit lebih tu, biar pada benda lain, bukan pada mil ker apa ker. mil saya demam hari tu, sakit sakit pinggang sebab dukung anak dia umur 3 tahun yang debab tu. kebetulan saya pun tak sihat, saya pegi klinik, ubat saya tu saya share dengan mil saya. even ubat batuk pun saya amek extra sebab mil saya dah lama batuk tak baik baik time tu. bila mil cakap dengan biras saya, dia boleh cakap, "pegi lah masjid kat sekian sekian tu ma, kat situ hosptal ada bukak macam mini klinik, bayar rm5 jer." mil saya kata, bawak lah dia sebab dia tak tau kat mana. dia suruh pegi sendiri. esok tu dia tanya lagi kat mil saya, "dah pegi belum masjid dia cakap tu?" mil saya kata belum, mana nak pegi dengan nak jaga bebudak lagi semua? mil saya kata, bawaklah dia pegi. dia boleh kata, "alah, pegi jer lah jap, bebudak tinggal lah dengan atuk husband jap. bayar rm5 jer kat situ." saya dengar waktu tu rasa macam... haihhhh. daripada menyusahkan mil saya, baik saya pegi klinik amekkan ubat untuk dia. dia tu kerja nurse, takkan tak boleh amek ubat kat hospital kan? dah lah dia jugak yang menjaga anak anak kau tu. kalau beli barang dapur, sekejap jer dah habis sebab anak anak dia ramai, makan memilih. pastu barang habis, mil bising kat kitaorang. kitaorang pun ada jugak beli barang untuk rumah tu. alasan takmo mintak kat biras dengan abg ipar sebab kononnya anak diaorang ramai, kesian. diaorang pun nak pakai duit. habis kalau dah datang rumah mil pun amek sekor ayam, kalau goreng ayam kat rumah mil, semua dia angkut bawak balik, tak tinggal untuk orang lain, tu apa punya perangai? pffftttt.
|
|
|
|
|
|
|
|
haa kan..gadang katanya. ahhaha sama la dgn anak sil sy, beza sebulan..tp berat 14kg..anak sy 10kg ja. tu pon bangga tau, hasil minum susu mahal. susu mahal anak akan bijak & antibodi kuat. tp sy tgk anak dia asik demam & bhingus. even anak sy kurang menyusu (la ni dia kurang susu tp makann..selera mcm org tua)
anak sil minum susu tp tak makan2..
sy igt lg bila dia kata pertikaikan tukar susu enfalac ke dutch baby..(dia tanya husband sy iaitu adik dia)
"wei pesal ko tuka susu anak ko wei? susu murah ni..ko faham2 je la..nnti anak tak pandai weii"
masa tu anak dah masuk 8 bulan..anak sy mcm da x susu tu. da habis semua susu try dr mahal ke murah..alih2 dutchbaby yg dia nak..syukurlah..jimat banyak disitu..takkan nak paksa anak minum susu yg dia xnak n yg dia tak boleh minum (ciritbirit,muntah2). MIL pon pesan dah awal2 jgn pregnant cpt sgt..biar anak besar dulu, cerdik dulu..susah nanti nak urus skang semua benda mahal, pengasuh pon mahal..sy pon tahu la kan. sy pon mmg takde la nak anak cepat2, sy kurang2 nak lepaskan anak 2 tahun dulu..pastu dia pesan kat anak dia (sil sy), tp sil jwb dgn angkuh..katanya tak kan pregnant. kurang2 nak bg anak 3 tahun..dah berakal sikit. dah bijak nak handle..payah anak kecil da pregnant. Sebelum ni dia pernah mgata kwn dia..anak tak sampai setahun dah pregnant..sil sy pernah kot ayat tu berpatah semula kat dia..Dia kata xnak pregnant sbb anak baby lg..dia pregnant ok masa tu ngam2 anak dia baru nak masuk 9bulan. Betul2 lepas dia kutuk kwn dia tu dia pregnant, tp baby sampai 10weeks pastu gugur..la ni preggy balik selepas gugur (itu pon pregnant selepas statement angkuh dia nak anak dia yg second tu 3 tahun)..baruuuu je ckp, minggu depan dah positif upt. dan2 tukar statement..
"lambat2 ngandung, umur makin tua.."
haaaaa..nampak x??
beza kes kita ni, awk dgn biras. sy dgn kak ipar. tp bertabahlah kan...biar kita dgn cara kita didik anak kan? dorg tu lantak wak..sil sy pon mcm serba tahu semua. itu la ini la..rimas kdg2..bukan dia tak baik, baik. ade masa poyo sikit. hehehe..tp lantak dia la kan. sy mmg taknak amik port. cuma anak sy kena buli dgn si gadang2 tu buat hati sakit..alasan dia tu la "anak ko nangis, lg anak aku suka nak kacau..anak aku ni gangster satu hari ni..kaklong kawasan..xkan ade sapa berani buat dia bila kat taska..." -- yolahhh tu. padahal anak ko cultural shock. dah duk umah tak jumpe org..tak reti bergaul. konon anak dia tu baik nak berkawan dgn anak sy..tp cara kasar..xde maknanya. ko tak ajar kot. heboh ipad henpon..
p/s : dia n biras dia (kira adik ipar husband dia) masing2 berlumba anak. ha tu lantak dorg la kan..yg biras dia anak lelaki. bijak, ini sy tak tipu..sy sendiri pon teruja. boleh baca surah2 asas tanpa pelat..kira yg ni bercakap usia awal. english pon pandai..tp takde la main tab. ni mak dia sendiri ngajar..makan semua jaga.xde junkfood ke apa..(pon insecure jugak..lg dasat kot. parents OCD..laki bini otak pandai kerja overseas tp tula..itu takleh.ini takleh..)
|
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo sis. tu betul betul bersaing tu. sampai anak kasar dengan orang pun dia bangga?? hadeh.
betul tu sis. lantak masing masing, asalkan kita jangan buat macam mana dia buat.
biras saya pun part susu bukan main bersaing. katanya susu murah ni khasiat susu lagi banyak, compared than susu susu mahal. katanyaa lah kan. sekali tengok anak dia minum enfalac lah, enfagrow lah. mil saya ni percaya dengan dia punya pasal (ditambah pulak dengan mil saya pun ada jugak amek course dengan jkm pasal asas penjagaan baby & etc yang tak menggalakkan beli susu mahal), sampai anak saya cuma disuruh minum lactogen jer. bila anak saya dah besar sikit saya tukar susu yang mahal sikit, ikut keserasian anak dengan kemampuan kitaorang. mil saya tak boleh nak kata apa lah sebab reliable source dia pun cakap tak serupa bikin kan.
saya dah put a gap dah dengan biras saya tu since ada sekali tu saya dengan husband balik lewat sebab kena jumpa orang, time tu anak saya tak berapa sihat, biras saya sms & whatsapp bertalu talu suruh balik sambil cakap, "tak kesian kat anak ker??". saya balik tengok anak saya takde lah teruk nauuu sampai dia kena sms & whatsapp saya suruh balik time tu jugak, gaya dia macam anak saya tu kena hantar pegi hospital jer gamaknya. padahal dia nak suruh kitaorang balik cepat sebab dia nak relax, mil saya boleh focus jaga anak anak dia sedangkan kerja dia duk ngadap phone jer laki bini. kadang mil saya terkejar kejar mandikan anak anak dia, dia kat depan boleh relax, kadang makan slow slow macam takde tanggungjawab. lepas perut dah kenyang, anak anak dah siap makan mandi, diaorang balik. tinggal lah dengan rumah mil saya bersepah, botol botol susu semua letak jer tepi sink, takmo basuh. kadang biras saya makan kat dapur pun pinggan letak jer dalam sink, apatah lagi nak basuh botol anak anak. nanti mil saya lah yang basuh, sterilizekan bagai. kain baju anak anak dia toksah cakap lah, imagine kalau dah anak ramai, sekali basuh mesti lah penuh 1 mesin, mil saya lah jugak yang basuhkan, jemur, angkat & lipat. biras saya dengan abg ipar nak tolong memang langsung tak. tu belum masuk part bil bil kat rumah yang diaorang memang takkan klua sesen pun walaupun hakikatnya most of the time anak anak diaorang yang duk kat rumah tu.
anak anak buah husband memang lasak, kalau saya dengan husband tegur, memang takdenya nak dengar cakap melainkan kalau husband saya dah naik suara & kluakan rotan. tapi tu pun kejap jer, pastu buat balik. yang gadang tu lasak dia, ya rabbi. saya mintak anak saya dijauhkan lah jadi macam diaorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib MIL part susu tu atau brg mahal tak setuju since dia ex nurse spital swasta. dia ckp takyah lah susu mahal ke apa..yg penting kesesuaian anak tu dgn susu.
bg susu & makan..harap minum susu mahal tp makan taknak..ape beza.
hehe..sy anak htr BS, mmg tak bg mak atau MIL jaga. Mak sy mmg nak- siap awal2 ckp. if sy pregnant, yg anak sulung sy dia nak..since mak tinggal sorg kat kg.
susah kan kalau org suka compare2 ni. oh biras awk kerja nurse eh? mcm sil sy fullyhousewife.. tp housewife elaun suami bg 5x ganda dr gaji sy awk..mana la perangai dia x gitu. yelah org semua nak yg terbaik buat anak kan?..tu sy doa bg la dia ank lelaki. baru dia faham.
dia anggap anak sy manja terlebih..sbb sikit2 nk berkepit (dahh anak ko buas nau..dia pon xnak kwn ngn ppuan buas.rimas agaknya)
siapa ada anak lelaki..fahamla mcmne anak lelaki tu close dgn mak dia..anak sy xde la manja..kalau kena marah. kena jugak. lasak. cuma bila dpn org dia acah2 sopan & mgada (tgk org ramai..mmg dia akan rimas-jenis suka dok rumah dia sendiri..x suka pergi rumah org)
anak ppuan ni selalunya berdikari & matang sikit..awk anak lelaki ke perempuan?
|
|
|
|
|
|
|
|
patut lah bukan main galak nak bersaing. kononnya dia lebih mampu gitu lah eh.
anak saya perempuan, sis.
eh, sama lah kita. orang cakap anak saya ni manja nauu. kalau nampak saya tu takmo lepas, nak melekat jer. nak buat macam mana, kalau dah environment dia tu semua buas belaka, takkan kita nak biar anak kita join the club pulak kan? dulu masa nak bersalin dah nak survey nursery bagai, mil tak kasi hantar nursery sebab tak sama macam jaga sendiri katanya. terpaksa saya redhooo. tapi bila dia dah jaga, ada orang lain yang insecure pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
milamela replied at 6-10-2015 10:22 AM
haah kan. yer tak yer jugak tu. maybe pada mil saya, saya ni cuma cebisan orang luar gitu kan. tha ...
Nak buat cam mana. Ur mil tadah tengkok. Biaq pi jelah. Aku jenis cam tu je. Kalau nak menyusahkan diri nak tolong then dont complain. Kalau barang habis kat rumah and tak nak mintak sebab kesian then dont complain. Aku malas amik port org nak buat benda tapi nak komplen. Dah tahu kena jadi babu, stop jelah. Tapi nak jugak buat, then hadap jelah consequences nya. I guess u guys better keluar jelah dr rumah tu. Dengan baju n tous anak you punah. Dengan makan pun kena rembat. Kalau dah tak mampu nak beranak banyak banyak and menyusahkan orang lain buat apa. Of course org akan kata tu reZeki dia. Persoalannya kalau dah sampai rosakkan harta benda orang lain amik bahagian/hak orang lain ke laut juga konsepnya tu. Biarlah anak sikit tapi terjaga daripada anak ramai and ko biarkan mak ko sendiri jadi hamba abdi pada anak ko. Ni lah dia pemahamam zaman moden konon. Zaman dulu anak 11 macam nenek sedara aku, semua jaga sendiri oiiiiiii. Nenek aku 7 semua sendirian berhad jaga oiiiiii. Takdenya nak buat sedara mara mak bapak mil pil jadi orang gaji!!! Elok anak semua sopan berjaya berbudi bahasa!!! |
|
|
|
|
|
|
|
heheh dia mmg mampu awk..terlebih cuma tak reti manage duit. kalau sy, bnyk boleh buat dgn duit tu.
hihii..anak sorg kan? mmg la manja, yg sil/biras kita anak da nak ramai..buas pulak nak suh anak kita jd mcm dia.
oh tidakla dtg umah org terjerit2.
pegang brg usik brg..
issssshhh..tp org mcmni selalu anggap anak dorg cute,comel dr anak org..pdhal muka mak ayah biasa. tp anak dia plg lawa kalah anak2 artis yg kokesen ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju sis.
saya pun selalu terfikir jugak, orang dulu dulu anak ramai, tapi tak menyusahkan orang lain pun. saya rasa biras saya ni manja ngengada + malas + berat bontot + nak kerja mudah + harap semua orang buatkan untuk dia. dia anak angkat tunggal, yang besarkan dia cuma mak angkat tapi dah meninggal. so mil saya ni rasa kesian agaknya, tu sayang dia lebih kot. saya pun tak kisah sangat kalau mil nak lebihkan sangat dia tu. pada saya, buat apa nak menaruh harapan kalau dah orang tak sudi, baik saya manja dengan mak sendiri.
masa nak raya hari tu saya belikan kasut 2 pasang dengan baju gown untuk anak saya. saya siap dah simpan satu tempat yang saya senang nak nampak supaya nak packing balik kampong nanti saya boleh pack sekali. tiba masa nak packing barang tu, kasut kasut dengan baju tu gone. puas dah saya cari 1 rumah, tak jumpa. saya Tanya mil saya, mil saya kata saya sendiri yang misplace walhal saya dah cari tempat saya simpan tu banyak kali. saya tau kalau Tanya biras, benda ada pun dia kata takde sebab dah banyak kali dah jadi camtu. either dia malas nak cari, atau malas nak pulang, atau dia takmo orang tau anak dia tu sebenarnya yang buat. sampai menangis saya cari, tak jumpa. saya bagitau husband, husband pun tak tau mana nak cari sebab saya yang simpan katanya. dan menyudahnya, tak jumpa lah sampai sekarang.
dah banyak kali ajak husband pindah, alasannya kalau pindah takde orang tengokkan mak & atuk dia kat rumah. saya cakap, dia ada abg, abg dia pun kena sama pikul tanggungjawab. sampai bila abg dia nak lepas tangan? part mak dia selalu komplen tu, husband saya penah bertekak mulut dengan mak dia. end up mak dia kata kesian kat abg dia, pastu mak dia malas nak layan dia, terus tukar topic macam tak bersalah. diaorang pakai mandrem ker apaaa sampai mil saya jadi camtu? Nampak nauu nauu pilih kasih dia.
semua saya cite ni sebab lama dah pendam. mostly semuanya yang major, yang minor minor tu lagi banyak, tapi saya dah malas nak ingat. kalau ingat kang sakit hati rasa nak pegi bakor pulak rumah dia. tapi kang nanti dia takde rumah dia duk rumah mil saya, saya lagi pening. tetiba. haha! |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnyaaa tak reti manage duit. selalunya orang camtu tunggu hidup dah susah baru tau erti duit kan.
tu lah kan sis. ikut genetik siapa pun tak tau kan. padaha mak pak dia biasa biasa jer. tapi tu lah hakikatnya. comel tapi menyakitkan hati buat apa?
anak anak buah husband saya yang disanjung ramai tu lah salah seorangnya. pegi rumah orang semua benda nak jahanamkan. maknya setakat, "hey jangan.. takmo macam tu.." pastu biar anak tu main lagi benda bukan bukan padahal mak paknya tu mata tuju kat phone, kat tv, tak amek kisah langsung. pffftttt.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal. memacam kan? tp betul tgk cara dia habis kan duit suami dia..mcm xde hari esok.makan mahal2..tak reti masak/tak reti berkemas. mcm permaisuri. rumah lawa dah..perabut mahal dah..tp--
igt, kita kena sedar bahawanya kita ni biasa2-rupa tiada harap tumpang kaya suami.skang suami syg la..if one day, dtg ujian &dugaan.
mana nak tahu? skang ni dok fikir..suami takkan cari lain. eh halo, fikir la suami tu gj banyak. walaupun muka biasa, setakat nak cari perempuan lain..
yg tiba2 lawa, muslimah, rajin & pandai masak (amik hati) tercair..habislahhh kan. kira anak buah belah husband berapa ramai?
sy nasib la bru nak masuk 3..
tp belah sy dah 14 org..semua dah besar2 ada yg da masuk U..kira ank sy cucu mak sy paling kecil. jd perhatian lebih..hehehe
belah sy takde masalah. sbb da besar kan, takde sgt la isu apa..cuma masa time semua nak membesar..wohoooo rumah mak (nenek dorg) sgt la sepah.
bperang..hehehe bgaduh2 sy sbb dorg masuk bilik sy..
|
|
|
|
|
|
|
|
makcik iols cerita, jiran dia (dah pangkat nenek2..umo 70 thn) dok membela semua cucu. ni jenis anak gila dera emak sendiri yg
da tua..pastu memasing pakat dengki. si along tgk angah punya anak..mak dia bela. di hulurnya 3 org anak suh mak dia bela. ohh..
alang tahu..alang menyirap. dia hulur anak dia 3 org..pakat suh mak bela. ehh..adik sakit hati..kenapa pulak semua suh mak..tak aci la.
dia hulur sorg anak dia..rasanya dalam 7-8 org cucu dia jaga.
bygkan jiran makcik iols sampai x sempat borak2 dgn jiran. dah tak nampak muka dekat surau. anak2 bg alasan x mampu byr pengasuh.
weii beranak ko tahu eh?????? masing2 kerja BESAR.. tahu besar! paling cikai cikgu sekolah menengah laki bini, doktor.. sampai makcik iols ckp..jiran dia kadang2 kain / tudung senget benget tak terurus. anak hulur duit seratus dua je..pastu masing2 amik anak da malam. last2 mak ko mati tgolek sesak napas kat umah..
iols dgr emo..makcik iols masa tu menangis cite..
|
|
|
|
|
|
|
|
ubat_batok replied at 6-10-2015 05:26 PM
makcik iols cerita, jiran dia (dah pangkat nenek2..umo 70 thn) dok membela semua cucu. ni jenis an ...
Kesian makcik tu.
Bila aku tegur kl tak mampu toksah beranak. Adalah set set setazah setat nantik hencap balik kata rezeki.
Kalau macam kes you cerita tadi. Apa makna rezeki tu semua. Nak senang ko aja. Nak rezeki ko aja
Udah ko aniaya mak ko sendiri. Ko tarik nikmat mak ko sendiri.
Udah udah lah nak membodohkan orang nak claim tu rezeki.
Tak ko aniaya orang. Ko aniaya anak ko. Kadang anak tu tak cukup makan tak sekolah tak didik bagus.
Tapi kena beranak atas nama nak tunujuk pada org tu rezeki ko.
Amanah tuhan iaitu mak ko and anak ko sendiri tak Terjaga. Asal orang tak hina ko mandul. Lain tolak tepi. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak. dah post baru terperasan dia tak reply sis punya post kat atas tadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|