|
Author |
Post time 1-7-2014 11:39 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bianglala posted on 1-7-2014 10:09 AM
okay, kita buat nota camni untuk lebih ingat pada watak.
betul tak watak-watak ni semua?
Betul lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas pencerahan tersebut TT & not to forget @bianglala |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 12
Afizah curang!
Betina jalang!
Tak cukup dengan satu lelaki!
Berbakul-bakul seranah keluar dari bibir Danial. Rasa cemburunya memuncak melihat kemesraan antara Afizah dan seorang lelaki di kedai permainan untuk kanak-kanak. Kemarahannya tidak mampu dibendung lagi. Lelaki itu lelaki yang sama pernah merampas Rania darinya. Dan kini Afizah pulak bakal dirampas. Tidak! Pisang tak akan berbuah dua kali. Cukuplah sekali dulu kasihnya dirampas oleh lelaki keparat tersebut.
‘Aku tak kan lepaskan kau Ariff!’
“Kau masih berdendam bukan begitu Danial?” suara itu datang lagi menghantui fikirannya semula.
“Dia rampas Rania aku dan sekarang dia nak rampas Afizah pula. Aku tak akan izinkan.”
“Apa yang kau boleh buat Danial? Nak rogol Afizah seperti kau nak buat pada Rania dulu?”
“Aku tak kisah dengan cara apa sekalipun aku akan pastikan Afizah jadi milik aku.”
“Kau tak akan berjaya Danial. Tak akan berjaya.”
“Aku pasti boleh. Tak lama lagi Afizah bakal jadi ratu rumah ini.”
Danial harus bertindak cepat. Dia mahu pernikahannya dengan Afizah disegerakan oleh orang tuanya. Pasti Afizah tidak akan lari lagi dari dirinya. Akan digenggam dan di belai Afizah sehingga Afizah layu ditangannya. Kasih sayangnya ibarat air laut yang bergelora. Siapa sangka tenang di permukaan tapi keruh di dasarnya. Hati yang sudah terpalit noda hitam tak akan putih walau dengan klorox.
Danial menatap gambar Rania di tepi katil. Gambar Rania yang di ambil ketika Rania baru tamat belajar. Wajah itu sangat dirinduinya. Obsesnya dia pada adik sendiri menyebabkan dia jatuh cinta dalam taman larangan. Ah! Ini semua salah Rania. Kalau Rania menurut permintaannya pasti Rania masih hidup sehingga hari ini. Tapi kerana lelaki keparat itu Rania sanggup menolak dirinya yang terlalu menyayangi Rania.
“Abang… besar nanti Nia nak jadi model. Macam Rozita Che Wan tu.”
“Sayang jadilah apa sahaja abang tetap sokong sayang.”
“Bestnya abang ni. Ayah dan ibu tak nak Nia jadi artis. Katanya banyak kontroversi dan propaganda.”
“Abang tak kisah sayang. Janji sayang setia dengan abang.”
Si kecil Rania yang baru berusia 10 tahun itu tidak mampu mencerna makna sayang yang sering dilafazkan oleh Danial. Danial sendiri tidak tahu mendefinasikan makna ‘sayang’ yang sebenar. Semakin Rania membesar kasihnya semakin menebal. Dia terlalu melindungi dalam masa yang sama terlalu ingin memiliki. Kenangan lama semakin kuat menerjah ingatannya. Rania yang manja. Rania yang kuat merajuk.
‘Rania.. Rania… Rania.’
‘Rania dah mati. Kau yang bunuh dia.’
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Bukan aku yang bunuh Rania. Jantan tak guna tu yang bunuh dia.’
‘Rania mati sebab kau kejar dia. Kau yang himpit kereta yang di naik.’
‘Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!’
‘Kau nak nafikan lagi? Kau kejar Rania. Kau yang menyebabkan Rania terbunuh.’
‘Bukan aku!!!!!!!!!!!!!!!!’
Prangggggggggggg….. berderai kaca dari frame gambar Rania yang di pegang oleh Danial. Emosinya mula tidak stabil. Semuanya kerana suara ghaib yang di dengarnya tadi. Hatinya jadi tidak keruan. Bukan dia yang mahukan Rania mati. Dia sayangkan Rania tapi Rania yang tidak mahu menerima lambaian cintanya. Semuanya kerana Ariff. Kalau bukan kerana Ariff pasti sekarang dia berbahagia dengan Rania.
Sekarang Afizah harus menggantikan Rania untuk berada di sisinya. Afizah akan dipastikan menjadi miliknya yang mutlak. Walaupun Afizah tidak semanja Rania tapi dia yakin dia akan berjaya mendapat tempat di hati Afizah. Sedangkan Hairi yang dipilih oleh ayahnya juga Afizah sanggup terima inikan pulak dirinya yang tidak ada cacat celanya. Kecuali….. perangainya yang suka mendengar bisikan hati ghaibnya sahaja.
Danial perlu berbincang dengan orang tuanya mengenai Afizah. Dia mahukan Afizah. Danial mengukir senyuman kerana dia tahu kemenangan akan berada di tangannya. Dengan bantuan ibunya pasti Afizah akan akur untuk mempercepatkan majlis pernikahan mereka. Dia tidak mahu menunggu sehingga tarikh pernikahan yang diaturkan sebelum ini. Terasa lambat masa berlalu. Makin lambat dia semakin sukar untuk dia menambat hati Afizah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 13
“Ibu dah aturkan untuk percepatkan pernikahan kamu Fia dengan abang Danny.”
“Awal sangat lah ibu. Fia baru putus tunang tak sampai sebulan pun. Nanti apa abang Hairi kata, fia sengaja nak putus sebab nak kahwin dengan abang Danny.”
“Tak payah nak fikirkan mulut orang sangat Afizah. Dia tu dah menikah dah ada bini. Bini tengah bunting pulak tu.”
“Dah rezeki dia dapat anak cepat ibu.”
“Ha ah rezeki… rezeki sebab dok gatal nak menebuk buah tu lah dapatnya.”
“Ibu ni dah halal tak kan lah nak tengok jer kan. Kucing tua yang tak dok gigi pun tibai gak ikan yang dah busuk. Inikan pulak ikan yang fresh gitu.”
“Fresh lah sangat Fia ooii….. betina dah kena tebuk tupai. Si Hairi tu yang entah jantan ke berapa menebuknya. Nasiblah dapat bini lagu tu.”
“Astaghafirullah-al-azim ibu. Tak baik mengata kan ibu yang ajar Afizah supaya berbaik sangka dengan orang.”
“Dah lah Fia ibu ni cakap apa yang maknya si Hairi tu beritahu.”
Ibu mana yang nak burukkan anak sendiri. Pasti anak orang lain juga yang nampak kesalahan. Walaupun dia tidak menyukai Puteri kerana merampas Hairi darinya tapi memang sudah ketentuan bukan jodohnya. Hairi pun mungkin sudah bahagia. Sejak peristiwa Hairi datang ke pejabatnya dua minggu lalu sehingga hari ini Hairi tidak pernah menghubunginya lagi. Apatah lagi Puteri juga turut senyap.
Afizah buntu. Pernikahannya dengan Danial sudah ditetapkan lagi sebulan. Apa yang perlu dia lakukan. Isthikarahnya juga seperti Danial tapi perasaannya bercampur baur kini. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Mimpi yang datang sejak kehadiran Danial dalam hidupnya. Mimpi yang tak mampu untuk dia tafsirkan sendiri. Mimpi yang membawa seribu makna tapi makna yag masih tidak diketahui hingga sekarang.
Tambah pulak dengan email dan panggilan telefon yang diterimanya buatkan dia dalam dilemma. Bagaimana kalau betul yang Afizah adalah Rania? Bukankah pernikahan mereka adalah haram. Dia benar-benar serabut kini. Afizah membuka komputer peribadi milikny dan membuka laman Facebook. Dia suka membaca status orang di wall Facebooknya. Macam-macam karenah orang ada. Ada yang suka berselfie ada jugak yang suka share kan ilmu-ilmu agama. Semuanya membuat dia hilang stress.
|
|
|
|
|
|
|
|
Buzz!
D1_Terukirdibintang : Assalamualaikum
Fea_Ah’an : Waalaikumsalam Donna… Miss u a lot.
D1_Terukirdibintang : I rindukan Malaysia juga. DRindukan u.
Fea_Ah’an : Bila nak balik beb…. Wedding I make sure you dapat balik tau.
D1_Terukirdibintang : Kahwin? Dengan siapa? My mum said you dah putus dengan Hairi.
Fea_Ah’an : Yes. Memang dah putus dengan Hairi tapi majlisnya tetap berlangsung. Cuma pengantin lelakinya sahaja yang bertukar.
D1_Terukirdibintang : Jangan cakap dengan I yang lelaki tu bos you.
Fea_Ah’an : Koser sangat aku kat dia. Gues who? You will be shock.
D1_Terukirdibintang : Siapa lagi selain Tengku An.
Fea_Ah’an : Danny aka Danial, Rania brother.
Jawapan Afizah dibiarkan sepi. Afizah merenung screen komputernya. Lampu dah malah ertinya Donna sudah menutup talian muka bukunya. Tapi… ada sesuatu yang pelik. Donna tak pernah menutup talian tanpa pamitan. Mungkin jugak talian internet Donna terdapat gangguan. Esok dia akan cuba menghubungi Donna semula.
Mungkin Donna tak sangka yang dia akan memilih Danial sebagai pengganti. Sudah tertulis untuk dia berjodohan dengan Danial. Afizah tertidur dalam penantian.
“Kenapa …. Kenapa dia yang kau pilih Afizah?”
“Dia pilihan ibu bapa kau.”
“Kau dah lupa kenapa aku jadi begini? Kau dah lupa kenapa aku mati?”
“Kau mati kerana kemalangan tu. Bukan salah dia.”
“Kau akan mati Afizah. Tinggalkan dia atau kau juga menerima nasib yang sama seperti aku.”
“Tinggalkan dia…………….”
“Tinggalkan dia……………………..”
Afizah terjaga dari tidurnya. Mimpi yang sama datang lagi. Adakah Rania tidak tenteram di alam sana? adakah ianya mainan tidur semata?... Dia beristighfar di dalam hati. Gangguan inilah yang menghantui tidurnya beberapa minggu selepas kemunculan Danial. Mungkinkah Rania tidak redha kalau dia memilih Danial. Dia benar-benar buntu.
Last edited by NaylaArisha on 5-7-2014 09:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
waa, ada Donna pulak. perempuan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 5-7-2014 07:34 AM
Bab 12
Afizah curang!
siapa Ariff?
‘Aku tak kan lepaskan kau Ariff!’
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 5-7-2014 07:53 AM
siapa Ariff?
Rasanya mention sebelum ni pun nama Ariff kat bab 7
“Damn you Rania.” Denial menampar Rania. Hatinya sakit apabila melihat kemesraan Rania dengan Ariff. Rania adalah miliknya bukan Ariff ataupun lelaki-lelaki lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 5-7-2014 07:52 AM
waa, ada Donna pulak. perempuan kan?
perempuan... salah satu watak penting
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 5-7-2014 07:55 AM
Rasanya mention sebelum ni pun nama Ariff kat bab 7
okay... kita tertinggal la watak ni masa buat list watak tu.
boyfriend rania kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 5-7-2014 07:56 AM
perempuan... salah satu watak penting
mesti Donna tu tau sesuatu... jeng jeng.
|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala posted on 5-7-2014 07:57 AM
okay... kita tertinggal la watak ni masa buat list watak tu.
boyfriend rania kan.
Watak yang sama tapi nama yang berbeza ... boleh kan gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 5-7-2014 07:59 AM
Watak yang sama tapi nama yang berbeza ... boleh kan gitu?
poning den. nama azahan tu TENGKU ARIFF AZAHAN ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ipo dah baca Nay..jalan citer ok
Siapa Donna?
Anyway..ipo cadangkan hidupkan watak Arif yang pernah couple ngan rania tu..
Arif siasat punca kematian rania..dan cuba buat perhitungan ngan Danial..
danial pulak, semakin psiko dan buat sesuatu pada Fia..(apa2la..)
tengku Azahan..selamatkan Fia...
macam mana?..ok tak?..
*atau ada ipo tersalah watak ke atau jalan cerita??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 5-7-2014 08:01 AM
ipo dah baca Nay..jalan citer ok
Siapa Donna?
Okay Ipo.. Nay cuba tengok lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
So far so good momod nay..tp setuju ckp ipo kt atas tu...
N dah jd novel mesti bole detail lg crita tanpa rush
Apa2pun keep it up nay! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-7-2014 04:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cindelira posted on 6-7-2014 01:32 AM
So far so good momod nay..tp setuju ckp ipo kt atas tu...
N dah jd novel mesti bole detail lg cri ...
Tq cin... nay sedang perbaiki jalan cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 14
New York City
Donna terpaku memandang skrin komputernya. Berita yang baru diterima itu agak sukar untuk dihadam oleh mindanya. Afizah akan berkahwin dengan Danial? Bagaikan mimpi sahaja berita itu datang kepadanya. Ibarat mimpi buruk yang tidak pernah ingin diterima kunjungannya. Ramai lagi lelaki lain kenapa Danial juga yang dipilih Afiza. Donna masih tidak percaya apa yang terpapar di depannya sekarang ini.
Bagi Donna, perkahwinan tersebut harus dihentikan dan tidak sepatutnya terjadi. Tangannya laju menekan tetikus masuk ke laman web Malaysia Airlines. Dia harus kembali ke Malaysia dengan kadar segera. Pemergiannya selama 4 tahun ke negara luar itu nampaknya tidak menguntungkan sesiapa malah akan mengakibatkan perkara yang agak besar berlaku sekiranya dia tidak kembali ke tanah air dengan segera. Akan berlakunya sumbang mahram akibat perbuatannya 4 tahun yang lalu.
“Don, awak serius dengan apa yang kita nak lakukan?”
“Rif, kita terpaksa lakukan semua ni demi masa depan Rania juga. Awak nak dia terus dibelenggu oleh Danial? Lagipun wajah dia pun tak akan mungkin kembali kepada asal.”
“Tapi, apa kata orang tua Fia?”
“Rif, Fia anak yatim piatu. Dia tak ada ayah dan tak ada ibu. Tak ada siapa akan persoalkan benda ni.”
“Bagaimana pula dengan ibu bapa Rania? Kemalangan ni pun kita tak maklumkan kepada kedua orang tua Rania.”
“Biarlah mereka anggap yang Rania dah pergi untuk selamanya. Apa yang aku lakukan demi kebaikan Rania di masa akan datang.”
Donna jadi buntu. Perbualan antara dia dan Ariff menjadi igauan kini. Apa yang berlaku kini atas kesilapannya membuat keputusan. Sekarang Afiza langsung tidak mengenali Danial. Apa yang berlaku 4 tahun dahulu kembali terakam diingatannya satu persatu. Dari detik pembedahan wajah Rania yang asal kepada wajah Afiza yang sekarang. Kemudian proses menghilangkan ingatan Rania yang asal dan di gantikan dengan kenangan Afiza menjadikan Rania kepada Afiza. Semuanya kerana dia dan sekarang akibatnya Afiza bakal berkahwin dengan Danial yang merupakan abang kandung Rania. Afiza itu adalah Rania. Bermakna Danial itu haram untuk Afiza nikahi.
Donna berjaya mendapatkan tiket sehala ke Malaysia. Dia kena bersiap sekarang kerana penerbangannya adalah 4 jam dari sekarang. Demi masa depan Afiza, dia harus cepat. Dia menghantar sms kepada seseorang untuk menjemputnya di KLIA nanti. Orang pertama yang ingin di temui Donna adalah Ariff. Ariff perlu tahu situasi yang berlaku sekarang. Dulu dia sanggup lepaskan Afiza kepada Hairi tapi kini dia tidak mahu Afiza sengsara dengan perlakuan Danial apatah lagi terjebak dengan hubungan terlarang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|