CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
Post time 10-11-2014 11:25 AM | Show all posts
cik @indah91... bila nak sambung ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 03:31 PM | Show all posts
hope TT ok ok yer..
lama sangat tak update ni..
risau kami semua
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TT...awat merajuk lama sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:04 AM | Show all posts
blm ada sambungan lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TT.... TT....TT....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zara peknen kowt. Teruskan ye, sy sbr menanti. Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen jer ingat ade hapdate....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
takde ending yer novel ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TT mana? hilang tanpa kesan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Helloooo...  Helllooooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Zafril tersenyum lebar sebaik saja keluar dari bilik doktor. Langkahnya semakin laju menuju wad di mana Zara ditempatkan. Ini lah berita yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka berdua.

Zafril menggenggam lembut tangan isteri tercintanya itu. Jauh di sudut hati, dia kesal kerana meninggalkan Zara keseorangan di rumah. Ini semua angkara perempuan gedik tu !

Zara membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang keadaan sekeliling yang agak asing buatnya.

"Sayang..." ujar Zafril dengan lembut. Dia membelai lembut wajah pucat di hadapannya itu.

Senyuman mula terukir di wajah Zara. Dia mula mengingati apa yang terjadi kepada dirinya sementara menunggu kepulangan lelaki itu. Zara cuba untuk duduk tapi sempat ditegah Zafril.

"Sayang lemah lagi ni..rehat dulu ye..Alhamdulillah sayang..doa kita Allah dah makbulkan" Zafril bersuara lagi. Tangannya masih lagi membelai wajah perempuan kesayangannya itu.

"Sa..sayang tak faham" Zara cuba berkata. Memang tubuhnya terasa lemah sekali. Mungkin kesan pengsan sebentar tadi.

"Sayang mengandungkan zuriat kita..dah 3 bulan sayang.." kata Zafril sambil menunjukkan angka tiga. Senyuman di wajahnya masih tidak lekang. Hari ini dirasakan hari paling bahagia buat mereka berdua.

Zara tergamam. Ya Allah penantian kami berdua akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah.

"Doktor pesan pada abang tadi..sayang jangan penat dan stress kalau tak jadi macam tadi..buat abang risau je"

"Baiklah suamiku sayang..isterimu berjanji akan jaga diri dengan sebaik mungkin" ujar Zara dengan manja sambil berikrar.

Kata-kata Zara disambut dengan gelak tawa mereka berdua. Jauh di sudut hati Zara, dia bersyukur kerana dapat melengkapkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 12:28 AM | Show all posts
sori kawan2 kite dah buat semua tertunggu2. b4 ni banyak benda kena settlekan..bz sikit. tapi lepas ni insyaAllah akan update sampai ending. Teruskan mbaca ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
"Banyak makanan you beli malam ni Zaf? " sapa Linda dengan sinis ketika melihat Zafril sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka bertiga.

" Adalah. You kalau nak tahu you join makan sekali" Zafril jawab acuh tak acuh. Disebabkan perempuan ini Zara tinggal berseorangan di rumah dan pengsan. Nasib baik dia cepat balik ke rumah dan bawa isterinya itu ke hospital.

Tanpa menjawab, Linda terus duduk di meja makan. Terliur juga dia melihat pelbagai juadah ada di hadapannya itu. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Baru saja Zafril hendak melangkah menaiki tangga, kelihatan Zara sedang mengatur langkah untuk turun ke bahagian bawah. Cepat-cepat Zafril mendapatkan isterinya itu.

"Sayang..kan abang dah cakap..kalau nak turun bawah panggil abang..sayang pun bukannya sihat sangat" Zafril membebel panjang lebar. Lekas dia memimpin tangan  perempuan itu menuruni tangga.

Zara tersengih mendengar bebelan lelaki itu. Mahu saja dia tergelak dengan kelakuan Zafril itu. Bukannya nak pergi berlari pun.

"Abang..sayang boleh turun sendiri..abang ni kelakarlah..sayang okay ni abang"

Linda memerhatikan saja gelagat mereka berdua. Hatinya tersa sakit. Perut aku yang besar, dia pulak yang dapat pimpin dengan Zafril. Makin bertambah geramnya terhadap Zara.

"You nak tau apa specialnya malam ni pada I linda? " Zafril berkata tanpa memandang wajah perempuan itu. Bila mamanya tiada di rumah, malas dia hendak melayan kerenah perempuan gedik itu.

"Sebab I kan mengandung..you kenalah bagi I makan sedap-sedap kan? " balas Linda dengan nada yang mengada. Dia mengerling ke arah Zara. Sengaja dia mahu menyakitkan hati perempuan itu.

"No..you jangan nak perasan lah. I dengan Zara tak lama lagi akan dapat anak..kan sayang?" ujar Zafril selamba sambil menoleh ke arah isteri kesayangannya itu.

" Alhamdulillah Linda. Zara dah 3 bulan dah" beritahu Zara. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"What?!" ujar Linda separa jerit. Berita itu benar-benar mengejutkan dirinya. Dia terus mencebik. Selera makannya terhenti di situ dan terus berlalu ke bilik. Perasaan geram makin membara.

"Biarkan jela dia tu sayang..sayang makan banyak-banyak tau" Zafril bersuara sebaik saja melihat reaksi Linda. Dia tak mahu Zara tertekan lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Imran melambai-lambai tangannya ke arah wanita berbadan dua yang baru melangkah masuk ke dalam hotel itu. Seperti kebiasaanya, dia menyambut kedatangan wanita itu dan berpelukan seketika sebelum mereka berdua melangkah masuk ke bilik yang telah ditempah Imran.

"Heyy..rindukan I ye?" soal Imran sambil mencuit lembut hidung milik wanita cantik disebelahnya itu.

"Of course baby I rindukan you" tanpa segan silu Linda terus menari ke bahagian dada jejaka itu.

Seketika kemudian tangannya dicapai oleh Imran dan dikucup. Senyuman manis jelas terukir di bibir masing-masing. Mereka berkelakuan mesra tanpa menghiraukan keadaan Linda yang sarat mengandung dan statusnya sebagai isteri orang.

Botol arak dan dua gelas kosong yang terletak di sebelah katil segera dicapai Imran. Mereka berdua minum minuman keras itu sehingga mabuk.

"You, I sebenarnya sakit hati bila dapat tahu madu I tu pregnant" Linda mula membuka cerita yang berlaku malam semalam.

Imran yang dalam keadaan mabuk itu tergelak kuat.

"Heyy apa susah..you bagi lah dia minum racun ke? Hahaha" Gelak tawa Imran kedengaran lagi.

"You ni memang bijak la Imran. I suka orang macam you ni" walaupun dalam keadaan mabuk, otak Linda masih boleh memproses cadangan lelaki itu. Hmm idea yang bijak !


Pagi itu Linda pulang ke banglo milik Datin Azizah. Khidmat nasihat mummynya itu memang diperlukan saat ini. Apa pun yang akan dilakukan haruslah dirancang dengan rapi bersama wanita itu.

"Ini tak boleh jadi. Kita kena hapuskan jugak si Zara bodoh tu..dah berapa bulan?" soal Datin Azizah selepas mendengar cerita dari anak kesayangannya itu.

Berita itu membuatkan dia tak senang duduk. Jika zuriat perempuan itu lahir, sudah tentu ia akan menyusahkan dia untuk membolot segala harta keluarga itu.

"Baru 3 bulan mummy. Sakit je mata I tengok diorang. Zaf layan dia special, I ni dia buat-buat tak nampak je..padahal perut I dah besar dah" Linda meluahkan rasa tidak puas hatinya itu. Nanti kau perempuan. Aku ajar kau cukup-cukup.

"Mummy ada idea. Mummy nak you singkirkan je terus perempuan tu dari hidup Zafril" tegas Datin Azizah. Dia mengetap bibir. Panas hatinya bila rancangannya bakal musnah dengan berita kehamilan Zara.

Linda tersenyum sinis. Dia mula membayangkan kehidupan bahagianya bersama Zafril apabila madunya itu berjaya dihapuskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Zara membuka mata. Dia menoleh ke sebelahnya. Kosong. Dia melihat setiap sudut bilik tidur mencari kelibat suaminya namun tak kelihatan.

Pandangannya beralih ke arah jam di dinding. Ya Allah, pukul 9 dah? Macam mana boleh tak sedar ni. Lambatlah masuk office harini.

"Sayang dah bangun?" tegur Zafril sebaik saja melangkah ke dalam bilik. Dulang yang berisi 3 keping sandwich dan secawan milo panas diletakkan di sebelah tubuh Zara.

"Sorry abang..sayang terbangun lambat..patutnya sayang bangun buat breakfast untuk abang..tapi kepala ni pening je rasa" Zara serba salah. Kesian suaminya terpaksa membuat sarapan untuk mereka berdua sedangkan itu tugasnya yang patut dilakukan setiap pagi.

"Its okay sayang..dah sayang makan dulu tau..baby kita dah lapar dah tu" ujar Zafril lembut. Tersenyum dia melihat wajah serba salah isterinya itu.

"Tapi sayang dah lambat nak pergi kerja ni abang..eh abang tak kerja ke? Dah pukul 9 lebih ni abang" Zara baru teringat sepatutnya waktu sekarang dia sudah berada di pejabat.

"Degilnya isteri abang ni. Pening-pening macam ni pun nak pergi kerja kan..sayang, sayang tak sihat kan..abang dah call office sayang tadi and abang tak masuk office harini.." kata Zafril lagi. Dia masih ingat pesan doktor bahawa kandungan isterinya itu masih awal dan perlu dijaga dengan baik.

Zara tersenyum mendengar ulasan panjang lebar lelaki itu. Dia bersyukur dikurniakan suami sebaik Zafril.

Cebisan sandwich terakhir disuap ke mulut. Zafril lekas menghulurkan secawan milo kepada Zara. Belum sempat dia menghirup air milo panas itu, tekaknya terasa mual. Zara terus bergegas ke tandas dan memuntahkan segala isi perutnya.

Zafril terus mendapatkan isterinya itu dan membawanya semula ke katil. Dia mengurut berkali -kali badan isteri tercintanya itu.

"Sayang rasa...sayang alah pada air milo abang tu la. Bila nak minum je sayang muntah" Zara bersuara lemah. Tubuhnya terus menjadi lemah kerana muntah berkali-kali.

"Air milo pun tak boleh minum ke sayang?"

Zafril tergelak. Macam macam lah bini aku ni. Alahan pada air milo pulak. Pelik

"Abang nii..gelak pulak dia..beul lah apa sayang cakap" ujar Zara dengan nada merajuk. Sempat lagi dia menumbuk lembut perut Zafril.

"Alalaa tak mahu merajuk ye sayang..abang siapkan air susu untuk sayang ye" Zafril tersenyum. Wajah isterinya yang tidak bermaya itu dikucupnya.

Sementara Zafril menyediakan minuman untuknya di dapur, Zara berbaring sambil membelai lembut perutnya yang masih tidak berubah. Alhamdulillah, permata ayah dan mama akan lahir tak lama lagi. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:12 AM | Show all posts
Terima kasih TT....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 12:15 PM | Show all posts
cegitu posted on 10-12-2014 09:12 AM
Terima kasih TT....

maaf kerana lama menunggu update
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:58 PM | Show all posts
take care ZARA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Rokok kedua dicapai Linda sambil menunggu kehadiran Maya di kafe itu. Sambil itu, sempat lagi dia berangan apa yang akan terjadi selepas rancangannya berjaya. Tak lama lagi Zafril akan jadi milik aku !

"Awal pagi lagi you dah ajak I jumpa..barang yang you mintak tu tak lari punya" sindir Maya. Bengang apabila waktu tidurnya agak terganggu. Sepatutnya masa ini dia masih lena dibuai mimpi bersama mana-mana lelaki yang menjadi pilihannya.

"Eh mestilah awal-awal I nak barang tu..lagi cepat I dapat lagi bagus" desak Linda. Dia tidak boleh bertangguh lagi.

"Eh wait, are you smoking honey?" soal Maya. Setahu dia perempuan mengandung mana boleh merokok.

"Yeah..why not..I kalau tension sekotak dalam masa sejam pun boleh habis tau" jawab Linda selamba. Ah tak kisah lah pasal budak dalam perut aku ni. Yang penting bila budak ni lahir mesti Zaf beri sepenuh perhatiannya pada aku.

"Wohhooo..yeah arak pun dua tiga botol you main tibai je kan"

"Alright, serious time..Bomoh tu beritahu I lepas je perempuan bodoh tu minum ramuan ni, automatic dia akan keguguran" jelas Maya panjang lebar. Aktiviti bomoh membomoh ini sudah tidak asing lagi bagi Maya. Apa yang dihajatinya pasti akan melibatkan ilmu bomoh.

Linda cepat-cepat memasukkan sampul berwarna coklat itu ke dalam beg. Bibirnya mengukir senyuman ringkas. Tak sabar dia mahu melihat Zara menderita.

"Good Maya..kalau berjaya plan I ni, I akan bagi you RM 50 000. Cash !"

Kini gilihan Maya pula tersenyum. Serentak dengan itu, hilai tawa mereka berdua kedengaran kuat di seluruh kafe.




"Assalamualaikum..Zafril..Zara" Pak Saad memberikan salam sebaik saja mereka sampai di halaman rumah milik Datuk Amar. Mak Ani lekas memicit loceng di tembok rumah itu apabila tiada tanda pintu pagar akan dibuka.

"Jangan-jangan diaorang kerja tak? Abang la ni nak suprisekan anak..tak nak call dulu" Mak Ani bersuara.

Belum pun sempat Pak Saad menjawab, pintu pagar rumah dibuka dan kelihatan Zara sedang menunggu di muka pintu.

"Ibu tak beritahu Zara pun..nasib baik Zara tak kerja harini" ujar Zara sebaik saja mencium kedua tangan orang tuanya itu.

"Ayah saja nak buat suprise..dapat je berita gembira haritu terus ayah dan ibu plan nak datang ke sini" jelas Pak Saad kegirangan. Walaupun Zara cuma anak angkat mereka berdua, namun kebahagiaan yang dirasakan sudah seperti anak sendiri.

"Zafril mana ye..dari tadi ibu tak nampak" soal Mak Ani. Baru dia sedar kelibat menantunya itu tidak kelihatan.

"Abang ada meeting pagi ni..nanti sekejap lagi abang balik la tu..rsau dia Zara sorang-sorang kat rumah.

"Eh, Ayah ibu duduk dulu ye..Zara pergi dapur sekejap" Zara bangkit setelah beberapa minit berbual. Tak manis pula jika tiada hidangan untuk keluarga angkatnya itu.

"Eh tak payah lah nak..susah susah kamu saja" tegah Mak Ani. Dia menyuruh Zara duduk semula.

"Zara macam tak sihat..pucat muka tu ibu tengok.."

Mak Ani memerhatikan wajah perempuan di hadapannya itu. Mungkin alahan yang dialaminya agak teruk.

" Kepala Zara ni asyik pusing je rasanya ibu. Kadang-kadang tu sampai tak larat nak buat apa-apa..nasib baik abang sabar..macam-macam abang buat untuk Zara ibu"

" Pembawakan budak agaknya tu nak..yang penting sekarang ni Zara jaga diri baik-baik ye.." pesan Mak Ani. Kerisauaanya terhadap anaknya itu sedikit hilang apabila Zara mempunyai seorang suami yang prihatin.

Zara mengangguk faham setelah mendengar nasihat dari orang tua itu. Lega bila dirinya dilengkapi dengan orang-orang yang begitu menyanyangi dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Usai membersihkan diri, Zara mengenakan blouse putih serta seluar slack hitam di tubuhnya. Rambutnya yang panjang disisir rapi agar kelihatan kemas.

Akhir sekali, Zara mengenakan mekap nipis pada wajahnya agar kelihatan bermaya dan bersemangat pagi itu. Dia memerhatikan susuk tubuh badannya itu di dalam cermin. Zara tersenyum. Teringat kembali ketika Zafril menegur bahawa berat badannya sudah bertambah. Mati-mati dia ingat  dirinya sudah gemuk, tanpa disangka rupa-rupanya dia sudah berbadan dua.

"Sayang dah sihat ke ni.." Zafril memeluk tubuh isterinya itu.

Zara sedikit terkejut. Pelukan Zafril membuatkan dia kembali semula ke alam nyata.

"Alhamdulillah..pening takde, mual pun takde abang" balas Zara sambil membelai wajah lelaki itu. Senyuman manis dihadiahkan kepada Zafril.

"Cantiknya isteri abang ni.." ujar Zafril. Dia memuji kecantikan isterinya itu. Kelihatan semakin berseri-seri sekarang.

"Actually abang..sayang ingat nak resign..sayang nak settle kan semua urusan hari ini. Sekarang masa yang sesuai untuk sayang fokus sepenuhnya pada rumah tangga kita abang" Zara meluahkan niat yang memang sudah lama terbit di hatinya. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk semua ini.

"Abang takde halangan sayang..apa yang sayang rasa terbaik untuk kita sekeluarga, abang ikutkan.." jauh di sudut hati Zafril,  memang ini yang sepatutnya. Biar dia seorang saja yang keluar mencari nafkah keluarga, iaterinya cuma perlu menjaga makan dan pakainya saja.

Zara membalas pandangan Zafril dengan senyuman. Bahagia yang diimpikan dari dulu mula terasa. Entah kenapa seketika dia terlupa akan masalah tentang Linda dan ibu mertuanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056585 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list